CHAPTER 59 : IKHWAN INTERFERE
Satu tempat perkampungan yang di mana rumahnya semua terbakar,penduduk dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Manakala di sebuah rumah yang masih lagi utuh,belum dibakar seseorang sedang melutut sebelah kaki. Namun keadaan dia agak parah,dia sedang berhadapan dengan ketua Skull Wing.
Ozmandiyas
"Apa yang kau mahukan ha?!" soal lelaki yang cedera itu,Ozmandiyas berjalan menghampirinya.
"Aku mahukan relic itu..." ujar Ozmandiyas dengan renungan menakutkan.
"Jangan mimpi!!" lelaki itu menekup lantai dan Ozmandiyas terkejut,bongkah ais membeku seluruh kawasan.
Ozmandiyas mendarat dan memerhatikan keadaan kampung mulanya terbakar,dibeku dengan sekelip mata dan Wild Gunz mendarat di sebelahnya. Joker dan Mariana pula mengelak dari terbeku,Meteora pula awal-awal sudah keluar dari kampung itu. Lelaki itu mendarat di hadapan kuasa besar organisasi Skull Wing,Wild Gunz menarik sepucuk pistol namun dihalang oleh Ozmandiyas.
"Buat la apa yang kau mahukan,relic itu takkan jadi milik kau!!" jerit lelaki itu sebelum ditikam dari belakang.
Altera yang dikawal hanya dengan muka tidak berperasaan,menarik semula pedangnya dan lelaki itu terkejut melihat air muka Altera sebelum satu serangan hendap ke arah ahli Skull Wing. Ozmandiyas terkejut kerana serangan itu dia tidak dapat kesan,Altera berjaya mengelakkan diri dan mendarat di sebelah Ozmandiyas.
Seseorang muncul mendarat lembut di tengah-tengah antara lelaki yang parah dan Ozmandiyas serta pengikutnya,Ozmandiyas terkejut sekali lagi kerana orang yang muncul itu ialah seseorang yang dia tidak mahu bertemu.
"Hello Skull Wing leader..." sapa orang itu tersenyum.
"Dragon King..." Ozmandiyas berkata dengan nada mendatar.
"Sixth.... Urgh..." Lelaki itu pula mula rebah dan berjaya ditahan oleh Ikhwan.
"Denzel... Maaf lambat..." ujar Ikhwan pada lelaki bernama Denzel.
"Siapa kau ha?! Mengganggu kerja kami?!" Mariana memekik dan bersama Rowan yang turut sama berada di situ meluru ke arahnya.
Ozmandiyas hanya diam dan Mariana menyerang dari bawah,Joker melompat dan menjunam ke arah Ikhwan dengan laju. Ikhwan pula sekadar merenung tajam,sebelum sesuatu menyerang Mariana dan Joker lalu memaksa mereka kembali ke sebelah Ozmandiyas.
"Siapa?!!" soal Mariana.
Recca dan Felicia mendarat di mana Ikhwan sedang membelakangkan mereka,Denzel dibaringkan dengan lembut pada dakapannya membuatkan Ikhwan sedikit melutut dan menunduk.
"Sixth...." kata Denzel lemah.
"Maaf Denzel,kita kena bawa kau ke hospital.." kata Ikhwan dan Denzel sekadar tersenyum lemah.
"Relic itu..." jelas Denzel.
"Maksud ini ke?" soal Ikhwan menunjukkan benda yang berada dalam genggamannya.
Ozmandiyas tersentak kerana itulah benda yang dicari-cari olehnya,Ozmandiyas segera meluru ke arah Ikhwan tanpa teragak-agak. Denzel mula cemas namun Ikhwan hanya tenang,dia segera mengaktifkan kuasa pada relic tersebut.
Suasana menjadi bersinar dengan begitu terang dan Ozmandiyas tergamam,sekelip mata Ozmandiyas sedar dia berada di markasnya semula. Rowan dan Joker terpinga-pinga,Mariana pula terkebil-kebil dan Meteora serta Wild Gunz berbalas pandangan. Altera hanya diam berdiri di hujung sudut bangunan,dia bagaikan patung tidak bergerak.
