CHAPTER 98 : FEEL. THE. BURN?


Meteora dan Wild Gunz terus rebah,darah membasahi bumi dan Farhan melangkah pergi dengan muka tanpa emosi. Namun Meteora kembali bangkit dan bentuk pahlawannya telah lenyap seiring terken serangan Farhan,biarpun dalam keadaan darah penuh hampir seluruh tubuhnya. Langkah Farhan mati dan dia mengeluh,membelakangkan Meteora yang merenungnya tajam. Wild Gunz tidak mampu bangun,hanya mampu memerhatikan Meteora.

"Luka kau parah,duduk diam tunggu bantuan adalah pilihan bijak..." ujar Farhan tidak memandang ke arahnya.

"Diam!! Aku tidak akan mudah mengaku kalah! Tidak selagi manusia di muka bumi ini pupus sepenuhnya!!" Meteora berkata dengan susah-payah,Farhan menghela nafas pendek kemudian memandang ke arah wanita berambut biru.

"Kau memang menjengkelkan..." ujar Farhan dengan nada yang tegas,Meteora terkejut apabila melihat daya bunuh Farhan dirasai olehnya.

Meteora menggigil dan Wild Gunz kehairanan,apabila Wild Gunz memandang ke arah Farhan dia tersentak. Ini kerana bayangan naga berwarna perak sedikit cerah,berada di belakang Farhan merenung tajam ke arah mereka.

Sekali imbas bayangan itu terus hilang dan renungan Farhan berlainan,dia hanya menghelakan nafas sambil memejamkan matanya. Meteora terketar-ketar kerana daya bunuh milik Farhan,Wild Gunz tidak mampu berkata-kata.

"Kau rawat luka kau tu dulu,baru cabar aku lagi..." ujar Farhan tersenyum kemudian berpaling dan terus berjalan pergi.

Meteora terus terduduk dan Wild Gunz hanya mampu mendiamkan diri,tidak mampu berkata-kata dengan kekalahan teruknya. Farhan berjalan dengan tenang dan seseorang mendarat di hadapannya. Farhan tersenyum dengan kehadiran pemuda tersebut,berambut serabai kemas anak mata berwarna emas cair.

"Kau lepaskan mereka? Patut bunuh sahaja..." ujar pemuda itu.

"Hafez...janganlah begitu,semua orang perlu diberi peluang..." kata Farhan dengan senyuman redup.

"Kau terlalu murah hati..." ujar pemuda bernama Hafez itu.

"Tak sangka kau datang..." kata Farhan tersengih.

"Ikhwan suruh aku datang,kau tahu apa akan jadi kalau aku tak ikut permintaan dia.." ujar Hafez merungut.

"Biasalah,Ikhwan jenis suka membantu walau macam mana susah... Tetapi jangan kita masa dia minta tolong buat tak tahu.." ujar Farhan dan Hafez hanya mengeluh.

"Kau datang sini sorang je ke?" soal Hafez.

"Nope,ada dua ekor budak ikut aku tadi.." ujar Farhan menggaru kepala.

"Sekarang?" soal Hafez.

"Entah cabut mana.." jelas Farhan.

"Sama la..." kata Hafez pula.

"Eh? Kau pun sama?" Farhan tersenyum kelat.

"Aku dengan seorang perempuan... Alih-alih dia hilang..." jelas Hafez.

Pada waktu yang sama juga,di lokasi berbeza di mana Altera diselamatkan oleh Luqman dan Aminudden. Mereka berbalas renungan dengan Mariana,Joker dan Rowan. Luqman mengeluh dan Aminudden meregangkan ototnya,tangannya diputarkan kemudian lehernya pula.

"Setelah sekian lama,akhirnya kita berjaya beraksi dalam perang!" ujar Aminudden teruja.

"Oi! Musuh depan mata jangan main-main la.." kata Luqman menampar belakang kepala adiknya.

"Aku excited gila ni,jangan la rosakkan bro!" Aminudden merungut.

