CHAPTER 66 : YOU ALREADY DEAD,BUT STILL PAIN IN ASS
Serangan berbentuk 'X' melekat terukir pada tubuh Dark Knight,pahlawan kegelapan itu berundur beberapa langkah dalam keadaan geram. Dia merenung tepat ke arah pahlawan di hadapannya,Dark Knight menjerit sebelum menguatkan tenaganya. Alif segera pergi ke sebelahnya,Raisyah juga bersiap-sedia untuk serangan balas Dark Knight itu.
"Nampaknya dia tak puas hati lagi..." Alif memegang erat tongkatnya.
Dark Knight diselubungi aura hitam keunguan,mata dia yang kemerahan bersinar dan meluru ke arah Alif serta Raisyah. Alif mengetap gigi dan menerjah ke arah pahlawan gelap itu,mereka berlaga senjata sekali lagi.
Seluruh kawasan bergegar dengan dahsyat,tanah meletus dan merekah serta pokok-pokok yang ada tumbang. Ahli-ahli skuad Raisyah mengelak dari terkena dari dihempap pokok-pokok yang tumbang. Raisyah memerhatikan Alif yang sedang bertarung dengan sengit,dia menekap pada bahagian tengah dadanya.
Aura yang kuat mula mengalir seluruh tubuhnya,ahli-ahli skuadnya mula kagum dan Raisyah menumpukan kuasanya itu. Dia terus meluru ke arah Dark Knight dengan laju,Dark Knight sedar kehadirannya dan menujah senjatanya. Raisyah melompat secara berpusing,mengelak tujahan pedang Dark Knight.
DUUUSSH!!
Penumbuk yang padu mengenai muka Dark Knight disaluti zirah helmet,lalu terpelanting jauh merempuh pokok-pokok yang ada. Alif terkedu kerana tumbukan Raisyah bukan main kuat,malah zirah Dark Knight merekah sedikit.
"Raisyah?" Alif seakan merasakan kuasa lain daripada Raisyah.
Raisyah tidak mengendahkan Alif dan meluru ke arah Dark Knight yang kembali bangkit,Dark Knight ternyata bengang kerana ditumbuk oleh manusia yang dia benci. Dark Knight melibas pedangnya namun Raisyah lebih pantas,dia menundukkan kepalanya lalu menyerat ke bawah tubuh Dark Knight.
"Hngh!!"
DUUSH!!
Dark Knight terseret ke belakang sambil melutut sebelah kaki,perutnya disentuh dan terkejut kerana zirah pada bahagian perut retak dengan begitu teruk sekali.
"KAU TENGOK MANA DEMON JAHANAM?!!"
Raisyah berteriak mengejutkan Dark Knight,sebaik Dark Knight toleh satu penumbuk hinggap di pipinya sebelah kanan pula. Alif pula muncul dan melibas serta campakkan Dark Knight sehingga merempuh batu gergasi.
"Manusia kotor.... Berani kau tumbuk aku?!!" Dark Knight bersuara sebaik bangkit semula.
"Eh? Boleh bercakap?!" soal Alif.
"Sudah tentu manusia,aku adalah Luiz 10 Knight dari Dark Era...aku tidak sangka diseru oleh seorang manusia..." jelas Dark Knight bernama Luiz itu,Raisyah muncul dan menujah penumbuk.
"Aku seru Luiz Morgan? Jahanam..." Ozmandiyas menggigit bawah bibir.
DUUUSSH!!
"Menarik perempuan,kau boleh desak aku..." kata Luiz itu tersenyum sinis.
"Hoo yeah!! Cayalah Rai!" Alif bersorak melihat keadaan itu.
"Namun kuasa itu menelan kau perempuan,kau pasti nak jual roh kau pada kegelapan?" soal Luiz namun Raisyah hanya merenungnya dengan air muka yang bengis.
"Nampaknya kau mula ditelan kegelapan... Baiklah biar aku 'bantu' kau.. Ha!" Luiz menolak Raisyah ke belakang dengan daya kuasanya sahaja.
"THUNDER CRUSH!!"
KZZT..!!!
KRAANG!!
Raisyah yang terkena sambaran petir,jeritan kesakitan kedengaran dan Luiz cuba melakukan serangan susulan. Namun Alif muncul di hadapannya dengan pantas,Luiz terkedu dengan kepantasan Alif. Perutnya ditekap oleh Alif,Luiz cuba menyerangnya dan Alif hanya menumpukan kuasanya.
