CHAPTER 3 : BLACK COBRA


Tumbukan berlaga kuat dan Luqman mengeluh,Ikhwan pula menarik tangannya kemudian memberi pukulan di perut menggunakan lututnya. Luqman menahan kesakitan dan mengecas kilatnya,Ikhwan terkejut namun sudah terlambat.

"Electricity!!!" Jerit Luqman merenjat seluruh kawasan.

"Hmmph!" Satu tumbukan tepat pada mukanya,Luqman tercampak dan Aminudden segera menyambutnya.

"Adoi....tak payah la pukul kuat-kuat...." rungut Luqman mengusap mukanya.

"Ouh...yang kau nak renjat aku dengan voltan tinggi tak fikir pula??" Ujar Ikhwan menyiku kepala Luqman.

"Adoi! Lagi sekali kena..." Luqman memegang bahagian kepalanya,yang terkena pukulan siku bapa saudaranya

"Tahan je la...kau kan lelaki..."

"Saya baru 16 tahun..." rungut Luqman,Aminudden hanya mendiamkan diri melihat sikap abangnya.

"Patut la Kirin susah nak terima kau..." Ikhwan memeluk tubuhnya,Luqman tersentak wajahnya menunjuk tanda tidak puas hati.

"What?" Ikhwan memeluk tubuhnya,Luqman mula merajuk dan kilatnya kali ini merenjat kuat.

"Heh...marah? Mari tunjukkan pada pak cik..." ujar Ikhwan menggerakkan jari telunjuknya tanda provokasi,Luqman hilang dari pandangan mata kasar.

"Ouh? Hmm...." Ikhwan menggaru dagunya,Luqman sudah berada di belakangnya kemudian Ikhwan menoleh dan dia hilang sekali lagi.

"Pantas...." Ikhwan tersenyum dan Luqman muncul betul-betul di hadapannya.

"Ouh crap....aiyak!" Ikhwan tercampak ke belakang dan Luqman mengejarnya,Ikhwan tersengih dan membalikkan badannya lalu berpusing.

"Haip! This feel great right?" Ikhwan segera meluru ke arah anak saudaranya,Aminudden sekadar dapat melihat dan menggaru kepalanya melihat pertempuran gerakan pantas.

"Tapi setakat pantas..." Ikhwan merentap tangan Luqman,dengan gerakan pantasnya.

"Tiada kekuatan dalaman tiada guna!" Aminudden tercengang melihat Luqman sudah dikalahkan dengan sekelip mata.

"Ingat kata-kata pak cik ni Man,kepantasan bukan segalanya.." ujar Ikhwan sambil mengibaskan bajunya.

"Kau belum jumpa orang macam aku,jadi kau tidak akan faham..." kata Ikhwan lagi.

"Haih! Macam mana cik boleh gerak cepat macam tu?" Soal Luqman masih terbaring di atas tanah,Ikhwan sekadar tersengih.

"Itu kau patut tanya adik kau..."

"Huh?" Luqman menoleh ke arah Aminudden.

"Gravity...." ujar Aminudden pendek.

"Wha?" Luqman bingkas bangun,terkejut dengan penjelasan adiknya.

"Yeah...kebiasaan pak cik kita berlatih di tekanan 5000 ke atas.." ujar Aminudden tersenyum,Luqman menoleh ke arah bapa saudaranya yang tersengih.

"Ouh badass...."

"Ouh..yeah i am...haha"

Gelagat mereka diperhatikan Alisa dan Intan,melihat Ikhwan dan dua beradik itu ketawa membuatkan Alisa tersenyum. Intan perasan hal itu dan melihat bapa saudaranya,Ikhwan dan menoleh semula pada Alisa. Dia tersenyum gembira jika Ikhwan kembali ke dirinya yang asal,jika diimbas kembali lima tahun yang lepas selepas kematian ibu saudaranya iaitu Reena. Bapa saudaranya yang bongsu ini hilang semangat,dan tidak ingin ambil tahu mengenai hal apa pun.

