CHAPTER 91 : WAR IN THE CITY


Alif berlaga senjata dengan Rowan,mereka bertarung dengan sengit sekali. Mereka bergerak pantas umpama kilat,tongkat dihayun oleh Alif dan pedang panjang dilibas oleh Rowan.

Merek berlawan secara bergerak dengan laju sekali,Alif menangkis serangan Rowan dan hujung tongkatnya ditujah tepat ke perut Rowan. Senak yang teramat sakit terasa,sebelum Rowan tercampak merempuh dinding berterusan.

"Wow... Aku harap bangunan tak runtuh.." kata Alif bersiul.

"SIAL!!..." Rowan bangkit semula,lalu meluru ke arah Alif dengan pantas.

"Ouhoo...hidup lagi!" Alif berkata sambil melakukan provokasi.

Alif dan Rowan bertempur di kawasan tengah-tengah bandar,mujurlah orang awam berjaya dipindahkan ke tempat yang selamat. Alif memusingkan tongkatnya dan dagu Rowan di sebalik zirah,terkena dan membuatkan Rowan mendongak. Rowan mengetap gigi kegeraman,lantas dia menghayunkan sepakan kaki.

DUUUSSH!!

Tepat mengenai mula Alif dan terpelanting jauh,Alif menghempas dinding berhampiran. Namun Alif sekadar tersengih,Rowan sememangnya handal bertarung biarpun dalam keadaan terdesak.

"Not bad at all!!" Alif menjerit teruja dan Rowan menggenggam erat pedangnya.

Rowan meluru ke arah Alif dengan pantas,manakala Alif tersengih menunggu kemaraan Rowan itu. Mereka bertempur dengan dahsyat,seluruh kawasan bergegar dan dinding bangunan yang elok mula merekah.

PRAKK!!

KTANG!!

PAKK!!

Alif merendahkan badannya dan libasan Rowan tersasar,nafas ditarik dan tangan yang memegang tongkat dikuatkan genggamannya. Rowan menyedari dia telah masuk perangkap,Alif melepaskan pukulan tongkat berkombo.

"OREAH!! ORA!! ORA!!" Alif melancarkan serangan tanpa henti.

DUSH!

DUSH!!

DUUUSSH!!!

Wild Gunz terseret ke belakang,hembusan asap rokok dilepaskan. Topi dibetulkan sedikit kemudian memandang ke arah gadis di hadapannya,Aurora memegang erat lembingnya dan Altera dengan pedang hitam sedikit kemerahan.

"Nampaknya aku dah lama sangat main-main..." ujar Wild Gunz merapatkan kedua pucuk pistol miliknya.

"Armor mode..."

Seluruh penampilan Wild Gunz telah berubah,dia tidak lagi memegang pistol tetapi sebilah pedang besar dan sebilah pedang pendek.

"Dia nampak lain..." ujar Altera.

"Jaga-jaga!" Aurora memberikan amaran.

Wild Gunz meluru ke arah mereka dengan gerakan kilat,Aurora dan Altera terkejut sebelum mereka tercampak ke arah yang berbeza. Namun Aurora mampu mengimbangi tubuhnya,lantas dia terus kembali meluru ke arah Wild Gunz.

Manakala Altera mencacakkan pedang untuk mengelakkan dia dari terjatuh,Altera memandang ke hadapan. Altera mengumpulkan daya kuasanya,lalu terus bergerak pantas meluru ke arah Wild Gunz dan Aurora berada.

TANG!!

ZTANG!

Senjata mereka berlaga dengan kuat,kesan percikan api terhasil berterusan. Wild Gunz melibas dengan pantas,Aurora menangkis dan Altera menyerang. Wild Gunz terseret ke belakang,bilah pedang miliknya bersinar sebelum melakukan libasan.

Aurora dan Altera menumpukan kuasanya lalu menyerang serentak,sebaik serangan mereka bertiga bertembung lalu terhasil bunyi impak letupan yang amat kuat sekali.

"Boleh tahan,aku kagum..." ujar Wild Gunz.

"Kenapa kau sertai Ozmandiyas,Wild?" soal Aurora.

"Aku cuma diupah,apa yang dia nak buat bukan masalah aku..." kata Wild Gunz.

"Biarpun dia nak hapuskan umat manusia? Itu termasuk kau sekali Wild!" Aurora berkata sambil mencacakkan lembing pada tanah.

