CHAPTER 79 : LEFT HAND OF GOD


Kapal pesawat yang membawa Ikhwan dan yang lain,meluncur laju merempuh awan putih. Suasana di dalam kapal begitu tenang,Keith sudah terlena begitu juga dengan Felicia.

Recca pula bermain kad terup dengan Milja,Noir dan Aria. Intan ketika tekun memerhatikan skrin smartphone,entah laman apa yang dibelek olehnya.

Ikhwan pula menongkat pipi bahagian kanan,dengan tangan kanan dan dia yang membaca berita dari tablet visual. Dia meletakkan semula tablet tersebut,nafas keluhan dihelakan dan menoleh ke luar tingkap. Alisa pula mengait sesuatu,dia mengait sambil menyanyikan irama muzik.

"Lagu tu,bonda ajar?" soal Ikhwan dan Alisa berhenti dari terus mengait.

"Ya... Ia kata lagu kegemaran awak.." jelas Alisa.

"Yeah.. Betul..." ujar Ikhwan dan smartphone dia bergetar.

Ikhwan membaca apa yang dihantar kepadanya,kemudian dia tersenyum sendirian. Alisa kehairanan melihat gelagat suaminya,Ikhwan sedar dirinya diperhatikan oleh isterinya.

"Ada seseorang penting dalam hidup abang akan pulang..." ujar Ikhwan.

"Siapa?" soal Alisa.

"Boleh dikatakan adik angkat,sebab dibela oleh keluarga kami semasa saya mula menyertai akademi..." jelas Ikhwan.

"Dia dah nak balik?" soal Alisa sebaik tahu siapa.

Ikhwan hanya mengangguk sahaja,dia memandang ke luar tingkap. Awan gelap kelihatan dari jauh,serta kilat putih sabung menyabung. Sesuatu berada di dalam awan hitam penuh dengan kilat,Recca terkejut dan telinganya bergerak-gerak. Felicia dan Keith tersedar dari tidur,Noir meluru ke tingkap bersama Milja dan Aria.

Awan gelap itu kelibat masih bergerak,kilat putih yang mengelilingi awan hitam itu berubah corak. Lalu memanah tembakan kilat ke arah kapal mereka,Ikhwan terkejut dan mendecih.

"Sixth?!"

KZZT..!!!!

Mujurlah sistem perisai prism cukup kuat untuk menerima serangan kilat tersebut,Ikhwan menghela nafas pendek kemudian sedar ahli skuad Ghost memandangnya.

"Hati-hati kamu semua..." ujar Ikhwan pendek.

Awan gelap yang hitam diselubungi kilat itu membentuk sesuatu,Ikhwan hanya memerhatikan sahaja dan menjadi bentuk susuk tubuh. Akhirnya membentuk seorang manusia,berkulit hitam gelap dan hanya putih mata sahaja.

"Apa?"

Sebaik sahaja membentuk tubuh manusia,dengan pantas makhluk itu menembak pancaran kilat ke arah kapal pesawat mereka. Skuad Ghost tergamam dan Ikhwan pula,hanya menekap tapak tangan pada cermin tingkap.

ZWOOSHH!!

Tembakan pancaran laser kilat itu melanggar pesawat tersebut,namun terima kasih dengan tindakan Ikhwan.

"Dark Spirit berelemen kilat huh?"

Pesawat itu tidak mengalami kerosakan apa-apa,pada masa yang sama Ikhwan menyedari kehadiran seseorang. Ikhwan kemudian tersengih seketika,manakala skuad Ghost mula melangkah untuk keluar. Namun Ikhwan terlebih dahulu menghalang mereka berlima,Alisa hanya sekadar mendiamkan diri.

"Recca,Felicia,Keith,Milja,Aria dan Noir.. Kamu tidak perlu keluar untuk berhadapan dengan Spirit tu.." jelas Ikhwan menoleh ke arah ahli skuad Ghost.

"Kenapa?" soal Noir.

"Kamu tunggu dan lihat sahaja nanti..." jelas Ikhwan tersenyum.

Pada masa yang sama di atas kapal pesawat Ikhwan berada,seseorang berambut hitam dan anak mata berwarna emas cair sedang berdiri sambil tersengih. Makhluk spirit itu menyedari kehadiran pemuda tersebut,tangan kirinya bersinar dengan garisan corak berwarna putih.

"Dark Spirit...berani kau mengganggu kawan aku?" ujar pemuda itu mengepalkan penumbuk kirinya.

Makhluk spirit gelap itu mengaum sekuat hati,bunyi ngauman pula menghasilkan perasaan yang menyeramkan. Aura gelap hampir ingin menelan dia yang berada di atas kapal tersebut,tetapi pemuda itu hanya tersengih dan melompat ke arah makhluk spirit gelap.

"God Hand...." Tangan kiri pemuda itu bersinar dan ahli skuad Ghost menyedari pemuda itu terjun dari atas kapal.

"Let's do this Windalfr.." ujar pemuda itu lagi dan kelihatan dari tempat gelap,tubuhnya seperti seekor singa malah bersayap tersengih.

"Bila masa dia naik atas kapal?" soal Recca.

"Dia tak pernah naik pun..." ujar Ikhwan selamba.

"Apa?" Noir tersengih.

Dark spirit tersebut menembak kilat dengan deras,manakala pemuda itu dengan mudah menangkis setiap tembakan kilat menggunakan tangan kirinya. Bebola kilat terhasil dengan banyak,pemuda tersebut meluncur atas angin dengan laju meluru ke arah dark spirit itu.

