CHAPTER 99 : LUQMAN VERSUS ROWAN
Satu tempat dalam kota yang menerima serangan pembelajaran,keadaan pada mulanya sunyi bertukar menjadi seperti kacau bilau dengan letupan kuat. Erica keluar dari asap tebal,Mariana pula mengejarnya dari belakang dan terus meluru ke arahnya.
Lagaan pedang dan kapak menghasilkan bunyi yang kuat,percikan api terhasil apabila mereka berbalas tetakan senjata masing-masing. Erica menggenggam erat pemegang kapak,lalu menghayunkan ke dengan secara menegak..
Mariana pula dengan pedang besar miliknya,menangkis dengan hayunan yang sama. Gemaan kuat dan efek gelombang kuat terhasil,pertarungan mereka disaksikan oleh Hafez dan Farhan dari bangunan yang masih elok.
"Kau tak perlu bantu?" soal Farhan.
"Dia tak suka diganggu..." jawab Hafez.
"Ouh boy..." Farhan berkata sambil mengusap belakang leher.
TANG..!!!
Erica mengilas kapaknya kemudian percikan api terhasil,sebaik dia berlaga senjata sekali lagi dengan Mariana. Mereka berdua berbalas renungan tajam,mereka siap-sedia untuk membunuh antara satu sama lain.
"Kau hilang bersama keluarga kau,tak sangka kau kembali?!" soal Mariana menetak pedangnya.
"Aku cuma datang diupah,tak sangka boleh bertembung dengan kau!!" ujar Erica menangkis serangan Mariana.
"Kau fikir mampu tewaskan aku?!"
"Jangan angkuh sangat Maria,kau hanya manusia biasa.. Bukan tuhan.."
Mariana mendecih dan terus berlari meluru ke arah Erica,manakala gadis berambut putih vanilla turut meluru ke arahnya. Mereka berlaga senjata sekali lagi,impak lagaan menjadikan kawasan bergegar. Tanah-tanah merekah dan dinding retak teruk,Erica menghayunkan kapak ke bawah dan Mariana mengelak secara melompat ke belakang.
KRAANG..!!!!
KRAKK!!!
Tanah terus merekah dengan besar akibat tetakan Erica,Mariana bernasib baik kerana sempat mengelak. Erica menundukkan sedikit badan kemudian terus meluru laju ke arah Mariana,sedar dengan tindakan Erica. Mariana segera menggenggam erat pedangnya,lantas dia menghayunkan melepaskan gelombang potongan ke arah Erica.
Dia mengagak Erica akan mengelak tetapi sangkaannya meleset,kerana Erica terus mara dan menahan serangannya dengan sebelah tangan kosongnya. Erica kekal mara dan Mariana mengetap gigi terkejut dengan tindakan Erica.
"Sebelah tangan sahaja?!" soal Mariana dan Erica kekal meluru ke arahnya.
"You bitch!!"
KTANG!!!
Rempuhan berlaku sebaik sahaja Erica hampir pada Mariana,Hafez dan Farhan hanya memejamkan sahaja. Kepulan asap menyukarkan permandangan,Hafez mengecilkan matanya untuk fokus. Sedikit demi sedikit asap tebal menipis,kelibat tubuh mula kelihatan.
Mereka masih bertarung di dalam kepulan asap tebal,seolah-olah tidak berlaku apa-apa yang serius. Seseorang muncul sekilas kerdipan mata di belakang Farhan dan Hafez,sedar akan kehadiran individu itu segera Farhan serta Hafez menoleh dengan tangan masing-masing di senjata mereka.
"Hai.." sapa orang itu dan Farhan terkejut dengan kehadirannya.
"Fara..." Farhan menghela nafas pendek.
"Siapa?" soal Hafez.
"Kenalkan,isteri aku.. Fara Darweez.." ujar Farhan.
"Ah.. Master teleport,Fara Darweez..." kata Hafez selamba.
Lokasi berubah di satu tempat,kelihatan Rowan berdiri merenung Luqman. Mereka berbalas renungan,Luqman dengan riak wajah selamba berlainan Rowan yang merenungnya seperti ingin menelannya.
"Kamu betul-betul memberikan cabaran,kenapa tak duk diam je menyerah.." ujar Luqman tenang.
"Selagi aku bernafas,aku tidak akan mengaku kalah!! Argh!!" Rowan meluru ke arah Luqman sebaik sahaja habis berkata-kata.
Luqman hanya mendecih kemudian menahan serangan penumbuk Rowan yang berarus kilat,mereka berbalas tinju dengan deras. Rowan menghayunkan penumbuk dan Luqman menepis,kemudian perut Rowan diberikan satu tumbukan padu.
