CHAPTER 41 : DEJAVU
Green City
3.00 AM
Jamel menongkat dagunya dan mengeluh pendek,Zero yang sedang baring sedar tingkah laku rakannya dari tadi tidak senang duduk. Apahal mamat ni? Zero berkata dalam hati dan bangun,dia menuju ke arah Jamel.
"Kau dah kenapa ni? Macam ada yang tak kena...je?" Zero menyoal sambil menepuk bahu Jamel.
"Haih...bosan la kau tahu?" Jamel menjawab tanpa menoleh ke arahnya,Zero hairan dan memeriksa jam tangannya.
"Pukul 3 pagi ni sedare....apa yang kau harapkan? Meteor besar jatuh kat negara?" Sindir Zero dan Jamel menoleh ke arahnya,air mukanya bengang dengan sindiran Zero.
"Agak-agak la...."
"Pukul 3 pagi....tido lagi bagus..." Zero segera beredar pergi,
"Kita bertugas bro....Jane pulak ada misi....jauh pula tu..hmm" keluh Jamel.
"Aku dah agak ni mesti bab Jane....sabar la bro...Maria pun sama,bukan Jane pergi seorang diri...dah aku nak pergi meronda ni...." Zero berkata sambil melambai tangan dan beredar.
Malam itu agak dingin dan sejuk,Zero berdiri sambil melihat suasana malam di Green City yang lengang sedikit. Negara Mentari mempunyai ekonomi yang kukuh,jadi para rakyat tidak perlu bersusah payah untuk bekerja menyara kehidupan masing-masing.
Zero menggeliat dan mendongak ke atas langit,cuaca cerah pada musim panas. Dia tersenyum sendirian dan bersiar-siar sekitar kawasan taman,lampu taman yang terang itu membantu melihat kawasan pejalan kaki. Kemudian langkahnya terhenti apabila terserempak seseorang di hadapannya,dia memerhatikan individu itu dengan tenang.
"Raven.." kata Zero perlahan.
"Zero..." Raven berdiri di hadapannya dengan tenang,selain itu Reena turut bersamanya.
"Puteri Reena...." Zero menundukkan kepalanya tanda hormat.
"Bagaimana dengan keadaan putera bongsu?" Raven menyoal,apa yang berlaku di sini?
"Putera bongsu sihat sahaja...bagaimana dengan kamu abang?" Soal Zero pula dan Raven mendekatinya,mereka berpandangan kemudian berpelukan.
"Sorry brother....for make you doing this..." Raven berkata selepas pelukan dilepaskan.
"It's okay brother...for the sake Mentari...i will..." balas Zero tersenyum.
"What about your illness? Still the same?" Raven berkata sambil memegang kedua bahu Zero.
"It's okay brother...you should think about yourself...focus on your mission..." Zero berkata sambil menolak lembut tangan Raven.
"But....." Raven cuba berkata lagi,namun Reena menghalang.
"Raven kita tidak boleh lama-lama di sini..." kata Reena memandang sekeliling kawasan taman,Raven menunduk dia terasa bersalah.
"I know he's your twin...but right now...we can reveal ourselves..it's not the time...Raven" kata Reena tersenyum dan Raven menoleh ke arahnya,dia sedar Reena turut merasai perasaannya.
"She's right brother...leave sixth prince to me third princess..." Reena mengangguk sambil tersenyum mendengar penjelasan Zero.
"Zero?" Satu suara menegur Zero,Raven dan Reena terkejut kerana mengenali pemilik suara itu.
"Kau cakap dengan siapa tu?" Ikhwan muncul dari sebalik gelap,dan Zero segera menoleh semula ke tempat Reena dan Raven. Mereka sudah beredar tanpa dapat dikesan,Zero menghela nafas lega.
"Zero?" Ikhwan menegur lagi.
"No...nothing,just mumbling myself..." kata Zero tersenyum.
"Ouh...okay..."
"Apa yang tuan putera buat di sini?"
"Tak boleh tidur....Alisa boleh pulak turun dari katil peluk aku...haish!"
"Wow....."
"Don't 'wow' to me...huah...." Ikhwan menguap dan jelas dia kurang tidur,Zero sekadar tersenyum.
"Ms.Alisa so lucky...." kata Zero perlahan.
"Huh?"
"Nothing...." ujar Zero segera beredar meninggalkan Ikhwan yang kehairanan.
==============================
Ikhwan P.O.V
Aku melihat Zero yang pergi meninggalkan aku seorang diri di sini,tetapi sebelum itu semasa aku menghampiri dia. Aku terasa daya ki milik Raven dan almarhum kakak aku,Reena. Aku meninjau keadaan sekitar kawasan,adakah cuma perasaan aku sahaja? Aku berjalan melihat kiri dan kanan,kawasan taman ini agak sunyi dan kenapa Zero datang tempat ini seorang diri. Sedang aku berjalan,kelihatan Zero seperti bersandar di tepi dinding.
