CHAPTER 25 : JEALOUSY?
Malam jam 9.45,ruang meja makan diraja.
"Apa kata kita biarkan Alisa sebilik dengan abang Ikhwan?" Iris bersuara memberikan cadangan sebaik habis makan malam bersama,Ikhwan hampir tersembur air yang dihirupnya. Alisa menepuk belakang bahunya,Aswandy ketawa mendengar cadangan Iris.
"Oi! Agak-agak la!...kami belum berkahwin kot!" Ikhwan bengang kerana Iris memberikan cadangan tidak masuk akal.
"Ayahanda okay jer...." Solleh bersahaja memberi kata putus.
"Ayahanda!...abang!" Ikhwan meminta ihsan kepada empat orang abangnya yang lain,Yusri berfikir dan Raffie hanya menghela nafas pendek. Aswandy menongkat pipinya,Reezal pula mendiamkan dirinya sahaja.
"Ayahanda dah cakap tak boleh bantah...." Aswandy tersengih.
"Aku tiada masalah..." Reezal berseloroh.
"Fine with me...." Yusri menyusul.
"Seriously guys? Bang Raf?" Ikhwan meminta pertolongan Raffie.
"Abang semua dah setuju aku tak boleh nak tolong..." kata Raffie mengangkat tangan kirinya,Ikhwan terus menunduk kecewa. Luqman dan Aminudden hanya tersengih,tidak mampu memberi pertolongan.
"Bonda?" Ikhwan mengangkat kepalanya,menoleh ke arah Rumina.
"Ayahanda dah beri kata putus,bonda tak boleh menghalang..." ujar Rumina tersenyum.
Bang!
"Lagipun Alisa selalu masuk bilik anakanda kan?"
Bang!
"Itu memang tidak dinafikan...kita semua tahu..macam la tiada kamera di laluan ruang legar kan?" Tambah Yusri bersahaja.
Bang!
Lagi sekali pertolongan dipinta namun,kekecewaan sahaja yang dapat. Razeedah yang duduk bersebelahan Reezal hanya tersenyum sahaja,dia tidak dapat membantu adik iparnya. Alisa seakan terasa dirinya beban kepada Ikhwan,lengan baju Ikhwan ditarik perlahan.
"Huh? Alisa?" Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Kalau saya beban pada awak...." Alisa berkata sambil menunduk,Ikhwan menggosok belakang kepalanya dan menyedari seluruh keluarganya menyalahkannya. Seriously guys? What a pain!...
"Alisa....?" Ikhwan menegur lembut,Alisa mengangkat kepalanya.
"Bukan beban ataupun tidak...cuma saya lelaki,awak perempuan Alisa...."
"Saya tidak kisah kalau awak nak buat apa-apa pada saya..." sekali lagi Ikhwan terkejut,dan mencapai gelas berisi air jus tembikai lalu dihirup sehingga habis. Seluruh yang berada di meja makan terdiam,lantas Ikhwan memegang tangan Alisa.
"Ikut saya please....?..." Alisa kehairanan namun menurut,Ikhwan menoleh ke arah adik kembarnya. Iris terkejut dan menelan air liur,pandangan Ikhwan merenungnya seperti berbunyi jaga kau dik,siap abang kerjakan nanti! Ikhwan terus beredar pergi sambil tangannya menarik tangan Alisa.
"Cik Iris okay?" Soal Luqman menjengah Iris,satu pukulan tepat pada kepala Luqman.
"Adoi!" Aminudden kehairanan dengan tindakan ibu saudaranya.
"Bonda?" Iris menoleh ke arah bondanya,Rumina yang sedang berbicara dengan Razeedah.
"Ye Iris,ada apa bonda boleh bantu?"
"Ada bilik kosong tak?"
"Huh?"
