CHAPTER 109 : PURIFICATION BLAZE
Askar zombie menyerang dengan ganas namun,para tentera yang diketuai oleh Aswandy,Reezal,Reena dan Yusri serta Raffie bertahan dengan semampu yang boleh. Luqman dan Aminudden pula berada di lokasi tidak jauh di mana Ikhwan berada,mereka turut membantu para askar yang bertungkus-lumus melawan askar kegelapan Zahhak.
"Hiyark!!" Aminudden menyepak salah satu askar,kemudian dia berundur beberapa langkah ke belakang.
"Flame arts styles..." api merah menyala pada tangannya.
"FALCON CLAWS!!" Beberapa askar undead dibakar menjadi abu,namun askar zombie tetap tidak putus-putus datang menyerang.
"Erkk...Thunder Arts styles..." Luqman meluru ke hadapan,dan tangannya mengalir kilat.
"THUNDER BOLT!!" Tepat mengenai beberapa askar undead,Luqman dan Aminudden bersandar pada belakang badan masing-masing.
"Woo...mereka ramai gila.." ujar Luqman.
"Yeah..." Aminudden kemudian segera berubah ke bentuk Synchro,Luqman tersengih dan turut melakukan perkara yang sama.
"Flame Arts Style...." Aminudden mengatur gerakan apabila askar zombie itu kembali mara.
"Thunder Fists Style.." Luqman mengalir arus kilat pada lengannya.
"FALCON WING!!" Aminudden mengibaskan tangannya sambil memusingkan badan dan membakar askar zombie tersebut.
"THUNDER SLASHER!!" Luqman menembak kilatnya dengan cara menghayunkan tangan,arus kilat yang besar itu memberi renjatan pada askar zombie tersebut dengan dahsyat.
"Ha.." Luqman sekali lagi mengecas kuasanya.
"Hoo...." Aminudden turut sama dan apinya semakin marak.
"JUDGEMENT BOLT!!" Jerit Luqman sebelum diturun tangannya ke bawah,hujan panah kilat dari langit berlaku dengan kuat.
"SUN DESTROYER!!.." Aminudden membaling bola api yang besar ke arah askar zombie lalu membakarnya.
Pada masa yang sama Ikhwan masih bertarung dengan Zahhak,manakala Alisa dan Iris bekerjasama menumpaskan askar zombie. Azlee melibas satu persatu askar undead dengan menggunakan lembingnya,kemudian lembing Azlee diubah bentuk menjadi pedang berwarna ungu.
"Violets Flame...Twist Thrusts!!!" Serangan pedang dengan api berputar di sekeliling bilah,menyerang dengan hebat pada drone dan juga askar zombie.
"Grr...mereka datang tanpa henti!" Jerit Nabill melepaskan tembakan bertalu-talu pada askar zombie.
Blam! Blam! Blam!
"Ultimate Shot! Twin Laser Blast!!" Nabill merapatkan kedua pistolnya.
Kzzt....KZZOMM!!!
"Ni yang tak suka ni...heyargh!" Niezam pula menyerang dengan ganas,bersama spirit beast miliknya iaitu Poison Scorpion.
"Poison Bite!" Niezam bergerak pantas menyerang satu persatu askar undead.
Krashh!!
Klong!!
"Haha...ada lagi.." ujar Niezam berkerut dahinya apabila askar zombie tidak henti-henti muncul,kemudian Hisyam pula meluru ke arah askar tersebut dan melancarkan serangannya.
"Gatling Punch!! Ada...dadadadadada..!!!!!" Tumbukan Hisyam yang pantas serta tepat mengenai askar zombie.
"Haa...." Hisyam menarik tangannya ke belakang,tenaganya dikumpulkan kilat yang mengalir pada tangannya.
"CHARGING BOLT!!" Serangan kilat yang kuat memberi impak besar pada askar zombie yang cuba menyerangnya.
"Hup! Hap! Hekk!!" Noh mengelak setiap serangan dari askar zombie tersebut.
