CHAPTER 93 : I'M GONNA GO ALL OUT

Please put your earphones for immersive experience

Song : Platonic Girl by Gumi (Vocaloid)💠



Pernah dengar perubahan sepintas lalu?

Itulah yang berlaku di kota negara Winter sekarang ini,sedang berlaku perang di antara para tentera dan pemberontak.

Kota yang cantik dengan latar belakang telah hancur sekelip mata,orang awam ada yang terkorban.

Perhimpunan raja-raja diganggu pemberontak yang inginkan perubahan,malah mereka percaya perubahan itu boleh dilakukan dengan korbankan semua raja seluruh negara di dunia ini.

Suasana bandar menjadi sunyi dan sepi kemudian diganggu bunyi dentuman,iaitu bunyi dari pertarungan di antara Azryan,Raisyah menentang Mariana. Azryan didesak sehingga tercampak kemudian menggunakan dinding bangunan,sebagai pelantar untuk dijadikan meluru semula ke arah Mariana.

Azryan berpusing di tengah-tengah udara dan menghayunkan kakinya,lalu Mariana segera menahan secara spontan. Tepat dan padu mengenai lengan yang melindungi kepala Mariana,lalu wanita tersebut tercampak ke belakang. Raisyah terus mara ke hadapan,Azryan mendarat kemudian mengeluarkan senjata shuriken.

Raisyah menggeserkan pedangnya di tanah,lalu dilibaskan ke arah Mariana dan serangannya berjaya ditahan mudah. Raisyah dan Mariana berbalas renungan tajam,Azryan membaling shuriken dengan segera.

Mariana menolak kasar Raisyah ke belakang,lalu mengangkat pedang ke udara dan ingin menetak Raisyah. Namun lemparan shuriken yang terbang laju,menyerangnya dan membuatkan Mariana terpaksa berundur ke belakang.

Pemegang pedang dipegang sekuat hati,Mariana mengibarkan sayapnya dan bilah pedang milik bersinar. Raisyah mengetapkan gigi serapat mungkin kemudian mengangkat pedangnya tegak di hadapan muka,Azryan hanya mengacukan sepucuk pistol yang diberikan oleh Ikhwan. Dia mengacukan dengan kedua-dua tangannya,percikan cahaya biru keputihan terhasil dari muncung pistol.

"SEVEN SINS,WRATH!!" Mariana memulakan serangan.

"VALKRYIE BLADE!!!" Raisyah menyusul.

"LIGHTNING MAGNUM!!" Azryan membantu Raisyah.

ZRASSHH!!

SWIINGGG!!!

Kzzt~~TZOOMM!!!

BRAAMM!!!

TIGA serangan kuat bertembung dan letusan yang kuat terhasil,Recca dan Felicia menghadang cahaya hasil perlanggaran tiga kuasa itu. Manakala Ikhwan pula telah memakai cermin mata hitam,membuatkan dua gadis hunimal itu berbalas pandangan.

Masing-masing dengan impak kuasa yang amat dahsyat,Raisyah dan Mariana berbalas renungan. Mereka masih mampu meneruskan pertarungan,muncung pistol Azryan berasap dan dia hanya memerhatikan senjata tersebut kemudian mengangkat bahunya.

KRAANNGG!!

Wild Gunz dan Rowan muncul dengan tiba-tiba,terseret berhenti di sebelah Mariana tanpa mereka sedari. Alif dalam keadaan berzirah dan bentuk monyet,mendarat di atas tiang lampu dan tesengih. Aurora dan Altera pula juga mendarat di belakang Mariana,Wild Gunz dan Rowan sedar akan Mariana di situ.

"Mariana?" soal Rowan.

"That form,you're really serious..." ujar Wild Gunz terkejut kerana melihat Mariana dalam keadaan itu.

"Shut up Wild,I don't have time for that.." balas Mariana pula.

"Yo Ryan! Having hard time?!" soal Alif tersengih.

"Ah..shut up you monkey!" kata Azryan geram.

"Wanna fight you damn ugly masked?!" bidas Alif.

Alif dalam bentuk zirah raja monyet dan Azryan di sebalik zirah bertopeng,berbalas renungan tidak puas hati ingin bergaduh. Namun mereka menyedari sesuatu,lalu mengelak serangan mengejut.

