CHAPTER 1 : RELAX
Ikhwan menguap panjang dan menggeliat,dia bangkit dari katilnya serta mencapai tuala yang disangkut pada dinding. Hujan lebat beberapa hari yang lepas,menyebabkan dia hampir kurang tidur kerana takut jika empangan pecah.
"Ahh..so tired damn it...." ujarnya menarik pintu bilik mandinya.
"Huh?" Ikhwan yang tersentak,apabila Alisa tanpa seurat benang sedang berada di hadapannya.
"Alisa?"
"Errm...Ikhwan..." ujar Alisa mengalihkan pandangannya.
"Hmm?"
"Boleh tak tutup semula pintu tu? Its embarrassing..." Alisa merah padam menahan malu.
"WHOA! MAAF-MAAF!!" Ikhwan segera menutup kuat pintu bilik mandinya.
"Kunci la lain kali!!" Kata Ikhwan bersandar di pintu.
"Maaf....saya lupa..." jawab Alisa dari dalam bilik air.
"Geez....kenapa awak di bilik saya?"
"Maaf,semalam saya tak boleh tidur...jadi saya masuk bilik awak" jawab Alisa.
"Macam mana awak boleh masuk?"
"Awak ada beri saya kunci pendua bilik awak ingat?"
"Ouh crap did I? Seriously?..sorry"
"It's okay...." balas Alisa tersenyum dan Ikhwan pula menghela nafas panjang,kemudian dia teringat akan seuatu.
Patutlah macam terasa ada bantal peluk....sekejap...
"Alisa?"
"Yeah?"
"Awak tidur sebelah saya ke malam tadi?" Soalan Ikhwan membuatkan Alisa terdiam agak lama,dan Ikhwan menunggu dari luar bilik mandi.
"Yeah....awak peluk saya kuat..." sebaik mendengar jawapan Alisa,Ikhwan terus menekup mukanya merah padam.
Ouh shit! Did I hug her? While i'm sleeping? Great!!
"Maaf...."
"Tak perlu...."
"Eh...."
"Saya berasa selamat..." muka Ikhwan merah padam sekali lagi dengan kata-kata Alisa.
"Kalau awak nak masuk sekali..."
"Okay stop! Saya tunggu kat luar..." Ikhwan segera menepis apa yang ingin dikatakan Alisa seterusnya.
"Ouh okay...."
Seriously.....dia tahu ke tak apa yang dia cakap tadi?
Ikhwan memandang ke luar tingkap biliknya,kelihatan Luqman dan Aminudden sedang berbual. Dia sekadar tersenyum melihat gelagat dua beradik itu,sedang tersenyum memerhati dia tidak sedar seseorang menghampirinya.
"Mereka berborak pasal apa ye?" Muncul Alisa di sebelahnya,malahan Ikhwan tersentak melihat keadaan Alisa hanya berkemban dengan tuala.
"Alisa....." Ikhwan berkata perlahan.
"Ya?"
"Can you put on your clothes first?"
"Ouh...sorry..." kemudian dengan selamba dia cuba membuka tualanya di hadapan Ikhwan.
"WOO! APA AWAK NAK BUAT!! SANA! SALIN BAJU KAT SANA!!" Ikhwan menjerit sambil menudingkan tempat yang sesuai untuk menyalin baju.
Luqman yang sedang berbual dengan Aminudden seperti mendengar sesuatu,namun dia bersangka hanya perasaan dia sahaja. Kemudian dia menyambung perbualannya.
"Kenapa awak nak marah-marah...?" Soal Alisa hairan.
"Alisa....please...go change your clothes now...." ujar Ikhwan memalingkan badannya.
"Ikhwan...." tiada respon daripada Ikhwan,Alisa hanya segera ke tempat yang ditunjukkan oleh Ikhwan.
"Okay...done!" Ikhwan menoleh dan terkejut melihat penampilan Alisa.
"Itu pakaian almarhum kakak saya..."
"Emm...ratu Rumina yang beri.."
"Good job mom...." Ikhwan menghela nafas pendek.
"Awak tak suka ke?" Soal Alisa.
"Eh?" Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Jika tak suka,saya pulangkan semula..." ujar Alisa menunduk.
"No....no! It's not like that!" Ikhwan segera menuju ke arah Alisa,kemudian memegang kedua lengan bahunya.
"Ia...sesuai dengan awak,jangan risau..." pujuk Ikhwan tersenyum.
Jaket kulit hitam...baju sebelah dalam putih,siap muffler...seluar pula cotton warna peach..hmm pandai gak bonda pilih...
"Baiklah...turn saya pula nak mandi..."
"Err...boleh saya teman?" Ujar Alisa cuba membuka semula bajunya.
"HOLD IT RIGHT THERE!!"
Pada masa yang sama,Aswandy dan Reezal yang sedang bermain catur diperhatikan ayahanda mereka. Kemudian Aswandy menoleh di mana arah bilik Ikhwan,Reezal pula hanya fokus pada catur sahaja.
"Ikhwan tu okay ke tak? Asyik menjerit jer..."
"Haha...it's good to be young..." kata Solleh tersenyum.
"Ouh ya...semalam aku nampak Alisa masuk bilik Ikhwan.." ujar Reezal masih fokus pada papan catur.
"Kau biar betul?" Aswandy terkejut.
