CHAPTER 67 : QATARIZ VS WILD GUNZ
"Terima kasih atas pertolongan kamu,Ikhwan Syah Al'Solleh.." ujar Elliot menundukkan kepala tanda hormat,Rizqie turut sama berbuat demikian.
Raisyah dimasukkan ke dalam kenderaan seperti ambulance,disusuli oleh beberapa kakitangan medic sambil diperhatikan oleh Alif dan Aurora. Azryan pula hanya memerhatikan sahaja,dia mengepalkan penumbuk kerana tidak tahu apa yang dilalui gadis tersebut.
"Tolong angkat kepala kamu,saya cuma membantu apa yang perlu..." jelas Ikhwan.
"Kalau begitu... Saya minta diri..." Elliot berkata sambil tersenyum.
Kenderaan itu berada sambil diperhatikan oleh Alif,Ikhwan hanya melangkah menghampiri Alif dan berhenti di sebelahnya. Alisa hanya mendiamkan diri dan melangkah masuk ke dalam bangunan kedutaan,disusuli oleh Luqman dan Aila dari belakang.
"Siapakah Luiz?" soal Alif dan Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Luiz?" Ikhwan kehairanan.
"Dia kata dari dark era...500 tahun yang lalu?" duga Alif dan Ikhwan sedikit terkejut.
"Luiz yang kamu tanyakan ni,mungkin Luiz Morgan salah satu 10 pahlawan kegelapan kalau tak silap dia berkhidmat di bawah salah seorang 5 Dark Lord..." jelas Ikhwan.
"Maknanya dia amat kuat!?" soal Alif lagi.
"Kenapa kamu tanya? Dia sepatutnya sudah mati..." jelas Ikhwan.
"Ada orang yang seru dia semula..." satu suara menegur dan Ikhwan serta Alif menoleh serentak,Z muncul dari pintu portal.
"Z.." Ikhwan terkejut malah air muka Z yang serius adalah amat jarang.
"Apa yang kau ingin katakan?" soal Ikhwan.
"Luiz Morgan,aku dapat rasakan kemungkinan dia akan hidupkan semula rakan seperjuangannya yang lain.." jelas Z dan Alif terkejut manakala Ikhwan masih tenang.
"Jika dia.. Aku boleh agak..." ujar Ikhwan.
"Luiz Morgan bukan sembarangan pahlawan Ikhwan,dia mampu menghancurkan sebuah negara hanya dengan sebelah tangan sahaja.." jelas Z.
"Aku tahu sebab itu aku minta seseorang perhatikan dia.." jelas Ikhwan.
"Bagaimana dengan Skull Wing?" soal Z.
"Itu kau tak perlu risau... Z kau kena pastikan dia tak terlepas dari kurungan itu.." ujar Ikhwan dan Z mengerutkan dahinya,Alif juga kehairanan.
"Apa maksud kau?" soal Z.
"Kau sepatutnya lebih tahu dari aku,jika dia terlepas bukan setakat dunia.. Tetapi seluruh dimensi lain akan dimusnahkan.." Ikhwan berkata dengan nada yang serius.
"Hal Luiz Morgan,aku boleh uruskan... Tetapi hal dia jangan ambil mudah..." kata Ikhwan lagi.
Z tidak berkata apa-apa lagi dan dia menyeru semula portal teleportasi,kemudian dia melangkah masuk ke portal itu. Sebelum portal itu lenyap,Z sempat berkata sesuatu dan hanya Ikhwan sahaja yang mampu mendengarnya.
"Apa yang dia katakan tuan?" soal Alif.
"Kamu tak perlu tahu.." ujar Ikhwan dan melangkah pergi meninggalkan Alif sendirian.
Alif memerhatikan Ikhwan beredar pergi,dia mula syak sesuatu yang kurang elok. Entah kenapa Alif ingin tahu siapakah 'dia' yang dimaksudkan oleh Ikhwan sebentar tadi,Alif segera berlari menuju ke arah bangunan kedutaan menyusul Ikhwan.
Luiz Morgan mendarat di atas bangunan pencakar langit,namun disebabkan kecederaannya membuatkan dia terjatuh berguling beberapa kali sebelum terbaring melihat ke atas langit. Dia bangun dan bersila sambil menghela nafas pendek,Luiz terdengar bunyi bising di bawah.
