CHAPTER 90 : I'M NOT GONNA GIVE UP WITHOUT A FIGHT
Siri ni telah masuk chapter 90,agak-agak korang la kan. Sampai tak seperti siri kedua yang lalu?
Aurora dan Altera kini berhadapan dengan Wild Gunz dan Altera. Alif terkejut dengan kehadiran mereka,malah bekerjasama menyelamatkan dia. Apa yang membuatkan dia tertanya-tanya,apa maksud Altera dengan kata-katanya tadi?
"Apa maksud kau dengan lelaki kau ha?!" soal Aurora.
"Apa? Kau adalah aku,aku adalah kau.. Perasaan kita sama sahaja.." jelas Altera.
"Kau nak cari nahas ke?" Aurora mengugut Altera.
"Aku tiada masalah jika kamu nak berlawan..." kata Altera pula.
"Kamu berdua..." ujar Alif.
"Apa?!" Aurora dan Altera berkata serentak.
"Musuh kita ada di hadapan,apa kata kita selesaikan semua ini.. Kemudian barulah kita bincang hal tadi okay?" Alif berkata sambil tersenyum kelat.
Aurora menahan geram kemudian memandang ke arah musuh di hadapan mereka,Altera hanya dengan muka tidak berperasaannya. Wild Gunz dan Rowan memerhatikan sahaja,Alif meregangkan ototnya.
"Haa... Mereka berdua hanya handal jarak jauh... Face to face macam tikus.." ujar Alif meneguk sebotol minuman jenis ubat penyembuh.
Sebaik sahaja Alif habis meneguk kesemua air dalam botol,luka pada wajah Alif serta merta terus hilang tanpa ada kesan apa pun. Wild Gunz dan Rowan terkejut dengan apa yang berlaku di hadapan mereka,Aurora terpempan manakala Altera pula sekadar menghela nafas pendek.
"Kalau awak ada healing potion,kenapa tak guna awal-awal?!" soal Aurora bengang.
"Awak rasa saya sempat ke nak guna? Mereka tak bagi saya peluang.." balas Alif mengangkat kedua-dua bahunya.
"THAT'S ENOUGH!!" Rowan menjerit bengang dan mereka bertiga menoleh ke arah Rowan serta Wild Gunz.
"BERANI KAU MAIN-MAIN DENGAN AKU?!" Rowan berkata bengang.
"Oi...bertenang la.." Wild Gunz cuba menenangkan kawannya itu.
"Diam kau Wild!" ujar Rowan dan melangkah ke hadapan,aura kegelapan mula terhasil dan angin kencang bertiup.
"Apa yang dia nak buat?" soal Alif.
"Dia ingin gunakan dark knight armor...." jelas Aurora.
"Dark knight armor?" soal Alif.
Rowan meningkatkan kuasanya dan Wild Gunz sekadar menghela nafas pendek,topi dibetulkan kemudian dia berundur beberapa langkah. Alif merasai daya kuasa yang amat kuat,malah penuh dengan kuasa kegelapan. Rowan melepaskan kuasanya dan terus meletus,Alif menghadang matanya dengan kedua-dua lengan dan dia memandang ke hadapan semula lalu terkejut dengan apa yang dilihatnya.
"Ini adalah bentuk Dark Knight armor aku..." ujar Rowan dengan aura yang menakutkan,Aurora menelan air liur manakala Altera seperti ingi menyerang namun Alif melangkah ke hadapan.
"Woo....." ujar Alif tersengih kagum dan menepuk tangan berulang-kali.
"Kau nak tempah maut?.." soal Rowan merenungnya.
"Hehe....sedia Wukong?" soal Alif dan Rowan kehairanan.
"Alif?" Aurora kehairanan.
Alif tersengih sahaja dan dia terus melepaskan auranya berwana keemasan,Rowan terkejut dengan tindakan Alif kemudian cahaya berwarna keemasan menerangi keemasan memenuhi seluruh kawasan bilik dalam bangunan tersebut. Rowan dan Wild Gunz membesarkan mata mereka,kerana terkejut dengan penampilan Alif asimilasi penuh dengan spirit beast miliknya.
"Full Syncro,MONKEY KING ARMOR..."
Rowan tergamam begitu Aurora dan Altera,Wild Gunz tersengih teruja dan Alif terus bergerak pantas. Sekelip mata Alif sudah berada di hadapannya,Rowan tersentak dan terpelanting keluar dek pukulan tongkat Alif. Wild Gunz menoleh ke luar dan Alif menghela nafas pendek,dia menoleh ke arah Aurora dan Altera.
"Boleh kamu uruskan dia?" soal Alif.
"Tak ada masalah..." jawab Altera sebelum sempat Aurora menjawab.
"Oi siapa benarkan kau yang menjawab ha?" kata Aurora bengang.
"Lawan aku adalah kau budak..." kata Wild Gunz.
" Sure,if you can beat this girls..." kata Alif sebelum melompat keluar dari bangunan tersebut.
