CHAPTER 112 : ALISA'S WISH
"Flame Arts,Ultimate Technique!!" Aminudden mengatur serangan penamat.
"Dragon Thunder Arts..Ultimate!!" Luqman turut menyusul dari daripada belakang.
"CRIMSON WING BURNING FIST!!" Serangan Aminudden dengan api berbentuk sayap pada kedua belah tangannya,merempuh drone yang tinggal dan keseluruhannya hancur serta meletup.
"THUNDER BLAST!!!" Luqman merenjat dan musnahkan seluruh drone yang berada di hadapannya.
"Cool bro! Huh?" Luqman kehairanan apabila Aminudden tidak memandangnya,malah membelakangkannya.
"Amin?" Luqman cuba menegur adiknya itu.
"Cik Ikhwan...." Aminudden merasakan daya qi Ikhwan lenyap begitu saja.
"Am..Hoi!!" Belum sempat tangan Luqman mencapai bahunya,Aminudden sudah terbang laju meninggalkan abangnya.
"Huh? Hoi!" Luqman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal,menoleh kiri dan kanan.
"Okay arah mana harus aku ambil?"
Alisa memangku tubuh Ikhwan yang tidak sedarkan dirinya,Iris tertanya-tanya apakah tindakan Alisa seterusnya. Sekeliling kawasan Alisa berada muncul bulatan magik berwarna putih salji,warna rambutnya turut berubah putih salji. Iris melihat keadaan sekeliling yang sedikit demi sedikit membeku,Alisa merapatkan dahinya pada dahi Ikhwan.
"Come back Ikhwan...come back to me..!" Alisa menumpukan kuasanya dengan pantas terus berada di satu kawasan putih salji.
"Tempat apa ni...?" Soal Alisa dan pada masa yang sama,dia merasai daya qi Ikhwan.
"Ikhwan?" Alisa dengan segera berlari menuju ke tempat yang dituju.
Bagaikan perjalanannya begitu panjang,tanpa ada penghujungnya. Orang yang dicari belum lagi ditemui,pada masa yang sama Ikhwan sedang duduk bersila. Manakala di hadapannya adalah Karma dan Iskandar,mereka berdua tersenyum dan Ikhwan sekadar tersengih.
"So kau datang lagi?" Soal Karma.
"Yeah..aku rasa masa aku dah sampai.." ujar Ikhwan kemudian bangkit dan berdiri.
"Jadi kau tak peduli perasaan 'dia'?" Soal Iskandar pula sambil memeluk tubuhnya.
"Dia?" Ikhwan kehairanan.
"IKHWAN!!!" Jeritan memanggil namanya kedengaran,Ikhwan menoleh dan dia bagai tidak percaya.
"Alisa?" Ikhwan tergamam.
"AWAK KAT MANA? JAWABLAH!!" keluh Alisa dalam jeritannya,Ikhwan mengepalkan penumbuknya.
"Sampai hati awak pergi macam tu sahaja...awak seksa perasaan saya sekarang ini...saya perlukan awak Ikhwan..." bicara Alisa dalam sedunya,Ikhwan menundukkan kepalanya dan muncul cahaya di sebelah Iskandar.
"Eh?" Iskandar kehairanan.
"Ikhwan...saya cintakan awak,saya sangat-sangat cintakan awak...tolong jangan pergi,tolong jangan pergi.." rayu Alisa melutut kemudian menekup mukanya,menangis teresak-esak dan pada masa itu Ikhwan turut menangis mendengar luahan hati Alisa.
"Raja Naga kedua selepas Karma..." suara perempuan kedengaran dan Ikhwan menoleh ke arah suara itu.
"Alisa?" Ikhwan terkejut melihat orang yang wajahnya seiras Alisa berada di hadapannya.
"Nama dia Aurora...dia adalah isteri kepada Iskandar.." jelas Karma dan Ikhwan hanya mendiamkan dirinya sahaja.
"Ikhwan Solleh..awak cintakan dia?" Soal wanita dipanggil Aurora.
"Ya..." jawab Ikhwan.
"Jadi awak nak tinggalkan dia macam tu je?" Soalnya lagi dan Ikhwan kembali membisu.
"Saya berjanji pada Iskandar akan sentiasa berada di sisinya,namun saya mungkirinya...jadi Ikhwan Solleh..pergi..pergi kepadanya.." ujar Aurora dan Ikhwan mengangkat kepalanya,dipandang Iskandar dan Karma serta Aurora. Lalu diseka air matanya dan air mukanya berubah,Iskandar dan Karma tersenyum begitu juga Aurora.
