CHAPTER 85 : PAST AND PRESENT

Mereka semua terdiam mendengar apa yang diceritakan semula oleh Alif,Rafaela hanya mampu memerhatikan anaknya dan Rachel sekadar mengusap kepala Alif. Raisyah dan Aurora hanya menundukkan kepalanya,Azryan hanya mampu tersenyum kelat.

"Kalau aku dengar cakap kau... Rasanya dia ada di sisi kita..." ujar Azryan tersenyum kelat.

"Ia dah lama berlalu..." balas Alif.

Azryan hanya menghela nafas pendek,kemudian dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Alif tidak menghalang dan Raisyah mengekori Azryan,Aurora sekadar memerhatikan Raisyah sahaja.

"Alif..." sapa Aurora perlahan suaranya.

"Ya?" soal Alif.

"Adakah awak... Emma.." Aurora cuba ingin memberi soalan namun tidak dapat luahkan.

"Saya sukakan Emma? Macam tu?" duga Alif dan Aurora mengangguk ingin tahu.

"Perasaan saya pada Emma tidak lebih dari seorang rakan,saya tidak fikirkan pun mengenai itu..." jelas Alif.

"Macam tu... Urmm.." ujar Aurora menundukkan kepalanya.

"Kenapa awak tanya soalan macam tu?" soal Alif pada Aurora namun gadis blonde itu tidak menjawab.

"Awak patut yakin,saya cintakan awak dan hanya awak cinta pertama serta terakhir.." jelas Alif tersenyum dan Aurora tergamam mukanya kemerahan.

Alif tersengih dan Aurora hanya mampu menahan segan,Rachel mengangguk setuju dan Rafaela sekadar tersenyum.

"Alif,ibu dan auntie masih di sini..." ujar Rafaela dan Alif tersentak,Rachel menahan gelak.

Azryan berjalan dan berhenti di satu tempat,di pantry dalam kapal pesawat mereka sendiri. Dia menekan pada mesin air membuat kopi,butang ditekan beberapa kali dan keluar secawan kopi. Azryan duduk di tepi tingkap,pesawat berada di atas awan tebal.

"Haaa....." nafas keluhan dilepaskan sebaik menghirup air kopi.

"Layan kopi sendirian?" soal Raisyah sebaik muncul,Azryan hanya tersenyum sahaja.

"Wanna have some coffee?" soal Azryan.

"Urmm... Milo if you don't mind..." jawab Raisyah dan Azryan mengangguk lalu menuju ke arah mesin tersebut.

Azryan menyerahkan cawan berisi air milo kepada Raisyah,senyuman Raisyah hadiahkan dan Azryan tersentak. Dia segera memalingkan badan ke belakang,lalu berjalan kembali ke tempat dia berdiri sambil minum air kopi tadi.

"Kau nak tahu identiti aku?" soal Azryan.

"Kalau kau tidak kisah mengungkap kisah lampau..." balas Raisyah dan Azryan tersenyum sahaja.

"Azryan merupakan ninja elit yang berkawal di kota negara Sakura,dia boleh dikatakan pertahanan terakhir melindungi raja..." Alif meneruskan penceritaannya.

"Dia digelar The Beast,sebab dia sendiri menyembelih 100 pemberontak negara Sakura ketika itu..." kata Alif memakai jaketnya,google dipasang atas kepalanya.

"The Beast huh? Auntie pernah dengar nama gelaran tu,tapi tak sangka pula dia dekat dengan kita..." jelas Rachel tersenyum.

"Susah juga nak bersaing dengan dia,masa tu dia baru bersara dari menjadi seorang ninja elit..." kata Alif.

"Kenapa dia nak bersara dari terus menjadi ninja?" soal Aurora.

"Ya... Mesti ada sebab..." kata Rafaela pula dan Alif tersenyum kelat.

"Tangan aku sudah penuh berlumuran dengan darah musuh,termasuk juga nyawa yang tidak berdosa... Semuanya kerana untuk melindungi kod diraja..." ujar Azryan.

"Azryan...." Raisyah terkedu mendengar penjelasan Azryan.

