SPECIAL CHAPTER : CHRONICLES KAISER X THE CURSED GUARDIAN 05
Ikhwan berubah bentuk raja naga,setelah sekian lama dia tidak gunakan bentuk ini. Naga merah berbentuk seperti manusia gergasi itu,mengaum dan menembak dari mulutnya.
"APA BENDA TU?!!" soal Neil sebaik mendengar sesuatu yang luar biasa di situ.
Naga putih itu hanya mengepalkan penumbuknya,kemudian mengibas tangan memukul bebola meriam cahaya dari naga merah itu. Melambung tinggi ke atas langit,lalu letupan yang kuat berlaku di tengah-tengah udara.
Aizel,Emily,Hestia dan hanya mampu tergamam. Terkejut melihat seekor naga putih berperisai,Aizel tertanya-tanya ke mana perginya Ikhwan. Naga itu memandang ke arahnya,Aizel segera menghunuskan pedang ke arah naga tersebut.
"Bertenang Aizel... Ini aku.." ujar naga itu.
"Apa?" soal Aizel kehairanan.
"Kau uruskan Queen.. Aku uruskan naga tu.." kata naga itu lagi.
"Tak mungkin... Ikhwan?" soal Aizel dan seorang gadis di sebelah leher naga tersebut.
"Kalau kau.. Ikhwan.. Itu mesti kakak Alisa bukan?" soal Aizel dan Alisa sekadar tersenyum.
"Aku pergi uruskan naga merah tu.. Kau tahu tugasan kau bukan?" soal Ikhwan dan kembali memandang ke hadapan.
Aizel mengangguk faham dan pedangnya bersinar,Ikhwan sekelip mata sudah rapat ke arah naga merah itu. Muka naga itu dicengkam lalu kepaknya,Ikhwan kibas lalu terbang jauh pergi dari situ.
Ikhwan pergi bagaikan kilat sekelip mata hilang,Aizel hanya menghela nafas pendek kemudian memandang ke arah Queen Vager yang mengaum.
"Masa untuk tugasan..." ujar Aizel terus melompat dan meluru ke arah Queen.
"ARGHHH!!!"
Aizel menghayunkan libasan pedangnya tetapi terhalang,bagaikan ada perisai halimunan dan Aizel tercampak jauh ke belakang. Aizel terseret dan tersenyum kelat,dia teringat semula pertempurannya dengan Vager's king.
Permaisuri Vager itu mengangkat kedua tangannya,didepakan berpuluh bebola gergasi berwarna gelap terapung di udara.
"Apa?" Aizel terkejut dan bebola hitam itu semua ke arahnya.
"Ouh... Aku bencikannya..!!!" Aizel mengelak dengan melompat dan terus melompat.
Risau melihat keadaan itu,Emily ingin membantu Aizel. Hestia menghalangnya dari terus pergi,Amy hanya memerhatikan keadaan pertarungan tersebut.
"Kita kena bantunya puteri!" ujar Emily risau.
"Saya tahu... Tapi jika kita tolong.. Hanya memberi beban sahaja.." jelas Hestia yang turut sama risau.
"Kurang ajar!!" Aizel berkata memotong bebola hitam itu.
BRAAMM.!!!
Naga merah dihempaskan ke satu kawasan tanah lapang,berguling jauh naga tersebut dan Ikhwan mendarat. Dia memandang sekeliling kawasan,kepala naga digaru.
"Sini kenapa jadi padang jarak padang tekukur ni?" soal Ikhwan kehairanan.
"Abang!" Alisa memberi amaran.
Naga merah merempuhnya dengan pantas,namun terima kasih dengan sayap Ikhwan. Mampu dijadikan perisai melindungi dari tercedera,Ikhwan menolak naga itu ke belakang semula.
Ikhwan menumbuk perut naga merah tersebut,menyebabkan ia tertunduk kemudian tumbukan ditujukan dari bawah dan tepat mengenai dagunya.
Ikhwan berteriak sambil menumbuk dengan laju,umpama tembakan senjata dipanggil gatling. Alisa turut membantu dengan tembakan panah berais,Ikhwan mengangakan mulutnya dan terus menembak naga merah itu sehingga terseret jauh.
Naga merah ternyata masih mampu bangun,tubuhnya berasap dan Ikhwan serta Alisa hanya mendiamkan diri. Ursula dan Desmond sekadar memerhatikan dari jauh,Ikhwan memberi isyarat pada Alisa. Lantas Alisa terbang terapung,Ursula kehairanan begitu juga Desmond.
Alisa merapatkan kedua tapak tangannya kemudian,bulatan corak magis berelemen ais yang amat besar terhasil. Ursula mula rasa tidak sedap hati,Desmond juga begitu sebaik muncul kepala naga ais keluar bulatan magis tersebut.
"Blizzard Dragon..." ujar Alisa dan naga itu mengangakan mulutnya,mula bersinar dan Alisa berubah serius air mukanya.
"BLIZZARD STORM BREATH!!!" Alisa menembak ribut ais umpama tembakan laser.
