CHAPTER 82 : 4 GUARDIAN


Pandangan yang gelap mulai terang sedikit demi sedikit,matanya mula biasa dengan cahaya dan tersedar. Matanya membulat dan memerhatikan keadaan sekeliling,sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.

"Nampaknya kau dah bangun,baguslah..." satu suara menegur.

Dia memandang ke arah Azryan yang menegur,dia hanya mampu mengetap gigi. Azryan memegang topeng mulutnya,dia tersentak dan sedar cuba bergerak namun gagal. Ini kerana dirinya telah diikat dengan rantai hitam,dia mendesah panjang dan Azryan hanya sekadar memandang dia tanpa emosi.

"Kenapa kau tak bunuh aku sahaja?" soal lelaki itu.

"Apa faedahnya..?" soal Azryan dan lelaki tersebut memandang dia.

"Tiada keuntungan untuk aku membunuh kau.." jelas Azryan.

"Kenapa?" Lelaki itu tidak faham akan tindakan Azryan.

"Aku dah lama tinggalkan kerja seperti itu..." jelas Azryan lagi.

Raisyah pada masa itu hanya berdiri di luar,dia mendengar apa yang dikatakan oleh Azryan. Dia hanya mampu terdiam sahaja,pada masa yang sama Alif sudah memasuki rumah agam tersebut. Mereka berjalan di sekitar ruang tamu,tiada apa-apa kerosakan dikesan.

"Hey Alif..." Aurora memegang bahunya.

"Ya?" soal Alif.

"Azryan itu seorang yang elit?" soal Aurora dan Alif hanya kehairanan.

"Awak nak tahu pasal Azryan?" soal Alif pula.

"Sudah semestinya,sebab dengan apa yang Alif katakan.…" Rafaela mencelah dan mereka berdua menoleh ke arahnya.

"Ninja elite negara Sakura bukan sembarangan gelaran.... Identiti Azryan menarik perhatian auntie juga...." jelas Rachel dan Alif menghela nafas pendek.

"Boleh tak kita fokus pada penyelamatan terlebih dahulu?" soal Alif.

"Ah.. Baiklah..." kata mereka bertiga.

Mangsa-mangsa yang terselamat dari serangan demon,berjaya diselamatkan dengan bantuan pihak kerajaan negara Mentari. Pihak yang mengetuai penyelamatan adalah ketua 10 Guardian,Jamel Jawa bersama Zeo,Azlee dan Nabill.

"Terima kasih kerana bantuan kamu.. Saya hargainya..." ujar Jamel tersengih.

"Tidak,kami yang sepatutnya berterima kasih.…" Rachel berkata sambil tersenyum.

"Rasanya sudah cukup,kita dah boleh suruh jurupandu kita hantar yang mangsa-mangsa ke tempat terselamat...." ujar Azlee dan Nabill turut bersamanya.

Jamel dan Zeo berbalas pandangan,kemudian mengangkat tangan ke arah tempat kokpit. Tanda mengatakan boleh berlepas,akhirnya kapal tersebut mula terapung ke udara lalu terus terbang pergi.

"Tuan,tidak apakah jika kamu tidak berada bersama..." Alif berkata dengan risau.

"Jangan risau.…" ujar Azlee tersenyum,Jamel menoleh ke arah Alif sambil tersengih.

"Kami ada seseorang yang boleh dipercayai di dalam kapal tersebut..." kata Jamel pula manakala Zeo dan Nabill mengangguk setuju.

"Huh?" Alif tidak mengerti kata-kata Jamel,pada masa yang sama di dalam kapal tersebut.

"Bagaimana keadaan enjin?" soal Zaren sambil menyandar pada kusyen kerusi sebelah jurupandu.

"Semuanya masih dalam keadaan yang memuaskan tuan Zaren..." jelas jurupandu tersebut.

"Bagus... Teruskan berjaga-jaga,takut-takut jika demon menyerang di pertengahan perjalanan kita..." arah Zaren.

"BAIK TUAN!"

"Okay guys,tak perlu menjerit.."

💠💠💠💠💠💠💠

Alif hanya mendiamkan diri sahaja,dia memerhatikan mereka berempat tanpa berkata apa-apa. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi enjin kapal,Alif menoleh serentak bersama Aurora. Mereka menyedari kehadiran kapal pesawat hitam mereka,Rafaela dan Rachel yang sedang berbincang terhenti perbualan mereka sebaik sedar kehadiran kapal tersebut.

"Yo!" Azryan menegur dan Raisyah menyusul dari belakang.

"Oseiii..." ujar Alif mendecih.

