CHAPTER 96 : DRAGON SWORDMASTER


Letusan berlaku dan asap serta habuk berterbangan,keluar Alif dan Aurora berlari pantas mengelak tembakan daripada Wild Gunz. Senjata-senjatanya terapung menembak-nembak,Alif menangkis dan kadang kala mengelak.

Alif segera menggunakan dinding sebagai pelantar untuk melompat,kemudian dia terus ingin menyerang Wild Gunz. Namun Wild Gunz lebih pantas,menggerakkan senjatanya menyerang Alif.

Aurora melibas dan melepaskan gelombang hayunan,mematahkan serangan cuba membunuh Alif. Akibat perlanggaran kuasa tersebut,Alif tercampak ke belakang. Dia kembali kepada Aurora,mukanya bengang tidak puas hati.

"Damn it! I can't get even close to him!!" ujar Alif geram,sebelum kepalanya ditampar dari belakang.

"What the hell was that for?!" rungut Alif menoleh ke arah Aurora,kerana dia yang melalukan perbuatan tersebut.

"Think smart! We need a plan!" ujar Aurora menjawab soalan Alif.

Alif mendiamkan diri kemudian menoleh ke arah Wild Gunz,dia mendesah kemudian terus beredar untuk mencari tempat persembunyian. Wild Gunz segera meluru untuk menghalang mereka,Alif segera mengeluarkan sebutir bom asap.

Wild Gunz terkejut dan Alif segera melemparkan ke arahnya,letusan bom menghasilkan asap yang tebal membuatkan visi Wild Gunz menipis. Dia segera melompat ke belum,kerana tidak mahu terperangkap dalam asap tebal.

"Boleh tahan... Tapi kamu tidak boleh bersembunyi selamanya..." ujar Wild Gunz.

"Sekarang macam mana?" soal Alif.

"Fikir la plan! Kita tidak akan menang dengan mudah..." jelas Aurora.

"Saya tengah cuba ni... Tapi satu benda yang boleh digunakan untuk melawan dia tak ada.." ujar Alif.

"Apa maksud awak?" soal Aurora pula.

"Saya tak ada senjata laser!" Alif berkata dengan muka menjengkelkan,Aurora pula timbul urat pada pipinya.

"Awak tak ada basic menembak pun macam mana nak lawan dia?!!" Aurora berkata sambil mengetuk kepala kekasihnya.

"Aduh!" rungut Alif.

"Boleh tak serius?" kata Aurora menghela nafas pendek.

"Perlu ke ketuk kepala saya?!!"balas Alif merungut.

"Tidak perlu berlawan dengan senjata yang sama pun boleh.." jelas Aurora.

"Huh?"

Wild Gunz berjalan sambil kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan,mencari di mana Alif dan Aurora bersembunyi. Aurora muncul dengan tiba-tiba di hadapannya dan Wild Gunz,segera mengacukan senapang ke arah Aurora.

Tetapi Alif muncul di sebelah kirinya,Wild Gunz tersentak sebelum ditumbuk dan kepalanya dihempaskan ke dinding. Alif mengetap gigi dan Aurora pula hanya menelan air liur,tertanya-tanya adakah rancangannya berjaya?

Alif pula ketika tapak tangan menekup muka Wild Gunz,tapak tangannya mula bersinar dan Wild Gunz terkejut.

"GOD DUST!!!"

BRAAM...!!

KRAANG!!!

Wild Gunz tercampak menyeret rempuh dinding bangunan keluar,Aurora hanya menghela nafas pendek. Alif pula tidak dan dia yakin,Wild Gunz masih mampu berdiri.

Tanpa mereka sedari seseorang dengan pedang katana,berdiri memerhatikan mereka dengan penuh minat. Tersenyum melihat skill Alif tunjukkan tadi,kerudung menutupi wajahnya.

"God Dust... Itu skill Ikhwan.. Macam mana dia...?" soal lelaki misteri itu tersenyum sambil mengusap dagu.

Wild Gunz kembali bangkit,topeng zirah dia sedikit hangus dan calar. Alif hanya diam dan Aurora memerhatikan sahaja,Wild Gunz bersinar matanya dan dalam lima buah meriam muncul di sekeliling Wild Gunz.

"CHAOTIC BURST!!!" Wild Gunz mula membalas dengan serangan maut.