Akibat tumbukan tersebut membuatkan Rowan muntah air liur,sebelum tercampak melekat dinding bangunan berhampiran. Rowan mengetap gigi menahan kesakitan dan Luqman terus berlari ke arahnya,lalu melompat dan menghadiahkan tendangan kedua-dua kaki tepat mengenai perutnya.
KRAKK!!!
KRAANG!!
Tindakan Luqman membuatkan bangunan itu turut hancur,malah runtuh dengan sekali lalu. Luqman segera melompat ke belakang,bangunan itu runtuh macam itu sahaja. Mujurlah bangunan tersebut tidak terlalu besar,jadi runtuhan tidak terlalu lama.
"Alamak,kalau uncle tahu ni.. Mahu kena tanam hidup-hidup aku dibuatnya..." ujar Luqman memegang kepala dengan kedua-dua tangannya.
"HOORAAHH!!!" kedengaran suara jeritan dengan runtuhan itu terus bersepah serpihan bangunannya.
Luqman dengan muka biasa,berbalas renungan dengan Rowan. Mulutnya dikemam serapatnya dan terkebil-kebil memerhatikan kejadian itu,Rowan ternyata marah.
"Lantaklah,kena tanam hidup-hidup boleh keluar lagi..." ujar Luqman pasrah.
Rambut Luqman berubah dari putih salji kepada ungu kilatnya,aura menyelubungi seluruh tubuhnya. Daya aura kuasanya dilepaskan,angin kencang terhasil dan Rowan terkejut dengan daya kuasa milik Luqman.
"Enough with warm-up.. Now it's time to get serious..." ujar Luqman dan pakaian dia berubah,garisan simbol terukir pada sebelah mata kirinya.
"What?" Rowan terkejut sebaik melihat penampilan Luqman.
"If you a dark,then I'll go with the dark.." kata Luqman.
"Kuasa kau berteraskan kegelapan,tetapi kenapa kau berkhidmat dengan pihak mereka?!" soal Rowan tidak percaya.
"Kuasa aku bukan sepenuhnya kejahatan sahaja..." ujar Luqman.
Rowan hanya mendecih dan terus membaling pendek,Luqman lenyap dengan sekelip mata kemudian muncul semula di hadapan Rowan.
"Apa? Urgh!!" Rowan terkejut sebelum penumbuk Luqman mengenai mukanya.
Rowan tercampak ke belakang dan kembali menjejakkan kaki ke tanah,dia mendepakan kedua tangannya. Runtuhan ketulan batu mula terapung,Luqman bersiul kagum sebelum Rowan menghalakan semua batu itu ke arahnya.
Luqman tersenyum sinis sebelum terapung dan terus terbang ke arah batu-batu yang dilemparkan ke arahnya,dia memijak satu persatu batu-batu itu semua kemudian senjata-senjatanya menghasilkan seperti pedang laser dan terus memotong semua batu-batu itu.
Rowan terkejut sekali lagi dan Luqman mencacakkan senjatanya,pada batu yang dia berada lalu mengawal benda tersebut dan dilemparkan semula ke arah Rowan.
"Nah,ambil balik!!" Luqman berkata sebaik membaling batu besar itu.
KRAANG..!!!!
Rowan sempat mengelak dan terus meluru laju ke arah Luqman,hayunan pedang segera dilakukan dan Luqman tersengih menahan tetakan Rowan. Impak angin kencang terhasil,sekali dengan rekahan tanah seperti terbenam sehingga menghasilkan kawah.
"Wow.. Kau betul-betul kuat.." ujar Luqman.
"Diam kau! Aku bunuh kau! Cincang kau sehingga lumat!!" Rowan berkata dengan perasaan marah.
"Nak bunuh aku?" soal Luqman tersenyum sinis.
Rowan ditarik bahagian kolar zirah,lalu Luqman menghantuk kepalanya pada kepala Rowan yang bersarung zirah helmet. Luqman tersenyum sinis semasa melakukan hantukan kepala,ternyata kepala dia agak keras juga.
"Argh!!" Rowan terjatuh menyeret akibat tindakan Luqman.
Rowan mengetap gigi geram lalu bangkit semula,kedua penumbuk dilagakan dan kilat terhasil. Dia terus meluru laju ke arah Luqman,si naga kilat terkejut sebelum satu penumbuk mengenai mukanya.
DUSH!!
DUSH!!
Luqman ditumbuk bertubi-tubi tanpa henti sehingga menyeret merempuh bangunan yang telah runtuh,impak tumbukan itu menyebabkan seluruh bangunan hancur sedikit demi sedikit. Tiada kesan melawan daripada Luqman,Rowan tetap terus menumbuk tanpa henti.
"DIE!! HAHAHA..!!!"
"Shut up..." kedengaran suara garau menegur.
