CHAPTER 88 : ENEMY ATTACK?
"Hari ini adalah perjumpaan para pemerintah seluruh negara..!!" jerit seseorang bertopeng anti asap.
Jeritan daripada orang yang berhimpun serta bersenjata canggih,kedengaran riuh sambil diperhatikan oleh Mariana dan Wild Gunz serta Rowan. Pemberontak yang kononnya inginkan keamanan,mereka percaya untuk mulakan keamanan itu harus mula dengan membunuh para raja seluruh dunia.
"Masa untuk kita bangkit sudah tiba wahai sahabatku... Ayuh!! Ambil senjata mu semua,masa untuk mulakan pembasmian!!" ujar lelaki bertopeng itu dipercayai adalah ketua mereka.
"YA!! UNTUK KEBEBASAN SEJATI!! UNTUK KEBEBASAN MANUSIA!!" teriak semua orang di situ,kecuali Mariana dan Wild Gunz serta Rowan.
"Kau pasti nak kerjasama dengan mereka?" soal Wild Gunz.
"Aku cuma nak bunuh Gordon sahaja,tiada apa yang penting selain itu semua..." jelas Mariana beredar sambil diperhatikan oleh Wild Gunz dan Rowan.
"Apa masalah dia?" soal Rowan.
"Kadang-kadang,lelaki ni patut diam sahaja..." ujar Wild Gunz.
Rowan hanya sekadar mendiamkan diri sebaik mendengar kata-kata Wild Gunz,kini mereka berada di tengah-tengah kota. Wild Gunz menoleh ke arah Mariana,Rowan pula hanya memeriksa senjata miliknya.
Perbincangan di antara raja sedang berjalan lancar,mereka mengemukakan topik mengenai Skull Wing. Menurut laporan beberapa tempat yang dikatakan mempunyai relic zaman dahulu,telah dimusnahkan oleh organisasi itu.
"Tiada tindakankah mengenai hal ini?!" salah seorang raja bersuara.
"Rancangan mereka amat lengkap,sukar untuk menjejaki di mana mereka bersembunyi.." balas seorang lagi raja.
"Semua alasan,padahal kamu pemalas untuk bertindak!"
"Hati-hati dengan apa yang kamu katakan tuan raja,buruk padahnya..."
"Apa? Nak berperang? Mari la!! Ingat beta takut?!"
Ikhwan dan Alif hanya sekadar menjadi penonton,Reezal pula hanya mampu menggelengkan kepala dan menekup muka. Ikhwan pula kelihatan seperti dapat mengesan sesuatu,Alif juga sama dapat kesan gerakan di bawah tanah.
"Tuan..." Alif menegur secara berbisik.
"Ya.. Aku tahu,ada gerakan di bawah tanah malah secara berkumpulan..." jelas Ikhwan turut berbisik.
"Bagaimana tuan?" soal Alif.
"Bertenang.. Kita masih dalam perbincangan.." kata Ikhwan.
Alif terpaksa bersetuju dan hanya mendesah sahaja,tetapi letupan yang kuat berlaku pada bangunan berhampiran. Menyebabkan para raja terkejut,Reezal sekadar menjeling ke luar tingkap yang agak jauh dari tempat dia duduk.
"Ghost unit.. Periksa letupan yang berlaku sekarang.." arah Ikhwan sebaik menekan alat bantuan komunikasi,yang sedia ada dipasang pada telinganya.
Para pemberontak telah memulakan serangan,orang awam mula ketakutan dan lari menyelamatkan diri mereka masing-masing.
"Apa yang berlaku?!" soal salah seorang raja.
"Terrorist?!" mereka mula cemas.
Suasana di dalam bilik perjumpaan menjadi riuh-rendah,para raja mula bertekak dan menyalahkan di antara satu sama lain. Khidir Ibrahiem raja negara Bayu,menggelengkan kepala tanda kecewa dengan sikap para raja.
"Foolish kings..." ujar raja negara Badai dengan sinis,iaitu Akhil Khamsa.
Ikhwan yang memerhatikan keadaan itu pada mulanya bersahaja,kemudian dia memejamkan mata dan dahinya timbul urat. Alif diarahkan supaya keluar memberi bantuan pada Ghost Skuad,Khidir dan Akhil seperti menyedari reaksi Ikhwan. Reezal menghela nafas pendek,dia tahu apa yang bakal Ikhwan lakukan dan adiknya menarik nafas dalam-dalam. Pada masa yang sama Azryan juga menyertai Alif,disusuli Raisyah dan Rafaela serta Rachel.
"DIAMLAH SEMUA!!!"
Jeritan kuat serta impak angin kencang terhasils sekali,membuatkan para raja terkejut dan terdiam. Aswandy yang turut sama ada,hanya mampu tersengih sahaja. Zafrey yang bersama mengiringi ayahnya,hanya menelan air liur kerana aura daripada bapa saudaranya ketika ini terasa menakutkan.
"KITA SEKARANG ADA KRISIS,KORANG MASIH NAK BERTEKAK SESAMA KORANG?! MEMALUKAN KERABAT DIRAJA SAHAJA!!" Ikhwan bersuara lantang dan para raja hanya mampu membisu.
