CHAPTER 68 : SUDDENLY APPROACH
Letusan dari gegaran yang dihasilkan oleh serangan Qatariz dan Wild Gunz berjaya melarikan diri biarpun dalam keadaan cedera teruk,Alif tersentak lalu menoleh ke satu dan entah kenapa dia seakan merasai kuasa yang amat kuat. Aurora hanya kehairanan dengan tindak-tanduk Alif ketika itu,apa yang diperhatikan oleh Alif?
"Maafkan saya..." Seseorang menegur mereka,Alif dan Aurora menoleh kemudian terkejut.
Ikhwan pula hanya memejamkan mata apabila skrin magis lenyap tanda visi terpadam akibat kuasa daripada serangan Qatariz,kuasa milik Qatariz hampir sama sepertinya jika tanpa kuasa Eternal Emperor.
"Dia mempunyai kuasa yang lebih kurang dengan kau juga ya...?" soal Z muncul di sebelah Ikhwan dengan tiba-tiba,Alisa menoleh ke arahnya.
"Kau ni muncul tiba-tiba ni pehal? Tak tahu ikut pintu masuk ke?" Ikhwan bertanya sambil merenung Z.
"Relax la bro,aku dah masuk ikut pintu masuk la ni..kau je tak dengar aku ketuk pintu.." jelas Z tersengih.
"Orang macam kau apa tahu ketuk pintu?" soal Ikhwan mengangkat sebelah kening.
"Woo... Kau punya ayat,boleh buat orang marah..." kata Z tersengih.
"Apa-apa sajalah,kau ada apa datang ni?" soal Ikhwan menongkat sebelah kiri pipinya.
"Cuma datang nak jumpa kawan lama..." jelas Z.
Ikhwan hanya mengangguk sahaja,kemudian dia segera bangun dari kerusi. Melangkah ke arah pintu biliknya,Alisa menyusul dari belakang. Z turut berbuat demikian,sebaik pintu dikuak Recca dan Felicia berada di hadapannya.
"Recca? Felicia? Apa yang kamu buat di depan bilik saya?" soal Ikhwan.
"Putera Aminudden datang tuan..." jelas Recca dan Ikhwan menoleh ke arah kiri,Aminudden berdiri tidak jauh daripada dia berada manakala Alif serta Aurora turut bersamanya.
"Aminudden?" soal Alisa.
"Uncle,nampaknya apa yang dikatakan uncle memang benar... Luiz Morgan muncul di satu tempat,sebuah pulau yang menempatkan makam lama..." jelas Aminudden.
"Luiz Morgan?" Z sedikit terkejut.
"Ya... Dia dihidupkan,sekarang ni tengah dalam pemerhatian..." jelas Ikhwan.
"Siapa yang lakukan?" soal Z dengan riak wajah yang serius.
"Seseorang bernama Ozmandiyas,dia adalah ketua organisasi... Dia katakan nak bersihkan makhluk di muka bumi untuk selamatkan dunia..." jelas Ikhwan dan Z hanya menyilangkan tangan pada dada.
"Seorang yang pendek akal muncul... Haih,sorang mati sorang lagi muncul... Apa kena dengan dunia sekarang ni?" Z berkata merungut.
"Sebab itu kita diberikan kuasa supaya menyelesaikan masalah ni.." ujar Ikhwan.
"Uncle.." sapa Aminudden.
"Kamu berseorangan je ke?" soal Ikhwan.
"Ya.. Hikari saya telah hantar pulang ke Mentari,uncle Qatariz pula tengah melakukan penyiasatan dengan aunt Mirana..." jelas Aminudden.
"Rachel pula? Auntie aku?" soal Alif dan Aminudden menoleh ke arahnya.
"Dia ada,kejap lagi sampai.." jelas Aminudden tersenyum.
"Miss auntie eh..." Rachel muncul dengan mengejut lalu memeluk Alif dari belakang.
"Ah auntie! Of course I miss you..." ujar Alif tersengih.
"Spoiled boy!" ujar Rachel menarik hidung Alif.
"So Rachel,how's going with that boy?" soal Ikhwan dan Rachel berubah serius air mukanya.
"Nothing going well,he still refuse to cooperate..." jelas Rachel dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek,dia menoleh ke arah Aminudden.
"Uncle?" soal Aminudden kehairanan.
"Am,panggil Alia dan uncle akan hubungi auntie Nurul mengenai cuti dia... Hikari pun sama kamu ambil mereka berdua..." jelas Ikhwan dan Aminudden terkejut kemudian tersenyum,Alif tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Ikhwan.
"Luqman mana?" soal Ikhwan menoleh ke arah Recca,Felicia menyedari sesuatu dari arah tempat yang jauh.