Ikhwan menarik Alisa sehingga ke balkoni istana,dari balkoni kelihatan permandangan Kota Hijau yang cantik pada sebelah malam. Alisa menyisir rambutnya,pegangan tangan Ikhwan yang hangat membuatkan Alisa terasa selesa.
"Ouh? Maaf...." Ikhwan menyedari sudah terlalu lama dia memegang tangan Alisa.
"Tidak apa...saya selesa...tangan awak hangat..." kata Alisa dan Ikhwan terdiam sejenak.
"Kalau macam tu nak terus pegang?" Ikhwan menyoal sambil menghulurkan tangannya dengan tersenyum,Alisa sedikit terkejut dan menyambut tangannya.
"Ikhwan..."
"Yeah?"
"Am i a burden to you?"
"No....don't say something like that...!"
"Jadi kenapa awak tidak setuju saya sebilik dengan awak...?" Soalan itu Ikhwan tarik nafas dalam-dalam,Alisa menunggu dengan sabar untuk mendengar jawapan Ikhwan.
"Saya lelaki,awak perempuan Alisa..."
"Jika saya kandungkan anak awak saya tidak kisah!" Bentak Alisa walaupun dengan nada rendah.
"Alisa....awak sayangkan saya begitu sekali?"
"Salahkah?" Alisa merenung wajah Ikhwan dengan tenang.
"Baiklah....tapi saya boleh kawal diri jangan risau..." ujar Ikhwan dan Alisa tersenyum,ketawa kecil.
"Lagi satu....Alisa" Alisa menoleh semula ke arah Ikhwan.
"Macam ni...apa kata kita bertunang dahulu?" Alisa terkejut dengan cadangan Ikhwan,belum sempat Alisa menjawab gangguan berlaku.
"Ha! Jadi kita buat majlis pertunangan tu dengan grand!" Iris muncul dengan menunjukkan tanda ibu jarinya,kemudian menyedari dia merosakkan suasana.
"Iris....." tangan Alisa Ikhwan lepaskan,bara api merah dinyalakan.
"Err....alamak...." Iris menelan air liur.
"KAU BARU BALIK DAH MENYUSAHKAN ABANG YE?!" lantas Ikhwan mengejar Iris yang berlari menyelamatkan dirinya.
"ALA UNTUK KEBAIKAN ABANG GAK!! JANGAN LA MARAH!!" Iris berlari mengelak tumbukan api Ikhwan,mujur juga Ikhwan tidak menembak kalau tidak habis terbakar istana ini nanti.
"OUH? KEBAIKAN YE? SINI KO DIK!!"
"ALA TAK NAK!!"
Ikhwan yang sedang mengejar kembarnya,Iris sehingga ke luar istana memasuki halaman istana diperhatikan Alisa. Gelagat kembar berkejaran mencuit hati Alisa,terutama pada Ikhwan yang akhirnya berjaya menangkap adiknya.
"Wah....marah betul pak cik kita itu..." Alisa terkejut apabila Luqman dan Aminudden.
"Luqman? Aminudden?" Alisa menegur dan dua beradik itu menoleh ke arahnya.
"Kamu berdua pon ada dengan cik Iris kamu gak ye?" Alisa menyoal sambil tangan membeku,Aminudden dan Luqman berpelukan.
"Alamak......" serentak dua beradik itu berkata.
"Biar cik ambil tempat cik Ikhwan kamu ya?" Kata Alisa sambil air mukanya dingin,namun dua beradik itu hanya tersengih.
Aiyark!!!!!!
Luqman dan Aminudden tercampak keluar,pada masa yang Ikhwan yang sedang menghukum Iris dengan menggosok kepala Iris dari belakang menyedari sesuatu terbang keluar dari istana.
"Bunga api?"
"Itu Luqman dan Aminudden,rasanya Alisa yang buat" Iris berkata melihat ke kawasan balkoni.
"Hmph!" Alisa beredar meninggalkan balkoni.