"The Great First Dragon King,Karma...The First King..Iskandar dan Queen of Ice First Generation..terima kasih.." ujar Ikhwan tunduk hormat dan berpaling dari mereka serta beredar dari situ.
"Pergi Ikhwan..buka sayap kau seluasnya..." ujar Karma sendirian.
Ikhwan berjalan dan akhirnya Alisa yang dalam keadaan sedang menangis dalam pandangannya,dia melangkah menghampiri Alisa. Dia mula timbul rasa bersalah,kemudian bahu Alisa dipegang lembut.
"Alisa..." Ikhwan memanggilnya dan Alisa menoleh ke arahnya,terkejut dan air matanya semakin deras mengalir
"Hey jangan la macam ni...saya tak ke mana-mana okay?" Ikhwan cuba memujuk namun Alisa hanya menangis dan terus memeluknya.
"Tolong jangan tinggalkan saya..tak sanggup kehilangan awak Ikhwan.." ujar Alisa dan Ikhwan tersenyum.
"Yeah...saya minta maaf.." pipi Alisa diusap lembut,air matanya diseka dan akhirnya bibir mereka berdua bertaut.
"Jom balik?" Ujar Ikhwan sebaik sahaja bibir mereka terlepas.
"Emm..." balas Alisa dan suasana kembali ke dunia realiti semula.
"Huh?" Iris terkejut apabila daya qi abangnya kembali semula.
Alisa membuka matanya dan air matanya mengalir,Iris menunggu apa yang terjadi seterusnya. Aswandy dan Reezal serta Reena berpandangan,mereka turut dapat rasa daya qi Ikhwan telah kembali. Namun Yusri dan Raffie turut berpendapat,harus menunggu apa yang berlaku seterusnya. Mata Ikhwan sedikit demi sedikit dibuka,wajah Alisa terpampang di hadapannya dan mereka berbalas senyuman.
"Hai...." ujar Ikhwan dan Alisa yang sedang menangis itu ketawa dengan sapaannya.
"Hai...hehe.." balas Alisa dalam sedunya,Iris menyeka air matanya dan menghela nafas lalu menekan alat komunikasi pada telinganya.
"Ikhwan Solleh dah selamat...dan kita telah MENANG!!!" Sebaik mendengar pengumuman daripada Iris,seluruh askar di medan bersorak dan drone pula sudah tidak berfungsi.
"Yeah!!" Intan turut bersorak memeluk nendanya Rumina,Solleh tersenyum menghela nafas lega.
"Fuh...letih.." ujar Yusri terduduk apabila mendengar pengumuman daripada adik perempuannya itu.
"Heh...huh? Salji..." ujar Raffie apabila menyedari benda putih agak kecil saiznya,gugur ke bumi dan Yusri tersengih.
"Sekarang dah masuk musim sejuk.." ujar Raven menurunkan cermin matanya,dia berdiri di tengah-tengah bangkai robot drone yang banyak.
"Huh...lastly.." Rayyan pula mencekak pinggang,berdiri di atas timbunan drone. Siddiq dan Aqirah berpandangan,tersenyum satu sama lain dan berbalas tepukan tangan.
"Heh...ada orang yang sudah setanding dengan aku nampaknya.." ujar Z memerhatikan Ikhwan dalam dakapan Alisa.
"Well its time for me to leave.." kata Z sebelum hilang dari pandangan.
"Sure he know how to make us worry.." ujar Aswandy.
"He's our little brother.." Reezal mencelah.
"Its a usual thing.." ujar Reena pula.
Salji turun ke bumi menyambut kemenangan Mentari,Rembulan,Badai serta Bayu. Avesta pula merenung mayat Zahhak,dan hanya merengus sahaja sebelum hilang dari pandangan. Iris lantas bangkit dan berdiri,melihat Ikhwan yang dipeluk erat oleh Alisa kemudian dia segera beredar.
"I'm sorry..." ujar Ikhwan.
"Yeah you should.." balas Alisa pula.
"I'm glad when you came..thank you.." ujar Ikhwan lagi sambil mengusap pipi Alisa,dan tangannya dibalas pegangannya oleh Alisa.
"I don't wanna losing you..that's why please don't do that ever again.." Alisa berkata dengan air matanya mengalir semula,dengan segera Ikhwan menyeka air matanya.
