CHAPTER 74 : EXCALIBUR MORGAN


Padang pasir yang tanpa ada penghujung,Luiz dalam keadaan berkerudung berdiri di tengah-tengah padang pasir. Seolah-olah dia tidak merasa panas,kerana tiada sedikit peluh mengalir di mukanya. Jika orang biasa sudah tentu basah lencun,apa yang Dark Knight buat di sini?

Padang pasir yang tiada penghuni,dia sekadar menghela nafas pendek dan meneruskan langkahnya. Letusan berlaku di bawah tapak kakinya,seekor kala jengking gergasi menyerang hendap. Makhluk itu mencari-cari mangsanya tetapi tidak kelihatan,kemudian ia sedar dan menoleh ke arah kiri.

Luiz berdiri tenang memandangnya makhluk itu tanpa melakukan apa-apa,kala jengking gergasi itu hanya mengaum dan terus menyerang menggunakan ekornya yang dipenuhi racun yang berbisa. Namun sebelum sempat mengenai mukanya,harimau berperisai muncul dan menggigit ekor kala jengking gergasi sehingga putus.

Harimau berperisai itu mengaum dan bersiap-sedia menghadapi kala jengking gergasi,Luiz hanya memerhatikan perlawanan di hadapannya dengan senyap tanpa bersuara. Harimau berperisai itu adalah makhluk seruan Luiz,tetapi mengekori Luiz dalam bayang.

"Tigreal,habiskan dengan cepat.." ujar Luiz pada makhluk seruannya yang dipanggil Tigreal itu.

Tigreal tidak membuang masa dan kala jengking itu terus melakukan serangan terlebih dahulu,namun sekelip mata Tigreal sudah berada di belakangnya dan kala jengking gergasi itu ingin melakukan serangan susulan. Namun saat dia cuba menyerang,pengepitnya terputus kemudian disusuli seluruh tubuhnya.

"Bagus Tigreal..." ujar Luiz dan Tigreal kembali masuk ke dalam bayangnya.

Luiz berjalan dengan tenang tanpa menghiraukan apa yang menyerang,kerana Tigreal ada melindungi dia dengan sekelip mata. Akhirnya Luiz berhenti di sebuah makam lama,Luiz memerhatikan makam itu agak lama sebelum ingin melangkah masuk. Tetapi saat dia melangkah masuk,langkahnya terhenti dan menoleh ke arah kanannya.

Tidak jauh dari tempat dia berada,seseorang berkerudung berdiri memerhatikan dia. Tetapi langsung tidak memberi reaksi,hanya renungan dingin di sebalik kerudung lusuh. Luiz hanya membalas renungan dingin orang itu,Luiz kembali memandang ke hadapan dan terus melangkah masuk.

Lelaki berkerudung itu hanya memerhatikan Luiz masuk,tiupan angin di padang pasir semakin kuat da  kerudungnya terselak. Air muka Qatariz kelihatan dan dia lenyap sekelip mata ditelan cahaya,Luiz meneruskan langkahnya dan berhenti di hadapan sebuah pintu besar. Mulutnya terkumat-kamit kemudian menyentuh pintu tersebut,lalu pintu itu terbuka dengan bunyi yang menyeramkan.

Luiz melangkah masuk dan di hadapannya,terdapat patung-patung gergasi yang digayakan berdiri megah. Luiz berjalan menghampiri salah satu patung,Luiz memandang ke bawah pada nama yang tertera.

Luiz Morgan
The Great Swordman in History

"The Great Swordman huh?" Luiz mengusap nama pada papan tanda itu.

Dia mendongak ke atas patung gergasi itu,dia memandang ke arah patung yang lain. Setiap patung itu ada namanya sendiri,namun apa yang menjadi pertanyaan adalah patung pengasas negara Mentari.

Iskandar Syah
Great Ruler

Luiz berjalan ke arah patung yang duduk di atas kerusi itu,kenapa patung Iskandar berada di sini di kawasan luar dari negara Mentari. Luiz hanya memerhatikan sahaja patung itu,dia menoleh ke satu arah di mana terdapat pedang berwarna hitam terpacak di atas batu.

"Excalibur Morgan..." ujar Luiz memerhatikan pedang berwarna hitam gelap keunguan.

Alif dan Aminudden termengah-mengah,Arjuma hanya memusingkan pedangnya. Dia memandang ke arah pemuda tersebut,mereka berdua tidak menandingi kekuatan Arjuma. Malah mod Instinct Alif telah lama lenyap,baru pertama kali menguasai sudah pasti belum sempurna.

"Is that all you got?" soal Arjuma.

"Dia memang ada skill..." ujar Alif.

"Dia bekas 10 Guardian,apa yang kau harapkan?" soal Aminudden.

"Apa kau cakap huh? Kau sendiri pun tak mampu nak sentuh dia!" ujar Alif dan Aminudden timbul urat dahinya.

"Korang nak teruskan ke tidak?" soal Arjuma.

Alif dan Aminudden langsung tidak menjawab,mereka berdua berpandangan kemudian mengangguk. Alif terus menyeru tongkat berwarna emas,dia memanjangkan dan menyerang ke arah Arjuma.

"Hup!" Arjuma melompat dan menangkis serangannya.

Aminudden pula sudah berada di belakang Arjuma dan terus melakukan serangan,Arjuma pula hanya tersengih dan melompat ke belakang Aminudden pula. Aminudden terkejut dan Alif pula menggerak tongkatnya,saat Arjuma ingin menyerang balas dia tersedar sesuatu.

