CHAPTER 105 : JAMEL RAMPAGE

"Fuck..." Raffie mengeluh apabila dalam keadaan dia kepenatan,robot drone gergasi pula muncul.

"Masa ni pula kau datang..." keluh Raffie.

Namun belum sempat robot itu cuba melakukan apa-apa,robot itu dilanggar oleh sebuah mesin seperti kenderaan. Raffie terkejut namun dia tetap dalam keadaan berjaga-jaga,kerana ditakuti itu musuh dan tingkap pada pintu mesin itu turun.

"Yo Fifth..need a backup?" Soal Nabill terjengul kepalanya,manakala di dalamnya Luqman juga turut sama ada.

"Yo pak cik!" Sapa Luqman dan turun dari dalam kenderaan tersebut.

"Haha..." Raffie tersengih melihat keadaan itu,kemudian dia merasai satu daya tenaga yang kuat.

"Ikhwan?"

"Ikhwan...." Reena turut merasai daya ki milik Karma lenyap.

"Aku harap kau kuat..." ujar Reezal dan dia tidak dapat membantu kerana lokasi mereka begitu jauh.

"Ah!!" Iris melutut dan memegang dadanya,Azlee segera membantunya.

"Iris! Puteri tidak apa-apa?" Soal Azlee dan Iris memandang Azlee dengan matanya yang berkaca.

"Abang....dia..." Iris merasai kesedihan abang kembarnya ketika itu,Azlee mengusap belakang badan Iris untuk menenangkan dia.

"Jangan risau...saya pasti,Sixth boleh tanganinya.." ujar Azlee tersenyum.

"Lagipun miss Alisa ada bersamanya bukan?" Kata Azlee lagi dan Iris mengesat air matanya,kemudian dia kembali berdiri.

"Awak betul...abang saya tidak akan mudah mengalah!" Iris yakin Ikhwan akan kembali bersemangat.

Yusri dan Keith masih lagi bertarung,Yusri tetap tenang menyambut segala serangan daripada Keith. Falcon Katana di dalam genggaman dipegang kemas,dia tetap dengan gerakannya. Keith pula mula tercungap-cungap pernafasan,dia juga sedar lawannya bukan orang yang sembarangan. Keith terus menghayunkan pedangnya,Yusri tidak berkata apa-apa dan menangkis serangannya.

TANG!!

"Ergh!!" Keith tercampak ke belakang sedikit,kemudian dia memusingkan badannya dan mendarat dengan mengimbanginya.

Suasana berubah sepi sebentar,angin bertiup perlahan memecahkan kesunyian. Seolah-olah cuma mereka berdua sahaja,pedang Falcon Katana dipegang kemas oleh kedua tangannya. Pedangnya diangkat paras bahu,Keith hanya mendiamkan diri dan dia tahu Yusri melakukan serangan penamat.

"Time to decide whose gonna win..huh?" Keith tersenyum dan Yusri wajahnya serius,tiada senyuman terukir pada bibirnya.

Yusri mengatur nafas dan Keith sekadar mendiamkan dirinya,pedangnya dimasukkan semula ke dalam sarung. Posisi direndahkan sama seperti gaya seorang samurai,tangannya sudah didekatkan pada hulu pedang. Aura mereka terpancar keluar dan mengakibatkan angin kencang,Yusri menyedari sesuatu tidak kena pada adiknya dan dia sedar Ikhwan sedang dalam kesedihan.

"You will pay!!" Seraya Yusri berkata auranya semakin kuat,dan seluruh kawasan tanah berdekatan hancur meletup sekitarnya.

"Apa?" Keith terkejut dan Yusri terus meluru ke arahnya dengan kelajuan penuh.

"Haaaa!!!" Keith turut mara ke hadapan dan dalam berapa saat sahaja lagi mereka akan bertembung.

SWINGG!!!

ZUNGGG!!!!