Dia berjalan ke tebing bangunan dan melihat ke bawah,melihat kemajuan dan teknologi yang ada membuatkan dia terkejut. Luiz hanya memerhatikan aktiviti orang awam,sambil itu dia mengubahkan penampilannya. Akhirnya kini dia tidak ubah seperti orang moden zaman sekarang,dia harus bergerak mengikut arus zaman.
"Aku harus lakukan penyiasatan..." ujar Luiz dan lenyap dimamah pusaran angin.
Selang beberapa minit kemudian Meteora muncul mendarat di situ,kerudungnya diturunkan sambil meninjau sekitar kawasan. Meteora mendecih kemudian menghubungi Ozmandiyas,ternyata mereka mencari Luiz.
"Bagaimana?" soal Ozmandiyas dalam talian.
"Aku tak dapat cari dia.." jawab Meteora mengeluh.
"Begitu..."
"Maaf Oz..."
"Tidak apa,kau boleh pulang semula ke markas.." ujar Ozmandiyas.
"Baiklah Oz..." balas Meteora dan terus beredar,namun tanpa disedari seseorang memerhatikan dia dari bangun sebelah.
Sebaik talian diputuskan Ozmandiyas menyandar pada kerusi,maklumat lengkap mengenai Luiz Morgan tertera pada skin besar di hadapannya. Dia menongkat pipinya dan menghela nafas pendek,di mana Luiz pergi bersembunyi?
"Nampaknya dia lebih cepat bertindak.." ujar Ozmandiyas sendirian.
Qatariz pula berdiri di dahan pokok,dia memerhatikan keadaan sebuah markas misteri. Qatariz berseorangan atas arahan Ikhwan,iaitu solo kerana Ikhwan memberi kebenaran untuk all out. Markas itu adalah salah satu cawangan Skull Wing di hutan simpan,Qatariz memerhatikan keadaan markas itu.
Qatariz menyedari ada serangan hendap,lantas dia mengelak dengan melompat dari dahan besar itu. Pokok besar itu hancur sehingga tumbang,Qatariz memandang ke satu arah dan Wild Gunz kelihatan mengacukan pistol.
BAM!!
BAM!!
"Oups!!" Qatariz menepis setiap peluru yang ditujukan ke arahnya.
"Hup!! Safe..." Qatariz mendarat tidak jauh di hadapan Wild Gunz,dia dikepung dengan tiba-tiba oleh pengikut Skull Wing.
"Alamak,kantoi sudah..." ujar Qatariz tersenyum kelat.
"Lebih baik kau menyerah.." Wild Gunz memberikan arahan dan pistolnya diacukan sekali lagi.
"Cubalah,kalau kau mampu.." Qatariz berkata yakin.
"Tangkap dia..." arah Wild Gunz pada pengikut Skull Wing.
Semua pengikut yang mengepung Qatariz,segera meluru ke arahnya dengan laju. Namun sedikit pun Qatariz tidak gentar,api merah darahnya membara dan Wild Gunz terkejut.
"Red blood fire?"
"BLOOD WING SLASH!!"
ZRASSHH!!
Qatariz melibaskan serangan secara berpusing umpama taufan,pengikut Skull Wing kesemuanya hangus dibakar dan terpelanting jauh. Wild Gunz pula hanya mendecih melihat keadaan itu,dia menarik sepucuk lagi pistolnya. Wild Gunz menembak dua das,Qatariz menahan namun sebaik dia tahan dengan segera letupan dahsyat berlaku menyebabkan Qatariz tercampak ke belakang.
"Hoho... Dah masuk boss battle pulak ke?" ujar Qatariz tersengih kagum melihat pergelangan tangannya yang berasap.
"Aku akan buat kau menyesal kerana datang ke sini..." ujar Wild Gunz pula mengacukan pistolnya,mukanya kekal dengan gaya bersahaja.
"Hehe! Aku nak tengok kau mampu buat ke tidak?"
"Jangan cabar aku..!!"
"Marilah!!" Qatariz meluru ke arahnya dengan laju.
"Devil Bullet!!"
"Dragon Rush!!"
BRAAM!!
KLONG!!
KA--BOOMM!!!
Qatariz berundur ke belakang sambil tersengih,Wild Gunz mendecih dan membuang cerut di mulutnya. Pistolnya dirapatkan kedua-duanya,menghasilkan kilat berarus dan Qatariz hanya mengangkat sebelah kiri keningnya menunggu serangan Wild Gunz.
