Alif dan Luqman berpandangan dengan renungan yang serius,Aurora dan Aila hanya memerhatikan sahaja dari jauh. Alif memegang tongkat dengan erat,Luqman pula bersiap-sedia dengan pedang miliknya.
Tiupan angin lembut di tengah-tengah gelanggang sambil diperhatikan oleh Azryan,dia sekarang tertanya ke mana Raisyah pergi. Kenapa dia pergi macam itu sahaja? Tanpa memberi penjelasan yang jelas?
"Sedia monyet?" soal Luqman.
"Selepas kau muka jahat..." jawab Alif dan Luqman tersengih sebaik mendengar kata-kata Alif.
Alif terus bergerak pantas di sebelah Luqman,dia segera menghayunkan tongkatnya tanpa banyak soal. Luqman menahan dengan pedangnya,namun menyedari tindakan Alif bukan hanya ingin memukulnya sahaja.
PRAAAKK!!
Luqman tercampak ke belakang dan terseret jauh sebaik mendarat,dia segera mencacakkan bilah pedangnya untuk menghentikan dirinya dari terus terseret. Alif terus meluru ke arah Luqman dengan pantas,dia tidak mahu melepaskan peluang untuk melibas tongkatnya.
Namun Luqman tersengih licik dan terus lenyap daripada pandangan matanya,Alif tersentak begitu juga Aurora dan Aila sekadar menghela nafas pendek. Alif memandang kiri dan kanan mencari di mana Luqman,dia terus mendongak ke atas dan terkejut kerana Luqman menyerang dari menjunam ke bawah ke arahnya.
TANG!!
KRAAKKK!!
KRASSHH!!
Alif menahan segera dan sebaik lagaan senjata mereka berlaku,rekahan dahsyat pada tempat Alif berpijak dan Aurora tergamam dengan serangan yang dilakukan oleh Luqman. Alif tidak mahu mengalah dengan segera,dia menghentak tanah dan terhasil tiang yang sebesar pemeluk menyerang Luqman.
"PILLAR ATTACK!!"
Luqman mendecih dan terus lesap dari pandangan lalu mendarat jauh sedikit di hadapan Alif,mereka berpandangan kemudian tersengih kerana masing-masing boleh tahan skill. Tiang yang dihasilkan dari tanah oleh Alif,lenyap kembali menjadi tanah.
"Nice defensive.." ujar Luqman memuji.
"Heh,you're not bad too....." balas Alif.
"Shall we continue?"
"Sure,I'm still warm-up.."
Alif dan Luqman kembali berbalas lagaan senjata dengan gerakan yang amat pantas,Aurora hanya menyaksikan dengan penuh teruja manakala Aila sekadar tersenyum kelat sambil memegang sebelah pipinya.
TANG!
TANG!!
KRAANG..!!!
"Mereka nak berlawan sampai bila?" soal Azryan sendirian.
"Dari tak ada buat apa.." ujar Ikhwan menyapa berjalan menghampiri Azryan yang menoleh ke arahnya.
"Tuan putera..." Azryan sedikit terkejut.
"Alif mempunyai pengalaman berlawan dengan ramai orang di seluruh dunia bukan?" soal Ikhwan memerhatikan perlawanan itu dari jauh.
"Rasanya? Sebab saya baru sahaja sertai dia 5 tahun yang lalu..." jelas Azryan memandang ke arah perlawanan tersebut.
Ikhwan hanya menoleh ke arah Azryan,dia sedar air muka Azryan tidak menunjukkan dia fokus pada perlawanan itu. Luqman mengaruskan aliran kilat pada bilah pedangnya,lalu dia melibas pedang dan menghasilkan tembakan gelombang hayunan menegak ke arah Alif.
Alif pula memusingkan tongkatnya beberapa kali ke atas umpama pusingan kipas helikopter,sebelum dia menghentak ke tanah dan turut menghasilkan gelombang hayunan kemudian bertembung serangan Luqman.
KRASSHH!!
ZWOOSHH..!!!
Luqman dan Alif segera meluru ke arah satu sama lain,mereka bertembung sekali lagi dan senjata mereka berlaga deras. Senyuman teruja terukir pada mulut masing-masing,Aurora hanya tersenyum kelat begitu juga Aila menyentuh bahunya.
"Aku dapat baca dari air muka kau,sedang fikirkan seseorang..." ujar Ikhwan dengan tiba-tiba dan Azryan terkejut.
"A-apa yang tuan katakan ni?" soal Azryan risau.
"Jangan risau,aku bukan jenis orang yang suka 'hey,Azryan fikirkan seseorang..dia telah jatuh cinta..' sesuatu macam tu..?" soal Ikhwan dengan muka selambanya,Azryan tersengih kelat melihat reaksi Ikhwan.
