SPECIAL CHAPTER : CHRONICLES KAISER X THE CURSED GUARDIAN 04


Satu tempat yang agak terpencil,kawasan tersebut begitu gelap. Hanya sedikit cahaya yang menerangkan sedikit kawasan,tidak lama seseorang muncul melangkah. Wanita itu tersenyum melihat Desmond Delacroix,sedang duduk di atas batu.

Menyedari kehadiran Ursula Vyrm,dia memandang ke arah wanita itu. Desmond bangkit dan meregangkan ototnya,mereka berbalas pandangan.

"Ke mana kau? Aku diserang oleh Raja Naga kau tahu?" Desmond berkata tidak puas hati.

"Aku juga ada masalah sendiri.." jelas Ursula.

"Apa masalahnya?" soal Desmond.

"Bukan hanya raja naga sahaja yang ada di dunia ni.. Permaisuri Ais juga bersamanya.." jelas Ursula.

"Masalah datang satu demi satu..." rungut Desmond.

Ursula tidak berkata apa-apa,Desmond pula berjalan ke hulu dan ke hilir. Tidak lama kemudian dia hanya menghela nafas pendek,lalu dia menoleh ke arah Ursula.

"Bagaimana dengan rancangan kita? Kau ada bendanya?" soal Desmond.

"Kita perlu kumpulkan..." jelas Ursula pula.

Tidak lama muncul skrin petak terapung,muncul wajah seseorang lelaki tetapi tidak dapat dilihat kerana dia dihalang bayang. Desmond dan Ursula mendecih,lelaki itu hanya berdehem sebelum memulakan kata-kata.

"Soren Wright..." kata Desmond.

"Bagaimana rancangan kita? Kau dah dapat benda tu?" soal lelaki yang wajahnya tidak kelihatan.

"Masih dalam proses... Harap kau bersabar.." kata Ursula.

"Begitu.. Lain dari tu,ada berita lain?" soal Soren menongkat dagu.

"Ada.." ujar Ursula.

"Aku harapkan berita yang menggembirakan..." kata Soren pula.

"Malangnya tidak,Dragon King dan Ice Queen ada di sini..." jelas Ursula.

"Apa? Dua masalah besar ada bersama-sama... Ini memang menyusahkan..." kata Soren.

"Jadi apa rancangan kau?" soal Desmond.

"Kau lakukan ke kerja kau,aku akan berikan bantuan..." ujar Soren dan wajahnya mula kelihatan.

"Yang kau main sembunyi-sembunyi muka pehal?" soal Desmond.

"Itu tak penting.. Kau perlu selesaikan tugasan kamu..." kata Soren dan skrin terapung lenyap.

"Raksasa bernama Vager tu,core yang ada pada benda itu aku rasakan begitu kuat daya kuasanya..." jelas Desmond.

"Kau makan benda tu?" soal Ursula mengeluh dan Desmond hanya mendiamkan diri.

"Kau ni gila...kenapa aku kena team up dengan kau...?" soal Ursula lalu beredar meninggalkan Desmond.

Desmond kini hanya bersendirian,dia tidak ambil pusing dengan apa yang dikatakan oleh Ursula. Apa yang penting adalah perancangan mereka,dia mengingati saat dia diacukan pistol oleh Ikhwan. Desmond mengetap gigi menahan geram.

"Kau tunggu Raja Naga.. Aku akan pastikan rancangan kami berjaya..." ujar Desmond kemudian dia ketawa sendirian.

Ursula dan Desmond berbalas pandangan lalu Ursula tersenyum,senjatanya diangkat dan mengeluarkan sebiji core. Desmond mengambilnya dan meletakkan pada satu bulatan,corak magis kegelapan terukir di atas meja bulat.

"Kita mulakan misi memburu..." kata Desmond.

"Aku tidak ada masalah.." jelas Ursula tersenyum sinis.

===============

I

khwan berdiri di satu tempat pergunungan tinggi,dia memejamkan matanya sambil menumpukan kuasa dalaman. Aura mengalir di sekitar tubuh badannya,nafas helaan Ikhwan lepaskan. Matanya dibuka menyedari sesuatu,pistol emas gelap dihalakan ke satu arah.

"Woo! Woo!! Relax! Aku ni.." Z mengangkat kedua-dua tangan,manakala muncung pistol Ikhwan pada dahinya.

"Aku ingat siapa.." kata Ikhwan menarik semula pistol miliknya.

"Kau cuba bunuh aku ke?" soal Z.

"Pistol seperti ini? Lain la kalau yang ini.." ujar Ikhwan sambil menghalakan meriam naga ke arah Z.

"Whoops! Whoops!! Jangan halakan benda tu pada aku..." kata Z mengangkat kedua tangan sekali lagi.

