SPECIAL CHAPTER : CHRONICLES KAISER X THE CURSED GUARDIAN 03
Istana Kota Aster
"Gembira bertemu kamu,Raja Kota Aster.. Saya Ikhwan Syah Al'Solleh,putera negara Mentari..." jelas Ikhwan memberi hormat.
Ikhwan dibawa bertemu di hadapan raja Lancer Guldberg,mengekori Aizel dari belakang. Raja Lancer agak terkejut dengan perkhabaran ini,kerana gem yang dimaksudkan oleh Ikhwan ada disimpan di bawah istana Kota Aster.
"Sama dengan saya,saya Lancer Guldberg raja kota ini,negara Mentari? Saya tidak pernah nama tersebut..." jelas Raja Lancer.
"Sudah tentu wahai Raja,kerana dalam sejarah kamu... Negara itu tidak wujud.. Aku dari negara di dunia lain..." jelas Ikhwan lagi.
"Kamu gunakan apa merentasi dunia lain?" soal raja Lancer.
"Kuasa aku sendiri..." kata Ikhwan memberi penjelasan,Aizel yang di sisinya hanya menjadi pendengar.
"Menarik.. Tunjukkan saya.." ujar raja Lancer tersenyum dan Ikhwan hanya memetik jari,bulatan portal terhasil di sebelahnya.
Raja Lancer tergamam dan memandang ke arah Aizel,apa yang Aizel boleh katakan dia hanya mampu mengangkat bahu sahaja. Raja Lancer menghela nafas pendek,dia memandang ke arah Ikhwan.
"Baiklah... Aizel,kamu bawa dia pergi ke bilik yang dimaksudkan..." kata raja Lancer memberi arahan.
Aizel hanya menunduk tanda menurut arahan yang diberikan,Ikhwan hanya tersenyum menunduk sedikit kepala tanda hormat pada raja Lancer. Ikhwan mengekori Aizel beredar keluar,raja Lancer hanya menghela nafas pendek kerana merasai aura luar biasa dari Ikhwan.
"Mampu merentasi dimensi,hanya gunakan kuasa sendiri.. Sudah tentu tidak boleh dipandang ringan..." ujar raja itu sendirian.
"Kau nampak tidak terkejut sangat..bila aku katakan yang aku dari dunia lain.." kata Ikhwan tersenyum memandang ke arah Aizel.
"Sebab sebelum ni,aku ada jumpa orang dari dunia lain.. Macam kau,pasangan suami isteri.." kata Aizel memberi penjelasan.
"Siapa namanya,kau ingat lagi?" soal Ikhwan.
"Kalau tak silap,nama dia Ace Windcrawler dan isterinya Luna Windcrawler..." jelas Aizel dan Ikhwan mengangguk sahaja.
"Puak Windcrawler... Macam tu.." kata Ikhwan faham.
"Kau kenal mereka?" soal Aizel.
"Tak..cuma dengar dari kawan,dia seorang Dimension Traveller.." ujar Ikhwan tersenyum girang.
Aizel dan Ikhwan akhirnya tiba di bilik bawah tanah,dia menekan sesuatu ada pintu bilik dan terbuka perlahan-lahan. Ikhwan hanya menunggu pintu tersebut terbuka sepenuhnya,dia melihat satu permata bersinar dan itulah yang dia cari.
"Kau boleh masuk dan ambil yang kau cari.. Jangan kau kacau benda lain.." jelas Aizel.
"Kau ingat aku ni budak-budak ke? Aku lagi tua daripada kau.." kata Ikhwan menjeling ke arah Aizel.
"Ya.. Apa-apa sahaja,kau ambil je la benda tu.." ujar Aizel.
Ikhwan hanya menghela nafas pendek,dia melangkah masuk dan menghampiri Soul Gemma. Permata yang dia cari,Aizel hanya memerhatikan sahaja dari luar. Ikhwan segera mengambilnya,Aizel menutup mata segera tetapi kerana tiada apa-apa berlaku lalu dia buka matanya semula.
"Kau apahal tutup mata tu?" soal Ikhwan dan Aizel terkejut.
"Kau tak apa-apa?" soal Aizel.
"Yeah..? Kenapa?" soal Ikhwan.
"Sebab sebelum ini,batu permata ini tidak boleh disentuh dengan tangan kosong.. Benda tu akan mencederakan orang jika pegangnya dengan tangan kosong tanpa dilengkapi kelengkapan.." jelas Aizel panjang lebar.
"Ouh.. Itu jika level kuasa magic kau rendah dari batu permata ni.." kata Ikhwan.
"Apa? Berapa tinggi kuasa batu ni?!" soal Aizel.
