CHAPTER 94 : BIG WAVE


Peperangan terus bersambungan dan para pahlawan berusaha sedaya-upaya,mereka melawan pemberontak yang datang menyerang dengan menggila.

Para pemberontak bagaikan tidak takut untuk mati,mereka sanggup meluru tanpa ada kelengkapan bertarung. Para tentera tiada pilihan lain selain bertarung untuk melindungi raja mereka masing-masing.

Tetapi berbeza dengan raja Mentari dan Rembulan,mereka sendiri ke barisan hadapan. Tidak lupa negara Bayu dan juga Badai,Akhil serta Khidir bekerjasama menjatuhkan pemberontak dari terus mara.

Reezal menghasilkan dinding tebal,Aswandy pula melompat ke atas kemudian membekukan pemberontak yang cuba menyerang mereka. Aswandy mendarat sambil tersengih menoleh ke arah Reezal,adiknya hanya menggeleng kepala sahaja.

Tidak lama kemudian mereka mendengar letupan kuat,Aswandy dan Reezal berbalas pandangan sahaja.

"Nak pergi tengok?" soal Aswandy.

"Tak payah la..." ujar Reezal pula.

Rowan terseret ke belakang,Wild Gunz pula menembak tanpa henti ke arah Alif. Tetapi Alif dengan mudah mengelak dengan melompat-lompat ke belakang secara back-flip,Rowan menoleh ke arah Mariana yang rebah meniarap mencium tanah. Tiada tanda-tanda yang Mariana sedar,dia meluru laju ke arah Alif dan menghayunkan penumbuk.

Alif tahan dengan menolak penumbuk Rowan ke tepi,tindakan Alif mengejutkan Rowan sebelum terasa tubuhnya terapung dan dihempaskan ke dinding berhampiran. Sebaik dihempaskan dengan segera Alif menghayunkan penumbuk berulang-kali pada Rowan,keadaan dinding lama-kelamaan hancur dek tumbukan bertubi-tubi Alif.

Wild Gunz segera menghalakan senapang dia yang terapung,ke arah Alif yang terus menumbuk Rowan tanpa henti. Sebaik menyedari ancaman dengan segera Alif mengelak secara berundur,serangan Wild Gunz berjaya dielak dengan segera.

Alif mengelak tembakan bertalu-talu daripada Wild Gunz,kepala ke kiri dan ke kanan mengelak tembakan laser. Rowan mengambil peluang untuk menyerang curi dan Alif pula sedar,segera menahan tetakan pedang daripada Rowan.

"Hanya dengan tangan kosong?!" soal Raisyah tergamam melihat Alif menangkap bahagian bilah pedang milik Rowan hanya dengan tangan kosong.

Wild Gunz pula menghalakan sepuluh senapangnya,terapung bergerak ke hadapan lalu membentuk bulatan berputar laju. Tembakan sama seperti meriam laser menyerang ke arah Alif,Rowan melompat ke belakang mengelak serangannya.

Alif pula hanya menoleh ke arah serangan Wild Gunz,dia tidak berganjak dan Aurora mula risau malah cuba ingin membantu namun Azryan menahannya. Alif pula menghentak tanah sehingga membentuk seperti dinding,serangan bertembung dan letusan dahsyat terhasil.

Rowan dan Wild Gunz mengasak Alif dengan berterusan,percikan bagaikan bunga api terhasil dari lagaan tinju Alif dan hayunan senjata Rowan. Wild Gunz pula menarik senapangnya,satu das tembakan dilakukan dan Alif mengelak pantas.

"Budak tu memang kuat macam tu ke?" soal Recca menoleh ke arah Ikhwan.

"Mungkin Lord Ikhwan ada lakukan sesuatu..." ujar Felicia.

Ikhwan tersengih sebelum mengingati sesuatu semasa dia tinggal kedutaan Mentari di negara Hawk,dia berbisik sesuatu pada Alif dan Ikhwan menunggu di taman pada waktu malam.

"Jumpa aku di taman.. Ada sesuatu yang ingin aku bincangkan.."

Ikhwan berdiri di bawah tiang lampu taman yang berada dalam bangunan kedutaan,bunyi cengkerik memecah kesunyian malam di taman tersebut.

"Tuan putera..." suara Alif kedengaran menegur Ikhwan.

"Kau datang juga..." ujar Ikhwan tersengih.

"Apa yang ingin tuan bincangkan?" soal Alif.

"Bertenang... Kita pergi cari kafe dulu..." ujar Ikhwan lagi.

Alif mengangkat sebelah kiri keningnya,dia tidak tahu apa yang lelaki itu inginkan. Namun Alif terpaksa mengekorinya sahaja kerana dia ingin tahu,apa yang Ikhwan mahu daripadanya.

"Pergh!! Makanan di sini memang terbaik! Sememangnya antara negara gourmet yang terbaik!" ujar Ikhwan selepas meneguk minuman gelas besar.

Alif hanya mampu tercengang kerana Ikhwan mengajaknya makan di sebuah kafe,dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh Ikhwan dan menghela nafas pendek sahaja.

"Apa tujuan tuan mengajak saya bertemu dengan tuan?" soal Alif.

"Kan aku kata sabar,makanlah nanti kau tiada tenaga..." ujar Ikhwan tersenyum selamba.

"Tapi...." Alif mula gusar.

