CHAPTER 81 : YOU SHOULDN'T RUN
Alif mengesan ada beberapa orang yang terselamat,lalu membawa dia ke sebuah rumah. Alif berjalan ke arah rumah tersebut,agak besar dan juga sedikit lusuh. Papan tanda yang besar bertulis,Alif membaca dengan lancar.
"ORPHANAGE HOUSE..."
"Nampaknya ada..yang terselamat..." ujar Rafaela.
"Puan juga ada kebolehan yang sama seperti Alif?" soal Aurora.
"Mestilah sayang... Alif anak saya..." ujar Rafaela mengusap kepala gadis tersebut.
"Tapi dingin malam ni,buatkan auntie tidak sedap hati..." ujar Rachel pula memeluk tubuh menahan sejuk.
"Alif?" suara Azryan kedengaran dalam headphone Alif.
"Huh? Ryan? Kau dah selesai ke?" soal Alif menjawab panggilan Azryan.
"Haah,sekarang aku menuju ke tempat kau..." jelas Azryan.
"Boleh kau periksa kawasan lain? Aku dapat kesan tenaga negatif tadi..." ujar Alif.
"Baiklah serahkan pada aku..." balas Azryan dan talian dimatikan.
Alif memandang ke arah ibunya,Aurora dan Rachel. Mereka berbalas pandangan kemudian mengangguk faham akan tindakan Alif seterusnya,mereka memandang ke arah rumah agam tersebut.
Pesawat hitam mengalihkan arah,Azryan dan Raisyah bergerak ke kawasan yang didakwa oleh Alif ada kesan daya tenaga negatif. Sistem pada pesawat mereka mempunyai alat pengesan tenaga aneh,Azryan mengesan berpandukan alat tersebut.
"Siapa sebenarnya awak Azryan?" soalan Raisyah memecahkan kesunyian.
"Saya cuma perantau biasa sahaja..." jelas Azryan fokus pada pengawalan kapal.
"Perantau biasa tidak mungkin dapat kalahkan ninja gelap,malah gauntlet awak.. Bukan gauntlet yang biasa.. Ia hanya ada pada ninja elit negara Sakura.." ujar Raisyah dan Azryan hanya menghela nafas pendek.
"Saya kagum dengan pengetahuan awak Raisyah,tapi bukan sekarang masa yang sesuai untuk temuduga..." jelas Azryan lagi.
Akhirnya mereka tiba di sebuah kawasan tanah lapang,Azryan dan Raisyah terkejut kerana kawasan tersebut bersinar-sinar kemerahan. Lantas Azryan mendaratkan kapalnya,berhampiran kawasan tanah lapang itu.
"Apa yang kita nampak ni?" soal Raisyah sebaik mereka keluar dari kapal.
Azryan tidak berkata apa-apa kemudian berjalan menghampiri kawasan tanah lapang,lalu menyentuh tanah kawasan tanah lapang dan jelas daya tenaga negatif yang kuat dapat dirasai. Sehingga membuatkan Azryan tersentak,kerana imej lembaga hitam bertanduk besar.
"Azryan? Awak okay?" soal Raisyah menyentuh bahu pemuda itu.
"Saya okay..." ujar Azryan kemudian menekup mukanya,ini kali pertama dia merasai aura yang kuat seperti itu.
Azryan memerhatikan tangannya dan sedar,dia menggigil hanya merasai aura sahaja. Azryan menghela nafas pendek,kemudian dirapatkan kedua tapak tangan. Isyarat jari bertukar ganti,Raisyah tertanya-tanya apa yang Azryan ingin lakukan.
"Teknik Tanah,DAYA GEGARAN BUMI!!"
Azryan menghempas tapak tangannya ke tanah,dentuman kuat pada kawasan tanah terhasil dan kawasan tanah lapang tersebut terus merekah sekelip mata. Raisyah hampir terjatuh namun sempat berpaut pada tiang berhampiran,dia memandang ke arah Azryan dengan riak wajah terkejut.
Rekahan tanah tersebut diperhatikan oleh Azryan,seketika muncul seseorang keluar dari tempat persembunyian mendarat di hadapan mereka berdua. Air mukanya ditutupi oleh topeng,hanya anak mata sahaja kelihatan.
"Siapa kamu berdua ni? Berani mengganggu kerja kami?" soal Lelaki bertopeng.
"Korang ni ninja dari kampung Igan,bukan?" soal Azryan selamba.
"Bagaimana kamu tahu mengenai kampung tu?" lelaki bertopeng seperti terkejut dengan soalan Azryan.
"Boleh katakan aku ada hutang dengan kampung tu...." jelas Azryan masih berlagak selamba.
"Aku tidak boleh biarkan kau hidup sebab kewujudan kampung tidak seharusnya diketahui oleh orang luar..." ujar lelaki bertopeng sambil menarik pedang di belakang badannya.
"Heh... Aku nak lihat kau cuba..." kata Azryan bersiap-sedia dengan gauntlet sudah terpasang kemas di tangannya.
Suasana menjadi sunyi dan sepi seketika,Azryan dan Raisyah memasang kekuda. Lelaki bertopeng itu hanya diam,tangannya masih memegang hulu pemegang pedang. Lelaki bertopeng terus hilang dalam sekelip mata,Raisyah terkejut dan Azryan hanya tenang kemudian memusingkan badan ke arah belakang.