"Dalam dugaan level kuasa bacaan angka 70000?" Ikhwan menjawab.
"T-tujuh puluh ribu? Setinggi itu?" soal Aizel tidak percaya.
"Ya?" jawab Ikhwan.
"Bagaimana dengan kau? Berapa tinggi level kau?" soal Aizel pada Ikhwan.
"Aku? Rasanya... Bacaan angka batu ni hanya satu suku je.. Dari kuasa aku.." jelas Ikhwan dan Aizel terkedu.
"Kau manusia ke apa?" soal Aizel.
"Half god?" Ikhwan berkata selamba.
"Kau jangan la bergurau.." Aizel berkata tersenyum kelat.
"Sudah la.. Aku lapar pula,mana kafe di sini? Kau tunjukkan,kau belanja.." ujar Ikhwan selamba.
"Kenapa aku kena belanja kau?" soal Aizel mengangkat sebelah kening kiri.
"Senang sahaja,satu aku bukan dari dunia sini.. Kedua aku tiada duit matawang dunia ni..." jelas Ikhwan dan Aizel hanya tergamam kemudian menghela nafas pendek.
Aizel mendesah dan Ikhwan menyeru bulatan magis kecil,Aizel sedikit terkejut tetapi hanya tergamam. Lalu Ikhwan campak gem itu ke dalam bulatan tersebut,Ikhwan memandang Aizel dengan tersenyum ceria.
Aizel menguncikan pintu itu semula,lalu dia berjalan mendaki tangga. Ikhwan hanya mengekorinya sahaja,mereka kembali ke tingkat atas. Sebaik mereka melalui satu kawasan,Ikhwan terhenti dari melangkah. Dia ternampak isterinya berdiri di satu kawasan tanah lapang,di hadapan Alisa adalah Amy dengan Kainar miliknya.
"Apasal kau berhenti? Tadi kata lapar?" soal Aizel mencebik.
"Itu adik kau kan?" soal Ikhwan dan Aizel kehairanan lalu menoleh,dia terkejut kerana Amy berdiri dengan gaya bersedia untuk berlawan sekali bersama Kainar di tangannya.
"Amy? Apa pula yang adik aku nak buat tu?" soal Aizel.
"Dia rasanya nak lawan latihan dengan isteri aku..." jelas Ikhwan dan Aizel terkejut sekali lagi.
Amy berdiri menghalakan pedangnya,ke arah Alisa yang berdiri tanpa senjata. Emily dan Hestia berpandangan,manakala di sisi mereka ada Harvest iaitu teman seperjuangan Aizel.
"Awak pasti ke nak cabar saya?" soal Alisa.
"Kenapa tidak,ia hanya perlawanan latihan sahaja..." kata Amy dengan muka yang serius.
"Alamak.. Apa yang patut saya lakukan?" soal Alisa sendirian,Ikhwan tiba-tiba muncul di sebelahnya.
"Apa? Siapa pula tu?" soal Harvest terkejut dan Aizel sedar Ikhwan yang sebentar tadi bersamanya telah hilang.
"Bila masa dia gerak ke situ?" soal Aizel tergamam.
"Abang?" soal Alisa.
"Tidak apa,lawan sahaja.. Alisa pun lama tidak berlatih bukan?" Ikhwan memujuk.
"Baiklah..." Alisa menyisirkan rambutnya,manakala Ikhwan hanya berundur sahaja.
"Nampaknya kakak nak sahut cabaran saya?" soal Amy tersenyum.
"Saya juga nak tengok kehebatan The Warrior from Hell..." balas Alisa dan Amy mulanya terkejut,tersenyum teruja.
Api marak sekeliling kawasan dan bahang terasa,sehingga Hestia dan Emily mengipas dirinya menggunakan tapak tangan. Alisa yang merasai bahang,sekadar melepaskan aura dingin menghalang bahang tersebar.
"Jangan babitkan orang sekeliling.. Awak nak lawan saya kan gadis comel.." ujar Alisa tersenyum dan Amy terkejut sebelum tersenyum geram.
Amy terus memegang hulu pedang dengan erat,lalu meluru ke arah Alisa seiring tetakan dilakukan. Alisa hanya tersenyum sahaja,aura dingin menghembus dan membuatkan Amy berundur semula ke belakang.
"Come to me... Katana of Blizzard..." bulatan magis elemen Aqua,sejenis pedang katana dan bilahnya berwarna biru ais timbul.
"Awak patut beri saya seru senjata saya terlebih dahulu..." kata Alisa tersenyum senang,Amy hanya tersenyum simpul.
Aizel menghampiri Emily dan Ikhwan tiba-tiba sudah berada bersebelahan Harvest,Hestia turut terkejut tertanya-tanya bila masa Ikhwan sudah berada di situ.