"Makan..." ujar Ikhwan dengan nada berubah kepada tegas,Alif tersentak dan menelan air liur kerana air muka Ikhwan berubah menakutkan.

"Saya tiba-tiba terasa lapar..." kata Alif tersengih.

"Good...." ujar Ikhwan tersenyum mengangguk.

Ikhwan dan Alif kini berada di sebuah tebing gunung tinggi,Alif memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak tahu kenapa dia dibawa ke sini dan angin bertiup agak kuat malam itu,Ikhwan pula hanya mengetuk-ngetuk hujung kasut pada tanah.

"Baiklah... Alif.." ujar Ikhwan dan Alif memandang ke arahnya.

"Kau tahu bukan dengan kuasa yang ada pada kau?" soal Ikhwan.

"Golden Light?" soal Alif meneka dan Ikhwan mengangguk sambil tersenyum

"Nama sebenarnya adalah Gold Aura..." ujar Ikhwan dan Alif mengangguk faham.

"Kuasa itu hanya sesetengah ahli daripada Puak Chyrous sahaja ada... Kau antara yang terpilih..." jelas Ikhwan dan Alif terkejut.

"Kau antara yang terpilih... Kuasa itu serasi dengan kau semasa ibu kamu masukkan ke dalam tubuh kamu..." sambung Ikhwan lagi.

"Ada tiga syarat untuk kuasainya dalam seratus peratus..." ujar Ikhwan tersenyum menunjukkan tiga batang jari.

"Pertama,tubuh badan yang kuat.. Kamu sudah ada pun syarat pertama...untuk kuasainya,kamu haruslah bersatu dengan kuasa tersebut..." kata Ikhwan.

"Kedua,kekuatan dan kesucian roh jasmani kamu... Sebab Gold Aura adalah kuasa cahaya,tidak boleh ada perasaan benci ataupun negatif..." jelas Ikhwan tersenyum.

"Maksudnya bukan sembarangan orang terpilih?" soal Alif.

"Ya,ada beberapa orang ahli puak kamu memilikinya.. Tapi berlainan jenis kuasa.." jelas Ikhwan.

"Jadi ketiga?" soal Alif.

"Perasan yang suci dan ikhlas melindungi orang yang tersayang..." jelas Ikhwan dan Alif tersentak.

Ikhwan tersengih melihat reaksi anak muda berambut merah cerah itu,dia tahu siapa dalam fikiran Alif dan nafas Ikhwan helakan secara teratur. Alif menyedari tindakan Ikhwan yang menumpukan daya kuasanya,aura keluar menyelubungi tubuh Ikhwan kemudian lenyap semula.

"Lakukan seperti aku buat tadi..." arah Ikhwan dan Alif tersentak.

"Fokus Alif.." kata Ikhwan tersenyum.

Alif mengepalkan kedua penumbuknya dan mata dipejam,sekeliling kawasan menjadi gelap dan sunyi. Ikhwan hanya memerhatikan dari tepi,dia menyilangkan tangannya pada bahagian dada.

"Nampak sahaja aura tu,terus tangkap dan kamu tahu apa tindakan kamu seterusnya..." ujar Ikhwan.

Sunyi dan sepi tiada satu bunyi mengganggu mereka,Ikhwan hanya berdiri selamba namun tidak lama. Kuasa Alif meletus dan cahaya aura keemasan kelihatan mengalir keluar,Ikhwan sedikit terkejut kemudian tersengih. Alif pula turut terkejut dengan apa yang dia boleh buat,dia menoleh ke arah Ikhwan.

"Saya berjaya... Saya mampu kawalnya!" ujar Alif tersenyum girang.

"Jangan suka sangat!" Ikhwan mengetuk kepalanya,kuasa Alif terus lenyap.

"Fokus!" ujar Ikhwan.

"Ya!!" Alif menjawab dan fokus untuk mengawal kuasanya.

Ikhwan kembali ke masa sekarang,Rowan terhempas ke dinding dek pukulan Alif. Wild Gunz pula mengelak serangan deras Alif,Ikhwan tersengih sahaja dan Felicia serta Recca mengangguk faham dengan cerita Ikhwan sebentar tadi.

"Sekarang terpulang pada dia..." ujar Ikhwan memerhatikan Alif bertarung.

Pada masa yang sama di tempat Mariana rebah,tangannya sedikit menunjukkan pergerakan. Ozmandiyas pula sudah berada di sebuah kapal armada gergasi,lambang Skull Wing tertera pada badan armada itu. Meteora dan Joker turut bersamanya manakala di dalam kapal tersebut,ada ribuan askar drone yang sedia untuk dilepaskan.

"Sasaran kita adalah Winter Nation,siap sedia semua..." ujar Ozmandiyas dan projeknya sudah selesai.

Ikhwan yang memerhatikan pertarungan Alif,memalingkan badannya dan memandang ke luar negara Winter. Dia menyedari sesuatu dan menghela nafas pendek,Recca dan Felicia berbalas pandangan.

"Ombak besar akan datang...."
























============+============

Ozmandiyas dan ahli Skull Wing yang lain turut dalam perjalanan,adakah akan berlaku perang besar?

Kenapa Ozmandiyas mensasarkan negara Winter?

Nak tahu jawapannya

Korang tunggu la update seterusnya

Tapi spoiler alert,ini bukan last boss okay?

Ozmandiyas bukan last boss

Hehe

Itu sahajalah

CIAO!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top