"Zero?" Aku menghampirinya perlahan-lahan,sedikit demi sedikit dari belakang ke tepi kirinya dan melihat reaksi mukanya di hadapannya.
"Jangan tengok!" Zero cuba melarikan mukanya dari aku,seperti sesuatu yang tidak kena.
"Zero apa hal ni? Beritahu aku!" Aku menarik lengannya,air mukanya sedang menahan kesakitan. Tetapi kenapa?
"Putera bongsu biarkan saya....nanti saya okay..."
"Beritahu aku Zero....apa yang berlaku ni? Kenapa muka kau macam orang sakit je ni?"
"Saya okay putera...jangan risau.....erk!" Zero memegang kepalanya kesakitan,dan akhirnya dia terus rebah tidak sedarkan diri.
"Tak sakit? Tapi pengsan ni pe citer...." kata aku sendirian.
Hospital Mentari.
5.00 AM.
"Barah otak?" Soal aku terkejut dan doktor yang merawatnya mengangguk.
"Ya tuan putera....sakit dia sudah level ketiga..." balas doktor itu.
"Klon pon ada sakit juga?" Aku mengomel sendirian,dan ini sesuatu yang di luar jangkaan. Melainkan dia bukan klon....? Aku menoleh ke arah Zero yang tidak sedarkan diri,aku bangun dari kerusi.
"Baiklah...tuan doktor...saya mohon beransur dahulu..." aku bersalaman dengan doktor,dan beredar meninggalkan perkarangan hospital.
"Barah otak tahap ketiga....but he's clone...something not right here...." omel aku sendirian.
"Putera bongsu?" Satu suara menegur,aku memandang ke hadapan aku.
Alamak......
"Jamel....?"
"Asalamualaikum...dan pagi putera bongsu.." sapa Jamel tersengih,aku pula membalas sapaannya.
"Waalaikumussalam...pagi gak.." jawab aku.
"Awal bangun putera?"
"Hah awal....jam 3 pagi lagi dah bangkit..."
"Hok aloh....? Kenapa awal sangat?"
"Aku kan dengan Alisa dah satu bilik..." jawab aku menjeling ke arahnya.
"Pergh....erk?" Jamel berhenti dari terus bercakap,apabila aku menyalakan api merah di tangan kanan.
"Okay...okay tak....tak...." Jamel mengangkat tangannya tanda menyerah kalah.
"Putera...." Jamel bersuara lagi,aku sekadar menyahut namun tidak menoleh ke arahnya.
"Putera bongsu ada jumpa dengan Zero?" Aku tersentak mendengar soalan Jamel.
Ah...sudah,nak jawab apa pulak ni?
"Ai? Awal korang berdua keluar?" Satu suara menegur membuatkan kami tersentak,terkaku beberapa saat dan kami berpandangan sesama sendiri.
"Suara siapa pula tu...?" Jamel menyoal.
"Jangan tanya aku...." jawab aku menelan air liur.
"Hantu?" Jamel meneka.
"Jangan sebut....." balas aku tersengih.
"Astagfirullahal'azim korang berdua..ayat menyakitkan hati betul!"
"Sekejap....aku kenal suara ni..." aku cuba meneka.
"Adik abang sendiri pon tak cam ke ha??!" Iris muncul dengan tiba-tiba di hadapan kami,membuatkan kami berdua terkejut bagai nak rak.
"Allahuakbar!!" Jamel terlompat jatuh kerana terlalu terkejut.
"Adik rupanya..gugur jantung...." aku memegang dada,jantung aku berdegup macam bunyi kelajuan keretapi.
"Mentang-mentang rambut kita putih..ingat hantu la?" Omel Iris memeluk tubuhnya.
"Bila masa pulak abang cakap macam tu..."
"Whatever.....Alisa cari abang!" Aku hampir terlupa mengenai Alisa.
"Kau okay tak bro?" Aku membantu Jamel bangun,dia sekadar tersengih apabila Iris merenungnya. Mesti bengang pasal Jamel salah anggap dia hantu.
"Okay je tuan putera...eh puteri bongsu...hehehe" Jamel menegur Iris yang masih merenungnya.
"Baiklah kalau macam tu abang pergi jumpa Alisa..." kata aku segera beredar meninggalkan mereka berdua.
"Selamat kembali tuan putera..." sapa dayang istana sebaik aku memasuki pintu besar istana,aku mengangguk menjawab sapaan mereka.
Aku segera menuju ke arah bilik,dan buka pintu lalu melangkah masuk. Keadaan bilik sudah siap dikemas,dan aku terasa badan aku melekit. Ada baiknya aku bersihkan badan,tuala capai dan menuju ke bilik mandi. Pintu bilik mandi aku buka tanpa curiga,dan pada masa yang sama badan aku kaku. Sebab? Alisa berdiri di hadapan aku tanpa seurat benang,keseluruhan tubuhnya aku dapat lihat.
"Ikhwan?" Alisa terkejut dan aku lantas menutup semula pintu dengan kuat.
BAM!!
"NOT AGAIN!!!!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top