"Dia meluncur atas angin?!" soal Milja terkejut.

"Kuasa dia elemen angin,sebab itu dia boleh manipulasi angin dengan mudah..." jelas Ikhwan.

"Like master Farhan?" soal Aria pula.

"A bit similar... Still master Farhan more superior.." kata Felicia dengan muka tidak berperasaan.

"Siapa dia Sixth?" soal Recca.

"Nama dia Hafez Al'Azham..kenalan lama aku.." jelas Ikhwan tersenyum.

BOOMM!

BOOMM!!

Pemuda bernama Hafez itu mengelak setiap letupan kilat yang dihasilkan oleh dark spirit itu,Hafez pula hanya mengelak dan menolak bebola kilat sebaik benda itu meluru ke arahnya. Terima kasih pada tangan kirinya,dia mampu menyentuh kuasa dari dark spirit tersebut.

Namun serangan bebola kilat itu kekal berterusan,lantas Hafez merapatkan kedua tapak tangannya lalu dipisahkan semula. Lalu dia capai kerambitnya yang disisipkan pada pinggangnya,dia hanya tersengih dan terus melemparkan dua bilah kerambitnya.

Senjata kecil itu berpusing laju umpama shuriken,lantas menghancurkan bebola kilat yang dihasilkan oleh dark spirit itu. Sedang benda itu terkejut dengan bebola kilatnya,dimusnahkan dengan segera Hafez merapatkan jaraknya.

"Hoi..."

Dark spirit itu tersedar dan memandang ke hadapannya,Hafez siap-sedia untuk melancarkan serangannya. Tumbukan tinju yang digunakan,dia terus lancarkan serangan berkombo.

"DEADLY HUNDREDS BLOW!!"

DUSH!!

DUSSH!!

KRAKK!!

PAKKK!!

Hafez berhenti sejenak dan dark spirit itu juga terhuyung-hayang,Ikhwan dan yang lain hanya memerhatikan sahaja. Pesawat mereka berhenti dan terapung di tengah-tengah udara,Hafez menarik penumbuk kirinya dan lengan dia mula bersinar tanda ingin melakukan serangan.

"GOD BLOW!!"

DUUUSSH..!!!!

KRASSHH!!!

Tumbukan yang padu hinggap ke muka makhluk tersebut,Hafez menggerakkan tangannya umpama menari dan saat itu semua yang menyaksikan terkejut. Tumbukan Hafez begitu laju,umpama mesin gatling menembak musuh.

"TEN THOUSAND OF DEATH!!"

DUSH!

DUSH!!

DUSH!!

DUUUSSH!!!!

Makhluk tersebut cuba menjauhkan dirinya daripada Hafez,mengubahkan dirinya seperti bayang dan terus cuba melarikan diri. Intan hanya mendiamkan diri,Hafez pula tersenyum sinis melihat makhluk itu melarikan diri.

"Benda tu nak lari!" ujar Recca dan ahli skuad Ghost yang lain turut terkejut.

"Heh... Sia-sia je..." kata Ikhwan pula.

"Mana kau nak pergi?" soal Hafez bergerak menghalang makhluk tersebut.

Hafez menghasilkan rantai bercahaya,lalu mengikat makhluk tersebut. Ahli skuad Ghost fokus menyaksikan,Ikhwan dan Alisa sekadar memerhatikan sahaja. Hafez menjulang tangannya ke langit,kemudian tangannya bersinar cahaya keemasan lalu terhasil tangan cahaya gergasi.

"Now...." kata Hafez bersiap-sedia untuk melancarkan serangan terakhir.

"Kiss this! GOD BLESS YOU!!"

TUMBUKAN tangan bercahaya gergasi itu mengenai tubuh makhluk tersebut,sekelip mata terus hancur dimamah oleh cahaya tangan gergasi itu. Hafez yang terapung di udara,melenyapkan cahaya pada tangan kirinya. Pemuda itu menoleh ke arah kapal pesawat tersebut,dia dan Ikhwan berbalas pandangan kemudian Hafez terus lenyap bersama cahaya.

"Pergi camtu je,aku dapat kau nanti siaplah.." ujar Ikhwan tersengih.

"Teleport huh?" soal Keith dalam hatinya.

"Sixth..." Recca bersama ahli skuad yang lain.

"Yeah?" soal Ikhwan memandang ke arah mereka.

"Siapa pemuda tu?" soal Noir.

"Yalah,dia muncul dengan tiba-tiba lepas tu pergi macam tu je..." kata Aria menyokong mereka.

"Lagipun orang tu agak berlainan..." Felicia bersuara dan Ikhwan menjengah ke arahnya.

"Berlainan?" soal Intan yang juga ada bersama.

"Dia ada aura seperti dewa...macam tuan.." jelas Keith pula.

Recca,Noir,Aria dan Milja hanya mendiamkan diri. Ikhwan pula hanya memerhatikan mereka,Alisa pula tidak mahu mencelah sekadar mendiamkan diri juga.

"Sebab Hafez mempunyai tangan kiri yang luar biasa..." ujar Ikhwan tersenyum.

"Tangan kiri yang luar biasa?" soal Recca dan Intan menoleh ke arah bapa saudaranya.

"Tangan kiri dia,adalah tangan dewa.." jelas Ikhwan dan semua terkejut.

"Apa?!" soal mereka.

"Ya...atau lebih senang dikenali sebagai LEFT HAND OF GOD..."

















HAFEZ AL'AZHAM (28)






Hello guys

Wanzeneth here

Sorry kalau tunggu lama

Harap terhibur

Komen dan vote

Terima kasih

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top