CHAPTER 77 : MERLIN THE DARK WIZARD
Luiz dan si pertapa dipanggil Merlin,berbalas pandangan kemudian Merlin sekadar ketawa sahaja. Luiz memandang kiri dan ke kanan,mencari sumber kuasa untuk magis kurungan yang menghalang Merlin.
Dia berjalan sekitar pokok besar itu,dia kehairanan kerana kenapa sekeliling pokok gergasi ini begitu luas dan lapang?
"Merlin..." ujar Luiz.
"Ya?" soal Merlin.
"Kau memang nak keluar dari kurungan ini?"
"Ya mestilah..."
"Jadi harap kau tidak kisah aku lakukan ini..."
"Huh? Apa maksud kau?"
Luiz tanpa banyak bicara terus menghayunkan pedangnya,memotong pokok gergasi tersebut dan Merlin tergamam. Sunyi seketika dan pokok gergasi itu sedikit demi sedikit,mula bergerak ke kiri lalu terus terjatuh hampir menghempap Merlin. Namun sempat Merlin mengelak,kurungan magis mula terbatal.
"Nampaknya menjadi..." ujar Luiz menyimpan semula pedangnya.
"OI KAU NAK BUNUH AKU KE PE?!" Merlin berkata tidak puas hati.
"Huh?"
"JANGAN 'HUH' DENGAN AKU BABI!"
"Aku dah batalkan kurungan kau kan,bukan masalah besar pun kan..."
Merlin menahan geram dan menghela nafas pendek,dia terus menyeluk tangan pada satu bulatan magis. Dia keluarkan jubah berhud,lalu dia sarung tanpa banyak bicara.
"Jadi mana lokasi kita seterusnya?" soal Merlin.
"Cage of Abyss..." ujar Luiz.
"Of course...." kata Merlin tersengih.
Luiz melangkah pergi dan diekori Merlin dari belakang,melalui kawasan lorong gelap dalam makam yang mengurung Merlin. Sebaik dia tiba di luar makam,jalan mereka berdua dihalang oleh Qatariz.
"Yo mr. Dark Knight and mr. Dark Wizard.."
"Siapa kau?" soal Luiz.
"Aku seseorang yang tidak mahukan dunia huru-hara..." jelas Qatariz merenung tajam ke arah mereka.
"Muka kau sama seperti Iskandar,siapa kau?" soal Luiz dengan soalan yang sama.
"Aku Qatariz... Muka sahaja sama,tapi bukan dia.." jelas Qatariz menekap tangan pada tanah.
Luiz dan Merlin terkejut apabila keluar dua bilah pedang timbul dari tanah,Qatariz terus mencabut kedua-dua pedang dan melepaskan gelombang libasan meluru ke arah Luiz serta Merlin.
BOOMM!!!
Ikhwan tersentak dan menoleh kiri ke kanan,tiada apa yang berlaku. Tetapi kenapa dia terasa tidak sedap hati?
"Abang okay?" soalan Alisa,Ikhwan sekadar jawab dengan gelengan kepala.
"Abang ada urusan lain... Kamu tolong uruskan hal di sini,kalau boleh minta tolong Intan dengan yang lain.." ujar Ikhwan segera mencapai kot dan disarung.
Alif yang sedang berada di kawasan halaman bangunan kedutaan,terdengar riuh-rendah dari pintu utama. Ikhwan kelihatan berjalan laju,dia kelihatan bercakap sesuatu dengan wakil kedutaan negara Mentari.
"Aku ada urusan,tidak pasti balik bila.. Pastikan tiada masalah sepanjang aku tidak berada di sini..." ujar Ikhwan.
"Faham tuan...tolong berhati-hati..." ujar wakil kedutaan negara Mentari.
"Jangan risau Vic,kamu jalankan tugasan kamu sahaja..." jelas Ikhwan.
Alif memerhatikan Ikhwan beredar,namun sebelum Ikhwan pergi. Dia menoleh ke arah Alif,mulutnya seperti berkata sesuatu pada Alif. Namun Alif tidak tahu apa yang dikatakan,Aurora yang baru tiba di situ kehairanan dengan Alif sedang termenung.
"Hey!" sapa Aurora cuba menyakat Alif.
"Ha!" Alif terkejut dan menoleh ke belakang.
Suasana menjadi sunyi seketika,tidak lama bunyi tawa Aurora kedengaran. Alif menggigit bawah bibir apabila melihat reaksi Aurora,dia kemudian sekadar menghela nafas pendek.
"Janganlah marah... Saya tak sengaja..." pujuk Aurora dan Alif hanya mendiamkan diri.
Aurora cuba memujuk Alif namun pemuda itu tidak fikirkan langsung pasal itu,hanya terfikir tentang air muka Ikhwan yang serius sebaik beredar. Alif mengusap dagu berfikir sejenak,Azryan yang baru lepas mengambil udara segar ternampak dua orang pasangan kekasih itu.
"Hey...!" Azryan menyapa mereka berdua.
Alif dan Aurora menoleh ke arahnya,Azryan berjalan dan berhenti di hadapan mereka. Azryan menjengah ke belakang Alif,dia mencari siapa yang Alif perhatikan.
"Kau cari siapa?" soal Alif.