Namun lamunannya terhenti apabila menyedari kehadiran Maria,menghampiri bapa saudaranya. Alisa hanya memerhatikan di sebelahnya,Ikhwan hanya melihat sahaja Maria melangkah ke arahnya. Luqman dan Aminudden berpandangan,kemudian menoleh ke arah Maria semula.

"Ikhwan....." ujar Maria perlahan.

"Apa yang kau nak?" Soal Ikhwan dingin.

"Saya minta maaf....." Ikhwan sedikit terkejut,namun menunggu kata-kata seterusnya daripada Maria.

"Saya minta maaf kerana tinggalkan awak,sepatutnya saya cuba memberi semangat pada awak...tapi tidak,saya tak buat seperti itu,malah apa yang saya cuba menjejaki lelaki yang....." kata-kata Maria tersekat,Ikhwan menghela nafas pendek.

"Lelaki yang kau cintai,dan cuba mengkhianati negara Mentari? Mengkhianati aku? Macam tu ke?" Ikhwan memotong kata-kata Maria.

"Tidak!! Tolong jangan cakap macam tu,saya tidak terdetik untuk Mengkhianati negara ini....please Ikhwan..."

"I love you Maria....from my bottom heart...just for you..." ujar Ikhwan mengalihkan pandangannya,kemudian menoleh ke arah Alisa.

"But you betray me..." tambah Ikhwan lagi membelakangkan Maria,Luqman dan Aminudden sekadar mendiamkan diri tidak mahu masuk campur.

"Ikhwan...." Maria tidak mampu berkata apa-apa,dia menunduk.

"Don't hurt him..." Ikhwan menambah,Maria mengangkat kepalanya terkejut.

"Zero sahabat aku...jika kau sakiti dia,aku tak akan maafkan kau..lagi" ujar Ikhwan memegang bahu anak saudaranya,dan beredar kemudian disusuli Alisa dan juga Intan.

Maria melihat keadaan Ikhwan yang tersenyum berbicara kepada Alisa,dia menarik nafas lega. Dia mendongak ke atas langit,dirasakan angin menghembus lembut menerbangkan rambutnya menari-menari liuk mengikut angin.

Awak boleh bersemadi dengan tenang,senior Reena...

***********************************************

Angin meniup lembut dan nyaman sekali,menerbang daun-daun kering yang berguguran. Kucing mengiau dan menggeliat,burung berterbangan bebas tinggi ke atas langit. Bunyi tapak kaki berderap jelas kedengaran,sekumpulan beberapa orang lelaki dan perempuan menuju ke arah satu bilik.

"Ha...sampai pun korang..." sebaik pintu dikuak,Ikhwan dan Alisa di sisi kirinya sudah berada di bilik tersebut.

"Welcome....to all 10 Guardian...." ujar Raffie muncul di sebelah kanan Ikhwan,sambil mempersilakan mereka mengambil tempat duduk masing-masing.

Aswandy kemudiannya tiba bersama Reezal,dan Yusri menyusul dari belakang. Ikhwan sekadar melihat keadaan,Raffie yang duduk di sebelahnya tersenyum melihat reaksi adiknya.

"Raven dah kembali,isu besar huh?" Ujar Raffie.

"Aku tak risau tentang tu,sebab aku dapat maklumat yang tidak sedap didengar..." ujar Ikhwan dahinya berkerut.

"Huh? Apa maksud kau?"

"Maklumat mengenai satu sindiket bernama Black Cobra..."

"Baiklah terima kasih sudi hadir,wahai para budiman..." perbualan dua beradik itu terhenti,sebaik sahaja Aswandy memulakan bicaranya.

Selain dari 10 Guardian,beberapa panglima dan unit khas turut dipanggil untuk perjumpaan ini. Luqman dan Aminudden turut menyertai perjumpaan tersebut,bersebelahan mereka adalah Siddiq dan Aqirah.

"Tujuan saya mengadakan perjumpaan ini,ada dua sebab..." Aswandy berkata lembut,tapi nada yang tegas.

"Pertama Raven Nightmare sudah kembali..." sebaik nama Raven disebut,para hadirin kesemuanya berbisik dan ada yang risau,suasana agak riuh ketika itu. Luqman dan Aminudden hanya mendiamkan dirinya,Siddiq pula sekadar menghela nafas pendek.