"Gomenne..." kata Azryan tersengih.

"So? Apa yang kau dapat?" soal Alif.

"Kita bincang di atas kapal..." ujar Azryan dan Alif mengangguk lalu mendapatkan Jamel serta yang lain.

"Tuan Jamel..." sapa Alif.

"Ha... Kamu sudah mahu beransur pergi?" soal Jamel tersenyum.

"Ya tuan,kami mohon beredar..." ujar Alif.

Sebaik mereka bersalaman segera Alif bersama ibunya,Aurora dan Rachel melangkah masuk ke dalam kapal semula. Mereka berenam sempat melambai kepada Jamel,Azlee,Nabill dan juga Zeo. Pesawat hitam mula terapung di udara,kemudian terus terbang laju meninggalkan mereka.

"Baiklah.... Sekarang ni masa untuk selesaikan.." ujar Jamel dan mereka bertiga yang lain,mengangguk sebelum seseorang mendarat kasar di hadapan mereka.

"Dia dah muncul...." ujar Azlee.

Seorang pemuda berpakaian serba hitam,berhud serta topeng menutupi mulutnya. Matanya berselubung aura gelap,Jamel membetulkan sarung tangannya. Zeo menurunkan cermin mata,Nabill memakai headphone dan Azlee mencapai batang rod besi yang berada di tanah lalu diubah menjadi lembing.

"Berani kamu semua ganggu urusan aku?" soal pemuda berhud.

"Soukai Badwi,kamu ditahan kerana kesalahan menyeru demon dan menyerang bandar..." ujar Nabill mengacukan senapang ke arahnya.

"Siapa kamu semua nak menahan aku ha?!" soal Soukai seiring meluru ke arah mereka.

KRAANG!!

Jamel menahan serangan Soukai,hanya senyuman sinis Jamel berikan. Pemuda berhud tersebut cuba menghantuk kepala,namun Jamel terlebih dahulu menghantuk kepalanya. Tangan Soukai dilepaskan,Nabill menarik picu dan tembakan mengenai tubuh Soukai sehingga membuatkan dia tercampak.

"Berjaya ke?" soal Azlee.

"HAA!!" pemuda berhud kembali bangkit,baju yang dipakainya adalah gear istimewa.

"Jangan harap... Equipment Gear yang dia pakai bukan sembarangan..." jelas Zeo memandang sekeliling kawasan.

"KAMU SEMUA MEMANG ADA KEBERANIAN..!" Pemuda berhud itu menjerit.

"Hey budak..." ujar Jamel.

"BERANI KAU PANGGIL AKU BUDAK?!"

"Apa kata kau suruh kawan-kawan kau yang keluar? Aku bosan kalau kami berempat lawan kau seorang diri..." jelas Jamel lagi dan Azlee tersengih sambil letakkan batang lembing pada bahunya.

"Kau pun rasa ya,bang?" soal Zeo tersengih.

"Hanya orang bodoh je tak rasa ki sekuat ini..." Jamel menjawab dengan selamba.

Nabill hanya memeluk tubuh dan Soukai pula mendiamkan diri,kepalanya ditundukkan ke bawah kemudian dia memetik jari. Tiga bayang keluar dan mendarat mengepung Jamel serta yang lain,semuanya mengenakan gear yang sama tetapi bezanya tidak mengenakan topeng.

"Kau memang hebat... Mampu mengesan kami.." kata salah seorang dari tiga orang yang muncul.

"Satu bonus nampaknya..." ujar Azlee tersenyum.

"Yeah... Lightslinger,Silver Stroke
Phantom Lock...nama korang dalam senarai penjenayah yang dikehendaki..." ujar Jamel menunjukkan satu persatu individu yang dia sebut namanya.

"Ah... Aku kenal kamu berempat... Jamel Jawa,Zeo Dragneel,Nabill Al'Hanz dan Azlee Al'Abdoullah.. Kamu adalah daripada 10 Guardian..pahlawan negara Mentari..." ujar Phantom Lock.

"Kau tahu pasal hal ni Lock?" soal Silver Stroke atau Silver.

"Buatkan aku teruja betul..." kata Lightslinger memusingkan pistolnya.

"Hey Nabill,Lightslinger tu sesuai untuk lawan kau..." ujar Azlee berbisik.

"Sure..." kata Nabill selamba.

"Silver Stroke..." Jamel bersuara dan Silver kehairanan dengan renungan tajam Jamel.

"Apa kaitan kau dengan Laughing Corpse?" soal Jamel lagi.

"Aha...maksud kau ini ke?" soal Silver menunjukkan tattoo pada leher bahagian kirinya yang terukir lambang Laughing Corpse.