"Itu bukan masalah kau,Aurora.." ujar lelaki itu dan pedangnya digenggam kemas.

"Hentikannya,dia tidak akan dengar kata-kata kau..." ujar Altera memegang bahu Aurora.

"Apa kurangnya dengan kau,kamu berdua bekerjasama... Cahaya dan kegelapan bersatu untuk menentang kuasa kejahatan.." kata Wild Gunz dan Aurora serta Altera menoleh ke arahnya.

"Sungguh ironinya..." ujar Wild Gunz.

"Jika berhadapan orang seperti kamu,itu perlu dilakukan..." kata Altera.

"Kenapa kau nak bersusah-payah untuk manusia? Kau bukan seratus peratus dari mereka..." ujar Wild Gunz.

"Benar aku simpan dendam suatu masa dahulu..." ujar Altera dan Aurora menoleh ke arahnya.

"Tetapi seseorang telah mengajar aku,aku juga layak untuk bahagia..." ujar Altera lagi menghunuskan pedangnya ke arah Wild Gunz.

"Kalau begitu,tiada apa yang harus dikatakan lagi..." ujar Wild Gunz membetulkan topinya.

Aurora menghunuskan senjatanya,Altera pula memusingkan pedangnya. Mereka bertiga senyap seketika dan sekelip mata terus lenyap dari pandangan mata kasar.

Mariana terseret ke belakang merempuh dinding,dia cedera pada bahagian bahu dan Azryan pula melutut selepas serangan balas. Luka pada perutnya agak parah,dia menggigit bawah bibir.

"Azryan!!" Raisyah segera mendapatkan Azryan yang hampir rebah.

"Aku silap langkah..." ujar Azryan.

"Kita kena berundur.." Raisyah memberi cadangan,Azryan hanya mengangguk sahaja.

Sekelip mata mereka terus lenyap dari pandangan,Mariana kembali bangun dan menahan sakit. Dia menoleh ke satu arah mana bangunan yang berhimpunnya semua raja,jadi sasaran dia juga turut berada di situ.

"Aku kena cari tempat bersembunyi..." kata Mariana beredar sambil menahan sakit.

Satu tempat lorong muncul Raisyah yang memapah Azryan,kerusi plastik berhampiran ditarik untuk buatkan tempat Azryan duduk. Baju Azryan segera dibuka dengan kasar,luka pada Azryan agak dalam dan membuatkan Raisyah mengetap gigi.

"Saya tak pernah jumpa orang yang gila macam ni...." kata Raisyah sambil mengoyakkan sedikit bahagian bajunya.

"Sekarang awak sudah jumpa..." ujar Azryan tersenyum kelat.

"Awak ada tenaga nak melawak?!" soal Raisyah geram.

"Kenapa awak lindungi saya tadi?" soal Raisyah.

"Sebab saya tak nak kehilangan awak.." jelas Azryan dan Raisyah terkedu mendongak ke arah pemuda itu.

"J-jangan nak bergurau.. Saya serius ni!" Raisyah merona merah padma.

"Saya pun serius... Saya sukakan awak,Raisyah..." jelas Azryan dengan selamba.

Raisyah mengetap gigi dan membalut luka Azryan tanpa memandang ke arahnya,dia bukan tidak mahu tetapi tidak mampu memandang muka seseorang yang baru sahaja cederakan dirinya untuk melindungi dia. Malah lebih hebat orang itu juga meluahkan perasaannya,di tengah-tengah medan perang.

"Raisyah..." Azryan cuba menegur gadis di hadapannya yang membelakangkannya.

"Ada pemberontak telah berjaya tiba di bangunan perhimpunan para raja...!!!" Azryan dan Raisyah dikejutkan oleh berita yang mengejutkan.

"Mariana..!" ujar Raisyah mengetap giginya terus melangkah pergi.

"Nanti! Apa yang awak fikirkan?" soal Azryan menahan Raisyah.

"Ke tepi Azryan,jika tidak.. Mariana akan bunuh tuanku!" Raisyah berkata risau.

"Biar saya ikut sekali!" Azryan berkata ikhlas.

"Tidak Azryan,keadaan awak hanya membebankan saya..." ujar Raisyah dan Azryan terkedu,Raisyah segera melompat pergi dari kawasan tersebut.

