CHAPTER 83 : LET ME TELL A STORY
Ikhwan duduk di kerusi dan tangannya diletakkan atas meja,sambil jari-jemarinya mengetuk meja mengikut tempo. Dia membaca maklumat dalam tablet,apabila difokuskan ia gambar Azryan ada di situ. Pintu terbuka secara automatik dan Ikhwan menjeling siapa gerangan,Reezal melangkah masuk ke dalam bilik kerja Ikhwan.
"Amboi ni bilik ke tongkang pechah?" soal Reezal.
"Kalau abang datang nak mengutuk,sila keluar..." kata Ikhwan matanya masih tumpu pada skrin tablet.
Reezal terus mendiamkan dirinya kerana Ikhwan langsung tidak melayan gurauannya,dia segera duduk di depan meja Ikhwan dan berdehem tanda ingin membincangkan sesuatu.
Ikhwan meletakkan tablet itu dan menghalakan tapak tangan ke arah kawasan yang bersepah,dalam beberapa minit tempat yang bersepah kembali bersih dengan buku-buku dan fail bertaburan tersusun kemas.
"Okay... Apa yang abang nak bincangkan?" soal Ikhwan.
"Aku dapat tahu,Luiz Morgan telah berjaya dihidupkan..." ujar Reezal.
"Pembetulan,Luiz Morgan tak pernah mati..." ujar Ikhwan dan Reezal mengerutkan dahinya.
"Maksud kau?" soal Reezal.
"Luis Morgan hanya dicampakkan oleh Iskandar ke dunia kegelapan... Sebab Iskandar tidak sampai hati membunuhnya.." jelas Ikhwan.
Reezal yang mendengar penjelasan Ikhwan,menyandar pada kerusi dan berfikir sejenak. Ikhwan dipandangnya dan adiknya hanya tersengih,Reezal membuat muka blur dan menghela nafas pendek.
"Jangan risau,aku boleh uruskan Luiz Morgan... Tetapi aku rasa dia dalam proses mencari sekutu-sekutu yang boleh diharapkan..." jelas Ikhwan.
"Sekutu?" soal Reezal.
"Rakan seperjuangan..." kata Ikhwan lagi.
"Apa rancangan mereka rasanya,aku rasa tak sedap hati..." jelas Reezal.
"Buat masa ni,aku dah minta Qatariz yang mengintip pergerakan mereka..." ujar Ikhwan dan Reezal mengangguk faham.
Ikhwan hanya menghela nafas panjang,dia seakan risau sesuatu dan Reezal sedar mimik muka adiknya. Apa yang difikirkan oleh Ikhwan agaknya,Reezal berdehem seketika dan Ikhwan menjelingnya.
"Jika kau ada masalah... Kau boleh cerita dengan aku..." kata Reezal tersenyum.
"Terima kasih bang.. Aku cuma penat je.. Tiada apa-apa yang serius..." jelas Ikhwan membalas senyuman abangnya.
"Tapi kau tak patut kenakan pembesar Razalee macam tu teruk sekali..." ujar Reezal.
"Abang kalau kita ambil mudah tentang perkara seperti itu,kita tidak akan dihormati oleh mana-mana rakyat lagi.." jelas Ikhwan.
"Mereka pembesar,mereka juga berbakti untuk keamanan negara..." kata Reezal lagi.
"Dan biarkan mereka buat kepala mereka sesuka hati... Pembesar hilang sorang ganti sorang,kesempurnaan memang sukar tapi kita boleh jadi yang terbaik..." jelas Ikhwan dan Reezal terdiam.
"You are the king my brother,then act like a real king!" ujar Ikhwan dan Reezal hanya menghela nafas pendek.
"Alright Ikhwan,I'm understand and I'll do what I can.." kata Reezal.
Reezal mengangguk faham dan bersalaman dengan adiknya,kemudian dia melangkah keluar pergi dari bilik Ikhwan. Semasa dia menarik membuka pintu,muka Zharief terpacul di hadapannya. Reezal dan Zharief berbalas anggukan,sebaik sahaja Reezal keluar barulah Zharief masuk ke dalam bilik Ikhwan dan menutup pintu dengan rapat.
"Zharief..." ujar Ikhwan sedar kehadiran rakannya itu.
"Eh Ikhwan,macam ada perbualan serius je..tadi?" soal Zharief.
"Tak ada apa-apa la.. Ha kajian yang kau buat tu apa cerita?" soal Ikhwan pula.
"Mengenai relic tu? Masih dalam proses dan aku rasa tenaga pada relic seperti bereaksi dengan Sid..." jelas Zharief dan Sid adalah spirit beast dia,Dragon Salamander.
"Kalau begitu,kau teruskan.. Tapi sekiranya seperti semakin teruk,hentikannya.. Aku tidak mahu bahayakan pekerja istana..." jelas Ikhwan dan Zharief mengangguk.