"Kerana tidak mahu pemberontakan berlanjutan,bayi yang tidak bersalah aku bunuh tanpa rasa belas kasihan..." jelas Azryan dan matanya memandang ke luar tingkap kapal,pandangannya penuh dengan perasaan kesayuan.

"Selepas aku bersara,setiap hari aku dipenuhi dengan perasaan bersalah.. Mimpi ngeri mengenai pembunuhan yang aku lakukan datang menghantui aku.." Azryan memberikan penjelasan kemudian menghirup air kopinya.

"Aku mula hilang semangat untuk hidup.." jelas Azryan.

"Azryan...." Raisyah hilang kata-kata.

"Tapi kau tahu? Terima kasih pada Alif,aku mampu berubah..." jelas Azryan.

"Bagaimana?" soal Raisyah

"Hentak dia kuat-kuat,sehingga tidak mampu bangun...lepas tu aku bagi syarahan sikit..." jelas Alif.

"Macam tu saja?" soal Rafaela dan Aurora terasa tidak percaya.

"Nak jatuhkan The Beast,bukan mudah... Dia umpama raksasa yang mengamuk...." Alif memberi penjelasan.

Rachel mengangguk faham dan hanya tersenyum,dia menggosok kepala anak saudaranya. Rafaela sekadar ketawa kecil,Aurora pula hanya tersenyum mendiamkan diri sahaja. Namun keamanan mereka diganggu bunyi siren,Alif segera bangkit dari terus duduk di atas kerusinya.

"Apa yang berlaku?" soal Raisyah dan Azryan berlari keluar dari kawasan pantry.

Sebaik tiba di kokpit,Azryan terkejut kerana di hadapan laluan kapal pesawat mereka ada beberapa kapal. Lambang tengkorak bertopi lanun kelihatan,Azryan mendecih kerana masalah mengganggu.

"Lanun udara huh?" soal Alif sebaik tiba di kokpit pilot.

"Ada idea yang baik ke?" soal Azryan.

"Aku dah pening nak fikir... Pesawat kita boleh jadi halimunan kan?" soal Alif.

"Lanun sekarang pun dah improvise la.. Kapal mereka boleh jejaki kita..." Azryan memberi jawapan.

"Jadi kau nak hadap la camtu? Udara bukan kepakaran aku..." jelas Alif.

"Jamie,ada cadangan?" soal Azryan.

"Ada baiknya kita berundur tuan Azryan..." jawab Jamie iaitu nama sistem A.I mereka.

"Tak payah fikir,kita kena elakkan berhadapan dengan perkara yang membebankan kita.." ujar Alif segera mengambil tempat pemanduan.

Alif mematikan mode autopilot,Aurora dan Rachel serta Rafaela sedar. Raisyah hanya mendiamkan diri,alat kemudi dipegang dan Alif menukarkan haluan. Kapal-kapal lanun udara melepaskan tembakan,namun kepakaran Alif mengemudikan kapal berjaya mengelak semua peluru yang dihantar.

"So long sucker!!"

========================

Satu tempat markas persembunyian dalam hutan tebal,beberapa orang berkawal setiap sudut mengelakkan tempat mereka diketahui oleh umum. Hutan tebal itu menjadi tempat sarang persembunyian sindiket,penghasilan dadah dan juga simpanan senjata.

Satu bayang susuk tubuh melompat-lompat dari dahan pokok ke dahan pokok yang lain,kemudian berhenti di atas dahan pokok berdekatan sarang persembunyian sindiket tersebut. Individu itu mengenakan pakaian berjaket,hud menutupi kepalanya diturunkan. Altera Mikaela.

"Sasaran berjaya dikesan,terima?" Altera Mikaela memberi maklumat pada seseorang.

"Bagaimana dengan keselamatan mereka?" soal suara dalam talian.

"Setiap sudut dikawal rapi,tetapi kawasan pemerhatian di udara agak longgar..." jelas Altera.

"Baiklah,mulakan penyelinapan... Aku akan lindungi kau dari jauh..." ujar suara dalam talian.

Altera mengangguk tanda menerima arahan,lalu dia segera melompat ke bawah kemudian menyelinap bersembunyi di dalam semak. Dia melontarkan batu untuk mengalihkan perhatian orang yang sedang berkawal,sebaik sahaja yang berkawal pergi ke arah lain dengan segera Altera berlari laju memasuki kawasan musuh.