"Oi! Hati-hati la,serangan kau boleh buat aku terbunuh!!" Azryan berkata tidak puas hati.

KLEKUK!!

"Adehhh..." Azryan dan Alif terbaring ke tanah dek pukulan Raisyah.

"KORANG NAK BERGADUH TU,NANTI-NANTI TAK BOLEH KE? MUSUH ADA DEPAN MATA TU FAHAM TAK?!" Raisyah berkata bengang mengepalkan penumbuknya yang baru mengetuk kepala mereka berdua,Aurora dan Altera melompat serta mendarat di sebelah Raisyah.

"Sakit la tahu tak?!" ujar Alif dan Azryan bangkit semula.

"Tak kisah la tu! Musuh tu nak buat tunggul ke?!" soal Raisyah menuding ke arah Mariana,Rowan dan Wild Gunz.

"Yeah... Yeah.. Nagging like grandma.." ujar Alif dan Raisyah merenungnya tajam sebelum meniarap ke tanah dengan kepala benjol berasap.

"Cakap lagi sekali aku nenek,aku bunuh kau!!" Raisyah berkata bengang.

"Perlu ke kau pukul aku?!" Alif menyoal dengan geram.

"Wild,Rowan.." ujar Mariana.

Saat Alif dan Raisyah sedang bertelagah sambil ditenangkan oleh Azryan,Wild Gunz dan Rowan menarik senjata masing-masing. Mereka berenam tersentak sebelum seluruh kawasan situ,meletus seluruh permukaannya. Alif menoleh ke arah tiga orang tersebut,dia tersengih dan mereka berlima berjaya mendarat dengan selamat.

"DON'T FUCKING MESSING AROUND WITH US!" Jerit Rowan.

"Nampaknya mereka dah marah.." ujar Azryan.

"Yeah,memang betul..." kata Alif.

"Semuanya salah korang berdua.." jelas Aurora dan Raisyah hanya menggelengkan kepala.

"Aura mereka amat kuat..." jelas Altera dan Alif tersenyum sinis.

"Mereka bertiga,serahkan pada aku..." kata Alif dan mereka berempat terkejut.

"Apa?" Raisyah tidak percaya dengan kata-kata Alif.

"Kau dah hilang akal ke?" soal Azryan.

"Menyerang mereka bersendirian,adalah tindakan nak bunuh diri..." jelas Altera.

"Hehe... Watch me..." ujar Alif.

Alif melenyapkan bentuk raja monyet,dan tindakan dia mengejutkan semua orang. Alif memejamkan matanya dan terus aura keemasan,meletus dengan kuat impak angin. Ikhwan bersiul dan Azryan terkedu dengan kuasa kawannya,dia tidak sangka akan peningkatan kuasa Alif.

"Kuasa apa ni?" soal Rowan tergamam.

Alif memusingkan tongkat sebelum dikepitkan pada kawasan tulang rusuk,dia terus lenyap dari pandangan mata dalam sekelip mata. Maka tindakan dia buatkan semua terkejut,Alif muncul dengan pantas dan perut Rowan tepat mengenai tujahan tongkatnya lalu terpelanting merempuh dinding bangunan berhampiran.

KRAANG!!

"Rowan!" Wild Gunz tergamam.

"First target...." ujar Alif tersenyum.

"Kau...." Wild Gunz mengangkat pedang ke atas,ingin menetak Alif seiring bersama Mariana.

Namun Alif menahan serangan Wild Gunz dengan tongkatnya,kemudian menujah tendangan menangkis tetakan Mariana. Tongkatnya digenggam kuat dan sekelip mata,pukulan padu dari tongkatnya menyebabkan Wild Gunz dan Mariana tercampak ke tempat di mana Rowan rempuh.

"Are you kidding me?!" soal Azryan tidak percaya dengan apa yang berlaku.

"Sudah tentu,sebaik kuasa cahaya emas berjaya dirungkaikan... Alif semakin kuat melebihi tiga orang itu..." jelas Ikhwan tersenyum.

Runtuhan di mana Mariana,Wild Gunz dan Rowan tertanam meletus. Mereka bertiga kembali bangkit,jelas mereka hilang sabar dan Alif hanya tersengih. Serentak mereka bertiga iaitu,Mariana,Wild Gunz dan Rowan melepaskan auranya.