Ikhwan hanya ketawa kecil dan melenyapkan meriam tersebut,mereka berdua menyedari kehadiran seseorang. Ikhwan dan Z terkejut,kerana orang itu adalah Luiz Morgan.

"Hello Raja Naga dan Pengembara Tidak dikenali..." ujar Luiz dengan muka dingin.

"Luiz Morgan.. Kau datang sini nak musnahkan dunia ini?" soal Ikhwan.

"Jangan bergurau... Aku cuma nak berbual dengan kamu berdua..." jelas Luiz tersenyum.

"Apa yang kau nak?" soal Ikhwan tanpa selindung.

"Aku dah kata,aku datang secara aman.." ujar Luiz.

"Kau fikir kami boleh senang kena tipu?" soal Z mencelah.

"Terpulang pada kau.. Aku cuma nak tanya satu soalan..." kata Luiz.

"Apa dia?" soal Ikhwan pula.

"Mana letaknya kunci sebenar untuk Espada?" soal Luiz.

"Ouh.. Senjata yang menyimpan separuh kuasa kau? Kau fikir aku akan beritahu?" jelas Ikhwan dengan dingin,Luiz hanya menghela nafas pendek.

"Aku dah agak,kau pasti tahu.. Lagipun kau adalah pewaris dia..." kata Luiz memejamkan matanya.

"Aku tidak akan beri kau untuk hancurkan dunia Mithgar Luiz,itu janji aku.." kata Ikhwan dengan serius.

"Haa... Kalau begitu.. Harap kau bersedia.." ujar Luiz dan bulatan magis terhasil di belakangnya,bulatan teleportasi.

"Luiz Morgan..." Ikhwan memanggil namanya dan Luiz terhenti melangkah menuju ke pintu portal.

"Aku nak tanya satu soalan..." ujar Ikhwan.

"Apa dia?" soal Luiz membelakangkan Ikhwan.

"Kau suatu ketika dahulu,berkhidmat sebagai pahlawan yang berjuang untuk jalan cahaya... Kali kau muncul sebagai musuh,apa yang apa matlamat kau?" soal Ikhwan dan Luiz mendiamkan diri agak lama,kemudian menghela nafas pendek.

"Apa yang boleh aku katakan... Dunia tengah nazak..jangan risau bukan sekarang.. " jelas Luiz dan terus hilang sebaik masuk ke dalam portal itu.

Ikhwan dan Z berpandangan,mereka hanya menghela nafas pendek. Pada masa yang sama juga,Aizel mencuri dengar. Ikhwan hanya membiarkan Luiz Morgan pergi,tiba-tiba sahaja raksasa kegelapan Vager muncul betul-betul di hadapan Ikhwan. Aizel terkejut dan ingin membantu Ikhwan,tetapi lelaki tersebut menghunuskan pedang bilah berwarna biru. Sekelip mata Vager terus terbelah,Z hanya mengangkat bahu sahaja.

"Nampaknya yang ni aku tidak bersusah payah untuk lawan..." satu suara menegur dan Ikhwan menoleh.

"Ursula Vyrm!" Ikhwan berkata.

"Hai..... Gembira bertemu kamu.." kata Ursula dengan gaya menggoda.

Ursula lantas menghunuskan senjata,lalu senjata tersebut menelan Vager yang sudah mati itu. Sekali telan dan Ursula memandang ke arah Ikhwan,Z pula menyedari sesuatu.

"Tadi 10 Dark Knight... Sekarang 13 Servant of Demon? What a pain in the ass...." rungut Ikhwan dan Aizel terus melompat kemudian mendarat di sebelah Ikhwan.

"Ikhwan.. Perlukan bantuan?" soal Aizel tetapi Ikhwan tidak menjawab.

"Bertenang dragon king,aku tidak berani mencabar kamu... Apa yang aku nak sudah dapat... Jadi kita berjumpa lagi di lain hari.." ujar Ursula tersenyum dan hilang sekelip mata.

Ikhwan hanya melenyapkan senjata jenis katana,Aizel hanya memerhatikan Ikhwan tanpa berkata apa-apa.

"Kau kena berjaga-jaga,musuh tu tengah rancangkan sesuatu yang buruk.." ujar Ikhwan memberi amaran pada Aizel.

Aizel tidak berkata apa-apa,tetapi mengangguk faham dan mereka beredar. Z hanya memerhatikan sahaja,sebelum hilang dari pandangan mata.

Pada masa yang sama di taman kota Aster,Amy kelihatan sedang duduk bersebelahan. Amy mukanya jelas sedang bersedih,dia mengingati semula serangan terkuatnya mampu dihalang oleh Alisa membuatkan Amy benar-benar kecewa.