Jamel membesarkan matanya dan aura miliknya terus dikeluarkan,membuatkan Lightslinger,Soukai dan Lock terkejut. Aura putih yang marak jelas dirasai,Silver pula hilang kata-kata dan menelan air liur.

"Good... Aku mahu hapuskan kewujudan mereka..." jelas Jamel dengan renungan menakutkan.

"Apa?" Silver segera menarik pedangnya.

"Lambat..."

Sebaik Jamel berkata-kata dia terus lenyap dari pandangan,kemudian muncul betul-betul di hadapan Silver dengan begitu rapat. Mereka berbalas pandangan dalam sesaat,sebelum muka Silver dicengkam dan dibawa pergi oleh Jamel.

"SILVER!!" Jerit tiga lagi assassin itu.

"Kau ada masa fikirkan orang lain ke?" soal Nabill mengacukan senapangnya ke arah Lightslinger.

"Betul tu,lawan kau adalah aku.." Azlee berkata sambil muncul di belakang Lock.

"Mari kita menari.." kata Zeo pula meluru ke arah Soukai.

BRAAM..!!!

Letusan yang kuat berlaku dan Jamel mendarat,dia merenung ke arah runtuhan yang dahsyat. Dia baru sahaja menghempas Silver,kemudian Silver kembali keluar dan mendarat di hadapan Jamel.

"Kau memang ancaman..." jelas Silver.

"Aku boleh kata seperti itu kepada kau..." bidas Jamel memasang kekuda.

Silver mengetap gigi dan menarik pedangnya,Jamel hanya menunggu dan Silver menghayunkan pedang lalu bilah pedang memanjang umpama ekor raksasa yang bersisik. Lalu meluru ke arah Jamel,namun lelaki berambut panjang hanya tenang dan menepis geseran senjata memanjang.

Silver terus meluru ke arah Jamel sebaik pedangnya kembali ke bentuk normal,dia menghayunkan pedang ingin menetak Jamel. Namun Jamel dengan pantas mengeluarkan senjatanya,iaitu sai dan menahan tetakan Silver.

"Siapa sebenarnya kau?! Apa urusan kau dengan Laughing Corpse?!" soal Silver.

"Laughing Corpse telah bunuh keluarga aku,juga kampung aku!..." jelas Jamel menolak Silver jauh ke belakang.

"Ergh..!!!" Silver menyeret ke belakang dan mencacakkan pedang pada tanah untuk menghentikan terus terseret jauh.

Silver kembali memanjangkan pedangnya semula dan terus menyerang Jamel,serangan tersebut berjaya dielak dengan mudah dan Jamel terus meluru ke arah Silver. Jamel kini sudah hampir ke arahnya,Silver terkial-kial menarik semula pedangnya. Jamel pula menghayunkan senjatanya,Silver menarik satu lagi senjata dan menahan serangan Jamel.

"Setiap kewujudan mereka aku akan hapuskan satu persatu..." ujar Jamel ketika senjatanya berlaga pedang pendek Silver.

BLAM!

BLAM!

Nabill berlari sambil berbalas tembakan dengan Lightslinger,peluru mereka bertembung dan meletup dengan begitu kuat. Nabill memegang erat senapangnya dan sedar pelurunya,sudah habis dan segera bersembunyi dibalik dinding.

"OI!! COME OUT BITCH!!"

BLAM!!

BRANGG!!

Lightslinger menembak bertalu-talu tanpa henti,senjatanya jenis menggunakan tenaga reactor iaitu terus menggunakan mana point. Tembakan lasernya memecahkan dinding berdekatan,Nabill hanya tenang sahaja dan menyeluk tangan pada beg pinggangnya.

Nabill segera mengisi peluru dengan laju,kemudian senapangnya disangkutkan pada bahagian belakang badannya. Dua pucuk pistol yang disangkutkan pada belakang pinggang,dia terus capai dan melompat keluar dari tempat perlindungannya serta melepaskan tembakan.

Bang!!

Bang!!

"Apa?! Celaka!!"

Lightslinger segera mengambil tempat perlindungan,dia tidak sangka Nabill akan keluar dan terus menembak. Nabill hanya berdiri tegak dengan mengacukan kedua-dua pucuk pistol,Nabill lebih arif tentang penggunaan senjata api ataupun senjata yang masih menggunakan peluru.

Nabill menghela nafas pendek,kemudian dia berundur beberapa langkah ke belakang. Sebelah pistol disisipkan pada pinggang semula,dia menyeluk ke dalam jaketnya. Lightslinger yang masih bersembunyi,mengambil nafas seketika dan ingin keluar untuk melakukan menyerang balas. Namun satu objek jatuh di hadapannya,sebutir bom tangan dan Lightslinger terkejut.