"Noh! Serius la!" Jerit Maria bengang dengan tindakan Noh yang sekadar mengelak serangan askar zombie itu.
"Zombie tu...kena gigit jadi zombie nanti...!" Kata Noh menuding pada askar zombie,kemudian Noh menyedari akan serangan susulan daripada askar zombie tersebut.
"Use you fist! Idiot!" Ujar Maria lagi kemudian menghayunkan cemetinya ke arah askar zombie itu.
"Ouhoo..!!" Noh segera mengelak hayunan pedang dari askar zombie dengan mendongak ke atas.
"Hmph!!" Zaren segera mengetuk kepala Noh dengan tiba-tiba,lantas Kerambit dihayunkan membelah satu persatu askar zombie.
"Adoi sakit la Ren!" Ujar Noh merungut kesakitan pada kepalanya.
"Kau nak berperang ke nak main-main?" Zaren menunjukkan penumbuknya tepat ke arah muka Noh.
"Woo..okay-okay!" Noh mengangkat tangannya tanda mengalah,kemudian tangannya yang diangkat terus dihayunkan ke arah bertentangan daripada Zaren.
"Hunter Fox! Go!!" Keluar musang berwarna putih dan ekornya sedikit merah pada hujungnya.
"FOX ROLLING!!" Musang putih itu berputar 360 darjah menghancurkan askar zombie tersebut.
"Pelik-pelik je nama kau bagi.." ujar Nabill memusingkan pistolnya.
"Aku hentam je weh.." kata Noh tersenyum dengan selamba.
"Mereka ni macam tak akan putus-putus mara!" Ujar Niezam sambil menjatuhkan askar zombie itu.
"Betul tu..." satu suara menegur membuatkan mereka terdiam beberapa saat.
"Raven..." ujar Maria dalam hatinya,menyedari kehadiran Raven bersama Rayyan.
"Raven...Rayyan.." Hisyam menoleh dan berlari mendapatkan mereka.
"Kita kena bertahan...sehingga Zahhak ditewaskan sepenuhnya..." ujar Rayyan dan Raven hanya sekadar mengangguk.
"Baiklah...." ujar Hisyam merapatkan kedua penumbuknya,lalu sarung tangan berwarna putih muncul tersarung kemas.
"Shall we start again..?" Ujar Hisyam lagi sambil tersengih,Niezam hanya tersenyum.
"Yeah..." Zaren memegang kemas Kerambitnya,Noh pula memusingkan nunchaku beberapa kali.
"Maria aku...." Raven menoleh ke arah Maria.
"Tak payah cakap apa-apa...yang dah berlalu biarkan berlalu..." ujar Maria melibaskan cemetinya memukul tanah,Raven hanya mampu mendiamkan diri sahaja sebaik mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Maria.
"Drone tak habis lagi...datang Zombie pulak?" Rungut Taufeq sambil menghancurkan drone,kemudian merenjat askar zombie.
"Hmph!" Rasyid segera menghasilkan pedang dari elemen apinya,dan membelah drone serta askar zombie.
"Bertahan saja la..harap Ikhwan ada jalan penyelesaian!" Kata Rasyid pula menoleh ke arah askar zombie yang sedang mara.
"Heyah!!" Jamel melibas cakaran demi cakaran menumpaskan askar zombie Zahhak.
"Ooo...." Jamel mengumpulkan kuasanya lalu setelah cukup,dengan segera dia lepaskan.
"LIBASAN CAKARAN MAUT!!"
ZRASHH!!!!
KRONG!! KRONG!!
"Eek!! Mereka tak habis-habis!" Rungut Jane apabila muncul lagi askar zombie keluar dari tanah.
"Putera baik kau selesaikan Zahhak cepat!" Ujar Jamel sambil meluru ke arah askar zombie yang banyak.
TANGG!!
"Soon your friends will run out of energy..that time will be you doom.." ujar Zahhak sebaik pedangnya dan pedang Ikhwan berlaga.
TANG!!