"Serahkan sahaja pada aku..." kata Zharief tersenyum.
💠🔶🔶🔶🔶🔶💠
Kapal pesawat hitam meluncur laju,Alif berehat di biliknya. Tuala diletakkan pada kepalanya,dia menggeliat panjang dan nafas dihelakan. Mata dia melirik ke arah bingkai gambar di atas meja,gambar dia dan Azryan bersama seorang perempuan di tengah-tengah antara mereka berdua.
"Sudah dua tahun huh?" soal Alif dalam hatinya.
"Kau masih salahkan diri kau lagi ke?" Wukong menyoal dan Alif hanya mendiamkan diri.
"Kau jangan salahkan diri kau,semua tu berlaku tidak disengajakan... Kau sudah cuba yang termampu untuk bantu dia..." ujar Wukong.
Ingatan lama dia bermain di kepalanya,seorang gadis ditikam dan menghala tangan ke arahnya. Alif menekup mukanya dan nafas dihelakan,dia tidak tahu kenapa ingatan itu muncul semula.
Alif merebahkan dirinya ke tilam,lampu yang malap dipandang kemudian matanya dipejamkan. Tidak lama lepas itu kedengaran bunyi loceng pada pintunya,lantas Alif bangun dan menuju ke arah monitor untuk melihat siapa yang berada di luar biliknya.
Aurora terpapar di skrin dan Alif kehairanan,dia hanya menekan butang kunci. Pintu terbuka dan Aurora sekadar tersenyum,Alif menggosok belakang kepala dan mempelawa Aurora masuk.
"Masuklah..." ujar Alif.
"Terima kasih.." kata Aurora.
Aurora berjalan ke dalam sambil memerhatikan keadaan bilik Alif,manakala Alif sempat menyembunyikan gambar yang berada di atas mejanya. Aurora duduk di birai katil,Alif pula duduk di atas kerusi secara terbalik.
"Awak okay?" soal Aurora.
"Yeah... Okay,kenapa?" Alif menyoal semula.
"Tiada apa-apa,cuma tengok muka awak macam ada masalah..." kata Aurora.
"Bingo... Dia pandai meneka..." ujar Wukong tersengih.
"Diamlah Wukong!..." kata Alif pula.
"Kalau awak okay,baguslah.. Saya cuma risau je.." jelas Aurora dan Alif terkejut.
"Saya sayangkan awak Alif,saya masih belum kenal awak dengan lebih rapat..." jelas Aurora lagi.
Alif hanya mendiamkan dirinya,dia terkebil-kebil memerhatikan teman wanitanya. Nafas keluhan dilepaskan kemudian menarik laci mejanya,Aurora hanya memerhatikan dengan penuh tanda tanya. Alif menyerahkan bingkai gambar tersebut,Aurora menyambutnya dan melihat bingkai gambar tersebut.
Gambar Alif,Azryan dan seorang gadis berambut blonde. Gadis itu dalam keadaan membongkok dan Alif serta Azryan sekadar menyilangkan tangan,gadis itu pula menunjukkan isyarat keamanan mengala ke arah kamera. Senyuman gadis itu begitu asli,air muka gadis itu juga redup.
"Teman wanita lama awak?" soalan Aurora hanya membuatkan Alif menunjukkan muka blur.
"Itu adalah tunang Azryan..." jelas Alif.
"Apa?" soal Aurora terkejut.
"Kami dulu berkelana bertiga,saya,Azryan dan tunang dia..." jelas Alif tersenyum memandang gambar tersebut.
"Apa jadi dengan dia?" soal Aurora.
"Dia dah meninggal..." ujar Azryan muncul dengan tiba-tiba,Alif terkejut dan menghela nafas pendek.
Azryan mengambil bingkai gambar tersebut,dia memandang Alif yang mendiamkan diri. Dia sekadar tersenyum kerana tahu niat sahabatnya,Azryan memerhatikan gambar mendiang tunangnya.
"Saya tak tahu pula awak pernah ada tunang?" soal Raisyah menjengah dari pintu,Rafaela dan Rachel turut bersamanya.
"Ryan... Aku rasa ada baiknya kita ceritakan..." jelas Alif dan Azryan menoleh ke arahnya.
Azryan menghela nafas panjang,kemudian dia letakkan semula gambar tersebut pada atas meja. Rafaela dan Rachel duduk di antara Aurora berada,senang kata Aurora di tengah-tengah. Alif kekal duduk di atas kerusi,Raisyah pula hanya menyandar pada tepi pintu bilik Alif.
"Semakin ramai..." ujar Alif dalam hati.
"Betul kata kau Alif,kita kena ceritakan juga..." jelas Azryan memandang ke arah Alif,manakala Alif memandang ke arah Wanzeneth.
