CHAPTER 45 : SACRED ROYAL BLADE
Ikhwan P.O.V
Aku perhatikan suasana di perjumpaan raja-raja agak suram,dan apa yang merisaukan aku adalah Alisa,kerana dia asyik memegang tangan aku dari tadi. Bukan disebabkan sir Alex,tetapi satu tekanan daya ki yang negatif kuat dari luar sana. Tetapi persoalan utama milik siapa,kerana berlainan sekali dengan Zahhak.
"Jadi tuanku raja Solleh...." seseorang memanggil nama ayahanda aku,dan menoleh ke arah lelaki berusia lebih kurang usia ayahanda.
"President America....William Wilson..." aku berkata perlahan dan Jamel hanya menjeling.
"Saya terdengar awak diserang ketika dalam perjalanan ke sini?" Soal lelaki itu dan aku menggenggam penumbuk,ayahanda menjeling ke arah aku dan menggelengkan kepalanya.
"Jadi jikalau ya...apa yang kamu ingin katakan William?" Soal ayahanda merenung ke arah lelaki bernama William.
"Tiada apa-apa..cuma perkara yang berlaku pada kamu serupa dengan apa yang berlaku pada raja negara Badai..." ujar William menoleh ke arah sir Alex atau nama sebenarnya,Alexandra De La Rauschenberg dan itu menyusahkan jadi aku panggil Alex sahaja.
"What? I'm safe okay....what's big deal...?" Alex mengangkat tangannya.
"Yeah safe for now...." ujar William tersenyum.
"Hey watch you mouth..." Alex bengang dengan sindiran William.
"Enough you two....this king summit,please respect..." seorang wanita berusia lebih kurang dalam 40an,lady Erina berdiri meredakan perbalahan Alex dan Williams. Bilik perjumpaan mula riuh dan bertengkar mulut,lady Erina pula hanya menggelengkan kepalanya melihat keadaan itu.
"Aku tak selesa la..." bisik Jamel.
"Sama la aku....mereka buat perjumpaan raja-raja seperti tempat perbualan kosong sahaja..." Azlee memberi pendapatnya.ayahanda pula sekadar tersenyum sahaja.
"Sabar dulu Azlee...Jamel..." ayahanda memesan mereka berdua,Alisa pula hanya mendiamkan dirinya.
"Kamu semua ni datang untuk berseronok sahaja ke?" Ayahanda aku menyoal ketika semua raja itu berbalah sesama mereka,dan sebaik ayahanda aku membuka mulut situasi yang riuh terus menjadi senyap.
"Berbalah,berselisih pendapat mengenai hal kecil...sindir menyindir,ini ke tugas seorang raja?" Ayahanda menyambung lagi,mereka semua terdiam.
"Ini la antara sebab aku tidak menandatangani perjanjian bersekutu...kamu semua pentingkan diri,kamu raja,kamu president ada kamu mengambil kira hal rakyat kamu? Senang ke? Susah ke?" Kata ayahanda lagi,aku hanya memerhatikan setiap gelagat raja dan presiden yang mendengar hujah ayahanda.
"Wow...diorang terus tak ada suara...." ujar Jamel berbisik.
"Diamlah...kita dengarkan sahaja...jangan menyampuk..." kata Azlee pula.
"Sekarang muncul pihak revolusi,konon nak menyelamatkan dunia...dan ada negara yang diserang oleh mereka..apa tindakan kamu? Saya tanya apa tindakan kamu? Zero! Nothing!" Ayahanda berkata dengan tegas dan merenung setiap raja serta presiden.
"Bertenang raja Mentari....kita di sini untuk perbincangan...bukan nak salahkan sesiapa..." ujar Lady Erina.
"Ini bukan soal salahkan sesiapa Lady Erina,ayahanda saya ingin memberi pandangan dia sahaja..." aku mencelah dan ayahanda hanya membiarkan.
"Putera keenam....apa maksud kamu...?" Soal Lady Erina.
"Senang sahaja....puak revolusi yang diberi nama Neo-Human adakah kamu semua alert mengenai perkara ini? Adakah tujuan perjumpaan ini mengenai menangani pemberontak?" Kata aku tenang dan para raja yang ada mendiamkan diri,menunggu kata-kata aku seterusnya.
"Dunia semakin tenat dengan penindasan yang berlaku serata negara...fakir miskin,gelandangan....dan juga puak revolusi ini...merupakan isu semasa yang serius..." jelas aku lagi.
"Betul tu...." satu suara menegur dan pada masa yang sama Alisa memegang erat tangan aku.
"Ikhwan..."
BAKKK!!!!
DOOM!!
Pintu bilik perjumpaan dirempuh sehingga tertanggal,tercampak hampir mengenai ayahanda. Jamel segera melompat ke hadapan dan menghancurkan pintu tersebut,Azlee segera bersiap sedia melindungi ayahanda. Aku merenung gerbang yang tiada lagi pintu,terdengar derapan tapak kaki melangkah.