"I promise..." balas Ikhwan pendek.
"I have one wish..." ujar Alisa lagi.
"Yeah? What's that?" Soal Ikhwan pula.
"Stay by your side forever.." ujar Alisa tersenyum.
"Isn't that obviously..?" Ikhwan mengusik.
Dushh!!
"Ayarkk!!" Ikhwan dan Alisa terkejut dengan letupan tersebut,kemudian menunggu siapakah gerangan si pengacau.
"Adeh...adeh,camner aku tak perasan ada tunggul tadi..hish!" Kelihatan Aminudden cuba bangkit dari tempat yang berasap.
"Eh?" Aminudden terkejut apabila melihat Ikhwan yang masih pangkuan Alisa,malah pasangan itu melihat ke arahnya tanpa mengerdipkan mata mereka.
"Did i killjoy?" Soal Aminudden tersengih.
"Yeah...thanks for that.." ujar Ikhwan bangun dari riba Alisa,Aminudden memerhatikan ayah saudaranya bangun sambil dibantu oleh Alisa.
"Am.." panggil Ikhwan lagi.
"Ya..?" Aminudden segera berdiri tegak.
"Lets go home..." ujar Ikhwan lagi dan Aminudden tersenyum lalu mengangguk.
"Ya!!"
Salji putih turun dari langit tanpa henti,para rakyat Mentari turut tergamam gembira dengan turunnya salji. Para askar negara Mentari,Rembulan,Badai dan Bayu,segera pulang kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Raja Bayu Khidir Ibrahim tersenyum mendongak ke langit,dia diiringi para pengawalnya dan segera beredar.
"Aswandy..." satu suara menegur Aswandy dengan tiba-tiba,raja negara Badai Akhil Khamsa.
"Akhil..." ujar Aswandy menoleh ke arahnya.
"Thanks to you brother...we won the war.." ujar Akhil bersalaman dengan Aswandy dan juga Reezal lalu memberi hormat pada Reena.
"Tanpa bantuan kamu semua bukan mudah bagi kami..." ujar Reezal pula dan Akhil sekadar tersenyum,lalu beredar selepas menunduk hormat sekali lagi. Akhil pergi bersama pengawalnya,sambil diperhatikan oleh Aswandy dan Reezal serta Reena.
"You know brother? I didn't like him.." ujar Reezal merenung Akhil yang sudah jauh daripada mereka.
"Heh..." Aswandy sekadar ketawa kecil,Reena pula tersengih menggelengkan kepalanya.
"So brother...what will you do after this..?" Soal Reezal.
"Just return to the Rembulan,what else?" Jawab Aswandy.
"I guess you right..." balas Reezal.
Ikhwan dan Alisa dibawa terbang oleh Aminudden dengan dibantu oleh Falcon Flame,Ikhwan masih lagi lemah kerana ini pertama kali dia menggunakan bentuk naga tersebut. Itulah yang membuatkan dia hampir kehabisan semua tenaga,Aminudden pula mengusap telinganya kerana dipulas oleh Alisa mungkin kerana mengganggu babak romantisnya dengan Ikhwan. Muncul pula Reisa bersama Rey,Harris dan Mai turut terbang dengan Inderawasih milik Riesa.
"Its a long day..." ujar Reisa.
"Yeah mom..." balas Ikhwan tersenyum dan Rey pula mengangguk kepalanya,Harris tersenyum dan Mai sekadar mengenyitkan sebelah matanya.
Ketika mereka hampir tiba di istana,Ikhwan sedar Solleh,Rumina,Razeedah dan Intan menunggunya di perkarangan halaman istana. Muncul portal teleportasi dan wajah Aswandy,Reezal dan Reena kelihatan. Selepas itu pula Yusri,Raffie menyusul,Azlee pula bersama Iris turut mengekorinya. Jamel pula bersama Jane menunggang White Tiger,Zeo dan Luna serta melompat memintas Ikhwan dan Alisa serta yang lain.
"Hey wait for me...huh? Putera tumpang lalu..." Max melambai pada Ikhwan sebelum mengejar Zeo dan Luna.
"Hah..!" Luqman muncul dengan tiba-tiba,dan mendarat di belakang Ikhwan.
