CHAPTER 69 : AWAKENING

OZMANDIYAS muncul di hadapan Alif,dia hanya tersenyum selamba dan pada masa yang sama Aurora menyedari kehadirannya. Dia segera bangun namun dihalang oleh Aminudden,dia terkejut dengan tindakan putera api tersebut.

"Sorry I can't let you go.." kata Ikhwan yang muncul bersama Rachel ketika itu.

"Ozmandiyas is out there,and his target is Alif.. He is in danger!" jelas Aurora.

"That's why I can't let you go..." jelas Ikhwan.

"Putera Ikhwan..." Aurora tidak dapat mengagak apa yang difikirkan oleh Ikhwan.

Ikhwan hanya memandang ke satu arah,mungkin tempat di mana Alif sedang berhadapan dengan Ozmandiyas. Alif pula hanya mengeluarkan sebiji kapsul,Ozmandiyas tersengih teruja dan Alif mengunyah kapsul tersebut. Tenaga dan Joule Point milik Alif kembali pulih,Ozmandiyas sekadar tersenyum sinis.

"Apa yang kau nak ha?" soal Alif.

"Di mana Aurora?" soal Ozmandiyas.

"Why do you ask?" Alif merenungnya dengan tajam.

"Isn't obvious? Return her to me..." jelas Ozmandiyas.

"And obviously I will refuse..."

"Nampaknya kau agak berani budak..."

Alif hanya mendesah dan menarik badan ke belakang,Ozmandiyas mengeluarkan tangannya yang diseluk ke dalam poket seluar. Sekelip mata mereka berlaga senjata,milik Ozmandiyas adalah jenis seperti pisau yang pendek. Percikan api terhasil sebaik mereka berlaga senjata,renungan mata mereka bertembung.

"Kau tak patut ambil hak orang lain..." ujar Ozmandiyas masih selamba.

"Dia bukan barang untuk dikatakan hak orang lain..." bidas Alif.

TANG!!

PRAKK!!

KRAAKK!!

"Boleh tahan,tak hairan Basil kalah..." ujar Ozmandiyas sebaik mereka berpisah menjarakkan diri masing-masing.

"Apa tujuan kau sebenarnya?!" soal Alif dan meluru ke arah Ozmandiyas dengan laju.

Sekali lagi mereka bertembung dan Ozmandiyas hanya menangkis dengan senyuman sinis,tongkat dan pisau pendek berlaga dengan deras. Alif mengetap gigi dan menguis tangan Ozmandiyas,dan lelaki berambut panjang itu tersentak apabila tubuhnya mengiring ke kanan. Saat itu Alif segera menghayunkan penumbuk,Ozmandiyas terus menahan dengan pantas. Alif terkedu melihat reaksi pantas lawannya,dia mendecih dan Ozmandiyas tersenyum.

"Boleh tahan..."

Ozmandiyas menarik penumbuk Alif yang dia cengkam ketika itu,kemudian dia hadiahkan hantukan kepala tepat pada dahi Alif. Namun gerakan Ozmandiyas belum berhenti di situ,perut Alif pula dia henjut sebuku penumbuk. Alif mengembungkan pipinya menahan kesakitan,dia dihempas ke tanah sehingga hancur permukaan bumi.

"ARGH..!!" Alif menjerit kesakitan.

"Sing for me..." selesai berkata Ozmandiyas segera memberi serangan kombo.

DUSH!

PAKK!!

KRASSHH!!

DUUUSSH..!!

Muka..

Perut..

Dagu...

Semua bahagian tubuh Alif dipukul berterusan,Aurora mula terasa Alif dikerjakan oleh Ozmandiyas dengan teruk. Aurora cuba bangkit untuk meluru keluar bagi membantu Alif,namun Alisa lebih pantas membekukan kakinya.

"Puan!" Aurora memandang ke arah Alisa.

"Maaf,saya tak boleh benarkan awak pergi.." jelas Ikhwan.

"Seseorang yang saya sayang akan mati!" Aurora berkata cemas.

"Kalau kamu ke sana memberi bantuan,semuanya akan berakhir dengan kamu menyerah diri pada ketua Skull Wing..." kata-kata Ikhwan membuatkan Aurora tersentak.

"Tapi Alif...." Aurora menundukkan kepalanya.

"Buat masa ini,percayakan sahaja Alif..." Azryan muncul sambil mencelah.

"Ryan?" Aurora terkejut dengan kata-kata Azryan.

"Azryan Al'Hafez..." kata Ikhwan menoleh ke arah lelaki berambut putih berpacak.

"Alif lebih kuat dari yang awak sangka..." jelas Azryan tersengih dan Aurora tidak mengerti.

Alif yang diasak teruk oleh Ozmandiyas,mukanya bergerak ke kiri dan ke kanan. Pandangannya mula semakin kabur,Ozmandiyas mengepalkan penumbuk dan sedas henjutan tinju yang kuat mengenai muka Alif lalu terpelanting merempuh pokok berhampiran.

