CHAPTER 56 : CONSIDER THIS IS A WARNING


Alif menggeliat panjang dan dilepaskan helaan panjang,Luqman pula hanya duduk di dalam kapal sambil membaca buku novel. Aila pula sekadar memasak di dapur khas yang disediakan dalam kapal tersebut,Noir dan Aria hanya membina istana pasir. Alif yang memerhatikan mereka berdua dengan muka tidak percaya,bagaikan melihat seekor arnab dan serigala bermain pasir.

"Mereka separuh manusia..." ujar Aurora.

"Yeah... Tak sangka mereka masih wujud lagi..." ujar Alif pula.

"Awak tak pernah jumpa ke?" soal Aurora.

"Jumpa,tapi untuk yang elit...belum sehingga hari ini..." jelas Alif pula.

"Ada perbezaan ke?" Aurora menyoal.

"Ya.. Mereka ada dua kelas.. Pertama Pure-class dan kedua Demi-class... Pure adalah ibu bapa mereka Hunimal sepenuhnya... Demi adalah sebaliknya,ibu atau bapa mereka manusia atau Hunimal..." kata Alif sambil menyilangkan tangan pada atas dadanya.

"Awak memang berpengetahuan..." puji Aurora.

"Saya dah lama merantau,jadi saya tahu la serba sedikit mengenai mereka..." jelas Alif dan Aurora mengangguk faham.

"Awak nak ke mana?" soal Azryan sebaik menyedari Raisyah berjalan laju ingin menuju ke arah pintu utama pesawat.

"Kita berpisah di sini...." jawab Raisyah.

"Huh?" Azryan kehairanan.

"Saya minta diri..."

"Adakah kita akan bertemu lagi?"

Raisyah tidak berkata apa-apa hanya sekadar tersenyum kelat,dia terus pergi dan lenyap daripada pandangan Azryan. Milja yang sedang duduk di bawah pesawat menyedari Raisyah pergi,dia bangun dan lenyap setelah memberikan pesanan.

Luqman juga menyedari kehadiran Raisyah lenyap,dia sekadar menutup buku novel dan simpan ke dalam rak. Aila pula menjeling ke luar tingkap kapal itu,Noir dan Aria pula hanya berbalas pandangan kemudian hanya mengangguk tanda membiarkan Milja sahaja yang menguruskannya kali ini.

"Eh,mana Raisyah?" soal Alif sebaik memasuki satu bilik bersama Aurora,kerana menyedari Azryan berseorangan.

"Dia kata tak join dah lepas ni..." jelas Azryan meletakkan telefon pintar miliknya.

"Ha? Apa?" Alif terkejut.

Raisyah mendarat tidak jauh di hadapan sebuah kota,dua orang pahlawan menyedari kehadiran Raisyah dan menunduk hormat sambil memberi gaya tabik hormat negara itu. Milja tiba dan mendarat pada dahan pokok gergasi,dia melihat lambang pada kota itu.

"Hawk Nation...." Milja berkata lembut.

Milja berdiri dan menghela nafas pendek,dia mengaktifkan teknik stealth iaitu halimunan. Milja terus menyusup masuk melepasi pahlawan yang berkawal,dua pahlawan itu kehairanan kerana seperti merasakan ada orang masuk tetapi tidak kelihatan.

"Apa tu?" soal pahlawan di sebelah kiri.

"Tikus agaknya..." jelas rakan setugas pula.

Milja bergerak bagaikan bayang,tiada siapa menyedari kehadirannya. Dia seakan halimunan pada semua orang di kota itu,Milja memandang Raisyah yang berjalan sambil meninjau-ninjau keadaan sekeliling. Seolah-olah dia seakan berjaga-jaga mengenai sesuatu,Milja terus menyusup ke dalam bangunan yang dimasuki oleh Raisyah.

Milja bertenggek di atas palang atas bangunan,dia memerhatikan Raisyah melangkah ke arah tempat dipanggil kaunter bartender. Raisyah menuju ke arah seseorang bertopi ala koboi,rokok cerut di mulut kemudian lelaki itu menghembus lembut asap keluar dari mulutnya.

"Falco...." sapa Raisyah.

"Ha.. The Valkryie,Raisyah... Lama tak jumpa huh?" balas lelaki dipanggil Falco.

"Yeah... Aku terpaksa mengikut sekumpulan pengembara..." jelas gadis itu sambil duduk di kerusi yang ada di kaunter bartender.

