CHAPTER 13 : THE TWIST

Luqman dan Aminudden berpandangan sesama mereka,kehadiran mereka sudah disedari oleh perempuan misteri dan wajahnya disebalik hud. Mereka tiada pilihan lain,terpaksa keluar dari persembunyian mereka. Perempuan berhud itu terkejut melihat mereka berdua,kemudian tersenyum lega dan Aminudden perasan pedang yang disisipkan pada pinggang perempuan itu. Sama dengan pedang almarhum....

Mereka berdua senyap tidak bersuara,memandang perempuan berhud dan tangan Luqman mengalirkan arus kilat. Aminudden pula hanya mendiamkan diri,dia tidak terasa ancaman dari perempuan tersebut.

"Luqman Reezal dan Aminudden Reezal...putera muda negara Mentari...what bring you here....?" Soal perempuan berhud itu.

"Bagaimana dengan awak cik...? Kenapa datang sini bersama pengkhianat tu?" Aminudden mencelah ketika Luqman ingin menjawab,perempuan berhud itu sekadar tersenyum.

"And..." Aminudden menyambung kata-katanya,Luqman sekadar menoleh ke arahnya dan perempuan tersebut menunggu apa yang ingin diluahkan.

"Pedang tu...kenapa ada pada awak cik?" Aminudden merenung perempuan itu.

"Ini ke?" Perempuan itu menarik pedangnya.

"Itu sepatutnya milik ibu saudara kami..." ujar Aminudden air muka menunjukkan sedang marah,Luqman terkejut dan perempuan itu hanya mendiamkan diri sahaja.

"Kenapa ia ada pada awak!!!??" Satu libasan tangan dihayunkan,meluru ke arah perempuan berhud itu

Perempuan berhud itu mengelak dengan mudah,kemudian dia sedar Aminudden sudah tiada di sebelah Luqman. Dia menoleh ke arah belakang,Aminudden sudah berada di belakangnya. Luqman terkejut dengan kepantasan adiknya,api yang marak membara di tangan kanannya.

"Makan ni!!"

"Heh....so exaggerating just like your uncle..."

"Apa?"

Satu letupan terhasil dengan lagaan penumbuk Aminudden dan pedang perempuan berhud itu,Luqman melindungi matanya akibat cahaya perlanggaran dua kuasa.

"Whoops...! Wah...awak kuat jika bagi seorang budak..." kata-kata perempuan berhud itu hanya membuatkan Aminudden marah,Luqman hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"Falcon....." Aminudden berkata sendirian.

"Your order my lord..." suara garau kedengaran di mindanya,perempuan berhud itu sedar tindakan Aminudden. Muncul bulu pelepah keluar dari bulatan lambang kepala Falcon,bilangan yang banyak.

"Charge!!!" Aminudden menghayunkan tangan,dan bulu pelepah itu menyerang ke arah perempuan berhud tersebut. Namun perempuan itu hanya bersiul,kemudian mengelak setiap serangan bulu pelepah berapi itu.

"Not bad...." kata perempuan itu sambil mengelak serangan,namun Aminudden sudah berada di belakangnya. Api marak seperti bola gergasi,perempuan tersebut sedar namun sudah terlambat.

"Flame arts style...Sun DESTROYERS!!"

"Alamak....."

BOOOMMMMM...!!!!!

"Woo....." Luqman tergamam dengan letupan tersebut.

"Hmph...mati kau!" Ujar Aminudden memandang ke arah kawasan letupan hasil dari tekniknya.

"Hehe....boleh tahan.." suara perempuan itu menegur,Aminudden tersentak dan menoleh ke arah suara itu. Perempuan berhud itu tiada kesan,namun bajunya sedikit tercalar.

"Menarik...Am...dah kuat sekarang..." panggilan perempuan tersebut kepadanya membuatkan Aminudden tergamam.

"S-siapa awak? C-cuma seorang sahaja yang panggil saya macam tu..." Aminudden terasa kakinya menggigil,perempuan itu hanya tersenyum pahit dan Aminudden perasan dengan senyuman itu.

"Luke...jaga adik baik-baik...." ujar perempuan berhud itu pada Luqman,sambil melambai tangan pada Luqman dan hilang dari pandangan. Aminudden yang melihat perempuan itu hilang,sedar semasa dia ternampak kelibat Reena berpakaian serupa dengan perempuan tersebut.

"ARGHH!!!" jeritan Aminudden mengejutkan Luqman,dan tanah ditumbuk berkali-kali sehingga menjadi lubang yang besar.

"Min......" Luqman melihat adiknya dengan perasaan sayu,turut tertanya kerana panggilan 'Luke' hanya seorang sahaja yang panggil,sama dengan Aminudden dan orang itu tidak lain adalah Reena,ibu saudara mereka yang telah dikatakan meninggal dunia.

Pada masa yang sama,perempuan berhud itu yang berjaya melarikan diri terdengar jeritan Aminudden. Dia mengetap bibirnya menahan perasaan,dia bergerak meninggalkan kawasan itu dengan perasaannya yang begitu sayu. Siapakah perempuan itu? Apa motifnya?

Maaf bukan sekarang......

