CHAPTER 71 : WELCOME BACK


Pakk!!

Alif menepis tangan Rafaela yang mengusap kepalanya,pandangan Alif amat marah memandang ibunya. Rachel terkejut dengan tindakan anak saudaranya,Aurora juga sama kerana tidak faham kenapa Alif berbuat demikian.

"K-kenapa ni Alif? Ibu kamu tu.." Rachel menyoal.

"Ya saya tak buta,memang dia ibu saya..!" kata Alif dan Rachel mengerutkan dahi.

"Kenapa tepis tangan ibu kamu?"

"Kenapa baru sekarang dia datang?!"

Rafaela tersentak dan tertunduk,Ikhwan segera masuk diiringi oleh Farhan. Alif segera turun dari katil,dia berlari keluar dari bilik melepasi Ikhwan. Farhan hanya mendiamkan diri menoleh ke arah Alif yang melarikan diri,Aurora terkebil-kebil kemudian menoleh ke arah Ikhwan.

Ikhwan hanya mengangguk dan Aurora faham itu tanda Ikhwan menyuruh Aurora pergi mengejar Alif,lantas Aurora segera keluar dan mengejar Alif.

Ikhwan duduk bersilang kaki sambil menyandar pada kusyen,tangannya menongkat pipi kiri dan Alisa pula sedang mengait sesuatu. Rachel menghirup air teh buatan Alisa,Farhan pula menajamkan bilah pedangnya dan mereka berempat memandang ke sebelah.

Rafaela termenung sendirian kemudian mendesah panjang,Ikhwan dan Alisa serta Rachel risaukan keadaannya apabila mengingati apa yang berlaku.

"Mungkin saya tak patut balik..." Rafaela mula bersuara dan mereka berempat menoleh ke arahnya.

"Saya tinggalkan Alif semasa dia baru kehilangan bapanya... Tanpa khabar saya menghilang,saya bukan ibu yang baik..." keluh Rafaela.

"Kakak..." Rachel tidak dapat berkata apa-apa.

"Ya.. Puan bukan ibu yang baik.." selamba Ikhwan berkata,Rachel merenungnya dan Alisa pula hanya menghela nafas pendek.

"Hey Wan!" Farhan segera menyarung semula pedangnya.

Rachel mengetap gigi dan Rafaela menahan tindakan adiknya yang ingin memarahi Ikhwan,Alisa dan Farhan hanya menggelengkan kepala namun Ikhwan menghela nafas panjang.

"Maksud aku kalau puan tidak berikan Alif penjelasan,sampai bila-bila kamu anak-beranak akan seperti ini..." jelas Ikhwan.

"Apa yang kau nak cuba katakan...?" soal Farhan.

"Kita kena letakkan mereka berdua duduk berbincang!" jelas Ikhwan.

"Kau sendiri nampak kan Alif tidak mahu jumpa puan Rafaela...?" soal Farhan.

"Kita tidak perlu lakukan secara lembut..." ujar Ikhwan.

Farhan terkejut dan menyedari maksud Ikhwan,dia menghampiri sepupunya dan menghela nafas pendek. Ikhwan tersenyum selamba dan Farhan terus menghayunkan pedang,Ikhwan segera menahan dengan menekap pedang Farhan pada kedua tapak tangan.

"Ha?!" Rafaela dan Rachel terkejut.

"Haa.... Mereka berdua ni.." Alisa menekup mukanya.

"Oi apahal ni?!" soal Ikhwan.

"Aku tak tahu apa yang kau fikirkan...tetapi aku tidak akan berdiam diri lagi.." ujar Farhan dengan daya bunuh yang kuat.

Semua terkejut dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek,sekelip mata Farhan terpelanting jauh dan Ikhwan pula mengibas tapak tangannya. Manakala saat suasana aman di koridor bangunan,dua orang maid berbual sambil mengangkat pakaian kotor dikejutkan dengan Farhan tembus pada dinding papan itu.

"Kya!!" jerit dua orang maid itu.

"Hello ladies... Don't worry,I'm still alive.."

Ikhwan hanya memandang ke arah Farhan dengan menghela nafas panjang,dia memandang ke arah Rafaela yang terkejut dengan keadaan itu. Pada masa yang sama,Alif duduk di taman belakang bangunan kediaman kedutaan Mentari negara Hawk.

"Alif...." Aurora menegurnya sebaik mendekatinya.

"Aurora..." ujar Alif mendongak sebaik mendengar suara Aurora.

"Awak tahu,duduk sini waktu malam seperti sekarang... Awak boleh demam tahu?" Aurora berkata sambil tersenyum.

Alif hanya diam mendengar kata-kata Aurora,dia tidak tahu apa yang sepatutnya dia lakukan. Apabila mengingati apa yang dia lakukan pada ibunya,hanya buatkan dia menyesal dan tidak tahu kenapa dia boleh bertindak seperti itu.

"Hey,awak tahu saya tidak pernah jumpa ibu dan bapa saya..." ujar Aurora dan Alif menoleh ke arahnya.