Joker tersenyum sinis dan mengeluarkan kad tertera Joker pada kad terup tersebut,dia terus melemparkan ke arah dua beradik itu. Luqman dan Aminudden menoleh ke arah kad terup itu,kemudian seseorang muncul lalu membelah kad tersebut dan meletup kedua-dua bahagian kad terup yang sudah terbelah.

Seorang wanita berambut warna putih bercampur warna vanilla,kapak dipegang dipusingkan berulang-kali. Luqman dan Aminudden berbalas pandangan,mereka dan Altera tidak tahu siapakah wanita tersebut.

"Siapa pula kau ni?" soal Mariana.

"Erica von Hildebirane,ingat nama ni baik-baik..." ujar wanita itu bernama Erica dengan muka tersenyum sinis.

"Mula-mula dua putera dari negara Mentari,sekarang kau pula?" soal Mariana bengang dan auranya mula menyelubungi tubuhnya.

"Aura kau tu ingat aku takut ke?" soal Erica dan mereka bertiga kehairanan.

Erica terus menumpukan kuasanya,letusan hasil dari kuasa milik Erica membuatkan mereka bertiga tergamam. Luqman dan Aminudden bersiul,Altera tidak mampu bergerak lalu dihampiri Luqman.

"Altera,minum air healing dalam botol ni..." Luqman memberi sebotol air kecil.

"Jangan beri dia peluang minum air tu!" Mariana mengingati apa yang berlaku di hadapannya semasa bertarung dengan Azryan.

"Apa?" soal Rowan kehairanan.

"Jika dia minum,dia akan pulih sepenuhnya!!" ujar Mariana dan Rowan serta Joker terus meluru ke arah Altera melepasi Erica.

Luqman dan Aminudden dengan muka selamba,saat Rowan dan Joker hampir ke arah Altera. Penumbuk Aminudden kena muka Rowan,sepakan Luqman pula tepat pada tengah-tengah muka Joker. Mereka berdua terpelanting ke belakang semula jatuh di sebelah Mariana,tindakan dua beradik itu buatkan Erica terkejut.

"Bila masa korang ada di sini?" soal Erica.

"BARU SEKARANG SEDAR KE?!!" Luqman dan Aminudden berkata bengang.

"Sial korang...." Rowan bangkit dengan daya kuasa negatif dia semakin meningkat.

"Hahahaha...!!! This pain is joyful!! Can wait to feel this pain again!!!" Joker berkata dengan teruja.

"Am..." ujar Luqman pendek muka selamba.

"Yeah..?" soal Aminudden tanpa emosi memandang ke arah musuh.

"Kau ambik si gila tu.."

"Tak ada masalah..."

"Rasanya miss Erica,tahu sasaran miss bukan?" soal Luqman selamba.

"Sudah tentu..." kata Erica tersenyum sinis memandang ke arah Mariana.

"Kena bawak jauh sikit,aku tak nak kita salah sasaran..." jelas Luqman.

"Setuju tu.. Aku gerak dulu.." ujar Aminudden dengan rambutnya berubah merah,sekelip mata sudah berada di hadapan Joker.

"Jom dating tempat lain..." ujar Aminudden tersenyum sinis,sebelum menolak Joker secara kasar pergi dari situ.

"Joker!!" Rowan terkejut dan Mariana hanya fokus pada Erica sahaja.

"Oi! Lawan kau aku,tak payah gatal tengok tempat lain..." kata Luqman selamba,Rowan senyap dan menoleh ke arahnya dengan renungan tajam.

"Kau memang nak cari nahas..." Rowan mengetap gigi,aura gelap jelas kelihatan.

"Waaa... Patut aku menggigil?" soal Luqman.

Rowan membesarkan anak matanya,dia bergerak pantas meluru ke arah Luqman. Namun Luqman lebih pantas,mengelak ke kanan sedikit dan Rowan tersasar. Luqman segera mengambil kesempatan untuk menyepak Rowan jauh dari situ,Luqman menurunkan kakinya perlahan-lahan.