"Dunia sekarang tengah tenat...." suara yang sama berbicara,masih tidak kelihatan empunya suara.
"Sebab itu kami wujud untuk melakukan pembasmian..." muncul seorang pemuda berambut blonde berdiri megah.
"Siapa kau?!" Soal Alex kegeraman.
"Well...i'm Ezine and we're Neo-Human....now is time for your extinction..." ujar lelaki itu mengapungkan bola cahaya.
"Ikhwan!" Ayahanda aku segera bangun dari duduknya,dan meluru ke arah aku serta Alisa.
"Ayahanda?"
"Begone...."
BOOOOOMMMMMM!!!!!!
==============================
Letupan berlaku namun raja Solleh sempat mencampakkan Ikhwan bersama Alisa keluar dari bangunan itu,melalui tingkap yang di atas berhampiran siling bumbung bangunan. Kemudian Azlee dan Jamel menghasilkan daya tenaga melindungi raja Solleh,begitu juga pengawal yang melindungi raja negara lain.
"Hmph!" Raja Solleh segera menyeru pedang Sacred Royal Blade.
"Nobody move!!" Jerit Ezine itu dan serentak muncul orang berpakaian ala ninja dengan jumlah yang ramai,dan mengacu pedang pada setiap leher raja yang ada di bilik perjumpaan itu.
"Jangan buat tindakan bodoh raja Mentari....campakkan pedang kau..." ujar Ezine serius dan raja Solleh tiada pilihan lain,dan campak pedang besar miliknya ke bawahnya lalu tercacak ke lantai.
Tch!
Jamel dan Azlee turut sama mengikut arahan Ezine,pada masa yang sama raja Solleh berharap puteranya selamat. Ikhwan dan Alisa tercampak agak jauh dari bangunan agam itu,namun Ikhwan dengan pantas mendukung Alisa dan mendarat di menara yang tidak jauh dari bangunan perjumpaan raja-raja.
"Adoi....ayahanda ni agak-agak la..bagi la warning dulu ke pe..." Omel Ikhwan mendukung Alisa,dia melihat ke arah bangunan yang rosak akibat letupan tadi.
"Ayahanda!" Alisa kerisauan melihat keadaan bangunan itu.
"Jangan risau ayahanda okay,saya dapat rasa daya ki dia..." ujar Ikhwan menenangkan Alisa.
"Jadi bagaimana sekarang?" Alisa menyoal sebaik sahaja Ikhwan menurunkannya.
"Better we go back to that building..." ujar Ikhwan.
"I'm afraid you can't...." satu suara menegur mereka,Ikhwan dan Alisa menoleh ke arah suara itu datang. Black Heart salah satu daripada 10 Commander menampilkan dirinya,dari sudut tidak dapat dikesan White pula sedang memerhatikan dari jauh.
"Ikut suka kau la Black..." kata White tersenyum selamba.
"Siapa kau?" Soal Ikhwan dan membelakangkan Alisa.
"Black Heart one from Ten Commander..."
"Black Cobra again...what you want....this time?"
"Jangan samakan mereka dengan kami...Black Cobra adalah wakil tuhan...ataupun kami adalah dewa...." ujar Black.
"Merepek...kamu semua siapa? Mengaku dewa,wakil tuhan...." Ikhwan meluahkan rasa tidak puas hati,kemudian Alisa pula merasakan aura yang negatif daripada Black.
"Jaga percakapan kamu bila berdepan dewa...!"
"Aku ada agama sendiri,jadi bagaimana aku?!" Belum sempat Ikhwan menghabiskan ayatnya,Black menyerangnya dengan pantas dan Ikhwan sempat menahan dengan tindakan refleks.
"Not bad....you can block my attack...?" Black terkejut dengan tindakan Ikhwan tidak menunggu dan melibas dengan sepakan,Black tercampak seret ke belakang.
"Aku ada pantang tiga benda...pertama biadab pada orang tua..kedua dera binatang dan terakhir pukul curi..." ujar Ikhwan mengaktifkan api merahnya.
"Menarik....." Black mengesat bibirnya yang lebam akibat sepakan daripada Ikhwan.
"Jangan main-main dengan negara Mentari..." ujar Ikhwan dan apinya membara dengan marak,matanya mengerling ke arah bangunan perjumpaan diraja.
Ikhwan dan Black berbalas renungan,keadaan sekeliling sunyi dan sepi kemudian titisan air perlahan-lahan jatuh ke tanah. Sebaik titisan air itu jatuh seiring pertembungan Ikhwan dan Black berlaku,Alisa segera berundur untuk mengelak terkena tempias pertarungan. Setiap serangan Black berikan dapat Ikhwan tahan,begitu juga serangan Ikhwan. Black dapat baca dan juga elak.