Azryan hanya mampu memerhatikan gadis itu pergi,namun adakah dia akan duduk sahaja di situ?

Sudah tentu tidak dan Azryan segera berlari keluar dari tempat lorong itu,dia tidak mahu Raisyah cedera atau disakiti.

Mariana menghunuskan pedangnya betul-betul di hadapan muka raja negara Hawk,Gordon Hawkins yang menggigil ketakutan kerana nyawanya bakal diragut.

"Masa untuk kau mati Gordon!!" Mariana mengangkat pedangnya ke atas bersiap-sedia untuk menyembelih Gordon.

Namun Raisyah terlebih dahulu muncul dan menahan serangannya,Mariana mendecih kerana sekali lagi dia dihalang oleh orang yang sama.

"Tuanku!! Pergi dari sini!" Raisyah memekik meminta Gordon menyelamatkan diri.

Gordon Hawkins segera berlari diiringi oleh para pengawal yang masih selamat,kini tinggal Raisyah dan Mariana berbalas renungan.

"You're really persistent you know that?" kata Mariana.

"Whatever.." Raisyah menolak Mariana ke belakang.

"Fine,if you insist to die first... I'm gladly.." ujar Mariana.

Raisyah menghela nafas panjang,dia tahu bukan tandingan Mariana. Tetapi dia ada tugas untuk melindungi rajanya,Azryan merempuh masuk ke dalam melalui tingkap. Raisyah dan Mariana terkejut dengan keadaan itu,Azryan mengeluarkan sepucuk pistol dan terus menarik picu.

BANG!!

BANG!!!

Mariana menangkis tembakan daripada Azryan,namun peluru yang digunakan oleh Azryan bukanlah peluru biasa. Setiap kali ditangkis membuatkan tangan si penangkis sedikit kebas,Mariana sedar sesuatu dan terus mengelak.

"Kau memang liat ya nak mati?" soal Mariana bengang.

"Inilah kuasa cinta..." kata Azryan selamba dan Raisyah tercengang dengan kata-katanya.

"Kau memang tak sayang nyawa..." ujar Mariana.

"Ajal maut di tangan sang pencipta.. Bukannya kau yang tentukan..." ujar Azryan mengeluarkan sebotol air berwarna biru kristal.

"Botol air?" soal Raisyah kehairanan.

Azryan segera meneguk dan Mariana sekadar tenang menunggu,tetapi air mukanya berubah menjadi terkejut kerana luka pada Azryan pulih tanpa meninggalkan kesan.

"Heal potion... Kau... Alchemist?" soal Mariana tersenyum kagum.

"Boleh kata macam tu juga..." ujar Azryan tersenyum selamba,Raisyah menghampiri ke arahnya lalu menyepak kakinya.

"Adoi! Sakit la!!" Azryan merungut.

"Itu untuk buatkan saya risaukan awak!!" Raisyah berkata dengan mata berkaca dan Azryan terdiam.

"Raisyah...." ujar Azryan terasa bersalah.

"Nak lawan ke nak bermesra?" soalan Mariana membuatkan mereka tersentak.

Azryan melakukan isyarat tangan,Mariana kehairanan dan Azryan terus menepuk ke bawah lantai. Bulatan magis terhasil dan keluar sebilah pedang jenis katana berwarna hitam keunguan,Azryan mencapai dan terus menghunuskan ke arah Mariana.

"Demon Slayer..." ujar Mariana.

"Nampaknya kau tahu tentang pedang ini huh?" soal Azryan.

"Sudah tentu,apatah lagi kau.. The Beast.." kata Mariana.

"Satu penghormatan untuk aku bila seorang lagenda Valkryie mengetahui nama aku..." balas Azryan.

"Nama tu hanyalah gelaran... Kamu berdua sudah bersedia nak mulakan?"

"Sudah tentu..." ujar Azryan.

"Ya..!" Raisyah memegang erat pedangnya dan terus menyarung tubuhnya dengan zirah hitam.

"Good..." ujar Mariana dan memasang kekuda,pedang digenggam erat sekuat hati.










ALTERA MIKAELA

AURORA MIKAELA


Tu dia...

Bersambung lagi la oi

Haha

Tension tak?

Kita tunggu sama2 okay

Komen dan vote itu penting

Boleh kita berinteraksi

Itu je kot rasanya

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top