Keadaan bertukar sepi dan mereka sudah melepasi antara satu sama lain,angin bertiup lembut dan Yusri serta Keith masing-masing berdiam diri.

PRAKK!!

Topeng milik Keith terbelah,jatuh gugur ke bumi.

"Ergh!!" Keith melutut dan pedang patah,Yusri pula menyimpan katana secara perlahan-lahan.

"Sememangnya...raja pedang..." kata Keith terus rebah tidak bernyawa lagi.

"Aku bukan raja..." ujar Yusri beredar daripada kawasan tersebut.

=================

Jamel mencengkam kepala drone itu dan menghempaskan ke tanah,hancur berderai dan menyepak satu lagi drone sehingga melanggar drone yang lain. Jamel lakukan seumpama permainan boling,Jane hanya menggelengkan kepalanya. Luqman pula sudah awal-awal mengikut Nabill dengan drone yang dikawal oleh Nabill dengan mengubahsuainya,Jamel menyeringai tersengih dan meluru ke arah robot drone tempur.

"Hergh!! Grr!!" Jamel menahan serangan hayunan tangan drone tersebut,kemudian mengangkatnya lalu dan dicampakkan ke hadapan sehingga putus tangan robot tersebut.

GRANNGGG!!!!

KLONGG..!!!

"Wow...kuat giler..." ujar Zeo menurunkan cermin matanya separas hidung,bagai tidak percaya dengan kekuatan luar biasa Jamel.

"Jamel!..." White Tiger memberi amaran dan Jamel segera menarik senjatanya iaitu sai,dan terus memalingkan ke belakang menahan serangan orang misteri.

TANGG!!!

"Haha...jumpa pun kau.." ujar si penyerang itu,Jane terkejut dengan serangan lelaki tersebut.

"Nice move bro!" Ujar Zeo menaikkan kedua ibu jarinya pada Jamel.

"Zeo? Abang! A little help here.." Luna meminta pertolongan dan Zeo segera membantunya.

"Ouh..sorry-sorry.." ujar Zeo melihat Luna sedang bertempur dengan beberapa drone yang menyerangnya,Zeo menyalakan bara api keemasannya dan merempuh hampir keseluruhan drone tersebut.

GRUUUMMM!!!!!

BOOMM!! BOOMM!!

Sebilangan drone musnah Luna tepuk tangan melihat suaminya menghancurkan drone dengan sekelip mata,Jane pula segera menarik pistol revolver miliknya dan menembak setiap drone yang datang. Jamel segera melibas sai miliknya,dan menyepak Xen Yu ke belakang.

"Huh!" Jamel memusingkan senjata mata tiganya itu,dan menghela nafas pendek.

"Aku jumpa kau si rambut panjang.." ujar Xen Yu.

"Ouh? Kau boleh cakap bahasa melayu? Kau belajar bahasa tu dalam masa seminggu ke? Fasih betul..." ujar Jamel sambil menyoal bertubi-tubi,Xen Yu timbul urat pada dahinya.

"Kurang ajar!" Jerit Xen Yu melibaskan pedangnya sambil meluru ke arah Jamel.

"Terlebih ajar per.." sinis Jamel berbicara.

Hayunan pedang Xen Yu ditahan kemas oleh Jamel pada sebelah tangan sahaja,Xen Yu agak terkejut kemudian dia berundur ke belakang. Kedua tangannya memegang hulu pedang,Jamel hanya sekadar memerhatikan tindakan Xen Yu. Tatu pada tangan Xen Yu merebak hingga bahu,mula merebak ke muka kemudian seluruh tubuh badannya. Sebaik tatunya memenuhi badannya,Jamel merasakan daya ki milik Xen Yu bertambah kuat dan Xen Yu sudah berada di hadapannya dengan pantas.

"Pantas..." gumam hati Jamel sebelum menerima libasan dari Xen Yu,Jamel tercampak melanggar tepi gunung.