Ikhwan menghayunkan kakinya dan Black menahan dengan kaki,pertempuran itu begitu sengit dan Ikhwan tiada masa untuk terus bertempur. Dia harus segera membantu ayahanda dia,Black menyedari pertahanan Ikhwan lemah lalu satu penumbuk tepat ke muka Ikhwan. Tercampak ke belakang bersebelahan Alisa,Black hanya mendesah kecewa.
"Ikhwan!" Alisa segera mendapatkan Ikhwan,Black hanya merenung Ikhwan yang bangkit dari jatuhnya.
"See? That's what you got because against the god!" Kata Black angkuh.
"Don't make me laugh...." Ikhwan bersuara sambil mengesat darah pada bibirnya,dia menolak lembut Alisa ke tepi dan melangkah menuju ke arah Black. White yang melihat dari tadi menyedari satu tekanan kuasa,dan datang daripada Ikhwan.
"Synchronized...." Ikhwan mengaktifkan kuasa bara api birunya,badannya terbakar seluruh tubuhnya diselubungi bara api biru.
"Apa?" Black terkejut dengan daya kekuatan Ikhwan bertambah berkali ganda.
"Tepi...." ujar Ikhwan merenung Black.
"Jangan harap...." Black berdegil dan Ikhwan hanya mendesah,sepantas kilat Ikhwan sudah berada di hadapannya. Tangan kiri menyentuh lembut perut Black,White terkejut kerana dia tidak nampak gerakan Ikhwan.
"Hah!!" Satu tumbukan satu inci diberikan,Black menahan kesakitan dan tangan kanan Ikhwan dihayun tepat pada tubuhnya berulang kali.
"OREAH!!!!!" serangan penumbuk yang padu tepat mengenai muka Black,dan tercampak keluar dari menara.
"Itu untuk balasan kau tumbuk muka aku.." ujar Ikhwan menyahaktifkan kuasa api birunya serta asimilasi dengan Karma.
"Alisa...! Cepat!" Ikhwan segera melompat menuju ke arah ayahanda dia berada dan disusuli Alisa. Pada masa yang sama raja Solleh tidak mampu berbuat apa-apa,kerana seluruh raja yang hadir telah dijadikan tebusan. Ezine hanya berdiri merenung ke arah setiap raja,kemudian menoleh ke arah raja Solleh.
"Kenapa kau buat semua ini,anak muda? Bukankah kita boleh duduk berbincang?" Raja Solleh menyoal.
"Sekarang bukan zaman perbincangan,tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan duduk berbincang...jika terjadi hanya dengan keputusan yang mengecewakan sahaja.." Gale yang turut berada di situ hanya mendiamkan diri,begitu juga Stella dan Roxy.
"Adakah itu rakyat mahukan?" Raja Solleh mula berdebat.
"Sudah tentu mereka juga sudah kecewa dengan cara kamu menyelesaikan masalah...duduk beramai-ramai dan berbincang konon..yang ada hanya berbual kosong!" Bentak Ezine geram.
"Tuanku usah memujuk mereka,tiada gunanya lagi..." ujar Azlee mencelah dan kemudian dipukul oleh orang berpakaian ninja.
"Azlee!" Jamel hanya mampu menahan sabar.
"Itu yang kau dapat...menentang kami" ujar Ezine.
"Oya? Jadi pembunuhan raja menyelesaikan semua?" Satu suara mencelah dan beribu bilah pedang muncul di udara,dan menjatuhkan semua orang berpakaian ninja yang menghunus pedang pada semua raja.
"Apa?" Ezine terkejut melihat orangnya rebah,Gale mencari-cari penyerang namun gagal dan tepukan tangan kedengaran. Ikhwan muncul di gerbang pintu,bersama Alisa.
"Kau....." Ezine mula berang.
"What? Wanna wipe all humanity and restart again?...." ujar Ikhwan tersenyum sambil berjalan dan berhenti di sebelah Sacred Royal Blade. Raja Solleh serta Azlee yang mengusap kesakitan pada pipinya dan juga Jamel memerhatikan dari tepi.
"Like i gonna let that happen..." ujar Ikhwan mengangkat Sacred Royal Blade dengan selamba,dan menghayunkannya.
ZWOOOSSHHHH!!!!!!!!!!!
"Looks like that sword has found the new owner..." ujar raja Solleh tersenyum.
SACRED ROYAL BLADE
WHITE TYRANT
BLACK HEART
Dua orang ini adalah daripada 10 Commander
GALE
STELLA HAWKINS
ROXY
EZINE
sorry guys update seterusnya mungkin lmbt sbb phone tab aku meragam masuk bengkel dan ini pun guna komputer di cyber cafe..well million sorry for my follower who waiting every next episode...i'm really2 sorry (bow)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top