"Dia aktifkan relic itu dengan kuasanya sendiri...?" Ozmandiyas terkejut dengan kuasa Ikhwan.
Denzel terkedu kerana melihat keadaan kampungnya normal,bagaikan tiada apa yang berlaku dan para penduduknya juga kebingungan bagaimana mereka masih lagi hidup.
"Woo! Boleh tahan,hanya 40 peratus je guna untuk aktifkan..." ujar Ikhwan selamba berdiri di sebelah Denzel.
"Sixth... Awak boleh guna relic tu?" soal Denzel.
"Rasanya?" jawab Ikhwan muka tidak bersalah.
"Ozmandiyas apakah fungsi relic yang kau cari tu?" soal Meteora menghampiri Ozmandiyas.
"Ia mampu memutarkan balik semula masa..." jelas Ozmandiyas dan Meteora terkejut.
"Tetapi cara kau bereaksi,bukan sekadar relic biasa bukan?" soal Wild Gunz.
"Ya... Relic tu perlukan kuasa yang besar untuk mengawalnya..." jelas Ozmandiyas lagi dan menggigit bawah bibir menahan geram.
"Jadi individu yang kau panggil Dragon King tu bukan sembarangan orang?" soal Mariana.
"Don't ever think to defeat him..." Ozmandiyas memberi amaran.
Mariana dan Rowan berbalas pandangan,mereka mula tertanya-tanya siapakah individu itu. Kuasa lelaki yang mengaktifkan relic tersebut,Rowan tidak percaya jika lelaki yang menggunakan kuasa relic itu amat kuat.
"Kau nak ke mana?" soal Wild Gunz apabila Rowan beredar meninggalkan bilik tersebut.
"Bukan urusan kau..." jelas Rowan menjeling ke arahnya.
Semua senyap tidak bersuara termasuk Ozmandiyas yang mendiamkan dirinya,dia tertanya-tanya bagaimana raja naga boleh berada di luar negara Mentari?
"TAK GUNA!!"
Jeritan Ozmandiyas bergema sehingga didengari anak buah yang lain yang berada di luar,Rowan turut mendengar dan dia hanya diamkan diri serta beredar.
"Oz? Kau okay?" soal Wild Gunz.
"Meteora.. Bagaimana projek itu?" soal Ozmandiyas tidak menjawab soalan Wild Gunz.
"Buat masa ini masih 95%.." jelas Meteora dan Ozmandiyas mengetap gigi kemudian menarik nafas panjang lalu dihelakan,dia mula bertenang dan menoleh ke arah Wild Gunz.
"Maaf Wild..." ujar Ozmandiyas.
"Tak de hal..." Wild Gunz berkata sambil membetulkan topinya
"Meteora.." Ozmandiyas menoleh ke arah Meteora semula.
"Ye?" Meteora menunggu arahan.
"Pastikan capai 100%…Joker,kau dan Mariana cari relic yang lain..jangan gagal..." Ozmandiyas memberi arahan.
"Roger..." kata Joker tersengih.
"Urgh...with him..?" soal Mariana jelik.
"After you milady..." Joker berkata tersengih sambil menunduk hormat.
Altera hanya diperhatikan oleh Ozmandiyas dan lelaki berambut panjang itu,segera beredar disusuli yang lain tinggallah Altera sendirian dalam bilik tersebut. Sedang Altera berdiri tegak entah kenapa kesedaran mula kembali,dia termengah-mengah dan melutut.
"Bagaimana? Huh? Takkan la..." Altera mula teringat semasa Ikhwan mengaktifkan relic itu,Ikhwan seperti membaling satu cahaya kecil ke dalam tubuhnya.
Pada masa yang sama Ikhwan yang masih berada di perkampungan itu,mula sedar magis yang dia letak pada Altera mula aktif dan dia tersengih. Altera segera keluar dari bilik itu,dia harus berhati-hati mengelakkan dari disedari ahli Skull Wing.
