CHAPTER 23 : TWIN RETURN

Api birunya dinyalakan dan menyambar Raven,lalu menahan dengan bayang yang dijadikan perisai dan daya impak membuatkan Raven tercampak ke belakang. Api biru milik Ikhwan menyala dan air hujan tidak mampu memadamkannya,Raven bangkit dari jatuh dan merenung semula ke arah Ikhwan. Langkah dilakukan dan Raven bersiap sedia untuk melakukan serangan,dia sedar kehadiran perempuan berhud itu.

"Dragon Blaze Arts Style..." mulut Ikhwan kembungkan,dan Raven terkejut.

"Roaring Flame!!!!" Serangan semburan api keluar daripada mulut Ikhwan,dan Raven mengelak dengan melompat ke atas dan terus meluru ke arah Ikhwan.

"Shadow Blade..." muncul pedang dari sebalik bayangan,dan melibas ke arah Ikhwan.

"Hergh!" Muncul pedang berwarna jed kebiruan,dan bunyi yang nyaring bergema sehingga Alisa menutup telinganya.

"Karma...." Ikhwan menyeru Karma,dan naga biru itu tersenyum sinis.

"As you wish my lord..." Karma berkata tenang dan tersenyum,Ikhwan hanya tersengih.

"SYNCHRONIZED!!!....." rambut milik Ikhwan berubah warna kepada biru,Raven terkejut dan lantas pertahanan miliknya menjadi lemah.

"Worah!!!!" Ikhwan menempik dan melibas lalu mencampakkan Raven,sehinggakan terseret ke belakang. Ikhwan menarik semula pedangnya,dan dihayunkan lalu angin terhasil akibat impak yang kuat.

"Hmm...." Raven membetulkan pegangan pada pedangnya,dia mengangkat separuh betul-betul di hadapan wajahnya.

Ikhwan pula membuat isyarat jari telunjuk dan jari hantu dirapatkan,manakala bakinya digenggam. Pedangnya dibiarkan menurun bilah mencecah ke tanah,kemudian pedang berpuluh bilah mula timbul dari tanah. Bulatan negara Mentari terhasil seiring munculnya pedang yang berpuluh itu,Raven sekadar mendiamkan dirinya dan menumpukan kuasanya.

"Shadow Sword-play....." Raven sudah bersedia melakukan serangan,Ikhwan turut sama dan mereka terus meluru antara satu sama lain. Alisa hanya mampu melihat,dan perempuan berhud yang melihat dari sebalik semak hanya mendiamkan diri tidak mahu masuk campur.

"Thousands Blade....dancing with the sword!!..." Ikhwan dan Raven berlaga pedang,impak yang kuat berhasil membuatkan titisan air hujan yang lebat tidak sempat mengenai kawasan pertempuran mereka.

"Hmph!!" Raven turut mengikut rentak Ikhwan,namun agak sukar baginya kerana ini bukan yang diajar dalam keluarga diraja.

"Teknik bermain pedang bukan ajaran Reena,dari mana kau belajar?!" Soal Raven ternyata tidak puas hati,namun Ikhwan hanya berhenti beberapa meter jaraknya.

"Huh?" Raven terpaku apabila gaya Ikhwan ditukar sekali lagi,puluhan pedang dilenyapkan dan Karma Fang muncul semula dalam pegangan tangannya.

"Secret Techniques....." bilah pedang berwarna biru jed,menyala api biru dan dengan pantas hayunan dilakukan.

"DRAGON FANG! SLASHING THE DARKNESS!!..." hayunan yang kuat membuatkan bumi Mentari bergegar,Alisa sehingga terduduk dibuatnya dan perisai medan kuasa masih lagi kuat melindunginya. Solleh menyedari perkara ini,begitu keempat abang Ikhwan yang lain. Gadis berambut putih tidak lari dari merasai tekanan kuasa serangan milik Ikhwan,dan terus berkejar ke arahnya.

Tetakan daripada Ikhwan membuatkan tanah terbelah,Raven bernasib baik dapat mengelak serangan Ikhwan. Rambut Ikhwan berubah semula kepada hitam,Raven menyedari keadaan Ikhwan dalam keadaan yang termengah-mengah. Raven tidak mahu membuang masa dan terus meluru ke arahnya,Ikhwan yang melutut,masih lagi belum pulih dari mengah.

"Ikhwan!!" Jeritan Alisa disedari oleh Ikhwan,dan menyedari Raven sudah berada di hadapannya.

"Ouh...crap....." Ikhwan bagaikan telur di hujung tanduk,dan Raven bersedia melakukan libasan.