"Too slow,GREAT IMPACT!!"
DUUUSSH..!!!
Luiz terpelanting jauh dan menyeret tanah beberapa kali sebelum merempuh dinding batu gunung,Luiz muntah darah dan menahan dari terus terjatuh kemudian dia memandang ke arah Alif.
"Tak guna! Uhuk!!" Luiz cuba bangkit untuk membalas,namun darah keluar sebaik dia batuk.
"Kau... Aku akan ingat perkara ini!" Luiz terus lenyap daripada pandangan mata kasar,Alif pula hanya menghela nafas pendek kemudian teringatkan keadaan Raisyah.
Sebaik sahaja tiba dekat pada Raisyah,Alif segera memangku gadis tersebut. Alif terkejut apabila merasakan tubuh gadis itu,begitu panas dan nafas Raisyah tidak normal serta berpeluh teruk.
"Oi Raisyah! Apa yang berlaku?!" soal Alif sebaik para skuad Raisyah menghampirinya.
"Periksa leher dia,tolong..." ujar satu suara dan Alif memandang seorang gadis berambut perak,dia melutut dengan air mukanya yang sayu.
Alif memeriksa bahagian leher Raisyah,dia terkedu apabila melihat seperti tatu pada belakang leher Raisyah. Dia memandang semula ke arah gadis berambut perak itu,namun gadis itu hanya mendiamkan diri.
"Raisyah? Hang in there!" Alif mula risau dan mengeluarkan smartphone miliknya.
"Hello? Sixth! I need your assistance!"
Raisyah diangkat secara bridal-style oleh Alif,dia berjalan menuju ke arah bangunan kedutaan Mentari di negara Hawk. Alif turut diiringi oleh dua orang pahlawan negara Hawk,gadis berambut perak itu serta seorang lelaki berkaca mata.
Ikhwan dan Alisa berdiri memerhatikan Alif menghampiri mereka,Aurora juga turut berada di situ dan dia tertanya-tanya kenapa Alif dukung Raisyah. Apa yang sedang berlaku,Azryan dan enam dari skuad Ghost hanya memerhatikan tanpa bersuara.
"Itu bukan ke gadis yang sertai Alif?" soal Luqman.
"Ya,tapi dia hilangkan diri semasa kita tiba di negara ini beberapa hari lepas..." jelas Aila pula.
"Rasa tidak sedap hati pula..." ujar Luqman mengusap belakang leher,Aila hanya tersenyum sahaja.
"Tuan putera Luqman..." sapa seorang gadis berpakaian maid,menghampirinya sambil memberi sampul surat yang agak tebal dan besar.
"Letak dia di situ..." arah Ikhwan.
Alif mengangguk dan letakkan Raisyah pada sebuah katil yang tersedia,Alif kemudian berundur memberi ruang pada Alisa serta Ikhwan memeriksa keadaan Raisyah.
"Jadi kamu berdua siapa?" soal Ikhwan menoleh ke arah dua orang yang mengiringi Alif sebentar tadi.
"Nama saya Elliot Langley Chris,pahlawan negara Hawk kelas dua..." jelas gadis berambut perak itu.
"Rizqie Danny,pahlawan negara Hawk kelas pertama tahap ketiga..." ujar pemuda berkaca mata itu pula.
"Jadi kamu berdua adalah pahlawan dalam skuad seliaan Raisyah?" soal Azryan dan mereka berdua sekadar mengangguk.
Azryan tidak bertanya lagi pada Elliot dan Rizqie,dia menoleh ke arah Aurora yang sedang bertanya soalan pada Alif. Ikhwan memeriksa keadaan Raisyah dan terkejut,lambang pada belakang leher Raisyah.
"Tanda sumpahan ini,bagaimana ketua kamu boleh dapat?" soal Ikhwan pula.
"Sumpahan?" soal Rizqie dan Elliot serentak terkejut.
"Ya... Ini sumpahan milik dark dragon,nama dia Marvus.. Bagaimana boleh sampai sini?" soal Ikhwan menoleh ke arahnya,dua orang pahlawan itu mula gugup.
"Tanda sumpahan dinamakan Spirit Breaker... Ia memakan roh kamu sedikit demi sedikit sehingga menjadi demon..." jelas Ikhwan dan Rizqie terkedu.
"Semasa ketua keluar lakukan misi keluar dari negara,dia didatangi oleh lelaki misteri berkerudung berikan tanda itu.. Katanya untuk mampu memberi kekuatan yang kita mahukan..." jelas Elliot.