Rowan tersentak sebelum mukanya yang bersarung zirah,dicengkam oleh tangan seseorang lalu dihempaskan ke tanah dengan impak yang kuat. Tetapi tidak berhenti di situ,Rowan melihat si pelaku dan dia mula menggigil. Luqman dalam keadaan mata putihnya,menjadi hitam dan anak matanya berubah warna merah.
"Kau nak mati terus tertanam dalam tanah atau aku pancung kepala kau...?" soalan Luqman membuatkan Rowan menjadi ketakutan.
Rowan menumpukan kuasanya dan menghasilkan letupan,tindakannya berjaya melepaskan dirinya dari cengkaman tangan Luqman. Dia termengah-mengah dan zirah helmetnya,terus pecah berderai membuatkan dia terkejut.
"Kau bernasib baik..." Rowan segera menoleh,Luqman berdiri dalam keadaan merenungnya dengan tajam.
"Aku baru nak pecahkan kepala kau.. Tapi sayang helmet zirah kau mengganggu.." ujar Luqman.
Rowan berundur setapak ke belakang apabila dia ternampak imej bayangan naga di belakang Luqman,bayangan naga yang jelas merenungnya dengan pandangan mata tajam. Tubuhnya mula menggigil dan kakinya tidak dapat bergerak,Luqman pula mengepalkan penumbuknya dan bersinar cahaya ungu bercampur putih salji.
Senjata-senjatanya yang terapung berkumpul di penumbuknya,memberikan tambahan tenaga kuasanya. Semakin lama semakin deras dirasai,Rowan menelan air liur dan menyedarkan dirinya.
"Take this..." Luqman memberikan amaran dan Rowan ingin mengelak,Luqman terus menghayunkan penumbuknya.
"HURRICANE CYCLONE STORM!!!"
ZROOSSHH!!!
KZZAAT!!!!!
KRAANG..!!!
Letusan berlaku dan seluruh kawasan menjadi terang benderang,putih dan tidak dapat dilihat dengan jelas. Tiupan bagaikan angin taufan terhasil akibat serangan tersebut,bagaikan tembakan laser dan sebaik telah tamat. Sekitar kawasan menjadi rata,Rowan membulatkan matanya sebesar-besar.
"Sekali lagi kau bernasib baik..." Rowan tersentak mendengar kata-kata Luqman yang sudah berada di belakangnya.
Rowan segera menjauhkan dirinya,Luqman berdiri tegak memerhatikan dia tanpa berkata apa-apa. Suasana sunyi dan sepi seketika,Rowan berjaga-jaga dan Luqman yang mulanya senyap segera menghalakan tangannya ke arah Rowan.
Rowan pula membulatkan matanya,lalu meriam naga sedia tersarung pada tangan Luqman. Rowan mengetap gigi sebelum Luqman melancarkan tembakan,Rowan segera menahan dan tembakan itu buatkan dia tercampak.
"Bagaimana Luqman? Kau nak terus bermain?" soal Avalon.
"Mari tamatkannya Avalon..." ujar Luqman dengan nada yang tenang.
Luqman dan Avalon menyelaraskan kuasa mereka supaya serasi,auranya menjadi deras dan Rowan segera mendarat dengan segera. Dia memandang ke arah Luqman yang melepaskan kuasanya,Rowan tidak tahu apa rancangan Luqman tapi dia harus terus berjaga-jaga. Sebaik dia melakukan kerdipan mata,sekelip mata Luqman telah berada betul-betul di hadapannya apabila Rowan membuka semula matanya.
Rowan terpelanting sekali lagi,dia tidak sangka sebegitu pantas kelajuan Luqman. Tetapi pada pandangan Luqman,situasi menjadi begitu perlahan bagi dia. Luqman terus melancarkan serangannya,Rowan diasak teruk bagaikan serangan peluru menembusi seluruh tubuhnya berulang-kali.
DUSH!!
DUSH!!
DUSH!!!
Rowan mengetap gigi menahan kesakitan menerima serangan tersebut,Luqman kembali muncul dan terus menjatuhkan dia menghempas ke tanah. Rekahan tanah meletus dengan dahsyat,sedang Rowan mengerang kesakitan ketika itu Luqman berada di atas udara dengan bebola gergasi berwarna ungu gelap.
"It's over,PLANETARIUM LIGHTNING DESTROYER!!!"
"No...!"
BRAAMM...!!!!
KA-BOOM..!!!!
ZWOOSHH!!!
Seluruh kawasan memutih dan tidak kelihatan,Luqman memerhatikan Rowan yang ditelan oleh cahaya letupan. Alif pula bersama Aurora,mengekori Ikhwan ke memasuki bangunan misteri.
Apa yang ingin ditunjukkan oleh Ikhwan agaknya?
Sekali lagi bersambung
Harap bersabar
Aku akan update lagi malam nanti jika tiada masalah
Itu sahajalah
Ciao!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top