"Bukan kumpulan kamu memburu Alter Archangel?" soal Falco.

"Yeah,kenapa dengan tu?" soal Raisyah.

"Dapat kepala mereka?" soal Falco dan Raisyah dengan tenang menjeling ke arahnya,Milja pula hanya mendengar sahaja.

"Aku tak berjaya... Agak sukar..." Raisyah menjawab.

"Biar betul,kau adalah salah satu 10 Valkryie,yang setia sumpah berkhidmat pada negara Hawk dan setiap misi diberikan tidak pernah gagal..." Falco berkata seakan memerli.

"Ia bukan semudah yang kamu fikirkan..." jelas Raisyah meneguk minuman pada gelas yang baru dihidangkan.

"Jawapan daripada orang gagal..."

"Kau nak cuba lubangkan kepala kau?"

Suasana menjadi tegang dan Falco serta Raisyah berbalas renungan tajam,manakala orang yang duduk di meja berhampiran adalah pengikut Falco bersiap sedia jika ketuanya diancam.

"Seperti yang diduga..." Milja menegur dan mereka berdua tersentak,kerana Milja mendarat lembut di atas meja bartender.

"Sixth sudah menduga kamu adalah pengintip..." jelas Milja lagi.

Raisyah terkejut melihat kehadiran Milja,dia tertanya-tanya bagaimana gadis Hunimal ini mampu masuk jika kawalan ketat di pintu utama. Falco menarik pistol cuba mengacukan pada Milja,namun pedang gadis Hunimal itu sudah rapat pada lehernya.

"Jatuhkan jika mahu umur panjang..." ujar Milja dengan air muka yang menakutkan,Falco menelan air liur dan terus menjatuhkan senjatanya.

Raisyah mengetap gigi dan menyeru senjata lembingnya,dia terus menghayunkan ke arah Milja namun Milja menarik sebilah lagi pedangnya menahan tetakannya.

"Nice swing... But still weak..." Milja berkata dengan muka tiada perasaan.

Raisyah mula bengang dan menarik semula lembingnya,dia terus menetak dengan hayunan yang amat deras dan Milja tersentak.

KRASSHH!!

KROONGG!!

Meja bartender hancur dan hayunan Raisyah tidak mengena,dia mendongak ke atas melihat Milja hanya tenang berdiri di atas palang kayu.

"Kau memang mengajar aku demi-human..." kata Raisyah bengang.

"Pembetulan,saya Hunimal..." balas Milja dan Raisyah mengetap gigi geram.

"WHO'S CARE?!!"

Raisyah terus melompat dan meluru ke arah Milja,sekali lagi mereka berlaga senjata sambil diperhatikan oleh Falco. Milja kemudian mengelak dan berpusing sambil mendarat di lantai,pengikut Falco salah seorangnya cuba menyerang hendap namun Milja lebih pantas.

Salah satu pengikut Falco cuba menikam Milja dari belakang,Milja hanya tenang mengelak sambil menekup muka orang itu. Milja hanya menghentak pengikut Falco,ke lantai sehingga tembus ke tanah.

KRAASSHH!!

BRAAM!!!

"Holy shit!" Falco berkata sambil mengetap gigi.

Raisyah yang menyaksikan tindakan Milja,hanya mengetap gigi dan memegang erat lembingnya serta menujah meluru laju ke arah Milja.

"JUST DIE!!" Teriak Raisyah sambil menujahkan lembingnya ke arah Milja.

TANG!!!

ZWOOSHH!!

Impak angin terhasil apabila lagaan dua pedang bertembung,Milja melepaskan pegangan pedangnya dan tangan Raisyah dicengkam pada pergelangan. Raisyah terkejut dengan tindakan Milja,sebelum senak terasa pada perutnya lalu dia terpelanting.

"TANGKAP HUNIMAL TU!!" Falco memberi arahan.

Semua pengikutnya meluru ke arah Milja,gadis puak Hunimal itu hanya tenang sahaja. Saat semua pengikut itu hampir,saat itulah dua susuk tubuh muncul dan mencampakkan beberapa pengikut Falco.

KRAANG!!

PRAAAKK!!

KLONG!!

Pengikut yang lain menghentikan gerakannya,Milja pula sekadar tenang dan bahunya dirangkul oleh seseorang. Manakala sebelah kanannya muncul seorang lagi Hunimal,pedang jenis katana kembar baru sahaja disimpan.