"Amy?" soal satu suara dan Amy memandang ke arah suara itu.

"Neil...." kata Amy lemah.

"Hey,janganlah bersedih lagi.. Saya dengar dari puteri Hestia dan Emily apa yang berlaku.." kata Neil.

"Kuasa..." ujar Amy.

"Hmm?" Neil kehairanan.

"Kalaulah saya mampu kawal kuasa saya sepenuhnya,tentu mampu bersaing dengan dia.." kata Amy.

"Awak boleh berlatih dan mampu setanding dengan lawan awak tadi...." kata Neil memujuk.

"Setanding?" soal Amy dan Neil kehairanan.

"Kalau awak nak tahu,dia tak gunakan pun separuh daripada kuasanya.." jelas Amy dan Neil terkejut.

"Dia cuma bermain-main..." ujar Amy geram.

"Jangan la kata begitu.. Senang sangat putus asa..." kata Neil.

"AWAK TAK RASA MEMANG LA BOLEH KATA MACAM TU!!" Amy menjerit geram dan Neil terdiam.

Suasana menjadi tegang dan Neil tidak berani berkata apa-apa,dia hanya terus mendiamkan diri. Amy sedar tindakan dia sebentar tadi,dia mula menekup muka.

"Maaf Neil,saya.. Saya tak sengaja.." ujar Amy memandang ke arah Neil.

"Tak apa... Saya okay je.." ujar Neil dengan pasrah,Amy hanya terkejut.

"Tidak elok awak marah seseorang cuba memujuk awak,gadis comel.." satu suara wanita menegur dan mereka menoleh.

Alisa berjalan ke arah mereka berdua,Neil terpegun kerana keayuan Alisa. Amy menarik telinga Neil,Alisa hanya berhenti berhampiran mereka berdua.

"Adoi! Adoi! Sakit Amy!" Neil mengeluh dan tarikan telinga dilepaskan oleh Amy.

"Lelaki ni memang perangai sama ke? Pantang nampak perempuan cantik?" soal Amy geram dan Alisa hanya ketawa kecil.

"Saya... minta diri dulu.." ujar Neil dan beredar.

Amy hanya merenung Neil berlari berterabur,pergi meninggalkan taman itu dengan segera.

"Boleh saya duduk?" soal Alisa.

"Boleh..." ujar Amy.

Alisa duduk dengan sopan dan membetulkan kedudukan dia,Amy hanya memerhatikan Alisa tanpa bersuara. Amy kehairanan bagaimana Alisa mampu tersenyum,dari ketika mereka mula bertemu sehingga saat ini. Alisa tidak menunjukkan air muka lain,tetapi Amy tersedar semasa mereka bertarung. Air muka Alisa berubah,sekali dengan aura menakutkan dan Amy menelan air liur.

"Saya ada alasan kenapa tidak menggunakan kekuatan saya sepenuhnya.." jelas Alisa dan Amy tersentak.

"Apa.. Apa kakak katakan ni?" soal Amy cuba berdalih.

"Saya mempunyai kebolehan mendengar dari jarak jauh.. Satu istana ni saya mampu dengar semuanya..." jelas Alisa.

"Apa?" Amy bagaikan tidak percaya.

"Kuasa yang Amy miliki,Amy belum boleh kawal sepenuhnya bukan?" soalan Alisa membuatkan Amy tersentak.

"Satu je nak pesan... Kawal kuasa Amy,jangan kuasa tu kawal Amy.." jelas Alisa dan bangun kemudian beredar.

Amy hanya memandang Alisa beredar,dia mendongak ke atas langit. Ikhwan dan Aizel berjalan sambil berbual,Emily ketika ini bersama puteri Hestia.

"Ikhwan,err abang Ikhwan?" soal Aizel ingin memanggil dengan panggilan betul.

"Heh.. Kau panggil nama aku je.." ujar Ikhwan.

"Boleh aku tanya satu soalan?" soal Aizel.

"Apa tujuan perempuan dengan senjata boleh makan raksasa tu?" soal Aizel.

"Soalan yang bagus... Kenapa ya?" soal Ikhwan pula dan Aizel hanya mendiamkan diri.

"Pertama mereka ingin mencari gem tadi,tapi gagal.." ujar Ikhwan lagi.

"Kau kata 13 Servant of Demon.. Apa tu?" soal Aizel.

"13 Servant of Demon ni tergolong dari kalangan manusia yang memuja Demon Lord dan sanggup menjual roh mereka untuk kekuatan.." kata Ikhwan memberi penerangan.

"Okay... Mereka berdua di antaranya?" soal Aizel.

"Ya.. Mereka hanya ingin menimbulkan kekecohan... Jadi mungkin akan ada sesuatu yang buruk ingin berlaku." jelas Ikhwan dan Aizel terkedu.