"Eh bila masa kau ada dalam kapal aku?" soal Alif.
"Aku pencerita,mana-mana aku boleh muncul..." ujar wanzeneth sambil menoleh ke arah pembaca.
Apa lagi?
Kita flashback....
2 Tahun yang lalu
"Apa lagi?! Lari la!!" jerit Azryan menyimpan senjatanya.
Alif dan seorang gadis mengangguk,lalu melompat menyelamatkan diri masing-masing. Bola gergasi bergolek laju merempuh apa yang berada di hadapannya,Alif menggunakan tongkatnya sebagai alat bantuan untuk melompat.
"Kenapa kau gatal sangat tarik benda tu?!" soal Alif menoleh ke arah gadis blonde itu.
"Haha... Maaf,saya ingat itu dahan biasa je.." ujar gadis blonde itu atau namanya,Emma Daimon dan dia adalah bekas ninja elit negara Sakura.
"DAHAN BIASA KAU!!" Alif menjerit bengang.
"Hey guys,nak bertekak nanti..sekarang ni kita kena hentikan benda natang tu dari terus mara.." Azryan muncul sambil memberikan arahan.
"For the first place,kenapa aku setuju nak ikut korang ya?" keluh Alif sendirian.
"Jangan banyak bunyi,buat sesuatu!" Azryan mendesak dan Alif hanya membuat muka jelik,lalu berpatah balik dan nafas ditumpukan.
"LET'S GO WUKONG!!"
"Damn you right..." Wukong tersengih sahaja.
Tangan gergasi terhasil dari cahaya keemasan,Alif menghayunkan penumbuknya ke arah bola batu gergasi itu tanpa was-was. Azryan dan Emma tergamam kerana bola gergasi itu berhenti,retak terbelah menjadi dua dan Alif berdiri senyap.
"Alif?" soal Emma sebaik mendarat di belakang Alif,Azryan hanya kehairanan dan seketika Alif terus tumbang.
"Aku lapar....." ujar Alif mengeluh.
Emma dan Azryan menghela nafas pendek,mereka tersenyum sahaja dan Azryan membantu Alif bangun. Mereka berkenalan semasa Alif berada di negara Sakura,mereka mengambil keputusan untuk menyertai Alif dan menjadi warga negara Mentari.
Azryan dan Emma baru sahaja bertunang,mereka ingin menghabiskan masa mereka selepas berkahwin dengan menetap di negara Mentari.
Namun mereka tidak dapat mengagak nasib apa yang bakal menimpa mereka,sama ada Alif atau Azryan dan Emma masing-masing tidak tahu.
"Berapa lama kau nak stay di Sakura?" soal Siddiq dalam talian.
"Dalam sebulan lebih..." jelas Alif memegang ganggang telefon.
"Haih kau ni,cuba duk diam-diam kat satu tempat tak boleh ke?" kata Siddiq.
"Hehe... Relax la,ada masa aku balik la..."
"Dari dulu macam tu gak kau cakap.."
"Ala jangan la marah...." ujar Alif dengan cara menggedik.
"Aku nikah pun kau tak balik... Sudahlah kau... Aku ada tugasan..." kata Siddiq kecewa dan terus dimatikan talian.
Kata-kata Siddiq yang terakhir itu,membuatkan Alif terdiam kerana faham perasaan sepupu dia. Sepupunya sendiri menikah tetapi dia tidak hadir,Emma yang sedang selesai menghabiskan laporan sedar keluhan Alif.
"Hey.. What's wrong?" soal Emma.
"Haha,I got fights with my cousin..." jelas Alif.
"Can you tell me the whole story?" pinta Emma dan Alif menghela nafas pendek,dia menceritakan apa yang berlaku.
"So... That's the story..." jelas Alif.
"I see... That's your fault... No mistake.." kata Emma membuat kesimpulan.
"Emma..." Alif seakan tidak menerima kata-kata Emma.
"Betul apa? Tengok,dia tu sepupu awak bukan? Bila sepupu tu kira hubungan saudara tu rapat,ayah awak dan ayah dia adalah adik beradik bukan?" soal Emma dan Alif hanya mengangguk.
"Jadi kamu jarak hubungan rapat,bagaikan adik beradik juga... Kamu bersalah sebab tidak menghadiri majlis perkahwinan dia.." kata Emma dan Alif hanya menghela nafas kemudian tersenyum kelat.
"Boleh saya tanya satu soalan?" soal Emma lagi.
"Boleh rasanya?" Alif menjawab.
"Awak cintakan saya?"
"Apa?"
===========================
Bersambung lagi...
Apa jawapan Alif eh?
Tunggu jelah update seterusnya
Tinggalkan komen dan vote pada ruangan yang disediakan
Pada yang suka baca skip,gi baca siri pertama dan kedua faham?
Itu jelah
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top