"Kau tu semacam je muka? Dah macam monyet tengah tahan berak..." ujar Azryan.
"Nah.. Aku nampak Sixth keluar dengan muka serius,aku risau la..." jelas Alif.
"Kau jangan risau la.. Sixth tu kuat,ribuan musuh datang dia selamba je hembus..." balas Azryan.
"Cakap dengan kau memang tak boleh pakai..." kata Alif terus beredar.
Alif terasa tidak sedap hati dan mengambil keputusan untuk mengekori Ikhwan,Azryan dan Aurora berbalas pandangan. Mereka seperti faham sesuatu,kemudian mengangguk dan terus melompat pergi.
KRAANG!!
Qatariz berbalas lagaan pedang dengan Luiz,Merlin pula sebagai penonton. Dia tahu Luiz tetap ada maruah sebagai pahlawan,Luiz tidak mahu dianggap pengecut jika melawan seorang dengan kuasa dua orang.
ZTANG!!
SREEENNNN!!!
Luiz terkejut kerana tetakan Qatariz berjaya dihalang,namun Qatariz menggeserkan bilah pedangnya terus ke arah tangan Luiz. Pahlawan itu terus menolak Qatariz jauh sedikit daripadanya,dia tahu Qatariz bukan sembarangan pahlawan.
Qatariz memusingkan kedua-dua bilah pedang,lalu terus melepaskan hayunan gelombang libasan memotong ke arah Luiz. Ribuan libasan dihayunkan dengan laju,Luiz pula mengelak dan menangkis.
Qatariz mendecih kemudian membuang pedangnya dan sebaik kedua-dua pedang itu jatuh ke tanah,ia meresap semula ke dalam tanah dan Merlin kagum dengan kejadian tersebut.
"Buang pedang kau? Sudah mahu mengaku kalah ke?" soal Luiz dan Qatariz tersengih.
Sekelip mata Qatariz lenyap dari pandangan mata kasar,Luiz terkejut kemudian dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Qatariz muncul di belakangnya,Luiz menoleh dan sudah terlambat. Namun saat Qatariz ingin menghayunkan penumbuk,harimau berperisai muncul dan melanggarnya sehingga terjatuh sambil terseret.
"Celaka!!" Qatariz kembali bangun dan berhenti dari terus terseret.
"Kau menguji kesabaran aku,anak muda..." ujar Luiz dan menghalakan bilah pedang ke arah Qatariz.
Saat itu muncul ribuan bilah pedang terapung di udara,serta sekeliling kawasan di mana Luiz berada. Qatariz terkejut kerana bilangan pedang tersebut begitu banyak,mustahil untuk dia menangkis kesemuanya.
"Mati..."
Ribuan pedang yang terapung itu meluru ke arah Qatariz dengan laju,Qatariz terus menyeru pedangnya semula dan bersiap sedia. Namun dia tahu tidak mungkin dapat menghadapi semua ribuan pedang tersebut,tetapi tidak bermakna dia akan mengalah macam itu sahaja.
Saat ribuan pedang itu semua meluru ke arahnya,Ikhwan muncul dengan pantas dan Luiz terkejut. Ribuan bulatan magis terhasil di sekeliling dia berdiri,Merlin menelan air liur merasai daya kuasa milik pemuda itu.
"Thousands Flame Shooting Rage..." petikan jari dilakukan dan tembakan api umpama anak panah berlaga dengan ribuan pedang.
Luiz terdiam dan membesarkan anak matanya,dia memandang ke arah Ikhwan semula. Bulatan magis kekal berada di situ,Ikhwan bersiap-sedia membuat gaya ingin memetik jari jika Luiz ingin melancarkan serangan yang sama.
"Marilah,Luiz Morgan..."
"Dua orang yang mempunyai muka yang sama seiras Iskandar... Siapa sebenarnya kamu berdua?!" Luiz berkata geram.
"Nama aku Ikhwan Syah Al'Solleh,aku bukan pengasas negara kami..." jelas Ikhwan.
"Kau buat aku mula menyampah.." ujar Luiz dan aura gelapnya jelas terasa,Merlin melangkah dan menghampiri Luiz.
"Cukup Luiz... Kau tidak akan menang jika dia masuk campur...." jelas Merlin.
"Jangan halang aku..." Luiz mula geram.
"Kalau macam tu,maafkan aku.." kata Merlin tersenyum dan memukul belakang leher Luiz sehingga pengsan.
Ikhwan dan Qatariz terkejut,Merlin mengendong Luiz yang rebah. Pedang dipikul oleh Merlin,dia mengeluh kerana pedang Luiz amat berat.
"Sorry child of Iskandar,we don't want wasted anymore time..." ujar Merlin dan bulatan magis gelap terhasil di bawah kakinya.
"What are your intend to do?" soal Ikhwan.
"Some plan we failed hundred years ago..." ujar Merlin dan lenyap dari pandangan mata kasar.
"Nanti!!" Qatariz berlari ke hadapan namun sudah terlambat.
Merlin hilang bersama Luiz,Qatariz mengetap gigi dan membuang pedangnya. Ini kerana pedangnya hanyalah ciptaan menggunakan alkemis,jadi dia boleh cipta bila-bila masa di mana dia inginkan. Ikhwan hanya mendiamkan diri,dia harus pulang semula ke Mentari.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top