CHAPTER 78 : BE CAREFUL YOU IDIOT!
Ikhwan hanya menghela nafas,dia tidak dapat menghalang mereka pergi. Kuasa mereka berdua terus lenyap,bagaikan suis enjin dimatikan. Hilang begitu sahaja dan dia menoleh ke arah Qatariz,lantas dia memapah 'kembarnya' bangun.
"Kau okay? Tak ada cedera yang serius?" soal Ikhwan.
"Yeah,thanks to you.. Aku okay.. Kalau tak berlubang-lubang badan aku..." jelas Qatariz berseloroh.
"Mana Mirana?"
"Aku minta dia kembali ke bangunan kedutaan negara Mentari di negara Hawk..aku tak nak dia tercedera sekali.."
"Patutnya kau bawa sekali,sebab Luiz lemah dengan serangan puak Hunimal.." ujar Ikhwan memeluk tubuh.
"Hah?! Mana la aku tahu.." ujar Qatariz mengangkat sebelah kening kiri.
"SIXTH!"
"Kamu bertiga ikut aku?" soal Ikhwan.
Ikhwan dan Qatariz terkejut dengan kehadiran Alif,Aurora serta Azryan. Ikhwan tidak menyangka yang Alif akan mengekorinya,dia menekup muka kemudian tersenyum.
"Maafkan kami,tapi kami risau.." jelas Alif.
"Tidak apa... Alif.." ujar Ikhwan nadanya serius.
"Ya?" jawab Alif.
"Ada benda yang aku nak bincangkan dengan kau..." jelas Ikhwan.
Pagi mula menjengah dan kelihatan Ikhwan bersiap-siap,dia perlu pulang semula ke negara Mentari. Ghost Squad juga mengikutnya pulang,dia dan Alisa berpandangan kemudian mengangguk serentak.
"Uncle dah nak gerak?" soal Intan disusuli Luqman dan Aminudden,Aila serta Alia dan Hikari juga bersama mereka.
"Yeah,korang semua bagaimana?" soal Ikhwan pula.
"Err... Macam mana bang?" soal Aminudden.
"Rasanya kita akan duduk di sini buat sementara waktu..." ujar Luqman.
"Nak melancong ya? Okay,anggaplah ini percutian bulan madu korang berlima.." kata Ikhwan tersenyum sinis.
"Err... Uncle..." Luqman dan Aminudden berkata serentak mendesah.
"Okay apa.. Layan la isteri korang baik-baik ya..." kata Ikhwan dengan penuh makna.
Aila,Alia dan Hikari terdiam malah mukanya memerah. Alisa pula sekadar menutup mulut,menahan ketawa manakala Intan hanya menghela nafas pendek.
"Kalau begitu,Intan ikut uncle la.." jelas Intan.
"Intan pasti?" soal Ikhwan.
"Ya... Lama sangat rasanya Intan di sini.." jelas Intan lagi dan Ikhwan sekadar mengusap kepala anak saudaranya.
"Okay kalau macam tu,ada baiknya kita gerak sekarang..." ujar Alisa mencelah.
Ikhwan mengangguk dan terus melangkah pergi,Luqman dan Aminudden berbalas pandangan. Mereka harus mengiringi bapa saudaranya,ke lapangan kapal terbang. Arjuma kelihatan berada di pintu hadapan bangunan kedutaan,bersama Alif serta Aurora dan Azryan. Tidak lupa Qatariz dan Mirana,mereka juga akan beredar sebaik Ikhwan berlepas pulang.
Lapangan Kapal Terbang
negara Hawk
0900 Hrs
Kapal pesawat peribadi negara Mentari sudah siap-sedia untuk berlepas,Recca dan Felicia menunggu di pintu pesawat. Ahli skuad yang lain sudah berada di dalam berada di tempat duduk masing-masing. Arjuma mendaki tangga disusuli Intan,Alisa dan Ikhwan pula hanya melambai ke arah Alif serta yang lain.
Kapal pesawat tersebut berlepas tanpa sebarang masalah,hilang ditelan menaiki awan tebal sehingga ke langit. Luqman dan Aminudden berpandangan,kemudian mengangguk dan beredar bersama isteri mereka.