"ELAK!!" Alif memberi amaran dan menuju ke arah Aurora.

TUUM!

TUUMM!!

TUUUMMM!!!

KRAANG!!

Serangan laser berselerak menyerang seluruh kawasan,serangan laser itu menghancurkan bangunan berhampiran. Alif memeluk Aurora dan melindungi gadis itu dengan badannya,lelaki misteri itu kagum dengan keberanian Alif.

Namun nasib tidak menyebelahi Alif kerana serangan itu mengenai belakang tubuhnya,Aurora menyedari apa yang terjadi dan Alif menahan kesakitan. Wild Gunz pula terus-menerus menembak tanpa berfikir,lelaki misteri itu cuba ingin menarik pedangnya tetapi Alif menumpukan kuasa dalamannya.

"Alif?" Aurora kehairanan sebaik Alif meleraikan pelukannya.

Alif tidak menjawab dan lukanya ditahan lalu tangannya,bersinar keemasan beralun seperti alunan api yang marak. Dia menggayakan tangan seperti tarian,Alif tubuhnya bersinar dengan aura keemasan. Alif menarik nafas pendek,suasana seakan-akan berhenti dan sebaik helaan nafas dilakukan dengan pantas Alif sudah berada di hadapan Wild Gunz begitu rapat.

"Apa?!" Wild Gunz terkejut.

"FEATHER FLARE!!!!" Alif terus melancarkan serangan yang sama seperti Ikhwan.

ZRASHH..!!!

KRAANG!!!

Wild Gunz tercampak sekali lagi,api yang keemasan itu memberi tekanan daya kuasa begitu kuat sekali. Aurora tergamam dengan apa yang berlaku,sut milik Wild Gunz ada yang terbakar menghakis sedikit. Wild Gunz berjaya bertahan dari terus terjatuh,lelaki berkerudung itu tersenyum teruja.

"KAU MEMANG NAK CARI NAHAS DENGAN AKU!!!" Wild Gunz menjerit sekuat hati,Alif pula melutut termengah-mengah sambil dibantu oleh Aurora.

"Alif! Awak okay?" soal Aurora.

"Joule Point saya hampir habis kerana serangan tadi... Ha.. Ha..." kata Alif seperti baru berlari 30 pusingan.

"Bertenang Wild Gunz..." satu suara seorang wanita menegur dan Aurora serta Alif menoleh ke satu arah,lelaki berkerudung itu mendecih dengan kehadiran wanita itu.

"Meteora..." kata Aurora terkejut dengan kehadiran Meteora.

Meteora berjalan dengan pedang di tangannya,pandangan matanya amat dingin. Wild Gunz memerhatikan dia sehingga berhenti di sebelahnya,Aurora membantu Alif bangun.

"Wanita masa tu..." ujar Alif mengingati di mana pertama kali dia bertembung dengan Wild Gunz.

"Kau...nak datang halang aku ke?" soal Wild Gunz.

"Tidak,aku datang nak hapuskan Aurora.." ujar Meteora dan kata-kata dia membuatkan Alif serta Aurora terkejut.

"Suka hati kau,tapi jangan kacau sasaran aku.." Wild Gunz berkata merenung semula ke arah Alif.

"Jangan risau,aku tidak akan ganggu kau..." balas Meteora lagi.

Alif dan Aurora bagaikan telur di hujung tanduk,Aurora tidak boleh bertarung dan melindungi Alif. Malah Alif pula perlukan masa itu pulih semula,Alif memegang tangan Aurora.

"Awak larikan diri,biar saya lengahkan mereka..." ujar Alif dan Aurora terkejut.

"Awak bergurau ke? Keadaan awak buat masa sekarang mustahil untuk menentang mereka..!" Aurora mula risau.

"Saya tak boleh biarkan awak cedera..."

"Begitu juga saya..."

"Apa kata korang je larikan diri bersama-sama?" satu suara menegur.

Mereka semua terkejut dan seseorang melompat,mendarat di hadapan Alif dan Aurora. Meteora dan Wild Gunz terkejut dengan kehadiran lelaki misteri itu,Alif tertanya-tanya siapa orang misteri tersebut yang muncul dengan tiba-tiba.

"Kamu pergi dari sini,biar aku sahaja uruskan mereka...." ujar lelaki itu.