"Not bad..." ujar Luqman dan terus sekilas pandang lenyap.

Sekarang tinggal Erica dan Mariana,tidak lupa juga Altera yang baru sahaja sembuh selepas meneguk healing potion. Dia hanya memerhatikan keadaan tersebut,kemudian memalingkan badan ke arah lain. Sekelip mata Altera hilang dari pandangan,Erica memegang kapak dengan erat.

"Penyibuk sudah tiada,jadi boleh kita mulakan? Mariana deLance?" soalan Erica membuatkan Mariana menyerang terlebih dahulu.

KRAANG!!!

Kapak dan senjata berlaga deras,Mariana dengan muka bengisnya. Erica hanya tenang sambil menahan serangan Mariana,apa yang buatkan Mariana bertindak seperti itu kerana tidak ramai yang tahu nama penuhnya.

"Siapa sebenarnya kau? Bounty Hunter?" soal Mariana.

"Aku dari kerabat diraja,Von Hildebirane adakah kau tidak dengar sebentar tadi?" soal Erica sinis.

"Kau...." kata Mariana lembut tetapi tegas dan menolak Erica ke belakang.

"Terperangkap dengan emosi? Mesti kau menyesal bunuh Edward bukan?" soalan Erica membuatkan Mariana tersentak.

Erica tersenyum sinis dan kapaknya bersinar putih salji,lalu dilibas dengan kuat ke arah langit. Mariana tercampak berpusing sebelum mendarat dengan terkial-kial,Mariana merenung Erica dengan pandangan penuh pertanyaan.

"Aku adalah sepupu Edward Hawkins.. Lebih tepat rakan sejak kecil..." jelas Erica dan Mariana hanya berdiri tegak dengan tenang.

"Jadi kau adalah Erica?" soal Mariana.

"Kau dah jatuh tenggelam terlalu dalam Maria..." ujar Erica.

"Jadi kau nak tuntut bela juga?" soal Mariana.

"Tuntut bela? Tidak,kau penjahat dan penjahat perlu dihukum bukan?" Erica berkata sinis.

"Kau dari dulu buat aku meluat..." jelas Mariana.

"Ah.. Tak sangka yang ni kita satu bot. Aku pun meluat dengan kau..." kata Erica tersenyum dengan bersinar-sinar,satu tempat di atas bangunan tinggi Farhan dan Hafez memerhatikan keadaan tersebut.

"Waa... Itu ke? Citarasa kau pelik.." ujar Farhan.

"Diamlah..." kata Hafez bengang.

DUSH!!

DUSH!!

Joker terseret ke belakang dengan muka lebam dek tumbukan Aminudden,namun dia kekal tersengih dengan menjijikkan. Tetapi Aminudden pula hanya menyalakan penumbuknya,api merah menyala dengan marak lalu satu tumbukan padu mengenai perut Joker. Sekali lagi Joker terseret ke belakang,suasana menjadi sunyi dan sepi.

"Itu dia! Sungguh mengujakan!! Kesakitan inilah aku inginkan!!" Joker berkata dengan penuh bernafsu,Aminudden mengeluh dan dikepalkan penumbuk.

DUUUSSH!!!

Joker tercampak melanggar dinding lalu melekat,Aminudden hanya memandang dengan muka bosan. Joker kembali bangun dan turun dari tempat dia melekat,Aminudden sekadar mendiamkan diri.

"Ketamakan!! Kesengsaraan!! Pengkhianatan!! Kekecewaan!! Semuanya menyakitkan! Itu buat aku lebih kuat!" ujar Joker dan Aminudden kehairanan,petikan jari dilakukan dan Aminudden bagaikan dipukul bertubi-tubi sehingga melutut sebelah kaki.

"Hahaha!! Bagaimana? Sakit bukan? Aku pulangkan semula..." ujar Joker dengan cara menjengkelkan.