BOOMM..!!!

"ARGHHH..!!!"

Nabill bersembunyi di belakang dinding,Lightslinger pula terkial-kial bangun dan dia masih terselamat. Equipment Gear yang dia pakai,melindunginya dari ancaman letupan namun tidak mengelakkan dia dari terasa kesakitan.

"SIAL KAU!!"

Lightslinger mengeluarkan senjata mesingan,dan menembak tanpa henti sekitar kawasan. Nabill hanya mendiamkan diri,nafas diambil dan dihelakan semula lalu melakukan asimilasi dengan spirit beast miliknya.

"MANA KAU CELAKA?!!" Jerit Lightslinger masih menembak tanpa henti.

KZZT....

"Huh?" Lightslinger menyedari sesuatu pada sebelah kirinya,dia ingin menembak namun satu tembakan cahaya laser muncul.

Lightslinger segera mengelak dengan mengejut,dan menyebabkan mesingan dia terus lenyap semula. Dia memandang ke satu arah,Lightslinger terkejut apabila seseorang berzirah dengan meriam yang amat besar ditangan berada tidak jauh di hadapannya.

"Now it's payback time..."

"Dia ni orang tadi?!!" Lightslinger tergamam dan Nabill menghalakan meriam besarnya itu.

"IGNITION!! FIRE!!" Nabill melancarkan serangan,Lightslinger menyeru semula mesingan dia.

KZOOMM..!!!!!

"APA?!" sebelum sempat Lightslinger ingin menyerang balas,dia dilanggar cahaya meriam dan letupan yang kuat berlaku.

KA-BOOMMM..!!!!

HWOOSSH!!

Letupan yang kuat jelas kedengaran sehingga di tempat Jamel berlawan,manakala Jamel pula menoleh ke hadapan. Dia memandang ke arah Silver yang terbaring dalam keadaan sudah tidak bernyawa,dengan kesan cakaran yang besar pada tanah. Silver dibunuh tanpa belas kasihan oleh Jamel,kemudian ketua 10 Guardian segera beredar pergi.

"Laughing Corpse..."

"Ergh....." Soukai dalam keadaan melutut sebelah kaki merenung tajam ke arah Zeo,pemuda berambut putih berdiri dengan api merah menyala di penumbuk tangan kanannya.

"Kau nak menyerah kalah atau tidak?" soal Zeo dengan muka tidak berperasaan.

"Kau,raksasa...." ujar Soukai menahan kesakitan.

"Lebih baik dari kau menyerang orang tidak bersalah... Jangan fikir aku sama dengan kau.." kata Zeo.

"DIAM!!" Soukai meningkatkan daya kuasanya,Zeo hanya memandang dengan pandangan kosong sahaja.

Zeo menarik nafas pendek lalu dalam sesaat,dia sudah berada di hadapan Soukai dan penumbuk padu mengenai perut Soukai. Mata Soukai terbeliak merasai kesakitan,dan terus rebah tidak sedarkan diri.

"Kau patut serah diri sahaja..." ujar Zeo mengibaskan tangannya.

"Selesai dah?" soal Azlee berjalan ke arahnya sambil mengheret Phantom Lock,dalam keadaan mukanya lebam teruk dan cedera parah.

"Yeah..." kata Azlee tersengih dan Nabill muncul mendarat di hadapan mereka,dengan Lightslinger berada dalam kurungan sfera.

Lightslinger hanya pengsan dengan kecederaan yang agak teruk,tetapi Nabill tidak terfikir untuk membunuhnya kecuali Jamel muncul dengan tangan kosong.

"Kau bunuh apa Silver Stroke?" soal Azlee.

"Ya.. Ada masalah ke?" soal Jamel pula.

"Tak... Kami okay..." jelas Zeo.

"Masa untuk pulang.." kata Jamel dan mereka bertiga membawa penjenayah yang berjaya ditangkap,mereka melangkah ke arah pesawat besar berwarna putih salji.









JAMEL JAWA

AZLEE AL'ABDOULLAH

NABILL AL'HANZ

ZEO DRAGNEEL

Pada yang masih ingat mereka,aku munculkan mereka sebagai hadiah tanda penghargaan kerana korang setia bersama aku.

Okay guys

Update untuk korang

Sayang korang sebab setia bersama siri KAISER dari awal siri sehingga sekarang ini

Terima kasih berjutaan kepada korang

Itu jelah

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top