"Aurora?" Alif kehairanan dan Aurora mengambil tempat duduk di sebelahnya.

Alif memerhatikan sahaja dan sebaik gadis itu duduk,dia letakkan kepalanya pada bahu kanan Alif kemudian memegang tangan Alif. Suasana sunyi dan bunyi cengkerik menemani mereka,tiada kata-kata dan mereka hanya mendiamkan diri.

"Saya tak sangka ibu saya akan muncul macam tu..." ujar Alif.

"Ya,saya pun tak sangka... Awak terkejut?" soal Aurora.

"Sudah tentu...dan saya menyesal sebab lakukan ibu saya seperti itu..." jelas Alif menundukkan kepala.

"Saya faham perasaan awak,marah dan rindu dalam masa yang sama.. Bukan?" ujar Aurora dan kepala kekal di bahu Alif.

"Tetapi ada baiknya awak dengar penjelasan ibu awak,bukan lakukan perkara seperti tadi.." Aurora memberi nasihat dan Alif hanya diam tanpa ada sepatah kata-kata.

Aurora dan Alif menyedari bunyi tapak kaki,mereka berdua menoleh ke arah bunyi tersebut. Rafaela dan Rachel berdiri tidak jauh daripada mereka,Ikhwan dan Farhan hanya memerhatikan dari jauh.

"Okay ke kalau biarkan?" soal Farhan.

"Mestilah..." balas Ikhwan.

"Gerak hati lagi ke apa?"

"Siapa tahu?"

Rafaela hanya berdiri dan merapatkan mulut,Rachel pula sekadar menghela nafas pendek. Dia menolak kakaknya ke hadapan,Aurora pula lantas bangun dan menarik tangan Alif dengan lembut.

"Aurora?" Alif terkejut.

"Pergilah..." balas Aurora tersenyum.

Alif hanya menarik nafas panjang,kemudian dihelakan sambil melangkah ke hadapan. Rafaela terasa berdebar-debar namun dia harus mara ke hadapan,dia hutang penjelasan dengan anak lelakinya. Tanpa sedar mereka sudah berhadapan di antara satu sama lain,Rachel dan Aurora hanya tersenyum memerhatikan mereka. Alif hanya memandang ibunya tanpa berkelip,Rafaela pula mampu tersenyum kelat.

"B-bagaimana kehidupan kamu?" soal Rafaela gugup.

"Baik tiada masalah,saya ada rakan-rakan yang boleh diharapkan..." jawab Alif dengan tenang dan Rafaela tahu,Alif masih marah kepadanya.

"B-baguslah...ib-saya lega kamu dapat jalankan kehidupan normal..." ujar Rafaela.

"Normal?" soal Alif nadanya berubah.

"Erk...err..." Rafaela terkejut dengan itu.

"Ibu kata normal? NORMAL?!" Alif mula meninggikan suaranya,Rafaela menelan air liur dan yang lain terkejut.

"Biarkan dulu..." ujar Ikhwan sebaik sedar Farhan ingin melangkah ke arah anak beranak itu.

"14 tahun saya hidup tanpa ibu dan ayah,dan tiba-tiba ibu muncul kata 'kehidupan normal'? Saya hidup sendirian tanpa ada sesiapa pun bantu.. BAGAIMANA IBU BOLEH CAKAP SAYA HIDUP NORMAL?!!" Alif meluahkan perasaannya,Rafaela terdiam dan menundukkan mukanya.

"Pandang muka Alif ibu,LOOK AT THE PERSON YOU LEFT FOR A YEARS!!" luah Alif sekali lagi dan sebaik Rafaela mengangkat mukanya,dia terkejut kerana melihat Alif menangis mengalirkan air matanya.

"Kenapa...." Alif berkata lagi.

"A-Alif?" Rafaela menelan air liur melihat keadaan anaknya.

"Kenapa ibu tinggalkan Alif berbelas tahun? Kenapa?..." ujar Alif mengesat air matanya,Rafaela tidak mampu berkata apa-apa.

"Alif betul-betul rindukan ibu..." sebaik kata-kata itu diluahkan,Rafaela terus menerpa ke arah Alif dan memeluknya dengan erat.

"Maafkan ibu... Maafkan ibu...!" Rafaela turut menangis.

Alif pada mulanya sudah berhenti menangis,terus membalas pelukan ibunya dan kembali menangis. Namun ia adalah tangisan kegembiraan,kerana ibunya telah pulang kepadanya. Aurora tersenyum dan mengesatkan air matanya,Rachel sekadar beredar dari situ. Ikhwan dan Farhan pula turut beredar sama,Azryan yang menyaksikan dari jauh sekadar tersengih.





RAFAELA AL'ARAM

Alright guys

Sorry kalau lambat

Ini yang terbaik aku mampu bagi,sebab mood menulis memang terbang entah ke mana

Idea memang ada

Tapi feel nak mengarang,memang tak ada..

Jadi ini jelah..

Cukup setakat ini

Tolong vote dan komen

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top