CHAPTER 97 : UNEXPECTED ENFORCEMENT


Satu bab yang lepas Alif dan Aurora diasak oleh Wild Gunz,kuasa penuh Wild Gunz membuatkan mereka terdesak. Malah keadaan lebih buruk dengan kehadiran Meteora,dia ingin menghapuskan Aurora sekaligus.

Saat mereka dalam keadaan di hujung tanduk,seorang lelaki misteri muncul memberikan bantuan. Lelaki tersebut adalah Farhan Al'Tuzeman,orang kedua terkuat dalam negara Mentari.

Dia memberikan peluang untuk Alif serta Aurora melarikan diri,atau lebih tepat Alif mencari di mana Ikhwan berada. Dia mendapat mesej ringkas,supaya berjumpa di lokasi yang diberikan dalam smartphone miliknya.

"Kita nak ke mana ni?" soal Aurora.

"Sixth ada hantar lokasi,rasa di sekitar kawasan sini.." jawab Alif mengikut panduan dalam skrin smartphone miliknya.

"Tempat apa ni?" soal Aurora.

Sebuah bangunan ais yang agak berusia jika ditanya umur bangunan tersebut,Alif dan Aurora memerhatikan keadaan sahaja bangunan yang diselaputi ais salji.

"Nampaknya kau dah sampai.." satu suara menyapa.

Mereka menoleh dan tangan pada senjata masing-masing,namun sebaik sahaja Ikhwan di hadapan mata mereka. Pegangan tangan pada senjata masing-masing dileraikan,Alif menghela nafas lega dan Aurora hanya menundukkan kepala tanda hormat.

"Tuan!" Alif segera menghampiri Ikhwan.

"Kamu berdua sudah sampai,mari ikut aku ke dalam..." ujar Ikhwan.

"Kenapa tuan?" soal Alif.

"Skull Wing sudah kepung kota sini,kita kena cepat..." kata Ikhwan sambil melangkah masuk ke dalam bangunan.

"Skull Wing?!" soal Alif yang mengekorinya bersama Aurora.

"Tak hairan wingman Ozmandiyas ada di sini semuanya..." jelas Aurora pula.

"Apa yang mereka ingin lakukan?" soal Alif tidak puas hati.

"Aku akan beritahu,apa yang buatkan Skull Wing berada di sini..." jelas Ikhwan dan mereka berdua terkejut.

"Bagaimana dengan tuan Farhan?" soal Alif.

"Kenapa dengan dia?" soal Ikhwan.

"Dia sekarang berhadapan dengan dua wingman Ozmandiyas,mereka berdua bukan calang-calang punya lawan..." jelas Aurora.

"Kau fikir kenapa dia dikatakan nombor kedua terkuat?" soal Ikhwan lagi.

"Apa?" Aurora kehairanan.

"Farhan bukan lawan mereka..." jelas Ikhwan tersenyum yakin,Alif dan Aurora berbalas pandangan.

Meteora dan Wild Gunz terseret ke belakang,kemudian memandang semula ke hadapan. Farhan dengan sikap selamba memegang pedang jenis katana,atau lebih dikenali sebagai Wyvern Blade.

Wyvern Blade adalah pedang gabungan dari dua bilah pedangnya,iaitu Wyvern Fang dan Silver Blade. Pedang terhasil dari gabungan dua senjata tersebut,mampu membelah tiga gunung gergasi sekaligus. Nampak ringkas rekaannya,tetapi mampu memberikan pihak musuh masa yang sukar.

Wild Gunz menembak serangan laser dan Meteora pula sudah berada di belakang Farhan,Meteora menghayunkan secara melintang dan serangan Wild Gunz semakin hampir. Farhan hanya tersenyum sinis,tangannya mencapai hulu pemegang pedang.

"FULL MOON SLASH!"

ZRASHH!!

ZRASHH!!!