Ikhwan hanya berdiam diri membalas serta menangkis serangan Zahhak,dahinya berkerut mula geram dengan Zahhak. Sedar akan reaksi Ikhwan,Zahhak memperhebatkan asakannya.
"Kenapa diam? Takut ke?" Soal Zahhak sinis dan melibas hayunannya.
KLANG!!
Tiada balasan kata-kata daripada Ikhwan,sekadar mengetap giginya sahaja. Zahhak tersenyum lalu mara dengan pantas,pedangnya marak dengan aura yang begitu gelap sekali. Ikhwan seakan-akan menerima desakan oleh Zahhak,Iris sedar dengan keadaan itu cuba meluru ke arah abangnya namun dihalang oleh Alisa dengan menghasilkan dinding ais.
"Apa awak buat ni Alisa? Awak tak risau ke pasal abang saya ha?" Soal Iris bengang dengan tindakan Alisa.
"Abang awak sengaja biarkan didesak oleh Zahhak..." ujar Alisa dan menyaksikan pertarungan mereka di antara Ikhwan dan juga Zahhak.
"Just surrender!!" Zahhak melibas pedangnya sekali lagi,namun Ikhwan segera menahan dengan memegang bilah pedangnya.
"Apa?" Zahhak terkejut dengan tindakan Ikhwan,manakala Alisa mula tersenyum dan Iris hanya tergamam.
"Ha..." bentuk gabungannya antara dia dan Pyro,dilenyapkan dengan tiba-tiba dan itu mengejutkan Zahhak.
"Orah!!"
DUSH!!
"Eergh..." Zahhak berundur ke belakang akibat pukulan mengenai mukanya,Ikhwan pula dengan bentuk asalnya masih menunduk wajah tidak kelihatan.
"Pertama kau bunuh kawan kau sendiri untuk capai matlamat kau.." satu lagi penumbuk mengenai pipi kanannya.
"Argh!" Zahhak mengerang kesakitan.
"Kedua kau seru askar zombie ni semua,mengancam keluarga aku..." ujar Ikhwan lagi berjalan melangkah tenang ke arah Zahhak.
"Celaka..." Zahhak merenung Ikhwan dengan tajam.
"Zahhak...you don't need a purification..only death can cure you!!" Seiring Ikhwan berkata seluruh kawasan bergegar dan tanah meletup merekah.
"Apa? Dia tukar bentuk biasa,tapi kenapa kuasa dia makin meningkat?" Soal Hamizi pada masa itu sedang melawan askar zombie serta drone.
"Ikhwan..." Soufy menoleh ke arah tempat Ikhwan sedang berada,Syafina sekadar mendiamkan diri dan menembak askar zombie serta drone.
"Aku tak akan maafkan kau Zahhak atas apa yang kau lakukan!!" Tubuh Ikhwan seolah-olah terbakar dengan api biru,begitu marak sekali dan semakin lama semakin membesar bara apinya.
"Huh? Kuasa ni?" Yusri yang baru menumpaskan puluhan drone dan askar zombie merasai daya qi Ikhwan berubah menjadi semakin kuat.
"Ikhwan?" Raffie hanya tergamam.
"Luar biasa..." ujar Reezal kagum dan Aswandy turut bersetuju.
"Ikhwan..." Rumina terkejut dengan kekuatan anakandanya itu,Solleh sekadar mendiamkan diri sahaja.
"Itu uncle ke?" Soal Intan dan Razeedah hanya mengusap kepala anak perempuannya.
"Ikhwan?" Reena menoleh ke arah dari mana datang daya qi yang kuat.
Zahhak berundur beberapa tapak langkah ke belakang,peluh dingin mengalir di pipinya dan tangannya menggigil. Rambut hitam Ikhwan beralun dengan maraknya api birunya,matanya jernih kebiruan dan berbalas renungan dengan Zahhak. Corak bulatan magik berwarna biru muncul di sekitar kawasan,Alisa terkejut namun sebaik tahu itu adalah kerja Ikhwan dia sekadar tersenyum lega.