"ATOMIC BLAST!"
TUSSH!!
ZROORROOMMM!!!!
Serangan seperti meriam laser meluncur laju di udara menuju ke arah Qatariz,dia mula tersengih dan ketawa teruja melihat kuasa yang luar biasa sedang menuju ke arahnya.
"HAHAHA..!! MENARIK!!" Qatariz melagakan kedua penumbuknya,api merah terhasil marak.
"OREAHH!!!"
KZZOOOMMMM!!!
Qatariz menahan dengan sebelah tangan,air mukanya tersengih ternyata dia sedang teruja. Ikhwan yang sedang menyaksikan keadaan itu dari biliknya,menggunakan magis pemerhati hanya menekup muka kerana reaksi wajah Qatariz itu.
"Aku tak boleh nak kata apa..." ujar Ikhwan dan Alisa yang turut bersama hanya mampu menahan ketawa.
"Apa?" soal Ikhwan bengang dan isterinya hanya menggelengkan kepala sahaja.
Serangan umpama meriam laser itu,Qatariz menahan dengan mudah dan dia hanya menghela nafas pendek. Qatariz menghancurkan dengan mengepalkan tangannya,cahaya serangan laser terus terpadam dengan sekelip mata.
"D-dia...tahan hanya sebelah tangan?!" soal Wild Gunz tergamam,suasana sunyi seketika dan Qatariz menurunkan tangannya.
"Sedia untuk pusingan kedua koboiman?" soal Qatariz melagakan penumbuknya,Wild Gunz menggigit bawah bibir geram.
"Ha? Jangan cakap serangan tadi adalah serangan penamat kau?!" soal Qatariz kemudian Wild Gunz tersentak,Qatariz pula tersengih kemudian ketawa dengan kuat.
"SIAL KAU!!" Wild Gunz menarik senapangnya yang disangkut pada belakang badan.
Qatariz hanya memerhatikan sahaja dan ribuan bulatan kecil magis,muncul di belakang Wild Gunz dan setiap bulatan keluar selaras senapang yang serupa pada pegangan Wild Gunz. Qatariz pula tersengih dan menyengetkan kepala ke sebelah kanan,Wild Gunz mengacukan senapangnya.
"IGNITION!! THOUSANDS BULLETT!!"
TUSSH!!
TUSSH!!
TUSSH!!
KRAANG!!
BRAAM..!!!
Letusan dari ledakan tembakan tanpa henti oleh Wild Gunz,dia tersenyum puas dan yakin Qatariz telah mati dengan serangannya. Sebaik selesai melancarkan tembakan,dia segera beredar dengan tersenyum sinis.
"Oi..kau ingat serangan tu mampu tumpaskan aku?...." suara Qatariz kedengaran dan langkah Wild Gunz terus terhenti,dia menoleh ke belakang dan terkejut kerana Qatariz masih berdiri gagah tersenyum licik.
"Tak mungkin!!" ujar Wild Gunz.
"Kau boleh tahan... Koyakkan baju aku yang mahal ni..." ujar Qatariz menyedari bajunya koyak pada bahagian bahu.
"Macam mana kau boleh hidup dari serangan aku tu tadi?!" soal Wild Gunz masih tidak percaya.
"Ha? Senang je jawapan aku,kau lemah..." ujar Qatariz.
"Apa kau kata?" soal Wild Gunz dan Qatariz mengangkat tangan ke atas langit.
"Apa yang dia nak lakukan?" Wild Gunz mula terasa kurang senang hati.
Awan yang cerah berubah warna merah gelap,Wild Gunz mendongak ke atas langit dan tergamam dengan apa yang dia nampak. Sebuah sfera gergasi yang amat besar berwarna merah darah panas membahang,Wild Gunz mula tergamam dan tubuhnya pula menggigil.
"Fall..." ujar Qatariz sambil menurunkan tapak tangannya dan Wild Gunz mengetap gigi.
"DAMN IT....!!!!!!"
BOOMM...!!!!!
Sorry kerana lambat published,sebab kemalasan yang melanda
Jadi apa pandangan korang dalam chapter kali ini,adakah ia masih menarik minat kamu semua.
Vote dan komen pada ruang yang disediakan,senang kita berinteraksi dan jangan senyap je..
Ok
Ciao
Your lazy author
Wanzeneth
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top