"Alright...." Alif melenyapkan tongkat emas dan Wukong hanya tersenyum.

"Let see what you guys got!!" Alif meningkatkan kuasanya,aura keemasan dia meletus kuat.

Rowan mengetap gigi dan terus mara terlebih dahulu,Wild Gunz dan Mariana mara selepasnya. Rowan bergerak ke belakang Alif pantas,Wild Gunz dan Mariana sudah rapat dengan Alif. Rowan menghayunkan pedangnya,Wild Gunz menyeru senapangnya yang terapung. Mariana pula menghayunkan pedangnya ke arah kepala Alif,Aurora dan yang lain menjerit memberi amaran.

Tetapi

Suasana berubah bagaikan masa berhenti manakala Alif,sudah bergerak pantas dari kepungan mereka bertiga. Sekelip mata mereka bertiga menerima pukulan beratus kali,sebelum jatuh rebah mengerang kesakitan.

"ARGH..!!" Serentak mereka bertiga mengerang.

"Apa?" soal Aurora matanya tidak dapat menangkap pergerakan pantas Alif.

"Kekuatan Alif sekarang menakutkan..." Altera berkata kagum.

"Alif...." Azryan tersengih.

"Sememangnya pewaris terakhir dari Puak Chyrous..." ujar Ikhwan menongkat pipinya.

"B-bagaimana,dia tadi bagaikan si lemah..." ujar Rowan terkial-kial bangkit dari terus terbaring.

"Kau memang kuat budak..." ujar Wild Gunz bangun dengan renungan tajam.

"Selagi kami belum mati,jangan mimpi dapat hentikan kami..." ujar Mariana mengetap gigi,sayapnya dikibas kuat.

Alif hanya diam dan terus bergerak pantas kelajuan cahaya,lalu berhenti betul-betul di hadapan Mariana. Rowan dan Wild Gunz terkejut,Mariana tergamam dan penumbuk dikepalkan sekuat hati oleh Alif.

"Jadi tumbanglah..." ujar Alif menumbuk perut Mariana dengan kuat sekali.

PENUMBUK Alif membuatkan Mariana terpelanting jauh,dia merempuh dinding bangunan sehingga dinding pagar kota negara Winter. Mariana muntah darah dan terus rebah,Alif masih lagi berdiri dalam keadaan menumbuk.

"Duduk situ diam-diam..." Alif berkata tenang.

"That kid,is really strong..." ujar Recca.

"MARIANA!!" Rowan menjerit.

"Who's next?" soal Alif memandang ke arah Wild Gunz dan Rowan.

"Sial kau!!....." Wild Gunz melepaskan seluruh kuasanya,Rowan mengetap gigi merenung Alif dengan perasaan marah.

Aurora mula merasakan sesuatu yang buruk,aura kuasa Wild Gunz dan Rowan mula berubah menjadi seakan gelap malah warna aura mereka berubah warna. Warna merah kepada hitam keunguan,putih anak mata Wild Gunz berubah hitam dan hitam anak matanya berubah merah pekat darah.

"ALIF! HATI-HATI!! MEREKA BERLAINAN DARI TADI!!" Aurora memberi amaran pada Alif.

Alif menjeling ke belakang ke arah Aurora dan mengangguk,kemudian dia menoleh ke hadapan semula. Aura mula marak semula berwarna emas,dia juga turut menumpukan seluruh kuasanya.

"That's why I'm gonna go all out..." ujar Alif berkata dengan air mukanya berubah serius.

"AKU AKAN SEKSA SEBELUM BUNUH KAU!!" jerit Rowan dan Wild Gunz hanya menumpukan kuasanya.

Suasana menjadi semakin sengit,Aurora dan Azryan memerhatikan dari belakang. Raisyah dan Altera juga merasai tekanan dari kuasa mereka berdua,amat gelap dirasai dan penuh dengan kebencian. Alif yang menumpukan kuasanya,hanya merenung mereka berdua sahaja.

"Marilah.."


















===========================

Alright sampai situ sahaja,aku dah hilang feel nak teruskan untuk update yang ini.

Harap korang sabar menunggu sehingga sambungannya

Harap aku boleh kekalkan momentum kali ini

Okay itu sahaja

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top