Amy melibas pedangnya dan Alisa menahan kemas,dia hanya menangkis setiap serangan milik Amy. Alisa memusingkan tubuhnya,seiring itu dia terus menyerang balas dengan kuasa aura dingin. Amy terkejut dan berundur,bilah pedangnya membara api marak.
"SINGLE SWING!!"
"Heh... DIAMOND ICE EDGE..!"
ZWOOSSH!!
KRARARAAKKK!!!
BRAAMM..!!!
HUOOSSH!!!
Perlanggaran dua kuasa menghasilkan impak yang amat kuat,mereka yang menyaksikan pertarungan latihan memejamkan mata kecuali Ikhwan dan Aizel.
"Your wife is really amazing..." ujar Aizel.
"Same like your sister too..." kata Ikhwan.
Alisa dan Amy berlaga tetakan pedang,Amy sedar Alisa hanya tersenyum. Perempuan yang dia lawan ketika ini,Amy sedar Alisa tidak menggunakan sepenuh kuasanya. Amy menghayunkan pedang dan Alisa tahan sehingga terseret jauh,Amy menghelakan nafas panjang.
"Alamak,Amy..! Hentikannya..!" Aizel mula risau.
"Kenapa?" soal Ikhwan.
Amy melepaskan seluruh kuasanya,api marak seluruh kawasan Amy berdiri membentuk sayap. Ais yang ada di sekitar mencair,Alisa sekadar memerhatikan sahaja aisnya yang mencair.
"Kau kena suruh isteri kau elak serangan adik aku! Dia akan bunuh isteri kau!" Aizel berkata risau dan Ikhwan membalas pandangan Aizel.
"Jangan risau..." kata Ikhwan tenang tersenyum,Aizel dan Harvest,Hestia serta Emily kehairanan.
"Isteri aku okay je... Dia kuat.." ujar Ikhwan tersenyum ceria.
"Itu bukan masalahnya!!" Aizel berkata geram.
"Just sit and watch.." ujar Ikhwan nadanya berubah,Aizel tersentak kemudian menoleh ke arah Amy.
"Saya harap kakak elak serangan saya..." ujar Amy dan Alisa memerhatikan kuasa milik Amy.
"Kuasa yang menarik... Api awak memang hangat..." ujar Alisa.
"Apa akak kata?" soal Amy.
"Tetapi bandingkan api suami saya,awak masih jauh ketinggalan gadis manis.." jelas Alisa tersenyum dan Amy yang mendengar penjelasan Alisa,menundukkan kepala.
"Fine,I'm gonna get serious..." ujar Amy dan apinya semakin marak.
Api milik Amy semakin marak dan Alisa hanya tersenyum,pedang katana kuasa ais dipegang erat. Alisa memejamkan matanya dan rambutnya memutih,auranya berubah dan Aizel serta rakannya yang lain tergamam.
"Marilah gadis manis.." ujar Alisa dengan air muka yang serius,tiada lagi senyuman.
"Baiklah..!!" Amy terus meluru ke arah Alisa dengan laju,api marak pada bilah pedangnya.
"ALMIGHTY HELL SLASH!!"
ZRASSHH!!!!
BRAAM...!!!
ZUWOOSSHH!!!!
Akibat serangan tersebut menyebabkan angin kencang bertiup,sekali dengan rasa dingin. Aizel dan Emily melindungi mata mereka,Hestia menelan air liur dan Harvest tergamam.
Ikhwan tersenyum sahaja dan asap tebal mula menipis,Amy dan Alisa mula kelihatan. Aizel menunggu dengan sabar begitu juga Emily,Hestia dan Harvest tidak kurangnya. Mereka berempat terkejut sekali lagi,ini kerana Alisa dalam keadaan memegang tangan Amy.
Alisa hanya mengalihkan sahaja arah hayunan Amy dengan cara mengalihkan hayunan tangan gadis itu,manakala pedang Alisa berada di leher Amy.
"Serangan yang menarik,tetapi masih terlalu awal untuk cederakan lawan seperti saya..." ujar Alisa dengan air muka serius.
"Holy-moly... Perempuan patut sertai Guardian!!" Harvest berkata teruja.
"Jangan harap.." ujar Ikhwan dengan renungan menakutkan.
"Chill.. Aku cuma cakap je.." kata Harvest tersengih menelan air liur.
"Bagaimana gadis manis? Ingin teruskan?" soal Alisa dan Amy menggelengkan kepala sambil tersenyum.
"I give up..." ujar Amy.
=========================
Hello guys untuk korang,ini double update
Jika tidak berpuas hati
Sila komen
Juga vote tidak lupa
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top