"Bertenang semua....." ujar Aswandy mengangkatkan kedua tangannya menenangkan para hadirin.

"Jadi sebab kedua...Black Cobra..." Reezal mencelah memberi penerangan.

"Mengarut lah! Bukan ke itu cuma lagenda sahaja?" Ujar salah seorang ketua panglima,Zach Ibanez

"Jika lagenda...kenapa raja pertama,Iskandar Syah ada menyebutnya di buku sejarah diraja?" Azlee bersuara tenang,Zach seperti tidak berpuas hati. Ikhwan yang pada mulanya,duduk serta berdiam diri lantas bangun dan berjalan ke hadapan.

"Wan?" Aswandy hairan.

"Aku malas nak cakap banyak,jadi....jika ada ketua-ketua panglima di sini tidak percayakan mengenai Black Cobra...sila beredar dan satu lagi,terus lucut jawatan...." ujar Ikhwan tegas,Aswandy,Reezal,Yusri serta Raffie tersengih dengan kata-kata adik bongsunya.

"Berani kau budak mentah....kau fikir kau siapa?!" Zach mula memprotes,namun Ikhwan menudingkan jari padanya dan api merahnya membara.

"Aku siapa? AKU PUTERA DIRAJA KEENAM! IKHWAN SOLLEH!!" Ujar Ikhwan bernada nyaring menyebut identitinya,Jamel yang turut berada di persidangan diraja melihat keadaan itu sekadar tersengih.

"Kau....."

"Cukup panglima Zach..." seorang lagi ketua panglima,berdiri dan agak berusia. Ikhwan menoleh ke arahnya,ketua panglima unit kedua,Ibrahim Dallas.

"Maafkan ke atas kebiadaban rakan panglima saya...jadi sila teruskan...." ujar Ibrahim.

"Baiklah..mengikut maklumat yang dipercayai...Raven Nightmare,menyertai mereka....." ujar Ikhwan menekan sesuatu,pada butang yang berada di skrin monitor.

Gambar Raven yang jelas bersama sekumpulan seperti askar elit,dan juga juga lambang ular tedung hitam di setiap baju askar tersebut. Zach dan Ibrahim hanya mampu tergamam,melihat lambang organisasi yang dikatakan sekadar 'lagenda'.

"Sebelum gambar ini dapat ditangkap,saya pernah berhadapan dengannya...dan menyedari,bajunya tertera lambang ini..." ujar Ikhwan sambil membesarkan imej lambang Black Cobra.

"Jadi saya meminta kesemua yang berkenaan di sini,berjaga-jaga biarpun tiada tanda Black Cobra masih belum membuat tindakan awal...serta..." Ikhwan menghentikan kata-katanya,dan dia melihat ke arah yang hadir.

"Jaga-jaga dengan Raven Nightmare..."

"Macam menarik..." ujar Aminudden.

"Ni soal negara berhadapan ancaman,kau boleh kata seronok?" Luqman tersengih dengan reaksi adiknya.

"Mestilah menarik tuan putera..." Siddiq mencelah,Luqman menoleh ke arahnya.

"Siddiq...." Aqirah menjeling,Siddiq sekadar ketawa kecil.

"Nampaknya kita ada kerja..." Jamel berseloroh.

"Just like you...." Jane hanya menggelengkan kepalanya.

"Omputeh lagi...." rungut Jamel namun tersengih.

"Kau kena belajar bahasa english..." usik Maria,Nabill hanya menekup mulut menahan ketawa.

"Kena belajar ke?" Jamel mengerutkan dahinya,Zaren sekadar menggelengkan kepalanya diperhatikan Noh.

"Dah...jangan usik dia,kita tengah dalam perjumpaan dengan kerabat diraja..." Azlee menghentikan perbualan mereka,Niezam sekadar tersenyum melihat gelagat mereka,begitu juga Hisyam.

"Jadi...semua kena sentiasa berwaspada...." ujar Aswandy pula.

"And....dismissed!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top