CHAPTER 92 : TRUE POWER
BOOMM!!!
KRAANG..!!
Alif terseret ke belakang dan mendongak memandang ke hadapan,Rowan berdiri memegang pedangnya dengan seerat yang mungkin. Matanya kemerahan jelas kelihatan dari lubang zirah helmet,bersinar merah saga dan terus meluru ke arah Alif.
Alif pula tidak berganjak dan meluru ke arah Rowan juga,dentuman dari lagaan senjata mereka berhasil dengan bunyi yang kuat sekali. Alif melibas manakala Rowan menangkis,kemudian dia berpusing lalu menetak pedang.
KRAANG!!
Alif pula berganjak sedikit ke belakang mengelak tetakan Rowan,sambil tangan memusingkan tongkatnya menangkis habuk dan asap yang terhasil. Rowan menyisirkan jari-jemarinya pada bilah pedang,lalu sinaran kemerahan pada bilah pedangnya.
ZRASHH!!
ZWOOSHH!!
Rowan melepaskan gelombang libasan kemerahan,bertalu-talu ke arah Alif dengan pantas hayunannya. Manakala Alif pula kedua-dua tangannya memegang tongkat,dia terus memutarkan tongkat seperti putaran kipas angin.
Serangan Rowan ditangkis dengan mudah oleh Alif,kemudian dia menangkis sekali lagi serangan tersebut. Alif mengangkat tongkat ke atas,lalu dibesarkan tongkat dia seperti tiang sebesar pemeluk manusia dewasa.
"Take this!!" Alif menghempas tongkat ke arah Rowan.
KRAANG!
KLONG!!
Hentaman tongkat gergasi menghasilkan bunyi dentuman yang amat kuat,Alif mengembalikan tongkatnya kepada bentuk normal. Rowan dalam keadaan terbaring terlentang,dia melekat pada tanah kemudian bangkit semula.
"Wow... Talk about stubbornness.." ujar Alif tersengih.
Rowan menjerit sekuat hati dan aura kuasanya dilepaskan,angin bertiup kencang dan kawasan tanah bergegar. Rowan menumpukan kuasa kegelapan dalam tubuhnya,Alif yang sedar keadaan itu lantas membuangkan tongkatnya.
"LETS GO SECOND ROUND!!" Alif menumbuk tapak tangannya sambil tersengih.
Alif meluru ke arah Rowan dengan pantas,Rowan bersiap-sedia menunggu kemaraan Alif. Penumbuk ditujah dan Rowan juga melakukan perkara yang sama,sebaik sahaja penumbuk mereka berlaga. Impak angin berlaku dan sekitar kawasan merekah sedikit,mereka berganti tinju dengan pantas sekali.
Pertembungan mereka bagaikan ribut taufan melanggar kota,Alif menumbuk dan Rowan menujah penumbuk lalu muka masing-masing terkena tumbukan secara serentak. Alif dan Rowan terpelanting ke belakang,Alif terseret menahan diri dari terjatuh tetapi Rowan berguling beberapa kali sebelum terseret secara terlentang.
Suasana menjadi sunyi dan sepi,Alif berdiri dengan memasang kekuda. Menunggu Rowan bangun semula,tetapi tidak dan Rowan kekal terbaring. Tetapi tidak lama dia mengangkat tangannya menghalakan ke langit,bayangan seorang gadis berambut panjang berwarna putih salji membelakangkan dia bermain di minda.
"ARGH!!!!" Rowan bangkit semula dan kuasanya dipertingkatkan.
"AKU TIDAK AKAN KALAH!! TIDAK SELAGI AKU BELUM DAPAT MELIHAT SENYUMAN KAU!!" Rowan menjerit bagaikan orang gila.
"Aku rasa tidak sedap hati..." ujar Alif tersenyum kelat sebaik melihat keadaan tersebut.
Rowan memasang kekuda dan bergerak maju ke hadapan secara perlahan-lahan begitu juga Alif,dia melakukan perkara yang sama dan sekelip mata mereka lenyap dari pandangan mata kasar.
DUSH!!
DUSSH!!
DUUUSSH..!!!
Aurora melakukan lompat bintang berpusing ke kanan,mengelak serangan pantas daripada Wild Gunz. Altera pula menghayunkan libasan,Wild Gunz menahan dengan mudah. Aurora meluru laju dan menujah kaki pada perut Wild Gunz,lelaki itu terseret jauh ke belakang.
Wild Gunz hanya mengibas berulang-kali pada bahagian perutnya,dia memandang semula ke arah Aurora dan Altera. Topinya dibetulkan dan menghela nafas panjang kerana agak kecewa.
"Betul ke ini sahaja kekuatan kamu berdua?" soal Wild Gunz.