Azryan menahan serangan hendap lelaki tersebut ke arah belakang Raisyah,terkejut dengan keadaan itu segera Raisyah menjarakkan dirinya. Azryan dan lelaki bertopeng berbalas pandangan,lelaki tersebut mendecih kerana serangannya dihentikan.
"Kau bukan calang-calang orang..." ujar lelaki bertopeng sambil menarik pedangnya semula.
"Terima kasih untuk pujian itu,kau apa kurangnya..." kata Azryan tersenyum kemudian kembali serius.
Azryan dan lelaki bertopeng itu berbalas renungan,tekanan jelas dapat dirasai dan Raisyah hanya kembali menyimpan pedangnya. Dia tahu jika turut serta,hanya membebankan Azryan sahaja. Azryan sedar tindakan Raisyah hanya tersengih sahaja,kemudian kembali serius.
Dua individu yang berbalas renungan,sekelip mata mereka terus hilang dari pandangan mata kasar. Raisyah menelan air liur dan memberi perhatian,matanya bergerak ke kiri kemudian ke kanan. Atas dan bawah kerana dia dapat menangkap pergerakan Azryan serta lelaki bertopeng,Raisyah tidak mungkin mengejar kelajuan mereka berdua.
TUSSH!!
TUSSH!!
TANG!!
Azryan dan lelaki bertopeng kembali kelihatan semula,mereka muncul dalam keadaan berbalas renungan kemudian berlaga senjata. Lelaki bertopeng menujah pedangnya dengan laju,Azryan pula hanya melompat berpusing ke atas.
"TEKNIK API,HEMBUSAN PAWAKA!!"
Mulut Azryan menyembur bebola api yang banyak,meluru laju ke arah lelaki bertopeng tersebut dan berubah menjadi batang kayu. Azryan mendarat dengan kemas,kemudian dia menoleh ke belakang lalu menahan serangan hayunan pedang lelaki bertopeng.
Azryan mengelak dan tapak tangannya berjaya ditekapkan pada perut lelaki bertopeng itu,Raisyah terkejut dan lelaki bertopeng hanya terpegun seketika. Azryan menarik nafas secara teratur,sebaik dilepaskan semula terhasil daya tolakan yang amat kuat.
"TEKNIK BAYU,TOLAKAN BADAI!"
KRASSH!!!
TUSSH..!!
Lelaki bertopeng itu terpelanting merempuh batang pokok berhampiran,Azryan berada dalam keadaan lutut kaki kiri pada tanah. Tangannya bersarung gauntlet,berasap dan kembali berdiri. Tubuh lelaki bertopeng tersebut terus bertukar menjadi sebatang potongan pokok,bersarung baju yang sama dipakai oleh lelaki bertopeng.
"Hmm....." Azryan memandang ke kiri dan ke kanan,matanya dipejam lalu merasai sesuatu.
"Azryan?" soal Raisyah dan mata Azryan dibuka semula.
"Raisyah,boleh awak tunggu di kapal...?"
"Huh? Kenap-huh?"
Sebelum sempat Raisyah bertanyakan soalan,Azryan sekelip mata dengan sepantas kilat terus memecut laju meninggalkannya. Raisyah terkejut dan menghela nafas pendek,pada masa yang sama lelaki bertopeng sedang melarikan diri berlari sambil memegang perutnya.
"Dia bukan lawan aku... Huff.. Huff.." ujar lelaki itu dan sebaik tiba di satu tempat,langkahnya terhenti kerana Azryan berada di hadapannya.
"Seronok berlari?" soal Azryan.
"A-apa?" lelaki bertopeng itu tidak percaya Azryan mampu mengejarnya sejauh ini
"Boleh kau ikut kami?..." Azryan mengeluarkan rantai panjang dan direntap sehingga menegak.
Lelaki bertopeng tersebut terus melompat tinggi dengan bantuan pokok-pokok yang berhampiran,dia terus melompat pergi meninggalkan Azryan yang sedang memegang rantai hitam. Azryan hanya menghela nafas pendek,lalu dilepaskan rantai hitam itu dan membuat isyarat sebelah tangan sahaja.
Rantai hitam yang panjang dibaling oleh Azryan hanya dengan menggunakan sebelah tangan,lalu rantai hitam tersebut melayang laju mengejar lelaki bertopeng itu. Akhirnya berjaya menangkap dengan melilit ketat tubuh lelaki bertopeng,Azryan hanya menarik nafas panjang dan merentap lalu menghempas lelaki bertopeng ke tanah.
BRAAMM!!!
KRASSH...!
Hempasan itu menghasilkan bulatan seperti terkena meteor terhempas ke bumi,tapi dengan saiz mini dan Azryan hanya menghela nafas pendek. Dia berjalan ke arah lelaki tersebut,sedar individu bertopeng telah pengsan.
"Kalau kau tak lari,aku tak akan buat macam ni..." jelas Azryan mendesah.
Hey guys
Update terbaru
Ak baru je siap,dan aku malas nk karang simpan dua tiga page
Siap karang satu page,aku published
Sebab aku dah beritahu nak tumpu pada siri yang ni
Pada yang baru baca
Boleh baca kan CHRONICLES KAISER THREE
Soo..
Korang tahu kiraan nombor
One
Two
And
Three
Siri yang sebelum ni korang baca ke tak?
Aku kenal reader yang dah baca dan yang skip
Tapi
Hak korang nak baca camne la kan?
Tapi kalau ada yang beri soalan tak faham itu ini,aku tidak akan layan
Tapi kalau nak tahu turutan,aku bagi siap cover
That's all
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top