"Jamel!" Jane terkejut dan cuba pergi ke arahnya,namun dihalang oleh Luna dengan membuat dinding ais di hadapannya.

"Luna apa yang awak buat ni?!" Soal Jane geram menoleh ke arah Luna.

"Jangan ke sana..." ujar Zeo mendarat di belakang Jane,kemudian dia menoleh ke arah Xen Yu yang tubuhnya hitam gelap akibat tatunya yang menjalar seluruh badan.

"That man was dangerous and if you get involved,you're just a burden for senior.." Jelas Zeo.

"We just let Jamel face that monster alone?" Soal Jane dalam keadaan risau.

"Jangan risau...." ujar Zeo menoleh ke arah Xen Yu dalam bentuk kegelapan.

"Ergh..." satu suara kedengaran dari tempat Jamel rempuh.

"Sakit kot...adeh,adeh.." ujar memusingkan pinggangnya,untuk meregangkan pinggulnya.

"Tak sangka kau boleh tangan serangan aku.." kata Xen Yu dan suaranya sedikit garau.

"Boleh tahan? Hello,serangan tu macam nyamuk hisap darah je la.." kata Jamel meregangkan otot lehernya,Xen Yu terkejut dengan kata-kata Jamel. Zeo sekadar tersengih dan Jane menghela nafas lega,Luna pula sekadar tersenyum.

"Hup..hup,satu dua tiga...orait okay dah kita mula balik,lupa nak warm-up pulak tadi..." ujar Jamel dan Xen Yu menundukkan kepalanya,dahinya berkerut serta timbul urat.

"Oi...nak mula balik ke tak?"

"TAK GUNA KAU!! BERANI HINA AKU!!" Xen Yu meluru ke arah Jamel,kemudian melibas serangannya namun Jamel tahan dengan kemas.

"Mana ada aku hina kau..." ujar Jamel menangkis serta mengelak serangan Xen Yu,kata-katanya menaikkan amarah Xen Yu dan melibas aura gelapnya ke arah Jamel.

"Mungkin ada sikit..la.." kata Jamel menggeserkan jari telunjuk pada bilah senjatanya,sebaik sahaja jarinya melepasi bilah sai segera senjatanya bersinar.

"TUSUKAN HARIMAU PUTIH!!" corak serangan cara tujahan Jamel bertembung dengan serangan Xen Yu.

BOOMM..!!!

"APA?" Xen Yu bagai tidak percaya Jamel dapat melawan serangannya.

"Harimau Putih..." Jamel berkata dengan menyeringai dan White Tiger sekadar tersengih.

Rambut Jamel sedikit demi sedikit berubah putih,kemudian taring mula kelihatan dan matanya dipejamkan sebentar. Tidak lama dibuka dan anak matanya yang asalnya warna hitam,berubah warna keemasan mengikut warna anak mata White Tiger. Xen Yu sudah bersiap sedia menunggu kemaraan Jamel,Zeo tergamam kagum dengan bentuk Synchro seniornya.

"Hey kau...pernah dengar nama Harimau Gila?" Soalan Jamel membuatkan Xen Yu terdiam,kemudian sedar dan teringat sesuatu.

"Kau...yang musnahkan kumpulan Bayang Selatan?" Soal Xen Yu tergamam.

"Bayang Selatan?" Zeo kehairanan.

"Itu adalah kumpulan pemberontak terbesar semasa tahun 2040...Mentari hantar Jamel dan Raven..." ujar Jane.

"Then?" Soal Zeo menoleh ke arah Jane.

"Jamel selesaikan ribuan askar pemberontak itu hanya dia seorang sahaja...semasa tu Raven cedera teruk. Nasib baik kami sempat tiba dengan cepat..kalau tak mesti Jamel terus mengamuk masa tu.." jelas Jane lagi dan Zeo terdiam,begitu juga Luna menekup mulutnya.