Aurora dan Altera tidak berkata apa-apa lantas meluru ke arah Wild Gunz,libasan mereka berdua dihayunkan serentak namun berjaya ditahan oleh Wild Gunz.
"Apa?" Aurora terkejut dan Altera mendecih.
Wild Gunz tersengih dan muncul sepuluh laras senapang,terapung berhampiran Wild Gunz dan sasarannya adalah dua orang gadis berwajah seiras. Tembakan dilepaskan dan Aurora serta Altera bertahan sehingga tercampak,mereka berdua terseret dan berpandangan kemudian mengangguk.
"Archangel form!!" Aurora berubah bentuk,mengibaskan sayapnya yang berlainan warna putih dan hitam.
Aurora menggunakan kedua pasang sayapnya sebagai perisai,Altera pula menumpukan kuasanya. Wild Gunz terus menyerang tanpa henti,Aurora berusaha untuk bertahan.
"HIAH!!!" Aurora mengibaskan sayap membuka luas,lantas serangan Wild Gunz terhenti.
Altera pula sudah bersiap-sedia,pedang dijulang ke langit dan aura hitam kemerahan terhasil menjulang tinggi ke atas ruang langit. Wild Gunz terkejut dan menghalakan tangannya ke hadapan,lalu semua laras senapangnya disatukan seperti membentuk meriam.
Aurora pula menghalakan tangan ke hadapan,bulatan magis terhasil dan bersinar-sinar. Aura yang kuat dan tiupan angin kencang berlaku,Wild Gunz meningkatkan kuasanya.
"ANGEL SCREAM!!!" Aurora melancarkan serangan terlebih dahulu.
ZRASHH..!!!
"DEVIL X SLAYER!!!" Altera menyusul dari tepi.
ZWOOSHH!!!!
"MAGNUM ETERNITY BURST!!"
ZROOMM....!!!
KRASHH!!
BRAAM..!!!!
Tiga serangan yang kuat bertembung,lalu menghasilkan impak yang kuat sekali. Seluruh kawasan berhampiran bergegar membuatkan semua terhenti,mereka merasakan daya kuasa yang amat kuat.
Azryan,Raisyah dan Mariana tidak terkecuali merasai aura kuasa tersebut. Tetapi mereka tidak pedulikannya,lantas Azryan menghunuskan pedangnya yang bilahnya berwarna merah kehitaman. Raisyah pula dengan pedangnya,zirahnya sedia terpakai dan Mariana pula kekal berdiri.
"Kau tidak risaukan rakan-rakan kau?" soal Azryan tersenyum.
"Mereka boleh jaga diri sendiri... Sasaran aku hanya satu sahaja..." ujar Mariana dingin.
"MARIANA!!"
Raisyah meluru ke arah Mariana dan pedangnya berlaga,Azryan menekap tapak tangannya pada dahi. Dia tidak menjangka Raisyah akan menyerang membuta-tuli.
"Pengkhianat!!" Raisyah berlaga senjata dengan Mariana.
TANG!!
KRAANG!!
ZTANG!!
"Itu tidak dinafikan..." ujar Mariana membalas kata-kata Raisyah.
"Kenapa?!!" Raisyah meluahkan rasa tidak puas hatinya.
TANG!!!
"Kenapa kau bunuh putera Edmund?!" soal Raisyah menahan amarahnya.
"Sebab dia menghalang jalan aku..." ujar Mariana menahan serangan Raisyah.
"Dia cintakan kau,Mariana!!" Raisyah melibas pedangnya dan Mariana back-flip mengelak serangannya.
"Itu salah dia,buta kerana cinta.." jelas Mariana.
"Yang buta tu adalah kau.." ujar Azryan bergerak pantas ke belakang Mariana.
Mariana tersentak dan menoleh ke belakang,Azryan menggenggam erat hulu pedang dan melibaskan hayunan senjata. Mariana menahan dengan segera,Mariana terpelanting keluar dari bangunan tersebut.
"Mariana!!" Raisyah cuba mengejar namun lengannya ditangkap oleh Azryan.
"Lepaskanlah!" ujar Raisyah meronta.
"GET A HOLD YOURSELF!!" Azryan meninggikan nadanya,Raisyah tersentak dan dia kembali bertenang.
"Fikirkan diri sendiri boleh tak? Kalau awak cedera,bagaimana awak nak teruskan untuk membalas dendam?!" kata-kata Azryan membuatkan Raisyah mula sedar.
"Azryan...." ujar Raisyah.
"Kita kalahkan Mariana,bersama-sama..." kata Azryan melepaskan lengan Raisyah.
Raisyah mendiamkan diri agak lama,dia kemudian menarik nafas panjang lalu dihelakan dengan kuat. Pipinya ditampar sekuat hati membuatkan Azryan kehairanan,Raisyah memandang ke arah Azryan.
"Kita kalahkan Mariana bersama..." ujar Raisyah dan Azryan tersenyum mengangguk.