Para pengawal begitu ramai,Altera berjalan secara menundukkan badannya. Tiba di satu tempat dan sedar salah seorang pengawal sedang berkawal sendirian,lalu Altera merentap leher pengawal itu sehingga mati. Namun itu hanya permulaan,dia kena bunuh semua orang di dalam markas tersebut.

Seorang demi seorang pengikut yang berkawal,dibunuh dan Altera menarik menyembunyikan setiap mayat pengikut sindiket yang dia bunuh. Sebabnya adalah tidak mahu sesiapapun sedar,dia harus lakukan dengan senyap.

"Hati-hati Altera,di sebalik dinding ada pengawal elit..." ujar suara dalam alat perhubungan,Altera segera menyandar belakang dinding kemudian dia mengintai.

10 orang berpakaian sut seperti skuad SWAT,apa yang Altera nampak mereka semuanya berkebolehan menggunakan senjata dengan sempurna. Dia rasa jika berhadapan kena kalahkan seorang demi seorang,orang yang membantu Altera mula bangkit dan menyimpan sniper miliknya.

"Aku rasa kena bantu budak tu,kalau apa-apa jadi mati la aku dengan si Ikhwan tu..." ujar lelaki itu dan wajahnya tidak berapa jelas kerana berada di kawasan yang gelap.

Lelaki itu tersenyum sebelum hilang bagaikan angin,Altera menarik salah seorang pengawal elit itu lalu dikelar lehernya. Altera tarik mayatnya dan disembunyikan,pisau kecil dikeluarkan lalu dia lempar ke arah pengawal yang muncul di situ.

Namun dia terkejut dan mengelak kunai yang datang menyerang,Altera menangkis dan bergerak ke belakang. Dia mendongak dan terkejut sekali lagi,kerana 9 orang berpakaian skuad SWAT sudah mengepung dia. Senjata diacukan ke arah kepalanya,Altera hanya mendecih kerana terbongkar.

"Angkat tangan kamu,jangan nak berlagak bagus..." ujar salah seorang ahli skuad itu,seorang lagi ahli menyedari mayat rakannya.

"BERANI KAU BUNUH DIA?!"

Sebelum sempat picu ditarik,lelaki yang tadi muncul dan memotong tangan pengawal skuad elit itu. Kepala ahli skuad elit terus dicacakkan pedang pendek,tembus sehingga ke belakang.

"ALTERA!!" lelaki itu adalah Zharief,seorang pahlawan naga Salamander.

"YA!"

ZRASH!

ZRAPP!!

ZRASHH!!!

Sekelip mata kesembilan-sembilan ahli skuad elit,berjaya dibunuh tanpa disedari oleh pengikut sindiket yang berada di berhampiran. Zharief sekadar mengusap kepala Altera,sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

"Teruskan misi..."

"Arahan diterima..."

Semua ahli sindiket berjaya dihapuskan secara senyap,Zharief bergerak ke arah yang lain. Tidak mahu mudah dikesan oleh pihak musuh,tinggallah Altera menggunakan jalan pintu hadapan. Muncul seorang pengikut yang dialihkan perhatiannya awal tadi,menyedari kehadirannya dari dalam dan sebelum dia sempat berkata apa-apa dahinya berlubang dengan tembakan pistol Altera.

"Misi selesai..." kata Altera dalam alat hubungannya.

"Bagus,kembali ke negara Mentari..." arah Zharief.





















Hello guys

Lama siot aku tak mengarang dan update apa-apa cerita

Maaf aku macam hilang feel nak mengarang,bukan tak ada idea tapi feel atau mood nak mengarang macam hilang

Bukan mudah kalau nak mengarang kalau mood feeling tu tak ada

Jadi sebab itu aku menyepi dan sekadar mengintai apa yang ada dalam wattpad

Jadi aku harap update terbaru ni korang berpuas hati,komen apa yang korang rasa dan jangan lupa vote

Itu jelah

Jumpa lagi dalam update yang baru

Sekian

Your lazy author
Wanzeneth

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top