Ursula berdiri di tengah-tengah puluhan bangkai Vager,seekor demi seekor ditelan oleh senjata hidupnya. Ursula tersenyum licik dan hanya ketawa kecil,Desmond yang berada di situ hanya memerhatikan Ursula lakukan kerjanya.

"Mari kita mulakan..." ujar Desmond.

"Bila-bila masa sayang.." Ursula pula berkata tersenyum sinis.

Ursula mengeluarkan semula semua core yang ada,lalu dicampakkan pada Desmond dan lelaki itu mengumpulkan core itu semua. Core itu digabungkan menjadi besar,bacaan mantera kegelapannya kedengaran dari mulut Desmond.

"Cahaya ditelan kegelapan.... Dunia ke arah kehancuran... Bangkitlah..." ujar Desmond kata-kata terakhir,lalu dimasukkan bulatan itu dengan core yang baru digabungkan.

Bulatan magis kegelapan itu mulanya tiada menunjukkan reaksi,Ursula hanya diam dan menunggu dengan sabar. Tiba-tiba bulatan magis itu kedengaran seperti bunyi degupan jantung,Desmond hanya tersenyum sahaja.

"ADA KECEMASAN!!" Askar di kota Aster yang berkawal di tempat tinggi,ternampak bulatan besar di luar kota.

Emily dan Hestia mendengar amaran itu lalu berlari keluar,Amy juga sama dan sebaik dia keluar. Bulatan magis yang besar kelihatan berada tidak jauh dari kota Aster,raja Lancer turut nampak dan dia merasakan daya kuasa yang amat kuat.

Aizel meninggalkan Ikhwan pergi sebaik mendengar amaran itu,dia segera keluar dari kota tersebut. Aizel tergamam kerana tidak pernah melihat benda sebesar itu,apa yang buatkan dia bertambah terkejut kerana merasai kuasa Vager datang dari benda tersebut.

"Apa benda tu?" soal Aizel tergamam dan Ikhwan serta Alisa melangkah keluar dari pintu gerbang.

"Tidak cukup...kita tambah satu lagi.." ujar Ursula sambil membaca kata-kata magik gelap.

Ursula menyeru sesuatu dan muncul satu lagi bulatan magik yang amat besar,Amy dan Hestia serta Emily merasai kuasa yang mereka kenal. Aizel mengetap gigi dan mengenali kuasa tersebut,lalu keluar seekor lagi raksasa.

"Queen Vager?" soal Aizel tidak percaya.

"Seseorang menyeru benda tu.." kata Ikhwan mengurut dagu.

"Lebih kuat dari King sendiri.." keluh Aizel mengetap gigi.

"King?" soal Ikhwan.

"Sebelum ni aku pernah bertarung dengan King Vager.. Memang kuat.. Tapi kali ini Queen? Tambah pula benda merah tu? Ini memang bencana.." kata Aizel menggelengkan kepala.

"Abang!!" Amy melaungkan panggilan Aizel dan dia bersama Hestia serta Emily,kemudian pemuda itu menoleh dan mendongak.

"Bagus kamu ada Amy,arahkan pihak askar hasilkan pelindung!! Biar yang benar-benar kuat,yang tidak mampu hancur dengan mudah!" Aizel memberi arahan dan Amy hanya menurut sahaja.

"Aku ambil yang merah tu..." ujar Ikhwan dan bersama Alisa,melangkah pergi.

"Oi!" ujar Aizel.

"Kau uruskan Queen,jangan risaukan aku.." kata Ikhwan.

"Apa? Kau bergurau ke?" soal Aizel.

"Sedia Alisa?" soal Ikhwan.

"Ya...!" balas Alisa tersenyum dan mereka berdua memulakan kata-kata magis.

Ouroboros with endless tail..

Tooth and fang,claw and scale...

We feed the flame to light the dell....

As Dragon's might and power's well..

Aizel terdiam begitu juga Emily,Hestia dan Amy memerhatikan keadaan tersebut. Tubuh Ikhwan mula seakan-akan terbakar manakala Alisa pula hanya kekal berjalan beriringan dengan Ikhwan.

Worm below be not far....

As we await

Beneath The Star...

Api biru membara semakin lama semakin membesar,Alisa pula tidak kelihatan dan muncul tangan yang berzirah gergasi. Aizel hanya terkedu melihat keadaan itu,sayap pula keluar dan kibasan sayap menyebabkan api biru terus terpadam.

"And I as a DRAGON KING..!!"

























=============================

Ikhwan kembali bertarung dengan bentuk Raja Naga

Apakah yang akan berlaku?

Apa yang akan Aizel lakukan?

Kita tunggu sambungan akan datang

Sekian

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top