Azryan dan Raisyah melompat keluar melalui cermin di mana Mariana tercampak keluar,lantas mereka mendarat di sebuah tempat yang hampir hancur keseluruhannya.
KRAANG!!
KLONG!!
Azryan dan Raisyah menoleh ke arah tempat runtuhan yang meletus,Mariana menunjukkan dirinya kemudian menghunuskan pedangnya ke arah Azryan. Raisyah pula mengangkat pedangnya dan Azryan pula tersenyum sahaja,dia mula bersedia untuk berhadapan dengan Mariana.
"Kau fikir mampu kalahkan aku?" soal Mariana.
"Aku tak terfikir pun..." ujar Raisyah dan Mariana kehairanan.
"Kami akan kalahkan kamu,bersama.." ujar Raisyah dan Azryan serentak.
"Mengarut...." ujar Mariana mula geram.
Azryan sudah berada di belakang Mariana dengan sekelip mata,Mariana menoleh ke belakang namun Raisyah terus meluru ke arahnya dengan laju.
TANG!!!
Mariana menahan serangan Raisyah,lalu Azryan pula menarik pedangnya. Mariana mengetap gigi dan back-flip ke belakang mengelak serangan Mariana,namun Azryan sudah bergerak mendekati Mariana dengan pantas.
Sekali lagi Mariana terkejut dengan keadaan tersebut,Azryan menghayunkan pedangnya dan Mariana tiada pilihan lain selain berbalas lagaan pedang. Raisyah muncul dari belakang Azryan,melompat dan cuba menetak kepala Mariana.
Mariana menumpukan daya kuasanya dan melepaskannya,akibat dengan tindakannya itu membuatkan Raisyah dan Azryan tercampak ke belakang sedikit. Mariana kekal berdiri tegak dengan aura yang menyelubungi tubuhnya,air mukanya jelas hilang sabar.
"Aku ubah fikiran,aku akan bunuh kamu berdua terlebih dahulu..." ujar Mariana dan bulatan magis terhasil di bawah kakinya.
"Apa?" Azryan dan Raisyah terkejut dengan daya kuasa yang amat kuat.
Aura berwarna perak bersinar di tubuhnya berkelip-kelip,dia menghelakan nafas pendek dan pedangnya dihalakan ke hadapan. Auranya menjadi kuat secara tiba-tiba,air mukanya jelas tampak serius.
"Awake,Zaroth.."
Letusan berlaku dan Azryan memasang pelindung,Raisyah terkejut dengan apa yang berlaku di hadapannya. Tubuh Mariana sedikit demi sedikit disaluti zirah berwarna perak,auranya semakin kuat terasa.
"Aku akan bunuh kamu berdua dahulu,lepas tu raja tak guna tu..." ujar Mariana.
"Menarik,tak sangka.. Zaroth the Silver Blade ada pada kau..." ujar Azryan tersenyum.
"Azryan?" Raisyah kehairanan dan Mariana hanya merenungnya sahaja.
"Allow me..." ujar Azryan menghalakan tangan ke hadapan,secara bilah pedangnya tuju pada tanah.
"Slay,Zorrumon..." sebaik Azryan berkata-kata,bayang putih menelannya.
"I see...." ujar Mariana.
Raisyah terkejut dengan keadaan tersebut,dia melihat Azryan ditelan bayang dan muncul semula. Apa yang membuatkan Raisyah tergamam,Azryan dalam keadaan berzirah lengkap berwarna hitam.
"The Demon Slayer,Zorrumon..." Azryan lengkap berzirah dengan mantel di belakang badannya.
"Zorrumon,Zaroth.. Lima pedang keramat?" soal Ikhwan berdiri di sebuah yang agak jauh,tetapi dia mampu melihat dengan menggunakan kuasanya.
"Salah satu ada pada anak saudara tuan bukan?" soal Recca.
"Ya,si Aminudden tu..." ujar Ikhwan mengangguk.
"Apa yang kita nak buat dengan ini pula?" soal Felicia memandang ke belakang Ikhwan.
Ikhwan tersenyum sambil ketawa kecil,dia menoleh ke belakang. Kapal armada yang sebentar tadi ingin menyerang kota tersebut,telah rosak dan tersadai di hadapan kota negara Winter. Maknanya Ikhwan telah selesaikan kelima-lima kapal tersebut dengan mudah?
Ikhwan tersenyum dan memerhatikan Azryan yang akan bertarung dengan Mariana,Recca tersenyum sahaja dan Felicia dengan muka tidak berperasaan dia.
"Now,we just enjoy the show..."
=========================
Ya itu dia
Bersambung lagi guys
Malas nak karang panjang-panjang
Muehehehehe
Jangan marah nooooo
Sila komen dan tekan butang star
Itu jelah
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top