"Tuan Qatariz,ke mana tuan akan pergi?" soal Alif.
"Aku? Mungkin cari di mana Luiz dan Merlin hilangkan diri..." jelas Qatariz.
"Izinkan kami membantu..." Azryan menawarkan untuk membantu.
"Tidak boleh..." Mirana mencelah.
"Tapi kenapa?" soal Aurora pula.
"Masalah Skull Wing belum selesai,korang bertiga uruskannya..." ujar Qatariz tersengih,Aurora dan Azryan sedikit kecewa.
"Apa yang dikatakan tuan Qatariz memang betul..." Alif bersuara.
"Alif?" Azryan menoleh ke arahnya,Aurora sekadar terkebil-kebil.
"Skull Wing adalah objektif utama kita.. Hal Luiz Morgan dan Merlin..tu kita serahkan pada tuan Qatariz..." ujar Alif dan Qatariz tersenyum mendengar penjelasan pemuda itu.
"Baiklah,aku akan ikut apa yang kau katakan..." Azryan bersetuju sambil mengangguk.
Qatariz beredar bersama Mirana,Alif hanya memerhatikan mereka berdua hilang daripada pandangannya. Dia memejamkan mata dan memandang ke arah Aurora serta Azryan,mereka berdua sekadar tersenyum sahaja.
"Alright guys... Time to continue our journey.." kata Alif mengepalkan penumbuknya.
"Of course..." sokong Azryan.
"Yeah..." Aurora juga sama.
Luqman berjalan sendirian dan sedar kawasan garaj khas untuk pesawat,terbuka segera dia berlari ke arah garaj tersebut. Sebaik sahaja dia tiba di situ,dia agak terkejut melihat Azryan sedang membaiki pesawat itu sendirian.
"Wow.. Aku kagum..." ujar Luqman dan Azryan terkejut dengan segera mengacukan pistol ke arahnya.
"Apa?" Luqman terus mengangkat tangan.
"Ah! Tuan putera maaf!" ujar Azryan menyimpan pistolnya.
"Kau peka,tidak apa..." ujar Luqman menurunkan tangannya.
Azryan hanya diamkan diri kemudian kembali fokus pada kapal pesawat,dia memeriksa keadaan pesawat berdasarkan data dalam komputer ribanya. Azryan menaip laju pada papan kekunci,Luqman kagum dan entah kenapa dia teringatkan seseorang yang sama seperti Azryan.
"Hey Ryan,sebelah sini ada sikit litar pintas.. Macam mana?" soal satu suara dan terjengul kepala Alif dalam keadaan terbalik,dia sebenarnya sedang membaiki bahagian dalam kapal.
"Kau tukar je habis cerita,bukan kita ada barang gantian yang cukup?" Azryan menjawab.
"Ah..putera devil,ada apa yang boleh kami bantu?" soal Aurora muncul di sebelah,Luqman terkejut.
"Putera devil? Siapa yang cakap macam tu?" soal Luqman tersenyum menahan geram.
"Alif yang kata,hehe..." Aurora tersenyum ceria.
Luqman hanya menyilangkan tangan pada bahagian dada,dia tidak ambil kisah tentang gelaran dia tetapi apa yang buatkan dia terkejut adalah Aurora mampu bergerak ke sebelah dia tanpa dikesan olehnya. Luqman hanya mampu menjeling Aurora secara senyap,dia mula tertanya-tanya siapa sebenarnya Aurora?
"Hey Aurora! Kalau awak dah balik,tolong la kami perbaiki kapal pesawat ni!" Alif mengeluh memanggil kekasihnya.
"Baik...!" Aurora berlari anak ke arah Alif dan Azryan berada.
Luqman hanya mendiamkan diri memerhatikan mereka,kemudian tidak lama lepas itu Luqman segera beredar. Aurora menoleh ke arah Luqman,dia terasa sesuatu yang gelap datang dari putera itu. Tetapi dia hanya mendiamkan diri,kemudian kembali membantu Azryan dan Alif.
"Hey Alif..." Azryan menyapa.