Aminudden dalam keadaan mulut mengalir darah merah,menghayunkan penumbuk lalu tepat mengenai muka Joker. Namun Aminudden merasai muka menerima penumbuk,dia menekup mukanya dan menahan sakit.

"Ia mustahil... Setiap pukulan kau akan patah balik....pada kau semula.." jelas Joker dan Aminudden tersenyum sinis.

Joker terkejut dengan reaksi Aminudden,dia kehairanan dengan reaksi pemuda di hadapannya. Aminudden bangun dan mukanya tidak dapat dilihat bersembunyi sebalik rambut tebalnya. Api merah dinyalakan kemudian berubah kepada api biru,auranya semakin kuat terasa dan Joker tidak faham apa yang bakal dilakukan oleh Aminudden.

"Oi si gila..." ujar Aminudden.

"Kau kata,kalau aku pukul kau.. Aku akan terima semula kesakitan itu bukan?" soal Aminudden.

"Ya.. Ya.. Sebab aku selaraskan deria aku pada deria kau..." ujar Joker itu sinis.

"Menarik..." ujar Aminudden dan bebola api biru gergasi terhasil di atasnya.

"Eh?" Joker mula risau.

"Bagaimana aku pula menerima kesakitan?" soal Aminudden sinis dan Joker berpeluh-peluh sambil hingus keluar dari hidungnya.

"Nanti!!" Joker cuba menghalang.

"HELLBLAZE INFERNO!!"

ZWOOSHH..!!!

Tubuh Aminudden menerima serangan umpama pusingan puting beliung berapi warna biru,Joker menjerit dan tubuhnya terbakar sehingga habis.

"ARGH....!!! This not so bad.. ARGHH!!" Joker sempat melawak sebelum terbakar sepenuhnya,Aminudden memadamkan serangan api birunya.

"Feel. The. Burn..?" ujar Aminudden bergaya disambut bunyi burung gagak.

Joker mati tanpa sedikit cebisan daging yang tinggal dan Aminudden,yang mulanya bergaya kemenangan terus melutut nafasnya naik turun kemudian sepasang kaki berjalan berhenti di hadapannya. Sebaik Aminudden mendongak,dia tersengih lega.

"Hai.. My sweetheart.." ujar lelaki itu.

"Seriously.. Must you hurt yourself?" soal Alia dan Hikari hanya menggelengkan kepala,Aminudden bangun dan cium pipi kedua-dua isterinya.

"Alright! I'm already recharge!"

KTUNG!!

KTANG!!

"LISTEN TO US WILL YA IDIOT HUSBAND?!!" Jerit Alia mengetuk kepala Aminudden bersama Hikari.

"Stop you guys,your husband is already injured enough..." satu suara menegur,apabila ditoleh muncul Alisa bersama Aila.

"That's his own fault.." ujar Alia mengembungkan pipinya.

"Am,mana Luqman?" soal Aila sebaik menghampiri Aminudden sambil merawatnya.

"Terima kasih akak,rasanya dia berada di arah sana..." jelas Aminudden menuding jari telunjuk ke satu arah.

"By the way,how you guys come over here?" soal Aminudden.

"Auntie Fara kamu kan ada bersama auntie... Kebetulan uncle Ikhwan kamu perlukan bantuan,jadi di sini kami semua.." ujar Alisa tersenyum.

"Tapi mana aunt Fara?" soal Alia.

"Ara.. Ara.. Dia cari suami rasanya.." kata Alisa tersenyum namun mereka yang lain dapat merasakan wanita itu menahan marah.





















CHRONICLES KAISER THREE
THE NEW LIGHT
=======================

Sekali lagi untk update hari ini,seperti yang dijanjikan.

Aku update double

Teruskan bersama siri ini

Pertarungan Luqman dan Erica belum bermula,simpan untuk chap seterusnya

Jadi teruskan menyokong,vote dan komen itu mesti

Itu sahaja

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top