"Cakap la yang budak dua ekor tu sekali ngendap dengan adik?" Soalan Ikhwan membuatkan Iris terdiam,menelan air liur dan Ikhwan tersengih. Bara api menyala di tangan kanannya.1
"Hehe....." Iris tersengih dan dalam fikirannya,i'm done!
==========================================================
Luqman duduk bersandar di kerusi panjang yang diletakkan pada setiap taman istana,dia menguap dan mendongak ke atas langit. Fikiran jauh melayang ke atas,dibelek rambut putihnya dan kemudian dia menghela nafas pendek. Biarpun ibu saudaranya iaitu Iris sama warna rambutnya,namun dia bukan semulajadi putih. Mungkin kerana ini ramai budak sebaya dengannya,menjauhkan dirinya semasa berusia 10 tahun.
Haih......
Keluhan dilepaskan pada usianya masuk 5 tahun,Kirin salah satu daripada lima naga elemen memilihnya. Kerana kuasa kilat milik Kirin,rambutnya berubah warna menjadi putih bercahaya. Aminudden melihat abang sulungnya duduk berseorangan daripada jauh,menyedari abangnya membelek rambutnya sudah dia dapat agak apa yang difikirkan oleh Luqman.
"Luqman?" Luqman menoleh ke arah suara yang menegurnya,Alisa berdiri di sebelah kanannya sambil kedua tangannya disilang ke belakang.
"Cik Alisa....mana pak cik?" Luqman menjengah ke belakang,Alisa sekadar tersenyum dan duduk di sebelahnya.
"Dia ada kat bilik,tengah borak dengan kembar dia.." jawab Alisa setelah duduk.
"First time saya tengok cik Alisa senyum..." kata Luqman terkejut.
"Pelik ke?" Soal Alisa menoleh ke arahnya.
"Tak la...rasanya cik Alisa lebih cantik jika tersenyum..."
"Rasanya cik tersenyum sebab dia..."
"Ha?"
"Itu......" Alisa menunjukkan ke satu arah,Luqman menoleh ke arah ditunjukkan.
Kelihatan Ikhwan sedang berjalan beriringan Iris,mereka ketawa dan kepala Iris digosok kasar. Air muka Iris mencebik sebab habis kusut rambut dek abang kembarnya,kemudian dirangkul Iris dipeluk mesra. Alisa merasakan perasaan kurang selesa,Luqman menyedari air muka Alisa berubah apabila Ikhwan berpelukan dengan Iris.
"Cik Alisa...?" Alisa tersentak apabila Luqman menegurnya.
"Tak ada per....cik masuk bilik...." Alisa segera beredar,Luqman memerhatikan dia sehingga hilang dari pandangan.
"She jealous isn't?...." ujar Luqman sendirian.
"Luqman? Sorang je ke?" Soal Iris sebaik sahaja mendekati Luqman.
"Ada orang lain ke kat sini?" Luqman menjawab sambil tersengih,Iris terasa geram dan terus melagakan kedua tangannya pada kepala Luqman.
"Adoi! Sakit cik! Sakit!" Luqman meraung.
"Ha rasakan! Loyar buruk lagi!" Ikhwan menggaru kepalanya,bukan kerana gelagat mereka berdua tetapi tidak silap dia ternampak Alisa bersama Luqman di sini sebentar tadi.
"Cik Alisa cakap dia masuk biliknya..." balas Luqman yang kepalanya masih dilagakan tangan Iris.
"Eh cik kejap!" Luqman memanggil apabila Ikhwan ingin mula melangkah,Iris hairan dengan tindakan anak saudaranya.
"Nape?" Soal Ikhwan.
"Rasanya cik Alisa jealous tengok cik Ikhwan dengan cik Iris bergurau sambil peluk-peluk tadi..." jelas Luqman dan Iris menekup muka,Ikhwan tersentak lalu mendesah dan berkata sendirian.
She jealous? With Iris? Comelnya......
=========================================================
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top