Wild Gunz cuba mengejar namun terhenti apabila sebilah pedang hitam terbang terpacak pada dinding di sebelahnya,dia menoleh ke arah dua orang gadis tersebut berwajah serupa berbeza warna rambut. Altera yang bertanggungjawab membaling pedang tersebut,Aurora pula hanya menyeru lembingnya.
"Jangan halang aku.." Wild Gunz memberi amaran.
"Maaflah kami tak boleh biarkan kamu pergi..." kata Aurora.
"Kamu fikir pengkhianat seperti kamu dapat mengalahkan aku?" ujar Wild Gunz mengeluarkan senjatanya.
"Jangan perlekehkan sangat aku Wild Gunz..." ujar Aurora.
"Jangan lupa kami adalah Alter Archangel..." Altera mencelah.
"Baiklah..jika kamu inginkan sangat mati bersama-sama,aku akan tunaikan..." kata Wild Gunz.
Alif mendarat di hadapan Rowan yang berdiri megah,merenungnya sehingga turun mendarat di hadapannya tadi. Aura keemasan mengalir di seluruh tubuh Alif,sama juga yang berlaku pada Rowan aura gelap keunguan menyelubungi tubuhnya.
"Kau memang berani mencabar aku sendirian..." ujar Rowan.
"Apa kau kuat sangat ke?" soal Alif menyindir.
"SETAN KAU!!" Rowan meluru ke arah Alif dengan laju.
"KITA TENGOK SIAPA YANG SETAN!" Alif turut melakukan perkara yang sama.
KROONNGG!!!
Azryan terseret ke belakang kemudian dia memandang ke hadapan,Raisyah mencabar Mariana dengan tetakan tanpa henti. Namun Mariana menangkis dengan mudah kerana Raisyah menyerang dengan perasaan marah,lantas Mariana menghayunkan ke langit dan membuatkan tangan Raisyah yang memegang pedang terangkat ke atas langit. Mariana lantas menujah tendangan tepat ke perut Raisyah,senak terasa dan Raisyah tercampak ke belakang lalu sempat disambut oleh Azryan.
"Raisyah! Kamu okay?" soal Azryan dan Raisyah menahan senak di perutnya.
"Kau lemah...." ujar Mariana dan Raisyah memandangnya,Azryan membantunya bangun.
"Pergi dari sini,dan aku tidak akan ambil nyawa kau..." Mariana memberi amaran.
"Jangan mimpi!" Raisyah kekal berdegil.
Mariana menghela nafas kecewa dan pedangnya diangkat,aura kuasa yang amat kuat terhasil dan Azryan sedar jika dia serta Raisyah mengenai serangan tersebut tanpa melawan sudah pasti mereka akan hilang nyawa.
"Anggaplah ini satu penghormatan untuk kau mati di tangan aku..." ujar Mariana.
"MARIANA!!!" Raisyah cuba bergerak namun senak pada perutnya,menghalangnya untuk bergerak.
"Just stay put..." ujar Azryan.
Mariana terus menghayunkan serangannya tanpa menunggu lagi,Azryan melakukan isyarat tangan lalu gauntlet miliknya bersinar. Libasan gergasi pula sudah semakin hampir ke arah mereka,Raisyah cedera dan tidak mampu bergerak dengan mudah. Lantas Azryan menghembus nafasnya,kuasanya ditumpukan pada satu tempat dan Mariana terkejut.
"CRUSHING SKY CLAW!!"
ZRASSHH!!!
KRASSH!!!
Serangan milik Mariana ditumpaskan dengan begitu sahaja,Raisyah dan Mariana tergamam dengan apa yang berlaku. Namun Mariana terus bergerak pantas,Azryan sedar akan sasaran Mariana dan dia terus menumpukan chakuranya pada kaki. Dia terus bergerak sepantas kilat,lalu lenyap dari pandangan mata.
Azryan dan Mariana berlaga tinju serta senjata masing-masing,Azryan kagum dengan ketangkasan Mariana. Pahlawan berpengalaman sama seperti Azryan,namun dia tidak yakin mampu menumpaskan Mariana.
Sangkaannya memang tepat dan Azryan tersenyum kelat dengan apa yang berlaku.
Raisyah tergamam dengan apa yang berlaku,bilah pedang Mariana menembusi dada Azryan dan Raisyah ternganga kemudian tubuhnya terketar-ketar.
"AZRYAN!!!"
"Like I thought...." ujar Azryan.
"Kau seorang pahlawan yang aku akui kuat..." Mariana memberi penghormatan,tetapi tangan Azryan menekap perut Raisyah.
"Aku mungkin kalah,tapi tidak tanpa melawan..." ujar Azryan tersengih.
"Celaka!!..."
"TEN THOUSAND PUSH!!"
BRAAMMMM!!!!!!
===============================
Sekali lagi bersambung,apa yang akan berlaku?
Azryan akan selamat?
tunggu sajalah update seterusnya
itu sahajalah
jangan kecam!
ciao!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top