CHAPTER 57 : WHY DON'T YOU JUST DIE?
"Erghhh.... Ahhhh..." Luqman menggeliat panjang,Noir pula bersama Aria lena berbantalkan kepala masing-masing.
Luqman menyedarinya dan menyelimutkan mereka,ketika ini dia bersama Alif berada di tengah-tengah hutan. Mereka diberi misi untuk menyiasat,kerana ada laporan berkaitan Skull Wing di hutan tersebut.
"Camping di tengah-tengah hutan boleh tahan gak kan..." Alif menegur dan Luqman hanya menoleh ke arahnya.
"Aku nak tahu apa yang Skull Wing buat di kawasan hutan tebal macam ni..." Luqman meninjau keadaan sekeliling,Aila dan Aurora hanya berbual kosong.
"Sebab tu kita ditugaskan...cari apa aktiviti mereka..." Avalon menegur dengan tiba-tiba.
"Diam Avalon,aku tak cakap nak dengar pendapat kau..." kata Luqman geram dan Avalon hanya terkekeh ketawa berjaya mengusik Luqman.
"Hey Alif..." sapa Luqman menoleh ke arah Alif.
"Mana kawan kau?" soal Luqman lagi.
"Ouh dia... Huh?" Alif terpegun dan Luqman kehairanan.
"Kenapa?"
"Aku rasa dia sesat..."
Jawapan Alif membuatkan Luqman membuat muka blur,Alif pula dengan air muka tidak berperasaan dan menggosok kepalanya.
Pada masa yang sama Azryan sedang termengah-mengah,dia bersembunyi di sebalik pokok besar dan menjengah mengintai. Lima orang misteri bertopeng sedang mundar-mandir,Azryan mengetap gigi mendecih geram.
"Kenapa la aku ni gatal sangat nak pusing-pusing sekali nah kau,jumpa diorang memang menang loteri tapi apa ke malang sangat..." bebel Azryan seorang diri.
"Okay,sekarang ni macam mana ni...aku tak tahu jalan hutan,main terjah silap hari bulan jumpa diorang balik..." ujar Azryan sendirian.
"Okay.. Baik aku gerak pelan-pelan...." ujar Azryan dalam hati berjalan menundukkan badannya.
Langkahnya diatur secara berhati-hati,Azryan menoleh kiri dan ke kanan. Mulutnya dikemam rapat dan nafasnya diatur,tapaknya diorak dengan penuh cermat. Namun usahanya gagal apabila ada pedang terpacak di hadapannya,Azryan menoleh ke arah kiri dan seorang lelaki bertopeng musang berdiri tidak jauh dari dia berdiri.
"SHIT!!"
KLONG!!
Azryan berlari laju sebaik persembunyiannya terbongkar,dia menoleh ke belakang dan sedar lelaki bertopeng itu mengejarnya dengan laju. Pedang dipegang kemas dan Azryan mengetap gigi ketakutan,dia menyalahkan diri sendiri kerana senjatanya tertinggal dalam pesawat.
"Sial la! Kenapa la aku tertinggal!!" Azryan menjerit kegeraman.
Satu lagi pedang terpacak di hadapannya,Azryan membrek dan terkedu apabila dia sudah dikepung. Dia memandang kiri dan kanan,setiap arah dihalang dan dia terperangkap.
"Seronok main lari-lari?" soal orang bertopeng yang berdiri di hadapannya.
"Penat...heh.." jawab Azryan mengetap gigi.
"Jadi mati la cepat!" kata lelaki bertopeng itu mengangkat pedangnya.
"Maaf la,aku belum kahwin lagi...oups!!" Azryan berkata seraya mengelak sebaik libasan pedang dilakukan,seorang lagi pula menujah pedang.
Azryan mengelak dengan pantas,kemudian dia terus melepasi orang yang baru sahaja menyerangnya. Mujurlah dia ada belajar sedikit mengenai seni pertahanan diri,tetapi dia menyumpah dirinya kerana hanya mempelajari teknik mengelak sahaja.
"Kau tak akan lepas!!" lelaki bertopeng itu berjaya mengejar dan meluru laju ke arahnya.
"Damn it!!" Azryan mengetap gigi sebaik lelaki bertopeng itu semakin hampir,seiring dengan menghayunkan pedang untuk menikamnya dan Azryan memejamkan mata hanya mampu pasrah.
TANG!!!
Suasana menjadi tegang dan Azryan yang memejamkan mata,kehairanan kerana tidak rasa sakit apa-apa. Sebaik dibuka matanya dia terkejut kerana seseorang berkerudung menahan serangan lelaki bertopeng tersebut,Azryan mengenali individu yang menyelamatkannya dia.
"Kau dari Ghost Squad..." ujar Azryan dan orang yang menyelamatkannya itu menolak kuat lelaki bertopeng tersebut dengan mudah.
"Tuan Azryan okay?" soal orang itu atau namanya Keith,satu-satunya Hunimal lelaki dalam Ghost Squad.