"Water Arts Style!! Thousands Needle!!...." satu serangan hendap bagaikan jarum berelemen air ditujukan pada Raven,perempuan berhud itu turut terkejut. Raven mengelak dengan pantas,dan Ikhwan hairan siapa yang membantunya. Seseorang muncul di sebelahnya,Ikhwan menoleh dan masa bagaikan menjadi perlahan. Alisa turut terkejut dan lega pada masa yang sama,dia turut tertanya siapa perempuan berambut putih salji di sebelah Ikhwan.

"Huh?" Perempuan berhud itu tersenyum,seperti mengenali gadis bersebelahan Ikhwan.

"Hi abang!..." sapa gadis tersebut tersebut.

"Iris??" Ikhwan terkejut apabila adik kembarnya muncul dengan tiba-tiba,gadis yang bernama Iris itu memapah dan membantunya bangun.

"Ikhwan!" Medan kuasa perisai yang melindungi Alisa lenyap,dan Alisa segera mendapatkan Ikhwan.

"Who's this gorgeous lady?..." soal Iris menjeling ke arah abangnya.

"Save it for later...we got business to do..." ujar Ikhwan baru pulih dari kepenatan,kemudian mereka bertiga mengalihkan pandangan ke arah Raven.

"Damn....huh?" Raven terkejut apabila perempuan berhud itu muncul,Ikhwan dan Iris tersentak apabila mengenali daya ki milik perempuan berhud itu.

"Kau.......SIAPA KAU??!" Jerkah Ikhwan dan Iris terkejut dengan jerkahan abangnya,Alisa turut sama dan perempuan berhud itu tidak berkata lalu muncul bulatan magis.

"Hey!!...." Iris cuba menghalang namun,mereka berdua hilang bersama cahaya.

"That woman...it couldn't be..." Ikhwan menunduk dan menoleh ke arah Iris,Alisa membantu dengan memapahnya. Iris tersengih melihat Ikhwan dan Alisa.

"Apa yang kelakar?" Soal Ikhwan mengerutkan dahinya.

"Tak ada...abang nampaknya dah ada bakal isteri..." kata Iris tersengih.

"Adik baru balik dah mengusik...memang nak kena eh?" Ikhwan menggelengkan kepalanya tersenyum melihat kerenah adik kembarnya.

"Ikhwan..?" Alisa menegur dan Ikhwan menoleh ke arahnya.

"Err...dia...." Ikhwan baru sedar dia belum kenalkan Iris dan Alisa.

"Ah...maaf-maaf,sebelum tu kita singgah di kafe Arjuma..." ujar Ikhwan mengelap wajah Alisa yang basah terkena hujan,malahan kerana hujan menampakkan bentuk tubuh badan Alisa.

"Ehem!!" Iris berdehem untuk mengelakkan terus melihat tubuh badan Alisa.

"Ouh!! Maaf!" Ikhwan segera membuka kotnya,dan dipakaikan pada Alisa. Iris sekadar tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

Pada masa itu Aminudden turut menyaksikan pertempuran antara bapa saudaranya,dan juga Raven Nightmare. Matanya difokuskan melihat pertarungan itu,sehingga tamat dengan Raven diselamatkan oleh perempuan berhud.

"Kau tengok pe Min? Camtu sekali mata kau?" Soal Luqman hairan.

"Pak cik Ikhwan versus Raven....tapi dah habis...memang epik aku tengok perlawanan tadi..." kata Aminudden sambil duduk,dan Luqman tersengih.

"Kau mesti stalker perempuan mandi ni kan?" Aminudden terkejut dengan soalan abangnya.

"Woi..memandai je kau!...mana ada!!" Raut air muka Aminudden merah padam.

"Haha...aku gurau je rilek la..." kata Luqman tersengih.

"Satu lagi....cik Iris pun ada sekali..." tambah Aminudden menjeling abangnya.

"Eh dia bila masa balik?" Soal Luqman tidak percaya.

"Entah aku tengah fokus masa diorang berlawan...alih-alih muncul pula...cik Iris.." balas Aminudden lagi.

"Ouh...lapar pula...jom makan jap?" Luqman melangkah menuju ke pintu bilik.

"Aik? Tadi baru makan ni makan lagi?"

"Tadi snek bukan nasi....dah jom!"

==========================================================

Arjuma Cafe

Mereka bertiga akhirnya tiba di kafe Arjuma,pintu dikuak dan Arjuma sedang termenung. Kemudian menyedari kehadiran Ikhwan dan lain-lain,dia terus meluru ke arah Ikhwan.