"Tuan pandai berlakon... Hehe..." Azryan hanya mampu ketawa kecil.
"Kau fikirkan gadis assassin tu?" soalan Ikhwan membuatkan Azryan terkedu,bingo kata hati Ikhwan dan dia tersenyum sinis.
Pada masa yang sama Alif tercampak jauh sehingga meluru ke arah Ikhwan dan Azryan berada,namun Ikhwan segera menahan dengan menangkap belakang kolar baju Alif tanpa sebarang masalah.
"Eh?" Luqman terkejut.
"Eh,apahal aku boleh terapung?" Alif terkejut dan dia masih tidak sedar sedang diangkat oleh Ikhwan.
"Woi.." Ikhwan menegur dan Alif menelan air liur lalu menoleh ke belakang.
"Hehe,ouh...hai Sixth..." ujar Alif tersenyum menelan air liur,dia mula terasa dihayun ke belakang.
"Erkk!" Luqman mula ingin mengangkat kaki melarikan diri,Ikhwan pula sudah bersiap-sedia untuk membaling Alif.
"Ouh.. Boy..." Alif hanya mampu pasrah.
"Korang tak boleh ke berlawan SETEMPAT HA?!!" Ikhwan merejam Alif umpama lembing laju ke arah Luqman yang berlari.
"ARGH...!!!" Alif menjerit sebaik dibaling dengan kelajuan tinggi,meluru tanpa henti ke arah Luqman.
"Oi.. Oi! Jangan ke sini!!" Luqman berkata.
"KAU RASA AKU MAMPU KE?!!" Jerit Alif.
KRAAKK!!
Alif dengan laju merempuh belakang Luqman,Aila dan Aurora mengetap gigi seolah-olah mereka merasai kesakitan tersebut. Alif sakit pada bahagian kepalanya manakala Luqman pada bahagian tulang belakang,jeritan kuat kedengaran dan Ikhwan menaikkan isyarat ibu jarinya. Azryan pula terkebil-kebil melihat keadaan itu,Luqman dan Alif merempuh pokok besar berhampiran.
"Argh... Argh...urgh..." Luqman menahan sakit dan Alif kepalanya dikelilingi monyet yang sedang berjoget ala tarian hawai.
"Satu monyet,dua monyet... Tiga.. Hehehe..." Alif jelas kepalanya bergegar kuat.
"Ouh.. Inilah rupanya dipanggil 'kill two bird with one stone'..?" soal Aila dan Aurora menjeling dengan muka blur ke arahnya.
"Tolong risau sedikit boleh,salah satu burung tu suami awak..." kata Aurora tersenyum kelat.
"Abang... Boleh tak jangan buat macam tu lagi,kesian mereka..." ujar Alisa muncul di sebelahnya hanya mampu tersenyum kelat.
"Hehe.. Touchdown.." ujar Ikhwan tersengih lalu beredar dan Azryan tersenyum kelat.
"Is he really The Legendary Savior?" soal Azryan.
"Sound like you don't believe,but he is.." jelas Alisa menoleh ke arahnya menjawab soalannya,kemudian dia segera mengekori suaminya.
Alif dibantu oleh Aurora dan Luqman pula dibantu Aila,mereka masing-masing masih belum sembuh sehingga waktu malam.
Suasana gelap mulai terang dan Alif memandang lampu rumah,dia bangun dengan tiba-tiba dan seketika memegang kepalanya. Dia teringat situasi dibaling oleh Ikhwan,hanya mampu tersengih kemudian ketawa kecil.
"Nampaknya aku dah mula terjebak.." kata Alif sendirian.
"Ah..awak sedar,baguslah.." ujar Aurora sebaik menolak pintu bilik.
"Aurora..?" soal Alif kehairanan.
"Kepala awak dah okay..?" soal Aurora pula.
"Ha? Okay rasanya?" balas Alif dan Aurora menyentuh belakang kepala Alif.
"Awak buat saya risau.." ujar Aurora tersenyum kelat.
"Ah.. Kalau macam tu,maaf..balingan Sixth kuat betul.. Ah! Bagaimana dengan Luqman?" soal Alif sebaik mengingati dia merempuh belakang Luqman.
"Dia okay,cuma masih belum boleh berdiri la.. Kepala awak keras tahap apa?" kata Aurora tersenyum sekali lagi dan menggelengkan kepala.
"Hahaha..." Alif hanya mampu ketawa.
"Ouh ya Alif,saya dapat maklumat.." ujar Aurora.
"Maklumat? Mengenai apa?" soal Alif.
"Raisyah... Dia bukan assassin biasa..." jelas Aurora dan Alif membesarkan matanya.
"Maksud awak?" soal Alif.
"Dia salah satu pahlawan negara Hawk,negara yang kita berada sekarang ini..." jelas Aurora lagi dan Alif terdiam.
"Apa?..."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top