"Masa untuk tamatkan permainan kau Zahhak...!!" Sebaik sahaja kata-kata Ikhwan selesai sahaja,api biru Ikhwan terus merebak seluruh negara terbuang itu.
ZUOSSHH!!
FWOOSH!!!!
Api biru Ikhwan merebak seluruh negara terbuang itu,kuasanya berada dalam tahap tertinggi dan Zahhak tidak terelak terkena kemaraan api biru itu tersebut. Api biru itu merebak dan pada masa yang sama,Luqman dan Aminudden yang sibuk melawan askar zombie serta drone tidak menyedari serpihan api biru itu meresap masuk dalam tubuh mereka berdua.
"SUN DESTROYER!!!"
"RAIKOKEN!!!"
Serentak dua beradik itu melakukan serangan bersama,letupan yang dahsyat dan kilat serta api milik mereka berubah biru. Namun hanya sementara sahaja,Luqman dan Aminudden langsung tidak menyedarinya.
Cahaya kebiruan terang membuatkan skrin seperti hilang fungsi,tiada imej dan Solleh sekadar tersenyum tenang sahaja. Askar zombie lenyap di setiap medan peperangan,askar bersorak kegembiraan namun tidak lama kerana drone masih lagi aktif. Zahhak pula bentuk Ultimate Darkness terus lenyap dan aura kegelapan saki baki masih melekat pada dia,kesan api biru yang kuat itu membuatkan Zahhak melutut sebelah kaki kirinya.
"My power...no...my power its gone.." rintih Zahhak dan merenung ke arah Ikhwan dengan renungan yang tajam.
"Sial kau...raja naga..." Zahhak kembali berdiri dan aura kegelapan miliknya menyelubungi badannya.
"Waa...putera berjaya nampaknya.." ujar Max sambil bersiul,Zeo dan Luna berpandangan kemudian tersenyum antara satu sama lain.
"Ikhwan.." Alisa tersenyum lega dan Iris pula menghalang kemaraan drone,dibantu oleh Azlee dan Amien.
"Hentak dia kuat-kuat Ikhwan.." ujar Amien dalam hatinya.
"HAH!!" Ikhwan menghentak kaki pada tanah dan Zahhak kehilangan imbangan badannya.
DUSHH!!!
"Ergh!!" Satu hayunan penumbuk Ikhwan mengenai muka Zahhak.
DASHH!!
Satu lagi hayunan tangan kanan Ikhwan tepat mengenai perut Zahhak,tersembur air liur dibuatnya. Ikhwan melakukan beberapa kali pukulan,Zahhak mula menyembur darah keluar. Kedua telapak mengalir cahaya biru,dan terus meluru ke arah Zahhak dengan laju.
"HaaAH!!" Ikhwan segera merapatkan tapak tangannya ke tubuh hadapannya,kemudian tangannya seperti menarik sesuatu dari tubuh Zahhak.
"Kau tak layak untuk menjadi tuan kepada Avesta!!" Jerit Ikhwan seiring menarik keluar satu cahaya dan dicampakkan cahaya itu belakang,muncul naga berkepala tiga mendarat menggegarkan tempat mereka pijak.
"Erghh..." Zahhak segera berundur beberapa langkah daripada Ikhwan,kemudian dia tersedar Avesta bukan lagi di bawah pengawalannya lagi. Avesta pula menundukkan kepalanya hormat pada Ikhwan,juga tanda terima kasih padanya kerana membebaskan dari Zahhak
"Thank you my king..." ujar Avesta menundukkan ketiga-tiga kepalanya,Ikhwan tidak berkata apa-apa dan memalingkan badannya menghadap Zahhak.
"Sial..kau!!!" Aura gelap Zahhak marak menyelubungi seluruh tubuhnya.
"Now its time for the final round..." ujar Ikhwan wajahnya serius.
Apa yang akan terjadi?
Apa bakal terjadi pada Zahhak dan juga adakah Ikhwan juga sempat menghalang kemaraan Battalion Kapal Armada milik Genesis?
Sila tunggu sambungan seterusnya dan maaf kerana tunggu lama...
Busy keje weh!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top