Tembakan ais itu melanggar Desmond dan Ursula sehingga membeku,Ikhwan hanya tersengih sahaja dan meningkatkan kuasanya. Tetapi dia kembali ke bentuk manusia,rantai gergasi keluar dari tanah lalu mengikat naga merah itu.
"King Judgement..." ujar Ikhwan.
Tidak lama muncul bulatan magis corak naga,di bawah tapak kaki naga merah tersebut. Bulatan magis itu mula bersinar dan Ikhwan,mengangkat tangan ke arah langit dan Alisa hanya memerhatikan sahaja.
"Absolutely Extermination!!!"
TzZZMM...
ZRASSSHH!!
HUWOOOSHH!!!!
KABOOMM!!!
Emily melihat tiang api yang amat besar dari tempat dia berdiri,naga merah itu hancur sekelip mata. Ikhwan dan Alisa menoleh semula ke arah musuh yang dibekukan,tetapi hampa kerana Desmond dan Ursula berjaya sempat larikan diri.
Aizel berputar dan menarik nafas,dia memegang erat pedang. Mengelak serangan daripada queen vager,dia mengambil nafas dan bertenang. Aizel tidak mahu peristiwa melawan king vager berlaku,dia tidak mahu buat orang yang dia sayang menangis.
Aizel terus bergerak pantas,sekelip mata tangan kiri queen vager putus. Queen vager meraung kesakitan,Emily dan Amy terkejut kemudian mereka bersorak. Neil dan Hestia tersenyum lega,Aizel pula berada di udara.
"Divine Punishment...." ujar Aizel menyisir bilah pedangnya,lalu bersinar dan terus melibas seluruh tubuh queen vager.
Queen Vager meraung kesakitan,Aizel kekal kemudian berhenti di hadapan queen vager. Lalu pedangnya digenggam erat dan bilahnya yang bersinar,memanjang dan tiupan angin kencang terhasil.
"HEAVENLY SLASH!!!"
ZRASSHHH!!!!
Sekelip mata queen vager terbelah,Neil dan Amy berpegang tangan meloncat - loncat tanda gembira. Aizel yang termengah-mengah,nampak keadaan itu dan sekelip mata dia berada di sebelah Neil. Kepala Neil terus dihempuk dengan hujung pemegang pedang,Neil meraung kesakitan.
"kenapa hempuk kepala aku setan?" Kata Neil mengusap kepalanya.
"Geli aku tengok kau melompat-lompat...kau tu lelaki bukan perempuan" Kata Aizel selamba.
Emily terus memeluk Aizel yang sibuk memarahi Neil,Hestia dan Amy hanya memerhatikan sahaja. Tidak lama mereka menyedari kehadiran Ikhwan dan Alisa,mendarat di hadapan pintu pagar utama kota.
"Ikhwan..." ujar Aizel.
"Jadi kau berjaya... Boleh tahan.." kata Ikhwan tersengih.
"Jadi kau dah nak balik ke?" soal Aizel.
"Memang itu yang aku nak buat.. Aku cuma datang nak ucapkan selamat tinggal.." jelas Ikhwan.
"May god bless you.. Bro.." ujar Aizel tersenyum.
"Thanks you too..." balas Ikhwan kemudian menjentik sesuatu,Aizel menangkapnya dan melihatnya.
"As a reward..." kata Ikhwan beredar disusuli Alisa.
"Emas ni..." kata Hestia menarik tangan Aizel,dia terkejut.
"Hampir mencecah billion!!" Hestia berkata lagi dan Emily terkejut,Amy berkejar ke tebing pagar.
"Kakak Alisa!!" Amy memanggil dan Alisa menoleh,Ikhwan hanya mendiamkan diri.
"Kita akan berjumpa lagi?!" soal Amy.
"Jika ditakdirkan,kita akan berjumpa lagi Amy..." ujar Alisa dan Amy tersenyum girang.
"It's a promise!"
"Of course my dear..."
Ikhwan menghasilkan bulatan teleportasi di bawah tapak kaki,Alisa memasuki dan Ikhwan serta Aizel berbalas pandangan. Ikhwan hilang dari pandangan mata mereka,Aizel mengeluh dan beredar kemudian disusuli yang lain.
"Untill we meet again..."
Ikhwan akhirnya kembali ke dunia Mithgar,dia menghela nafas pendek dan Alisa kehairanan.
"Kenapa ni?" soal Alisa.
"Batu gem cuma dapat satu je.." ujar Ikhwan.
"Apa maksud abang?" soal Alisa.
"Kita patut cari dua.. Tapi dapat satu je.."
"Satu lagi ke mana?" soal Alisa lagi ingin tahu.
"Desmond Delacroix dan Ursula Vyrm telah ambilnya terlebih dahulu.." jelas Ikhwan dan Alisa terdiam.
Tempat yang lain Desmond dan Ursula berdiri memerhatikan negara Mentari,lalu mereka berdua berjalan ke arah 11 orang yang bersembunyi di sebalik kegelapan.
===========================
Hello guys
Aku berikan double update untuk reader kesayangan
Berakhir sudah special chapter
Apa pandangan korang?
Kemukakan dan vote
Tu je la
Ciao!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top