"Masih ada lagi yang memuja huh?" soal Ikhwan dalam hati.
"Uncle!" Luqman menghampiri Ikhwan.
"Ada apa Luke?" soal Ikhwan memandangnya.
"Saya dapat mesej daripada Aminudden serta yang lain..." jelas Luqman memberikan sampul surat tebal.
Ikhwan menoleh ke arah Alisa dan seakan tahu tanpa berbicara,isterinya mengangguk dan Ikhwan pergi jauh sedikit dari situ membaca laporan daripada Aminudden. Alisa mengusap kepala Raisyah,gadis itu sedar memandangnya lalu terkejut.
"P-puan!" Raisyah mula risau.
"Just lay down,everything will end in no time..." ujar Alisa menahannya dari ingin bangun.
Raisyah nafasnya lemah dan tak larat nak melakukan apa-apa,Alisa merapatkan kedua tapak tangannya dan mengimbas tubuh Raisyah. Bulatan corak magis elemen ais terhasil,Elliot dan Rizqie terkejut.
"That crest...and symbols,Rizqie!" Elliot menoleh ke arah Rizqie.
"Yeah,her level is too higher then us..." jelas Rizqie.
Alisa memejamkan mata dan suasana menjadi sunyi-sepi,serta berasap tebal menyelubungi kawasan itu. Alisa memandang kiri dan kanan,tiada tanda-tanda ancaman,Alisa tersedar kemudian dia menoleh ke belakang dan seekor demon yang berwajah bengis merenung tajam ke arahnya.
"Apa yang buat di sini manusia?!" soal demon mengaum dengan nada mengerikan.
"Aku datang nak berikan kau amaran..." Ikhwan muncul memberi amaran sambil berdiri di sebelah Alisa.
"Apa? Daya kuasa ini,Iskandar? Apa kau nak ha?" soal demon terasa kehairanan.
"Aku berikan tawaran,keluar dari tubuh gadis ini tanpa ada kekerasan..." ujar Ikhwan dan Alisa hanya menjadi pemerhati sahaja.
"HAHAHAHA..!!! MANUSIA LEMAH ADA HATI NAK CABAR AKU? SEDAR DIRI TEMPAT KAU MANUSIA JIJIK!!.." demon tersebut memperlekehkan Ikhwan.
"Apa kata kau cuba?" ujar Ikhwan menggamit tangannya tanda menyuruh demon itu menyerangnya.
"KAU MEMANG SUDAH BOSAN DENGAN HIDUP KAU YA?! MATILAH KAU!!"
Demon itu meluru ke arah Ikhwan dan menghayunkan cakarnya yang besar,namun Ikhwan hanya sekadar menghela nafas pendek dan sekelip mata berada di belakang demon itu dengan pedang jenis katana di tangan.
"Apa? Huh?" demon itu tidak faham apa yang berlaku,namun garisan berdarah mula terhasil dan terus badannya terpisah lalu terhakis.
"Tak mungkin kau..." sebelum sempat demon itu menduga,demon itu terus hancur dari pandangan.
Sebaik demon itu lenyap dari pandangan,Ikhwan dan Alisa kembali ke dunia nyata. Suhu badan Raisyah mula menurun,Elliot dan Rizqie menghela nafas lega kerana Raisyah berjaya di selamatkan. Alif hanya terduduk lega Raisyah telah selamat,Aurora pula mengembungkan pipi merajuk kerana Alif lebih fikirkan mengenai gadis lain dari kekasihnya.
"Janganlah macam ni... Saya risau sebagai kawan okay?" pujuk Alif memegang tangan Aurora lalu ditarik sehingga Aurora terduduk di riba Alif.
"Hanya awak je dalam hati saya okay?" sebaik mendengar kata-kata Alif,Aurora segera memeluk Alif dan Azryan mula bengang dengan situasi itu.
"Get a room you two..." kata Azryan.
"Uuuu.... Someone jealous?" balas Alif dan Azryan yang tengah bengang segera beredar.
Ikhwan yang tidak menghiraukan keadaan dalam bilik itu,hanya memandang ke luar tingkap dan Luqman menghampirinya. Alisa serta Aila juga menyusul menghampiri,skuad Ghost pula hanya berdiam diri.
"Dah mati pun menyusahkan lagi kau ya Marvus?" rungut Ikhwan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top