"Seorang lagi datang,tapi..." kata lelaki bertopeng itu dan rakan-rakannya yang lain muncul di sebelahnya.
"Kau seorang tidak mampu kalahkan kami.." jelas lelaki itu lagi,Keith pula hanya memerhatikan satu-persatu orang bertopeng itu semua.
"Tiga orang lelaki,dua orang perempuan... Rasanya tiada masalah..." jelas Keith dan pihak musuh terkejut.
"Bagaimana kau boleh tahu?" soal salah seorang lelaki bertopeng oni,berwarna hitam dan Keith hanya menurunkan kerudungnya.
"LAMBANG TU?!" Pihak musuh terkejut apabila melihat lambang yang ditunjukkan oleh Keith.
"Ghost Squad dari negara Mentari,apa yang kamu buat di sini?" soal lelaki bertopeng hitam itu.
"Orang yang akan mati tak perlu tahu rasanya.." balas Keith menghunuskan pedangnya dan air mukanya berubah dingin yang menyeramkan.
Sebaik mereka lima orang bertopeng melihat air muka Keith,mereka mula teragak dan salah seorang mula geram dan menghentakkan senjata jenis tukul gergasi. Keith hanya tenang dan memerhatikan sahaja,lelaki bertopeng merah itu meluru ke arah Keith dengan laju.
"Hey nanti!" lelaki bertopeng hitam itu cuba mnghalang namun sia-sia sahaja.
"Mampuslah kau!" jerit lelaki bertopeng terus menghayunkan tukulnya.
Keith hanya menahan dan sekelip mata,tangan lelaki bertopeng putus berpisah dari badan. Empat orang bertopeng itu terkejut melihat keadaan itu,jeritan bergema dan Alif serta Luqman mendengarnya walaupun jauh.
"Sial kau!!" jerit lelaki bertopeng yang putus tangan,dia mengeluarkan alat injection dan Azryan terkejut.
Lelaki itu mencucukkan jarum suntikan pada lehernya dengan kasar,Keith dan Azryan tidak dapat mengagak apa yang dilakukan oleh lelaki itu. Empat rakannya hanya memerhatikan sahaja,dan tangan yang putus itu tumbuh semula bagaikan ekor cicak. Azryan tergamam melihat keadaan itu,lelaki topeng itu pula termengah-mengah kepenatan.
"Serum pemulihan..." ujar Keith dan Azryan menoleh ke arahnya.
"Serum pemulihan?!" soal Azryan kehairanan.
"Nampaknya kau tahu huh? Pasal serum ini?" lelaki bertopeng itu menyoal.
"Nampaknya aku kena target kepala kau ni..." ujar Keith dan auranya keluar deras daripada tubuhnya serta hampir menyebabkan Azryan tercampak.
"Yakin nampaknya kau huh?" lelaki topeng itu cuba melakukan tindakan,namun dihalang oleh lelaki topeng hitam.
"Cukup setakat ini..." ujar lelaki topeng hitam itu.
"Ketua,tapi...." ujar lelaki topeng merah itu tidak berpuas hati dengan keputusan si topeng hitam.
"Ada enam daya kuasa yang kuat sedang menuju ke arah sini..." jelas lelaki topeng hitam dan lelaki topeng merah jelas merasainya,Alif,Luqman,Noir dan Aria serta Aila disusuli Aurora sedang menuju ke arah mereka.
Lelaki topeng merah mendecih geram,dia mengambil pedangnya yang ada pada tangannya baru putus. Dia merenung Keith dengan renungan tajam dan terus hilang dari pandangan,lelaki topeng hitam menoleh ke arah Keith.
"Jika kita bertemu lagi,itu pengakhiran untuk kau..." lelaki topeng hitam itu memberi amaran,tidak lama lepas itu terus lenyap bersama tiga lagi rakannya.
"Azryan!" Alif menerjah ke arah Azryan sebaik mendarat.
"Alif.." Azryan menghela nafas pendek.
"Kau okay?" soal Alif risau dan Azryan terkejut dengan reaksi sahabatnya.
"Aku okay,takde cedera..." balas Azryan dan Alif menghela nafas lega sambil menunduk kepala ke bawah.
"Alif?" Azryan rasa tidak sedap hati sambil tersenyum kelat.
"APASAL KAU GI MERAYAP KALAU TAK TAHU JALAN SIAL?!!" ujar Alif mencekik Azryan.
"Alif!" Aurora cuba membantu Azryan yang dicekik.
"To... To... Tolong! Ak.. Ak tak boleh bernafas!!"
"Mati lagi baik!! Risaukan orang ha?!"
Luqman memerhatikan gelagat mereka bertiga,Azryan mukanya mulai biru dan mulutnya ternganga kerana dicekik oleh Alif. Aria,Noir dan Aila yang tersenyum kelat serta Keith sekadar memerhatikan keadaan itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top