"Jadi kau la lagenda Harimau Gila tu..? Ini ke bentuk yang membunuh ribuan orang dalam masa satu hari?" Soal Xen Yu menggigil tersengih teruja,Jamel hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"Dapat bunuh kau..." ujar Xen Yu memegang erat pedangnya,dan meluru dengan pantas ke arah Jamel.

"Senior!" Zeo terkejut dengan kelajuan Xen Yu.

"Its my honor!!" Jerit Xen Yu.

"Heh..." Jamel tersengih dan Jane sedar akan tindakannya seterusnya,sekadar menundukkan kepalanya tidak mahu melihat.

"HIYARGHH!!" Satu cakaran kasar mengenai dada Xen Yu,darah tersembur dari dada serta mulutnya.

"Apa?" Zeo terkejut melihat aksi seniornya.

"Seni Maut Cakaran Harimau..." Jamel menyusun langkahnya,Xen Yu tidak mampu bergerak akibat kecederaannya.

"HEYARGGHH!!!!" Serangan cakaran tangan sebanyak tiga kali,dan Xen Yu terus rebah ke tanah. Kemudian Jamel melompat ke arahnya,ingin melakukan serangan penamat.

"CAKARAN HARIMAU GILA!! SIRI MEMBUNUH!!!"

ZRASSSHHH!!!

ZRAASHHHH!!!!

BOOOOMMMM!!!!!

"Senior berlainan dari dirinya yang biasa..." ujar Zeo menggigil merasai daya bunuh dikeluarkan oleh Jamel.

"Huh...huh...huh ergh.." Jamel dengan segera menyahaktifkan asimilasinya dengan White Tiger.

"Nasib baik kau sempat habiskan sebelum jadi betul-betul gila..." kata White Tiger.

"Ha...ha...kau betul..." balas Jamel.

Pada masa yang sama Azlee dan Iris sedang bertemu dengan Shadow dan Maya,manakala Black sudah bertemu dengan White dan Ryan.

"Nampaknya kita dah jumpa seteru kita..." ujar Azlee.

"Pembunuh Kabus dan Api Ungu.." ujar Shadow.

"Kita juga terkenal..." kata Iris tersengih.

"Good...aku dah bosan bunuh orang lemah..." ujar Maya menarik pedangnya,bilahnya biru bersinar.

"Weapon type Aqua huh?" Ujar Iris tersenyum dan melagakan kedua penumbuknya,Azlee hanya membiarkan sambil memeluk tubuhnya.

"Blizzard Wolf...Arm Equipment.." aura putih salji menyelubungi Iris,dan tangannya sudah disarung zirah.

"Leg!" Kakinya juga disarung zirah,Maya tersenyum melihat renungan mata membunuh Iris.

"Hmm?" Azlee mencapai salah satu lembing kepunyaan askar yang telah terkorban.

"Hmm?" Shadow kehairanan dengan tindakan Azlee.

"Maaf saya pinjam ini..." ujar Azlee dan lembing itu berubah bentuk.

"I like green..." ujar Azlee lagi sambil menyeka rambut blondenya ke belakang..

Lembing yang dihasilkan oleh Azlee.

"Weapon Creator..." ujar Shadow dan Maya tersenyum teruja.

"Macam ini la aku inginkan!!" Kata Maya tersengih namun Iris dan Azlee merenung mereka dengan air mukanya yang serius.

"Aku jumpa kau akhirnya White Tyrant..." ujar Black air mukanya serius.

"Haih...nampaknya kena berlawan gak.." ujar White membetulkan topinya,Ryan sekadar mendiamkan diri.























Jamel menunjukkan taring sebenarnya dalam pertarungan sebentar tadi.

Iris & Azlee Versus Maya & Shadow
Siapa pemenang?

Apakah akan terjadi di antara pertemuan White & Ryan dan Black?

Apakah akan terjadi selepas ini?

Juga,apakah tindakan Ikhwan seterusnya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top