DUSSH!!

Arjuma tercampak ke lain arah,Aminudden terkejut dan menoleh ke arah Alif semula. Alif pula sekadar tersenyum kelat,Aminudden segera menyeru ribuan pedang terapung di udara.

"IGNITION!!" Ribuan pedang itu terus meluru laju ke arah Arjuma.

"This must be hurt..."

BOOMM!!

BOOMM!!

"Is that work?!" soal Aminudden sebaik mendarat di sebelah Alif.

"I don't know..." balas Alif mengangkat bahunya.

"Nampaknya kau silap langkah..." ujar Flare dengan tiba-tiba..

"Kenapa?" soal Aminudden.

"Dia serap kuasa serangan kau..." ujar Alif pula.

Aminudden kembali memandang ke arah Arjuma,dia terkejut apabila pedang milik Arjuma mula bersinar dengan begitu terang. Arjuma mengangkat mukanya sambil tersengih serta memegang kuat hulu pedangnya,Ikhwan pula dari jauh sekadar menghela nafas pendek dan tersenyum.

"DRAGON WING BLADE!!"

ZRASSHH!!

"THIS GONNA BAD!!" Aminudden menjerit.

"OUH... Pasrah..." kata Alif redha.

BRAAM!!

KRASHH!!

Tanah menjadi hancur akibat hentaman libasan daripada Arjuma,Alif dan Aminudden pula terpelanting sempat mengelakkan serangannya. Tiupan angin kencang terhasil,Aminudden pula mencacakkan pedangnya pada tanah dan menangkap tangan Alif.

"Terima kasih..." ujar Alif.

"Kalahkan dia!" ujar Aminudden pula dan menggunakan sekuat tenaga,dia mencampakkan Alif ke arah Arjuma dengan laju.

"Apa?" Arjuma sedikit terkejut dengan tindakan mereka,Alif memegang erat tongkatnya.

"Menarik..." Arjuma berkata sambil tersenyum teruja.

Sebaik sahaja Alif hampir ke arahnya,Arjuma terus melibas namun Alif berpusing melompat ke atasnya. Hujung tongkatnya disentuhkan pada bahu Arjuma dan sekelip mata,Alif memanjangkan tongkat tersebut dan membuatkan Arjuma menjunam ke tanah dengan laju.

KRAANG!!

"CANTEEKK!!" Aminudden bersorak girang.

Sebelum sempat tongkatnya dipendekkan,Arjuma segera menangkap tongkat Alif. Aminudden terkejut manakala Alif pula tersengih,Arjuma segera menghayunkan tongkat itu dan Alif menjunam laju serta mencium tanah.

"Ayark!!" Alif mengeluh kesakitan.

"Alif!!" Aminudden segera membantu Alif yang meniarap tidak bergerak.

Ikhwan yang menyaksikan keadaan itu,hanya tersenyum sahaja dan pada masa yang sama. Luiz Morgan menarik pedang diberi nama Excalibur Morgan,saat ditarik sahaja pedang tersebut. Ikhwan sudah merasai kuasa negatif yang amat kuat,bukan sahaja dia tetapi Ozmandiyas juga tidak ketinggalan.

Luqman yang sedang mengelak serangan daripada Zharief,mengesan kuasa misteri biarpun ia jauh dan memandang ke arah Ikhwan. Dia pasti ayah saudara dia juga dapat kesan daya negatif tersebut,Ikhwan yang sedar tindakan Luqman hanya menggelengkan kepala.

"Oi! Kau nak mengelamun sampai bila?!" Azryan menyentuh bahu Luqman,lantas Azryan menarik Luqman mengelak dari serangan Zharief.

Ka-BOOM!!

"WOO!! Sorry.." ujar Luqman pada Azryan.

"Ada lagi..." Zharief memusingkan pedangnya dan puluhan pedang terapung di sekeliling kawasan dia berdiri.

"Woo!! Dia ada kuasa macam adik kau gak ke?" soal Azryan.

"Manalah aku tahu?!" Luqman mengangkat sebelah keningnya.

Azryan tercengang dan Luqman hanya menggelengkan kepala,Zharief pula hanya tersenyum dan memetik jari. Luqman dan Azryan mengetap gigi,puluhan pedang terapung itu meluncur laju ke arah mereka berdua.

"WOOAHH!!" Azryan melompat manakala Luqman mendecih,Luqman mengelak dengan kepantasan dia.

Zharief hanya tersenyum dan terus menyerang tanpa memberi peluang,Ikhwan yang menyaksikan keadaan itu hanya menghela nafas pendek. Dia pasti yang lain tidak merasakan daya negatif yang muncul dalam masa sedetik,Ikhwan memuji Luiz kerana berjaya memadamkan kewujudannya.

Luiz pada masa yang sama,selepas menarik keluar pedang itu. Dia memberi hormat pada patung Iskandar,kemudian segera beredar meninggalkan makam tersebut. Luiz berjalan menuju ke tengah padang pasir yang sedang dilanda ribut pasir,Qatariz muncul semula di tepi pintu makam.

Dia sekadar memerhatikan Luiz hilang ditelan ribu pasir,dia hanya mendiamkan diri sahaja. Smartphone dikeluarkan dan talian berjalan,kedengaran suara Ikhwan di hujung speaker.

"Bad news brother..."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top