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Ikhwan menahan tetakan pedang Keith,Ikhwan bergerak secara bulatan di mana Alisa berada di belakangnya. Gerakan Ikhwan begitu fleksibel dan seolah-olah melekat di posisi yang sama. Namun itu membuatkan Keith terasa menyampah,dan terus menghala tujahan pedang pada kepala Alisa.

Tapi usaha gagal setiap kali dia lakukan,serangan dia mesti dihalang oleh Ikhwan. Mata Ikhwan dia renung namun tiada tanda-tanda cemas ataupun risau,dia tersenyum kerana walaupun Ikhwan melindungi seseorang tetapi itu bukan permasaalahan baginya.

"Menarik...berlawan sambil melindungi..huh?" Sinis Keith berkata namun Ikhwan tidak pedulikan kata-katanya,bilah pedangnya menyala api biru.

"Eh?...."

"Aku tak ada masa nak deal dengan kau..." Ikhwan berkata sambil melibas hayunan yang kuat,dan kesan rekahan tanah yang besar akibat tetakan daripadanya. Keith berjaya mengelak,dan mendarat agak jauh sedikit di belakang.

"Pheww! Nasib baik sempat elak...huh?" Sekali lagi satu hayunan pedang meluru ke arahnya.

DUUUMMMM!!!!!

Tujahan pedang meluru ke arah Keith dengan deras,namun Keith membalas dan perlanggaran kuat dua kuasa berlaku. Terhasil impak kuasa yang kuat,Ikhwan menyeru sebilah pedang lagi dan melakukan libasan pada Keith.

Cobra knight itu terseret ke belakang,dia terkejut apabila kuasa Ikhwan lebih dari apa yang dia dugakan. Seretan terhenti dan dia melihat ke arah Ikhwan,sekali lagi dia tergamam apabila beberapa bilah pedang yang banyak sekeliling Ikhwan.

"Wooho....lebih baik aku beredar..." ujar Keith terasa kurang tidak sedap hati,dan bulatan teleportasi di bawah kakinya.

"Ikhwan...dia nak larikan diri.." ujar Alisa mencuit lengan bajunya.

"Hmm....." Ikhwan hanya sekadar melihat sahaja.

"Nama saya Keith Erdogan,until we meet again.." ujar Keith mula hilang.

"I'm not interesting in you...." ujar Ikhwan dan Keith terkejut.

"Send this message to Raven Nightmare,i will crush him..." selesai berkata-kata,Keith tersenyum dan seperti kecewa serta hilang dari pandangan.

Sebaik sahaja Keith hilang dengan cahaya teleportasi,kedua pedang lenyap dari genggamannya. Dia menghela nafas pendek,dari jauh Ikhwan dan Alisa diperhatikan oleh seseorang. Ikhwan lantas menuju ke arah kereta,dia yakin kes ular gergasi itu ada kaitan dengan Black Cobra. Alisa yang mengekorinya seperti sedar ada orang sedang memerhatikan mereka,dia toleh kiri serta ke kanan dan orang yang memerhatikan mereka segera berlindung.

"Woo....that girl dangerous...." ujar lelaki berambut putih awan itu,tersenyum dan wajahnya tidak kelihatan. Akhirnya hilang dari pandangan ditelan bayang.

"Kenapa Alisa?" Soal Ikhwan sedar kelakuan Alisa yang menoleh kiri ke kanan,berulang kali dia lakukannya.

"Macam terasa ada orang perhatikan kita..." ujar Alisa dan Ikhwan hanya tersenyum,dan mengusap kepalanya.

"That enough...let's go home..."

"Emm....alright....."

Tiada bantahan Alisa berikan dan memasuki ke dalam kereta,Ikhwan segera menghidupkan enjin kereta dan membawa mereka keluar dari perkampungan terbiar itu. Pada masa yang sama,Luqman dan Aminudden memasuki pintu gerbang pagar istana. Para pengawal memberi hormat,Luqman mengangguk namun tidak bagi Aminudden.

"Hey putera muda Aminudden tu...okay tak?" Ujar pengawal berbisik dengan rakan setugasnya.

"Shh....biar nanti dia dengar.." tegah kawannya menoleh ke arahnya.

Luqman hanya mendiamkan dirinya,kali pertama dia melihat adiknya marah. Dia mula tertanya siapakah perempuan itu,dia tidak percaya jika itu adalah ibu saudara mereka. Sedang dia sibuk berfikir,dia sedar sebuah kereta memasuki perkarangan laman istana.

"Luqman? Aminudden? How's going?..." Ikhwan menyoal dua anak saudaranya,Aminudden tidak menjawab dan Luqman memberi penerangan apa yang berlaku.

"Semua yang berlaku ni macam tak masuk akal..." ujar Ikhwan memeluk tubuh,dan Alisa ketika itu lena di bahu kirinya.

"Tak mungkin itu dia...." Alisa tersedar apabila terdengar Aminudden bersuara,dia menoleh ke arah Ikhwan.

"Orang yang dah mati takkan hidup semula..kecuali orang itu masih hidup...." tambah Ikhwan dan dua beradik itu terkejut.

"Jadi cik nak katakan....." Luqman cuba menduga.

"Reena Solleh maybe still alive..."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top