Luqman kelihatan dalam visi Felicia,sedang berdiri tegak di satu tempat sambil menumpukan auranya.
"Putera muda Luqman tengah berlatih..." Felicia yang mendiamkan diri,mencelah serta memberi jawapan.
"Baiklah..Recca hubungi ibu pejabat tentera Mentari,arahkan leftenan Alif Nazemi datang ke sini untuk bantuan..." arah Ikhwan dan Aminudden terkejut dengan arahan Ikhwan.
"Kenapa Am?" soal Ikhwan.
"Uncle sure nak letak orang itu sepasukan dengan kita?" soal Aminudden pula.
"Maksud kamu?"
"Dia dengan abang tidak sepakat..."
"That's his problem.. Not me..."
"Yes uncle..."
Alif hanya sekadar menjadi penonton,dia dan Aurora tidak tahu apa yang sedang berlaku. Alif kemudian menghela nafas pendek,dia segera beredar dari situ disusuli oleh Aurora. Ikhwan sekadar menjeling dan menoleh ke arah Aminudden serta yang lain,Alisa pula hanya kekal membisu.
"Alisa?" soal Ikhwan.
"Yeah?" Alisa menjawab memandang suaminya.
"Something bothering you?"
"No...it's just..."
"Just what?" soal Ikhwan ingin tahu.
"It's Luqman,something different about him..." jelas Alisa.
Ikhwan tidak berkata apa-apa kemudian hanya memandang ke satu arah,Alisa kehairanan dengan cara suaminya memberi reaksi. Aminudden hanya berpandangan dengan Hikari,Recca sekadar memeluk tubuh dan Felicia hanya memerhatikan Ikhwan sahaja. Rachel pula hanya beredar,Alif dan Aurora mengekorinya kemudian Ikhwan menoleh semula ke arah Alisa sambil memberikan senyuman.
"It's okay.. That boy still can be control..."
💠💠💠💠💠
Alif berdiri di tengah-tengah kawasan tanah lapang,dia memejamkan matanya dan nafas dihembus mengikut aturan yang kemas. Dia terfikirkan mengenai kata-kata Ikhwan,Alif tertanya kenapa bapa saudara berkata mengenai anak saudara sendiri seperti itu.
"It's okay.. That boy still can be control.."
"Apa maksudnya dia kata macam tu?" soal Alif.
Dia menghela nafas sekali lagi kemudian nafas ditarik dalam-dalam,aura keemasan mula muncul dan menyelubungi tubuhnya. Tongkat diangkat melintang ke hadapan,sedikit demi sedikit rambut merahnya berubah menjadi keemasan. Matanya yang dipejam tadi,dibuka kelopaknya dan dia menghembuskan nafas serentak melancarkan serangan.
KRAANG..!!
BRAAM..!!
Impak hasil dari hayunan tongkatnya,mengakibatkan rekahan tanah yang teruk. Tidak lama lepas itu dalam masa seminit,Alif melutut dan rambutnya berubah semula kepada merah. Nafasnya mengah dan berpeluh-peluh,bawah bibir digigit dan wajahnya jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati.
"Lenyap selepas lancarkan serangan seperti ini? Memang teruk... Ha..." rungut Alif.
"Kau sepatutnya kena rajin berlatih,bukan merayau sana-sini..." Wukong menegur.
"Beritahu aku Wukong,kenapa aku tidak dapat kuasai kuasa ni? Di mana kekurangannya?" soal Alif.
"Mana aku tahu? Ia bukan kuasa aku.." jelas Wukong.
"Kau memang tak boleh diharap,dari mula chapter cerita ni..kau hanya membebel sahaja..." bidas Alif.
"Aku hanya menegur,jika kau tidak terima.. Senang sahaja,berlatih..." jelas Wukong dan Alif hanya mendecih sahaja.
"Kau adalah dari Puak Chyrous yang semakin dilupai oleh sejarah...kau membawa DNA ibu kau.. Rafaela Al'Aram adalah Survival of Chyrous Clan.." ujar Wukong dengan panjang,Alif hanya diam sahaja tidak bersuara namun renungan menyembunyikan seribu rahsia.
Alif dan Wukong hanya berpandangan antara satu sama lain dalam dimensi Alif sendiri,mereka terus berbalas renungan tanpa bersuara. Apakah maksud Wukong sebenarnya,bunyi ranting patah kedengaran. Alif segera menoleh dan kembali ke dunia sebenar,Ozmandiyas muncul di hadapannya dan Alif tergamam.
"Hello Monkey boy..." sapa Ozmandiyas tersenyum seribu satu muslihat.
"Leader of the Skull Wing...." ujar Alif mengetap gigi.
I'm back guys!
Miss me?
Not?
Never mind..
Please stay for the next update!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top