"Apa?" soal Alif tangannya ligat menyambung wayar dalam kapal.
"Kalau sesuatu terjadi pada aku,kau jagakan kapal ni baik-baik ya?"
KTANG!
Skru pemutar terjatuh dari tangan Alif,sebaik mendengar kata-kata Azryan. Dia menjengulkan kepala dan menoleh ke arah Azryan dengan pandangan penuh persoalan,Azryan pula hanya tersenyum.
"Kau boleh jangan main-main?" Alif berkata serius.
"Hahaha... Aku cuma kata 'kalau terjadi apa-apa' janganlah ambil serius..."
"KAU FIKIR KALAU BERGURAU MENGENAI BENDA MACAM TU BENDA MAIN-MAIN KE HA?!!" Jerit Alif kemudian mengetap gigi menahan marah,Aurora tersentak lalu menoleh dan pada masa yang sama Rafaela dan Rachel baru tiba di situ.
"Alif?" soal Rafaela.
Alif dan Azryan berbalas pandangan,Aurora hanya memerhatikan mereka dari bawah. Alif jelas air muka dia menunjukkan betul-betul bengang,Azryan hanya mendiamkan diri sahaja.
"Jangan main-main,kalau terjadi apa-apa pada kau aku akan sedih,semua orang akan sedih!..." jelas Alif kembali masuk semula ke dalam badan kapal.
Azryan tidak berkata apa-apa kemudian menyambung membaiki kapal,suasana menjadi tegang dan Rafaela serta Rachel berbalas pandangan. Mereka menoleh ke arah Aurora,gadis blonde itu hanya mampu menggelengkan kepala.
Kapal pesawat mereka telah selesai dipertingkatkan untuk penambahan sistem,juga ditambah dengan sistem drone. Alif dan Azryan berada di kokpit,mereka berdua harus menguji keadaan kapal mereka sebelum ingin berlepas.
"Bacaan meter? Okay?" soal Alif.
"Ya.. Suhu enjin masih normal,aku akan lancarkan drone untuk memastikan kawasan selamat..." ujar Azryan pula.
"Baiklah teruskan..." kata Alif.
"Enjin dalam keadaan yang terbaik.. Kita boleh berlepas bila-bila masa sahaja..." jelas Azryan.
"Cantik..." ujar Alif mengangguk.
"Hey Lif..." Azryan berkata dan nadanya berubah.
"Ya?" jawab Alif.
"Maaf pasal tadi,aku bukan sengaja nak buat kau marah..." jelas Azryan dan Alif pula sekadar mendiamkan diri.
"Aku cuma tidak sedap hati,kita bakal berdepan kemungkinan perang besar..." kata Azryan risau.
"Perang besar atau tidak,aku nak kau teruskan hidup.." kata-kata Alif membuatkan Azryan menoleh ke arahnya.
"Kau tahu kan motto aku?" soal Alif tersenyum bangga.
"Hidup ini singkat,kita harus menikmatinya..ya aku tahu..." ujar Azryan tersenyum kelat.
"Jadi relax! Kita pasti ada harapan,cahaya baru.." jelas Alif tersengih.
Azryan hanya tersenyum sahaja,dia menoleh ke arah luar tingkap kokpit. Dia berharap keamanan dapat kekal hingga sampai bila-bila,Alif pula menghidupkan suis-suis pada panel kawalan yang ada.
"Masa untuk berlepas... Keadaan kapal okay seratus peratus!" ujar Alif dan menoleh Azryan,pemuda berambut putih itu sekadar mengangguk.
Rafaela,Rachel dan Aurora menyedari kapal ingin berlepas. Mereka segera memakai tali pinggang keledar pada kerusi masing-masing,Alif dan Azryan juga segera memasang tali pinggang keselamatan.
"3..." Alif meletakkan tangannya pada alat kemudi.
"2.…" Azryan pula memeriksa sistem keselamatan dan pertahanan.
"1! BERLEPAS!!" Serentak Alif dan Azryan berkata,mereka mula mengawal kapal melalui kawasan lapang sebagai landasan untuk berlepas.
