CHAPTER 61 : YOU'LL GET USED TO IT
Alif dan Luqman berjalan di tengah bandar negara Hawk,bandar yang mempunyai skill gunslinger tahap professional. Senjata api dijual tanpa sebarang masalah di merata tempat,Aurora serta Aila yang turut mengekori mereka hanya diam tanpa bersuara.
Para penjual dan tuan kedai hanya memerhatikan dengan renungan yang menakutkan,Alif sekadar menghela nafas pendek kemudian meneruskan perjalanannya.
"Hey Lif,kenapa mereka pandang kita semacam?" soal Luqman sambil berbisik.
"Teruskan berjalan..." ujar Alif yang turut membalas dengan berbisik juga.
"Aku tak selesa..."
"Bukan kau sorang je..."
"Rasanya tak ada masalah,bukan ke skuad arahan uncle ada bersama kita.." jelas Aila sambil mencelah dengan berbisik.
Luqman mendongak ke atas bangunan,kelihatan Aria,Noir dan Milja bergerak umpama bayang tanpa dikesan oleh sesiapa. Luqman pula hanya mendesah apabila menyedari seseorang menahan jalan mereka,empat orang berdiri sambil tersenyum sinis dan Alif menoleh ke belakang. Tiga orang menghalang mereka untuk berpatah balik,Alif menggosok belakang kepala.
"Siapa kamu semua? Boleh ke tepi? Kamu semua menghalang jalan kami... " ujar Alif tidak selesa.
"Tidak jika kamu tidak mahu berikan dua orang wanita yang bersama kamu itu..." kata salah seorang lelaki dipercayai ketua mereka.
"Hah?" Aurora mengetap gigi,Aila sekadar mendiamkan diri.
"Penyamun...." kata Azryan.
"Maksud awak?" soal Aurora.
"Mereka penyamun yang jual perempuan untuk jadikan hamba seks... Tidak kira status asalkan cantik..." jelas Azryan.
"Mereka ni.. Memang nak cari nahas.." Luqman mula menunjukkan rasa amarahnya,Alif menghalangnya dan tersengih memandang lelaki itu.
"Oi.. Oi... Jika kamu nak melawak,ia tidak kelakar..." Alif berkata sambil tersenyum kelat.
"Kami tak melawak,dua orang wanita tu memang kami nak...." ujar orang itu lagi,dan rakannya yang lain gelak sinis.
"Macam tu,penyamun..." Luqman berkata tenang.
"Well,we're the gentleman... We asked nicely..." jelas ketua penyamun itu sinis.
"If we refuse...?" Alif menyoal.
"And we have take it by force..." jelas ketua penyamun itu menarik senjatanya,namun Ikhwan muncul mendarat selamba di hadapan Alif serta yang lain.
"Ha?" penyamun itu semua terkedu.
"Hey korang,apasal lambat sangat?" soal Ikhwan selamba.
"Maaf uncle,kami ada masalah sedikit.." jelas Luqman.
"Masalah?" soal Ikhwan kehairanan.
"HEY KAU!! BERANI KAU GANGGU KERJA KAMI?!" Jerkah ketua penyamun dan Ikhwan hanya terkejut sedikit,lalu menoleh ke arahnya.
"Ya? Ada apa-apa masalah?" soal Ikhwan tenang.
"Kau mengganggu kerja kami,pergi jika tidak mahu sakit...!!" kata salah seorang penyamun itu.
"Aku rasa korang yang kena pergi... Kau menghalang jalan kami..." ujar Ikhwan dan ketua penyamun mula hilang sabar.
"SEMUA TEMBAK MEREKA!! DUA ORANG GADIS ITU JANGAN!!" Ketua penyamun mula memberi arahan.
Para penyamun yang bersama dia,segera mengacu senapang dan senjata api. Suasana menjadi tegang dan para pekedai segera tutup kedai masing-masing,Ikhwan hanya dengan muka selamba dan menghela nafas pendek.
"Seriously? Kau fikir peluru tu dapat cederakan aku?" soal Ikhwan dengan muka tanpa berperasaan.
"Apa kau kata?"
"Bunuh mereka..." ujar Ikhwan pendek.
ZWING!!
SRIINGG!!
Sekelip mata tangan semua penyamun putus dibelah pedang,mereka semua terkejut dan Alif juga tidak terkecuali bersama Aurora. Luqman dan Aila hanya dengan muka mereka yang tidak berperasaan,Aria dan Noir sudah berada di tanah dengan tangan menyimpan pedang.
"ARGHH...!!!!"
Jeritan mereka kedengaran jelas dan Aria serta Noir berdiri membelakangkan Ikhwan,manakala di belakang pula Milja berdiri tenang menghadapi penyamun yang menghalang jalan belakang.
"TAK GUNA!!"
Tembakan dilepaskan dan Milja dengan tenang menangkis semua peluru tersebut tanpa sebarang masalah,Luqman hanya mengepalkan penumbuknya dan kilat mengalir deras. Ikhwan memerhatikan penyamun yang tangannya kudung,menahan sakit dan memandang ke arah ketua penyamun pula.
"Giliran kau..." ujar Ikhwan merenungnya dengan pandangan dingin.
"Uncle..." Luqman menyapa.
"Izinkan saya selesaikan dia..." jelas Luqman.
Ikhwan dengan muka selamba sekadar berjalan beredar,menghampiri kumpulan mereka dan memberi laluan pada Luqman. Ketua penyamun itu mula terasa diancam,dia segera cuba melarikan diri dan Luqman rambutnya berubah ungu bercampur perak.
Luqman bergerak bagaikan kilat dan memintas ketua penyamun itu,seiring kilat menembusi tubuh ketua penyamun tersebut sehingga dia terdiam kaku di belakang Luqman. Ketua penyamun itu melutut dan terus rebah,Alif terkejut kerana dia tidak menyedari gerakan Luqman atau lebih tepat dia tidak menyedari bila Luqman bergerak.
"Okay guys... Hold hand each other..." ujar Ikhwan dan Luqman mendekati mereka semula,kemudian berpegang tangan.
Ikhwan menyentuh bahu Alif dan sekelip mata mereka semua,termasuk skuad arahan Ikhwan juga lesap tanpa sebarang kesan meninggalkan kumpulan penyamun itu yang tidak mampu bergerak sendiri dengan rintihan kesakitan.
"Alright,we arrived..." ujar Ikhwan sebaik tiba di sebuah villa yang agak besar.
"Recca! Felicia!" Aria segera berlari ke arah mereka sebaik dia menyedari Felicia dan Recca,berada di pintu utama villa tersebut.
"Where we are right now?" soal Alif ingin tahu.
"The place we can rest for a while..." jelas Ikhwan.
"How about our ship?" soal Azryan.
"You mean that?" soal Ikhwan menuding ke satu arah,Azryan tergamam apabila melihat dua pesawat berada berdekatan villa tersebut.
Ikhwan tersenyum sinis dan beredar sambil diperhatikan oleh Azryan,Luqman yang sedar reaksi Azryan sekadar memegang bahu pemuda itu. Azryan memandang ke arahnya,Luqman menghela nafas pendek.
"Soon or later you will get used to the thing like that.." jelas Luqman.
Yo what's up guys..
Terhibur?
Aku main hentam je,tak tahu la jadi ke tak
Tinggalkan vote dan komen pada ruangan disediakan...
Takkan nak tunggu orang pesan baru nak vote dengan komen.
Your Lazy Author
Wanzeneth
CIAO!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top