"Kau ni kan penat aku masak taw? Blah camtu jer...ni aku sanggup masak lagi jangan kau nak lari faham tu?" Bebel Arjuma pada Ikhwan,hanya senyuman Ikhwan dapat berikan mungkin kepenatan berlawan dengan Raven.

"Ar.Ju.Ma.....!" Arjuma berhenti membebel dan menoleh ke arah suara yang menegur,dan dia terkejut.

"Ya...rabbi Iris! Bila balik!!?" Soal Arjuma tersenyum memeluk Iris,Ikhwan sekadar tersenyum melihat gelagat mereka dan Alisa mendiamkan diri sahaja.

"Baru sampai tadi Juma....hee..." jawab Iris tersenyum.

"Kejap nanti aku hidangkan makanan ye..?" Arjuma beredar pergi dan Ikhwan menarik nafas lega kerana Iris,dia selamat tidak terus-menerus terkena bebelan Arjuma.

"Baiklah....Iris..." Ikhwan menegur kembarnya,Iris menoleh ke arahnya.

"Alisa...ini Iris,Iris Solleh...adik kembar saya yang ceritakan tadi...dia tahun ni baru tamat pengajian di luar negara...dan Iris,ini Alisa Darweez...umur dia bawah kita setahun..." ujar Ikhwan memberi penerangan dan Iris mengangguk faham. Tidak lama lepas itu,Arjuma muncul sambil menghidangkan makanannya.

"Lama tak makan sini...sedap macam dulu!" Puji Iris sambil memegang pipinya,menikmati masakan Arjuma.

"Meh....jangan puji lebih sangat,koyak hidung dia karang.." Ikhwan tersenyum sambil melihat adik kembarnya menjamah makanan,Arjuma hanya ketawa mendengar pujian Iris.

"Tak pe...makan la,nanti kurang mintak! Aku belanja...hehe" Arjuma berkata selamba,dan Ikhwan hanya tersenyum.

"Ikhwan...." Alisa yang mendiamkan dirinya dari tadi,mula berkata-kata.

"Hmm? Ye Alisa?" Ikhwan menongkat dagu melihat wajah Alisa,Iris hanya membiarkan mereka berdua dan terus menikmati makanan.

"Berbaloi ke awak pertahankan saya?" Senyuman Ikhwan terus hilang,sebaik soalan Alisa diajukan.

"Alisa? Awak sedar tak apa yang awak cakap?"

"Ye saya sedar....ta...?" Belum sempat Alisa menyambung kata-katanya,Ikhwan menyentuh bibirnya.

"Awak rasa saya akan selamatkan awak pada hari pertemuan jika tidak rasa berbaloi?...." Ikhwan memulakan kata-katanya,Alisa menunduk namun dagunya ditarik lembut melihatnya.

"Alisa Darweez...saya Ikhwan Solleh,cintakan awak selamanya....saya akan pastikan kita tidak akan berpisah...jika awak dilarikan atau disembunyikan...saya akan cari sehingga jumpa....ingat kata-kata saya Alisa..." air mata Alisa mengalir keluar dan memeluk Ikhwan,Iris tersenyum melihat perubahan abangnya.

Dia masih ingat ketika selepas pengebumian kakak Reena,dia cuba bercakap dengan Ikhwan namun hanya layanan dingin Ikhwan berikan. Berita pembunuhan kakaknya mengejutkan seluruh keluarga diraja,namun dia harus meneruskan tujuannya untuk belajar di luar negara. Malah ini adalah tahun terakhir dan telah tamat dengan cemerlang,dengan keadaan abangnya yang kembali normal dan mungkin terima kasih pada Alisa?

"Alisa....." Iris mencelah dan Alisa menoleh ke arahnya,sambil melepaskan pelukan pada Ikhwan dan mengesat air matanya.

"Terima kasih...." Ikhwan hairan dengan ucapan itu,Alisa hanya mengangguk faham.

"So sweet....." ujar Arjuma menongkat dagunya melihat gelagat mereka bertiga.

Kling!

"Order! Lapor ni!!" Luqman menerjah masuk ke dalam kafe,Aminudden dan Intan mengekori dari belakang. Tiga beradik itu menyedari Ikhwan,Alisa,Iris dan Arjuma yang terkejut dengan tindakan Luqman.

"Erk? Hai...."

==========================================================


Perempuan berhud

Iris Solleh seni pertahanan diri.
Kenpo
Fencing swordplay.
Tae Kwan Do

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top