"Kenapa nak terkejut pula....?" Reezal menaikkan kepalanya,memandang abangnya.
"Yelah...mereka lelaki perempuan..." Aswandy mula risau.
"Ala....kalau Alisa pregnant,suruh je Ikhwan nikah kan senang..." sampuk ayahandanya tersengih,Reezal menunjukkan ibu jarinya.
"Korang ni....." Aswandy hilang kata-kata dan fokus semula pada permainan catur,namun dia akhirnya tetap menang permainan itu.
Ikhwan melangkah keluar dari bilik,disusuli Alisa dari belakang kemudian mengunci pintu dan menuju ruang makan. Pada masa yang sama,Raffie dan Sheema sudah berada meja dapur istana.
"Wan? Alisa..?" Sheema terkejut.
"Eh kak Sheema....bila sampai?" Soal Ikhwan.
"Baru malam tadi,lewat pagi...pukul 1 pagi baru sampai..." jawab Sheema tersenyum.
"Ouh ya..ni mesti pasal keretapi ada yang rosak kan?" Duga Ikhwan tersenyum,Alisa memerhati dari tepi.
"Err...abang Raffie..." Raffie yang sedang melihat Sheema dan Ikhwan berbual,menoleh ke arah Alisa yang mendekatinya.
"Mereka berdua...." Alisa menoleh semula,ke arah Ikhwan dan Sheema yang sedang rancak berbual.
"Abang lupa nak beritahu,Ikhwan dengan Sheema pun rapat..kerana Sheema adalah junior almarhum kak Reena..." jelas Raffie tersenyum menongkat dagu.
"Cemburu?" Alisa tersentak dengan soalan Raffie.
"Jangan risau,Ikhwan setia orangnya..hehe" tambah Raffie tersenyum.
"Oi bang...ko jangan memandai ngajar pelik-pelik kat Alisa.." Ikhwan yang mulanya sibuk berbual,mengalihkan pandangan pada Raffie.
"Ala...kitorang bual benda biasa jer..." jawab Raffie selamba.
"Alisa have a problem okay,don't make her think....." Ikhwan memberi amaran,air mukanya serius.
"Okay...okay! Just make it easy okay....?" Ujar Raffie mengangkat tangan tanda faham.
"Hehe...." Sheema ketawa kecil,Ikhwan dan Raffie kehairanan.
"Hubungan kamu adik beradik,memang sentiasa macam ni ke?" Soal Sheema dan Raffie serta Ikhwan sekadar berpandangan tersenyum.
"Tak ada siapa nak masak ke?" Soal Ikhwan bangun dari kerusi,dan menuju ke peti ais lalu dibuka.
Alisa memerhatikan gelagat Ikhwan yang mengeluh,kemudian peti ais ditutup semula. Kelihatan tangannya memegang air tin berkarbonat,lalu dicampak ke arah Raffie.
"Aku nak keluar,nak pergi kedai Arjuma..." ujar Ikhwan dan menoleh ke arah Alisa yang mengekorinya dari belakang,Raffie sambil membuka air tin serta Sheema melihat mereka beredar.
"Mereka memang pasangan yang comel..." kata Sheema tersenyum.
"Kita ni tak comel ke?" Ujar Raffie tersenyum,Sheema tersentak.
"Awak macam mana dengan tunang awak?" Soal Sheema merenungnya.
"Leena? Saya dengan dia dah putus,mungkin kami tak serasi...rasanya.." selepas Raffie menjelaskannya,suasana di dapur istana menjadi sunyi seperti tiada orang di situ.
Kereta Honda NSX meluncur laju,menuju ke bandar dan Ikhwan sedang menahan kelaparan. Perutnya tidak henti-henti berbunyi,Alisa sekadar mendiamkan diri.
"Ha....sampai pun...." ujar Ikhwan sambil membelok ke satu simpang,bertulis di papan tanda...
Arjuma Cafe.
"Welcome...hoho? Putera Ikhwan rupanya yang datang...haha" seorang lelaki perwatakan lembut,namun pemakaian masih lagi lelaki.
"Yo...Arjuma...cut it out,aku dah lapar gilerr! Macam biasa..." kata Ikhwan kepalanya diletakkan di atas meja.
"Alright! Err...kamu cik...? Nak buat pesanan...?" Arjuma mengalihkan pandangannya pada Alisa.
"Sama macam Ikhwan...." ujar Alisa.
"Ouh...okay give me 15 minutes...!" Balas lelaki lembut.
"Awak okay tak?" Soal Alisa.
"Ha.....saya rasa okay kot..." jawab Ikhwan bangun dan menyandar di belakang kerusi.
"Sejak bila awak tak makan?" Ikhwan terdiam mendengar pertanyaan Alisa,kemudian dia cuba ingat balik.
"Err...hehe,lepas tengahari semalam...."
"Hmm...patut la awak tak ada tenaga..."
"Haha......" Ikhwan sekadar tersengih,Arjuma yang sedang sibuk memasak di dapur restoran,menjengah dari tingkap kecil melihat Ikhwan dan Alisa.
"I see......dia dah bersemangat semula..."
****************
Bonus:
REENA SOLLEH
(Puteri ketiga)
Sedia maklum korang watak ni hanya sebutan pada watak2 dalam novel ini,nanti aku ceritakan serba sedikit mengenai Reena.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top