"Apa?" Alif dan Aurora kehairanan.

"Siapa kau? Jangan halang jalan kami.." Meteora menyoal.

"Apa? Aku? Heh.." lelaki misteri itu menarik pedangnya,lalu melibaskan gelombang hayunan secara melintang.

ZRASHH!!!

Meteora dan Wild Gunz terkejut lalu segera menahan serangannya,namun tidak menghentikan serangan tersebut lalu membuatkan mereka terseret jauh sedikit. Alif dan Aurora tergamam dengan kuasa milik lelaki misteri itu,kerudung diturunkan dan Alif serta Aurora betul-betul terkejut.

"FARHAN AL'TUZEMAN?!!" Alif dan Aurora tergamam,mata mereka membesar tidak percaya dengan kehadiran Farhan.

"Pergi cepat,Ikhwan tunggu kau.." jelas Farhan dan Alif terkejut.

"Putera negara Mentari?" Aurora pula tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh mereka.

"Cepat Aurora,kita pergi dari sini!!" ujar Alif dan Aurora mengangguk faham,mereka berlari pergi dari situ.

Wild Gunz bangkit dan terus mengacukan meriam gergasi ke arah Alif serta Aurora lalu picu ditarik,tembakan peluru berpandu laser menyerang laju ke arah Alif dan Aurora. Farhan hanya menghayunkan pedang umpama memotong udara,lalu sekelip mata semua serangan tersebut terus lenyap.

"Dragon Swordmaster..." Meteora berkata dingin.

"Ke tepi..." ujar Meteor memberi amaran.

"Aku tak boleh tengok orang lain mati depan mata aku... Jadi maaflah aku kena halang korang..." jelas Farhan.

"Kau memang tak sayang nyawa,aku akan bunuh kau!" ujar Wild Gunz geram dan mereka bersiap-sedia untuk menyerang.

Tetapi Farhan sudah berada di hadapan mereka tanpa sempat disedari,Wild Gunz dan Meteora tersentak dengan kelajuan Farhan. Lantas hayunan pedang milik Farhan dilakukan,Wild Gunz dan Meteora segera menahan dengan mengejut.

TANG!!

ZTANG!!

KTANG!!

KRAANG!!!

Meteora dan Wild Gunz tercampak ke belakang sekali lagi,mereka mendengar nama-nama besar di dunia pahlawan. Malah salah seorang berdiri di hadapan mereka,malah menjadi lawan mereka. Pedang katana dipusingkan,sebelum diletakkan belakang pedangnya pada bahu Farhan.

"Kau si topi koboi..." ujar Farhan menuding jari ke arah Wild Gunz.

"Apa?" Wild Gunz kehairanan.

"Tengok sama ada tembakan kau atau pedang aku,mana lebih pantas..." ujar Farhan tersenyum sinis.

"Jangan main-main dengan aku.." Wild Gunz hilang sabar.

"Apa kata kau mulakan?" cadang Farhan tersengih.

"KAU MEMANG NAK CARI NAHAS SANGAT KE?!!" Wild Gunz terus menyeru puluhan senjata laser terapung.

Namun Farhan tersenyum simpul,sebelum seluruh senjata Wild Gunz terbelah dengan begitu sahaja. Farhan berdiri tenang sambil bunyi pedang disimpan,Meteora terkedu dengan apa yang berlaku.

"Tadi tu.. S-Single Judgement?"

"Ouh..! Kau kenal nama skill ni?Nampaknya skill aku belum berkarat lagi.." kata Farhan memerhatikan keadaan pedangnya selamba.

Wild Gunz merenung Farhan,Meteora pula sudah memegang pedangnya dengan kemas. Aura bunuh jelas dirasai oleh Meteora,dia juga pemedang dan ini kali pertama berhadapan dengan seorang pemedang terhandal di dunia.

"So...kamu nak serang atau aku mulakan?"
















(FARHAN AL'TUZEMAN)



Yeahaa...!!

Ini double update untuk korang,harap terhibur.

Apa perasaan korang bila Farhan muncul?

Aku nk rehat sekejap,nanti aku update lagi

Penat jari menaip dengan urat jari telunjuk kiri terseliuh,main peranan okay untuk memegang smartphone aku ni

Baiklah tu je

Komen dan vote

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top