Meteora terkejut dan mengelak serangan balas Farhan,kemudian Farhan menoleh ke arah Wild Gunz. Cahaya terhasil pada bilah pedang Farhan,lantas dia menghayunkan serangan gelombang potongan sebanyak tiga kali hayunan.

"TRINITY SONIC SLASH!!"

Wild Gunz terkejut dan menghasilkan perisai,namun sebaik serangan libasan untuk kali ketiga milik Farhan menyentuh perisai Wild Gunz. Perisai tersebut terus sahaja musnah,Farhan menghalakan tangan ke hadapan. Muncul pedang bercahaya kekuningan cerah,terapung dengan bilangan banyak di hadapan Farhan.

Meteora muncul semula begitu hampir di belakang Farhan,pedang di tangannya digenggam erat bersiap-sedia untuk menghayunkan tetakan ke arah kepala Farhan. Tetapi Farhan segera menahan dengan pedangnya,tanpa melihat ke belakang dan membuatkan Meteora terkejut begitu juga dengan Wild Gunz.

"Nak tikam belakang? Jangan mimpi.." ujar Farhan melibaskan pedangnya yang menahan tetakan Meteora.

Meteora berundur ke belakang sekali lagi,dia mendecih kerana Farhan adalah lawan paling sukar. Meteora memegang pedang secara melintang,tangan dia pada hujung bilah. Perbuatannya menarik minat Farhan untuk ingin tahu,Wild Gunz pula bersiap-sedia untuk menyerang Farhan.

"Howl,Black Wolves.."

Sebaik sahaja Meteora berkata-kata,letusan berlaku dan asap menelan dia. Farhan segera melompat menjarakkan dirinya,Wild Gunz pula hanya memerhatikan kepulan asap yang baru sahaja menelan Meteora.

Aura yang kuat mula terasa,Wild Gunz hanya sinis kemudian menoleh semula ke arah Farhan. Meteora yang berada di dalam kepulan asap,mengibaskan tangannya dan asap tebal terus lenyap.

Rambut Meteora yang berwarna biru laut berubah,menjadi warna putih campur perak serta terikat ponytail. Topeng separuh di mata sebelah kirinya,warna matanya pula berubah menjadi merah saga.


"Macam ni baru seronok... Ini kuasa terkuat kau?" soal Farhan menarik pedangnya.

Meteora tidak berkata apa-apa,dia hanya meluru laju ke arah Farhan dengan kelajuan pantas. Sekelip mata mereka sudah berlaga pedang,Wild Gunz pula membantu Meteora dengan menembak laser ke arah Farhan.

Farhan segera menghasilkan perisai,dia menolak Meteora ke belakang. Dia memegang hulu pedangnya dengan erat lalu meluru ke arah Meteora,mereka sekali lagi berlaga tetakan pedang. Percikan api terhasil setiap kali mereka berlaga pedang masing-masing,Wild Gunz segera menyeru senjatanya jenis jarak dekat.

Farhan yang sibuk melayan Meteora,sedar Wild Gunz cuba menyerang hendap ke arahnya. Lantas Farhan menghasilkan sebilah pedang berwarna hijau cerah dan terus menahan tetakan Wild Gunz,Farhan mendecih kemudian mereka bertiga berbalas hayunan pedang.

Meteora yang dalam keadaan berbalas hayunan pedang,menyeru beberapa bilah pedang yang sama dalam genggamannya muncul di udara. Farhan terkejut dan Wild Gunz pula tidak memberi ruang untuk berundur,Meteora segera menggerakkan benda yang terapung itu meluru ke arah Farhan.

"Mati Dragon Swordmaster.." ujar Wild Gunz yakin.

"Semudah itu?" soal Farhan tersengih.

Tubuh Farhan bersinar aura hijau cerah dan matanya berubah warna yang sama,dia tersenyum dan Meteora serta Wild Gunz tercengang sebelum hayunan kuat membuatkan mereka tercampak berbeza arah.