"Luqman? Lambat sampai...? Biasa bukan saing dengan adik kamu?" Soal Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Mangkuk ni ha terbang camtu je..macam mana saya tak lambat.." balas Luqman menuding jari ke arah Aminudden,Alisa sekadar tersenyum mendengar penjelasan Luqman dan Ikhwan pula hanya menggelengkan kepala sahaja.
Nabill turut tiba bersebelahan Jamel,bersama Zaren dan Noh menyusul daripada belakang. Maria memintas Ikhwan dan pandangan mata mereka berdua bertembung,Ikhwan dan Maria berbalas senyuman sebelum Maria mendarat di hadapan Solleh kemudian pergi ke arah Jamel.
"Melepas.." ujar Jamel sambil tersengih sebaik Maria berdiri di sebelahnya,memerhatikan Ikhwan mendarat kemudian Rumina memeluknya bersama Alisa.
"Diam la.." bisik Maria bengang.
"Pandai buat bonda risau huh?" Sindir Rumina dan Ikhwan sekadar tersenyum.
"Nasib baik sempat sampai.." ujar Rasyid tiba di perkarangan halaman istana,Taufeq pula membantu memapah Hamizi dan Soufy memapah Amien. Syafina pula menyusul dari belakang sambil memeluk tubuhnya.
"Guys..okay tak bro.." ujar Ikhwan sambil melepaskan pelukannya daripada Rumina,dan tersenyum kelat melihat keadaan sahabatnya.
"Thanks bro,kalau kau lewat kitorang dah mati...lama dah.." ujar Amien menaikkan ibu jarinya.
"Heh..kamu semua sahabat aku,takkan la aku biarkan kamu semua mati..." kata Ikhwan.
"Satu penghormatan jika itu berlaku putera.." ujar Hamizi tersenyum.
"Yelah tu..." ujar Rasyid menjelingnya.
"What? Daripada kau suka gerak solo.." kata Hamizi pula.
"Apa hal kau? Tak puas hati? Kau dah cedera tu buat cara cedera.." balas Rasyid sinis dan Hamizi mula bengang.
"Sudah.." Mereka berdua terus terdiam apabila Solleh bersuara.
"Baiklah semua...semua pergi berehat..peperangan tadi memang panjang..tapi kita semua berjaya..jadi malam ini saya sudah sediakan jamuan untuk meraikan kemenangan.." sebaik Solleh habis berkata sorakan kedengaran.
"Yeah!! Ada makan-makan!!" Aminudden bersorak gembira.
"Allah...dia pulak yang melebih.." ujar Luqman menggelengkan kepalanya,kemudian masing-masing ketawa sebaik mendengar Luqman berseloroh.
"Tapi..." sedang semua bersorak sebaik mendengar perkataan 'tapi' semua terus terdiam,menoleh serentak ke arah Solleh dan Ikhwan hanya menggelengkan kepala sahaja.
"Bersihkan badan korang dulu..okay?" Sambung Solleh lagi.
"Yessir!!" Serentak semua membalas kata-kata Solleh.
Akhirnya masing-masing telah bersurai namun bukan untuk pulang tapi untuk membersihkan badan mereka,setelah penat berpeluh berjuang untuk mempertahankan negara dan menikmati kedamaian yang kekal. Ikhwan sekadar memerhatikan mereka semua,lantas dia menoleh ke arah Alisa. Kemudian dia memegang tangan Alisa,dan melangkah menghampiri ayahanda dan bondanya yang sedang berbicara dengan kakak iparnya. Aswandy pula dengan tiba-tiba bahunya,disentuh oleh isterinya Anne. Reezal,Reena,Yusri dan Raffie juga berada di situ. Iris juga tidak ketinggalan dan kesemua adik-beradik Ikhwan berada di situ.
"Hari yang panjang.." ujar Ikhwan sambil berjalan menuju ke arah kumpulan keluarganya itu.
"Emm...tapi saya tak kisah,asalkan saya berada di sisi awak.." balas Alisa sambil meletakkan kepalanya ke bahu Ikhwan.
"Begitu juga saya...tak sanggup kehilangan awak Alisa..." ujar Ikhwan lagi dan mereka berdua melangkah ke arah keluarga Ikhwan,Alisa sekadar tersenyum mendengar kata-kata Ikhwan.
I wish this happiness will stay forever......
Tamat sudah peperangan antara Mentari dan Black Cobra.
Tapi cerita ini masih lagi berterusan.
Tunggu sambungan seterusnya..
Terima kasih atas sokongan para follower dan juga silent reader..
See you in the next chapter.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top