"APA YANG KORANG PANDANG?! BAGI ARAHAN PADA TENTERA KAMU SIASAT APA YANG BERLAKU!! ITUPUN NAK KENA AJAR KE?!"
"Nice one..." Akhil teruja dengan kata-kata Ikhwan.
Sebaik mendengar kata-kata Ikhwan,para raja segera mengarahkan skuad terlatih mereka melakukan siasatan. Juga ada yang diarahkan melindungi bangunan tempat para raja berhimpun,Ikhwan berdiri berdekatan tingkap dan menyedari sesuatu. Tangannya menangkap sesuatu seiring cermin tingkap pecah,Reezal menjeling ke arahnya.
"Sniper..." ujar Ikhwan dan memandang para raja yang ada.
"SEMUA PENGAWAL YANG ADA BERSAMA RAJA KAMU,LINDUNGI MEREKA!! ADA PENEMBAK TEPAT BERHAMPIRAN! AURORA! ALTERA! LINDUNGI RAJA REEZAL!" Sekali lagi Ikhwan bersuara lantang.
Semua pengawal elit yang bersama raja negara seluruh dunia,segera melindungi raja masing-masing. Aurora dan Altera hanya mampu mengikut arahan Ikhwan,mereka berbalas pandangan.
"Aku hanya ikut arahan,kalau tak jangan harap nak kerjasama dengan kau..." kata Aurora.
"Kelakar,aku pun terfikir perkara yang sama..." balas Altera.
Ikhwan yang mulanya berdiri,segera menyeru selaras senapang jenis sniper. Dia menarik laras dan membidik ke satu arah,Ikhwan berjaya mencari penembak tepat yang bersembunyi. Penembak tepat itu menyedari perkara tersebut,Ikhwan hanya tersengih.
(sniper yang digunakan oleh Ikhwan)
"Bulleyes.."
Tembakan umpama laser dilepaskan,dan menembusi bangunan di mana penembak tepat itu sedang bersembunyi. Para raja dan pengawal elit mereka ternganga,kerana menyaksikan serangan tembakan hendap Ikhwan.
"Hmm.....Alif.." Ikhwan terus menghubungi Alif menggunakan alat bantuan komunikasi.
"Ya tuan?" soal Alif sebaik menjawab.
"Tolong periksa berapa penembak tepat yang ada.. Termasuk yang bersembunyi." arah Ikhwan.
Alif segera mendarat di atas menara yang berada di tengah-tengah kota tersebut,dia memberikan isyarat pada Azryan dan Raisyah supaya mengambil arah yang berbeza. Rafaela dan Rachel kekal bersamanya,matanya dipejam dan terus mengaktifkan teknik imbasan satu kota.
"Bagaimana Alif?" soal Ikhwan sebaik Alif menghubunginya semula.
"Ada 20 orang di sekitar bangunan tinggi berhampiran bangunan di mana tuan berada sekarang..." jelas Alif.
"Alright...!" ujar Ikhwan sebaik mendengar jawapan Alif.
"Bagaimana?" soal Aswandy dan Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Aku nak praktis latihan menembak.." ujar Ikhwan tersengih jahat.
Dua bangunan yang tinggi,ada lima penembak tepat yang mensasarkan raja di dalam bangunan di mana Ikhwan serta yang lain berada. Namun sedang salah seorang penembak tepat melakukan tinjauan,kepala salah seorang rakannya berlubang betul-betul terjadi di hadapannya.
"One down..." kata Ikhwan menukarkan peluru.
Penembak itu terkejut dan terus menggunakan binokular,sebaik dia ternampak kelibat Ikhwan sedang membidik. Saat itu peluru sniper menembusi kepalanya,Aswandy yang menyaksikan keadaan itu hanya tersenyum kelat.
"Berlatih menembak kau kata? Lebih kepada berlatih membunuh orang dengan sniper...." kata Aswandy menggelengkan kepala.
"I can do all day..." ujar Ikhwan.
Azryan yang tiba di satu tempat,menyedari orang awam berlari bertempiaran. Lantas dia dan Raisyah berbalas pandangan,mereka harus membantu para tentera Winter Nation menunjukkan orang awam ke tempat selamat.
"Kami dari Mentari Nation,izinkan kami membantu..!" Azryan menunjukkan pengenalan dirinya pada askar Winter nation.
"B-baiklah!" jawab salah seorang askar negara Winter.
"Tuan ada masalah!!" salah seorang pahlawan negara Winter muncul dan meluru ke arah raja negara Winter,Robert Edmund.
"Kenapa ni?" soal Robert.
"Radar kita mengesan lima kapal armada sedang menuju ke sini!"
"Apa?!" Robert terkejut dan Ikhwan yang menembak jatuh 5 penembak hendap,mendecih sebaik mendengar khabar berita tersebut.
"Gimme a break..."
Feel mengarang mula ada
Jadi aku cuba update sekerap yang boleh
Teruskan menyokong
Komen dan vote
Itu penting
Itu sahajalah
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top