"Aku kena cari orang itu..." kata Altera dan orang yang dimaksudkan adalah Ikhwan.
"Felicia,Recca...." Ikhwan memanggil dua Hunimal itu dan mereka berdua menoleh ke arahnya.
"Yes my lord?" soal Recca dan Felicia sekadar mendiamkan diri.
"Aku nak kamu berdua kawal perkampungan sini..."
"Tuan ingin ke mana?" soal Felicia.
"Jangan risau,aku tidak akan lama..." ujar Ikhwan.
Altera melangkah sambil memandang dari kiri dan ke kanan,dia kehairanan kenapa tiada apa-apa yang berlaku. Saat dia tiba di hujung lorong,tiba-tiba sahaja Joker menunjukkan dirinya.
"Haish masa ni pulak la nak terkucil!" rungut Joker dan kini dia terus berjalan melepasi Altera tanpa banyak soal.
"Apa?" soal Altera kehairanan.
Sedang Altera terpinga-pinga dengan soalan dalam kepalanya,Rowan pula muncul dan sekali lagi situasi yang sama. Rowan melepasinya tanpa sedar menghiraukannya,Altera memerhatikan Rowan dan dia tidak faham apa yang berlaku.
Kau nak tunggu sampai bila?
Altera terkejut mendengar suara halus dalam mindanya,dia melihat kiri dan ke kanan mencari-cari jika ada orang main-mainkannya.
Jalan cepat,keluar dari situ.. Magis itu tidak akan bertahan lama!
Sebaik dikejutkan dengan suara itu,Altera terus berlari memecut melepasi semua ahli-ahli Skull Wing yang ada.
"Kenapa kamu bantu saya?"
Kau sama dengan Aurora kan?
"Apa?"
Kau ingin bebas tanpa bayang sesiapa..
Altera terdiam mendengar kata-kata suara itu,dia terpandang ke pintu utama markas itu. Altera tanpa banyak soal segera meluru ke pintu tersebut,namun sebaik sahaja dia berjaya keluar dengan serta-merta magis pelindung yang buatkan dirinya halimunan lenyap. Ahli Skull Wing yang mengawal pintu utama terkejut,Ozmandiyas pula muncul dengan tiba-tiba.
"Alamak..." Altera mendecih.
"Patutlah aku terasa magis asing... Rupanya kau berjaya lepas dari magis kawalan aku..." Ozmandiyas berkata dengan tersenyum sinis.
"Skull Wing leader...." ujar Altera menggigit bawah bibirnya.
"Lebih baik kau mengalah,kau tidak akan terlepas..." Ozmandiyas memberi amaran.
Kau sedia?
"Eh? Altera kehairanan apabila suara itu sekali lagi menegur,pada masa yang sama Ikhwan muncul di belakangnya.
"Hey sorry lama..." sapa Ikhwan.
"Eh?" Altera terkejut lalu Ikhwan terus mendukungnya.
"Kau lagi?!" Ozmandiyas mula marah dan mengaktifkan kuasanya.
"Too slow buddy..."
Seraya Ikhwan berkata dengan sekelip mata dia lenyap dari pandangan mata kasar,suasana menjadi sunyi dengan tiupan angin pada dedaun pokok berhampiran. Ozmandiyas tergamam kemudian dia mengetap gigi,lalu menjerit melepaskan amarahnya kerana Ikhwan sekali lagi mengganggunya.
"SIAL KAU RAJA NAGA!!" jeritan Ozmandiyas kedengaran oleh Ikhwan.
"Thanks..." ujar Ikhwan tersenyum sinis dan Altera yang berada dalam dakapannya terkedu dengan tindakan Raja Naga itu.
Yo guys!
Wanzeneth here
Hope you guys terhibur,aku masih lagi boleh keep up dengan tiga siri berbeza.
Aku harap korang tak harapkan update yang laju,tetapi untuk hiburan reader aku akan cuba cari ilham sebnyk mana yang boleh..
So harap teruskan sokongan anda dan tekan butang vote serta komen jika ada pandangan.
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top