Sedikit demi sedikit kapal pesawat itu mula terapung di udara,akhirnya terbang tinggi menuju ke langit yang tebal. Luqman,Aminudden serta Aila dan Alia juga Hikari memerhatikan mereka berlepas dari dalam bangunan. Pesawat hitam itu akhirnya bersatu dengan angin,Alif yang sedang mengemudikan kapal menyedari sesuatu pada radar kapal terbang.
"Azryan,ada musuh ke?" soal Alif dan Azryan menekan pada skrin radar,kemudian dia menekan sesuatu dan terpapar imej seseorang.
"Raisyah?" soal Alif.
Raisyah menggunakan jetpack untuk mengejar kapal pesawat milik Alif,dia membuat isyarat untuk masuk ke dalam kapal. Alif hanya menekan butang pintu kargo belakang,pintu kargo terbuka perlahan-lahan.
Raisyah pula segera ke belakang,dia mendarat dengan kemas dan jetpack pula dicampak ke luar. Apabila Raisyah memalingkan ke belakang,dia terkejut apabila hujung bilah lembing sudah dihalakan ke arah mukanya.
"Aurora... Lama tidak berjumpa.." ujar Raisyah menelan air liur,manakala Aurora pula bersama Rachel.
"Siapa perempuan tu Alif?" soal Rafaela sebaik tiba di kokpit,Azryan pula sudah pergi meninggalkan Alif berseorangan.
"Kenalan lama?" ujar Alif tersenyum kelat.
"Apa yang kau nak datang semula?" soal Aurora dengan renungan tajam.
"Bertenang,aku tidak mahu ada apa-apa masalah..." jelas Raisyah.
"Jika kau tidak mahu ada apa-apa masalah,kenapa datang semula? Apa rancangan kau sebenarnya Raisyah?" soal Aurora lagi.
"Aku cuma nak sertai korang semula,itu sahaja.. Aku minta maaf jika sebelum aku tidak berlaku jujur pada korang semua dana aku minta maaf okay?..." kata Raisyah.
"Kata-kata manis,kau fikir aku akan percaya?!" kata Aurora cuba melakukan tindakan,namun Alif bersuara dari speaker yang dipasangkan dalam kapal.
"Nanti Aurora.. Biarkan sahaja...." suara Alif kedengaran,Rachel menghela nafas lega.
"Tapi?..." kata Aurora tidak puas hati.
"Percayakan sahaja saya..." jelas Alif.
Aurora mendiamkan diri sebaik mendengar kata-kata Alif,dia menoleh semula ke arah Raisyah dan lembingnya lenyap bersama cahaya warna keemasan. Lantas Aurora segera beredar,Rachel hanya tersengih sahaja dan mengekorinya. Azryan muncul berselisih dengan Aurora,gadis blonde itu menjeling ke arah Azryan dan terus memandang ke jalan hadapan.
"Azryan..." ujar Raisyah.
"Raisyah..." balas Azryan.
Mereka berbalas pandangan dan Alif mula terasa meluat,melihat keadaan kononnya romantis berbalas renungan. Alif segera mengemudikan kapal mengiring ke tepi,sehingga membuatkan Azryan dan Raisyah hilang keseimbangan lalu terjatuh.
Azryan segera mendakap Raisyah,mengelakkan gadis itu dari terjatuh pada lantai. Suasana menjadi keadaan Azryan terbaring di atas lantai,manakala Raisyah pula baring meniarap di atas badannya.
"Perfect..." kata Alif dan kepalanya ditekan.
"Perfect Alif kata....?" aura menakutkan keluar dari badan ibunya,Rafaela merenung tajam ke arah anaknya.
"Err....." Alif tersedar dari skrin kamera tertutup,bukan sahaja Azryan dan Raisyah tetapi Aurora bersama Rachel terjatuh.
"Mampus aku..." ujar Alif menelan air liur,kepalanya masih ditekan oleh ibunya.
"TENGOK ORANG LAIN YANG ADA DALAM KAPAL NI!!" Rafaela menghayunkan tangannya.
"ARGHH!!! AMPUN IBU!!"
"Autopilot...."
"For give the moment to pilot get smack by his own mother.."
"SHUT UP JAMIE!!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top