Alif muntah darah sebaik merempuh pokok tersebut,dia terduduk di pokok besar itu yang tumbang akibat rempuhan sebentar tadi. Mukanya menunduk ke bawah tanah,Alif terus diam kaku tidak berkata apa-apa. Ozmandiyas mendarat di hadapannya,sambil memandang ke bawah dengan wajah menakutkan.

"Ini je ke kuasa kau,aku ingatkan lebih dari semua tu.." kata Ozmandiyas dan Alif kekal diam.

"Ada ayat terakhir?" soal Ozmandiyas mengepalkan penumbuk,aura cahaya berkilau keperakan. Ozmandiyas hanya memerhatikan Alif yang terduduk menyandar belakang pokok,sambil mukanya memandang ke bawah dan Ozmandiyas siap sedia untuk melancarkan serangan.

"Kau lemah..aku kecewa..." Ozmandiyas terus menghayunkan penumbuk ke arah Alif.

Adakah ini penamat untuk aku?

Pada masa yang sama Alif ketika itu,berada di tengah-tengah kegelapan. Tiada satu pun cahaya yang mampu kelihatan,Alif yang mendiamkan diri dan bunyi tapak kaki berjalan ke arahnya dari belakang. Alif hanya menoleh dengan pandangan kosong,namun dia terkedu apabila memandang individu tersebut dan dia seorang wanita.

"Bangun Alif..." ujar wanita itu.

Mata Alif terbuka luas dan saat penumbuk Ozmandiyas hampir ke mukanya,cahaya keemasan bersinar dari tubuh Alif dan sebuku penumbuk mengenai muka Ozmandiyas dengan deras. Tumbukan itu membuatkan Ozmandiyas tercampak ke belakang,terseret dan berhenti kemudian memandang ke hadapan.

"Apa?" Ozmandiyas bagai tidak percaya,pipinya calar sedikit dan memandang ke arah Alif.

Alif dalam keadaan berdiri diselubungi cahaya keemasan,matanya bersinar keemasan dan tidak kelihatan anak matanya. Rambutnya berubah keemasan dan kedua penumbuk dilagakan,Ozmandiyas hanya mendecih dan sekelip mata Alif sudah berada di belakangnya.

"Apa?" Ozmandiyas terkejut dan saat itu Alif menghayunkan penumbuknya.

Ozmandiyas mengelak dan cuba menyerang balas,tetapi sekelip mata dia terpelanting sekali lagi. Alif kembali berdiri tegak sebaik dapat memberi tumbukan pada Ozmandiyas,aura keemasan kekal menyelubungi seluruh tubuh Alif.

"Pantas...." ujar Ozmandiyas dan Alif sekali bergerak sepantas cahaya kemudian sudah berada di hadapan Ozmandiyas.

"Sekali lagi?"

Ozmandiyas terkejut sekali lagi dan Alif menghayunkan penumbuk,Ozmandiyas segera mengelak dan akibat hasil tekanan darj tumbukan mengakibatkan tanah merekah dengan teruk. Ozmandiyas tergamam dan bergerak menjarakkan diri beberapa langkah,namun Alif dengan mudah mengikut langkahnya.

"Tak mungk-urgh...!!" sebuku penumbuk tepat mengenai perut Ozmandiyas.

Ozmandiyas memegang perutnya sehingga berundur beberapa tapak ke belakang,dia mengetap gigi sambil mendongak dan terkedu apabila Alif sudah siap-sedia melancarkan serangan seterusnya.

DUUUSSH..!!!

KRAANG!!!

PRAKK..!!!

Giliran Ozmandiyas pula merasai kesakitan,Alif kekal menyerang tanpa henti dari perut ke atas muka. Alif menujah tinju beribu kali,ternyata Alif bagaikan bergerak tanpa berfikir. Seakan menggunakan gerak hati sahaja,Ozmandiyas tidak henti dihujani tumbukan berulang-kali. Alif menghalakan tangan ke hadapan,muncul puluhan tiang dari tanah menyekat gerakan Ozmandiyas.

"Apa?! Aku tak boleh gerak!!" Ozmandiyas meronta-ronta untuk lepaskan diri,Alif sudah berada di hadapannya dengan gaya menghalakan tapak tangannya ke arah kawasan ulu hati Ozmandiyas.

Seolah-olah masa menjadi perlahan,Alif mengepalkan penumbuk seiring memberi tumbukan. Ozmandiyas ternganga dan tekanan melepasi belakang tubuhnya,seluruh badannya menerima kesakitan dan puluhan tongkat yang mengikatnya hancur.

"Haa...!! T-tak guna! Grrr...." Ozmandiyas melutut kerana badannya tidak mampu bergerak,dia terus lenyap dari pandangan.

Alif yang mulanya dalam keadaan diselubungi cahaya keemasan,kembali menjadi normal dan dia terus rebah ke tanah. Seseorang muncul sambil memerhatikannya,seorang wanita dan dia melutut untuk melihat wajah Alif dengan lebih dekat. Wajah Alif diusap dengan lembut,begitu juga rambut merahnya.

"Masa untuk bangkitkan kuasa itu sudah tiba..."


























Watak baru?

Jeng jeng jeng!

Okay guys ini update terbaru,maaflah jika hambar..

Mood memang ke laut.

Jumpa di lain chapter

Ciao

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top