"Kau awal seribu tahun...nak kalahkan aku.." ujar Farhan rambutnya berubah warna kepada hijau cerah bersinar.

"Apa yang berlaku? Kuasanya semakin bertambah,malah ia kekal meningkat tanpa henti..." ujar Wild Gunz menggigil begitu juga Meteora,dia mengetap gigi dan kembali bangkit.

Pedang katana bersinar pada bilahnya dan berwarna hijau cerah,diangkat pula secara perlahan-lahan ke paras kawasan dada. Farhan merendahkan posisi badannya sekitar 180°,auranya dilepaskan dan angin bertiup kencang seluruh kawasan tersebut.

"Aura ni?" soal Alif terkejut langkahnya terhenti,Aurora juga sama dan Ikhwan hanya tersengih.

"Nampaknya lawan dia akan kalah sekejap lagi..." jelas Ikhwan menyambung langkahnya.

"Apa maksud tuan?" soal Alif tidak faham.

"Dia akan lancarkan serangan penamat.." jelas Ikhwan dan Alif serta Aurora berpandangan.

Meteora dan Wild Gunz pada masa itu bagaikan tidak dapat bergerak,Farhan pula semakin lama auranya semakin kencang keluar menyelubungi tubuhnya. Sebaik sahaja Farhan memulakan serangan,suasana menjadi sunyi sepi dan masa seakan perlahan.

Hayunan pedang dilakukan sekelip mata dan Farhan kembali menyarung pedangnya,bunyi bilah pedang bergeser jelas kedengaran manakala Meteora serta Wild Gunz tergamam. Sebaik sahaja pedangnya disimpan sepenuhnya,di hujung bunyi hulu pedang berlaga pada sarung pedang akhirnya potongan infinity berlaku.

ZRASHH!!

ZRASHH!!

ZRASHH!!!

"Arghhh!!" Wild Gunz tidak mampu melakukan apa-apa.

"Mustahil..!" Meteora tergamam.

"Serangan Farhan dikenali sebagai.." ujar Ikhwan berkata dengan senyuman selambanya.

"PERFECT JUDGEMENT..." Farhan berkata sambil berlalu pergi.

"Potongan pedang infinity,tiada satu pun musuh mampu menewaskan teknik itu.." jelas Ikhwan lagi dan Alif serta Aurora hanya mampu kagum.

Pada masa yang sama Altera terpelanting jauh,lalu terseret berhenti dan dia dalam keadaan terdesak. Ini kerana Joker turut bersama Mariana,memberikan bantuan tetapi lebih teruk. Rowan juga berjaya dipulihkan,tambah dengan perasaan marahnya.

"Ini teruk..." ujar Altera.

"Masa untuk kau mati.." kata Rowan dengan muka bengis,serta siap sedia untuk melancarkan serangan.

"Hehehe... Ini memang mengujakan!!" Joker hanya ketawa.

"Ini kerana kau menyibuk urusan aku.." ujar Mariana pula.

Altera memejamkan matanya,dia berpuas hati dan mereka bertiga ingin melancarkan serangan. Namun pada masa yang sama dua susuk tubuh,melompat keluar dan melancarkan serangan.

"SUN DESTROYER!"

"RAIGEKI!!!"

"Apa?!" Mariana,Rowan dan Joker tersentak sebelum letupan kuat berlaku.

"Double Troublemaker making an entrance!" Aminudden muncul sambil tersengih,Luqman hampir terjatuh dengan kata-kata adiknya.

"Oi...!" Luqman berkata tidak puas hati.

"Putera Luqman,putera Aminudden.."








Update untuk korang,maaflah tadi tertekan sebab tu unpublished semula

Yang ni betul-betul punya

Moga kamu semua terhibur

Tekan butang vote dan komen memberikan pandangan

Jumpa lagi di sambungan chapter seterusnya

Ciao!


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top