"Right on the bat!" Recca si musang ekor sembilan menuding jari,sambil tangannya merangkul bahu Milja.

"Misi untuk menyiasat selesai..." Milja berkata tenang.

"Ya...." kata gadis berpedang katana kembar,Milja menoleh ke arahnya.

"Kapten,arahan...." Recca berkata tersengih,Felicia hanya merenung sekumpulan lelaki dengan pandangan dia yang dingin.

"Commencing next phase..." ujar Felicia dingin.

"Accepting new instructions..." Milja menarik pedang,dua tangan memegang kemas dua bilah pedang tersebut.

"Roger that!" Recca menumbuk tapak tangannya.

Semua pengikut Falco yang mengepung mereka bertiga,meluru untuk menangkap ketiga-tiga Hunimal itu. Recca hanya tersengih dan mengelak dari semua pengikut Falco,kemudian dia menujah sebuku penumbuk tepat mengenai hidung salah seorang pengikut tersebut.

KRASSHH!!

Akibat tumbukan Recca salah satu pengikut Falco terpelanting melekat pada dinding,Recca sedar seseorang cuba menyerang dari belakang namun refleks Recca lebih pantas. Dia terlebih dahulu melibas muka penyerang itu,menggunakan salah satu ekor dari sembilan ekornya.

"Oups sorry!" ujar Recca menekup mulut berpura-pura tidak sengaja.

Milja dengan menjatuhkan musuh,kemudian apabila menyedari seseorang menyerang hendap. Milja segera berpusing mengelak serangan pihak musuh,seiring hayunan pedang dilakukan menjatuhkan seorang lagi musuh.

"Dual-wield Swordplay..." Milja memasang kekuda dan aura putih mengelilingi seluruh tubuhnya,pihak musuh terus meluru ke arahnya tanpa fikirkan apakah yang dilakukan oleh Milja.

"INFINITY SLASH!!" Hayunan yang deras dan pantas serta tanpa henti,mematahkan serta menjatuhkan cubaan menyerangnya.

"ARGH!!"

Felicia mengelak hayunan senjata,kemudian dia membelah senjata tersebut. Salah satu pengikut Falco cuba menangkapnya,namun Felicia dengan muka tiada perasaan sudah terlebih dahulu melompat dan mendarat di atas kepala salah seorang pengikut Falco. Satu hentakan kaki mengenai kepala pihak musuhnya,lalu mencium lantai dengan kasar.

"TANGKAP DIA!! ARGHH!!" Semua pengikut Falco mula naik angin,mereka mengepung serta mengepung Felicia.

"One-hand Swordplay..." Felicia melakukan gaya kekuda yang sama dengan Milja,namun hanya satu tangan sahaja dan sedia untuk menarik pedangnya.

"MATILAH KAU!!" jerit salah satu pengikut Falco sebaik sahaja semakin hampir,Felicia dengan tenang segera menarik pedangnya.

"Judgement Slash!"

SWING!!

SRINGG!!

ZRASSHH!!!

"ARGHHH..!!!!"

Si bartender tergamam dan bersembunyi dari sebalik meja,dia menyaksikan tiga Hunimal menjatuhkan puluhan lawan. Felicia hanya dengan muka tiada perasaan,menyimpan pedangnya dan Milja pula sekadar menghela nafas serta menyimpan semula sebelah pedang dan tinggal sebilah pedang pada pegangannya,Falco tergamam dan hilang kata-kata melihat apa yang berlaku.

"Its unbelievable... How come you guys can defeat so many people with only three of you?!" Raisyah bangun terkial-kial,sakit pada perut yang terkena tumbukan Milja masih terasa.

Milja,Felicia dan Recca hanya memerhatikan Raisyah yang berjalan dengan susah-payah,Milja pula menyedari Felicia berjalan ke berhadapan Raisyah.

"Number only quantity... Not quality..." jelas Felicia dan Milja hanya menyimpan semula pedangnya.

"Yep that's right!" Recca berkata menyokong kata-kata Felicia sambil menghalakan penumbuknya ke arah Raisyah.

"Tch!" Raisyah menahan sakit.

"Consider this is a warning..." ujar Felicia dan mereka bertiga terus lenyap daripada pandangan mata Raisyah.

Raisyah hanya mengetap gigi menahan geram kerana penyamarannya terbongkar,Falco pula hanya mampu terdiam kerana pengikutnya yang dikatakan semua elit dan terlatih telah ditumpaskan dengan begitu mudah oleh tiga orang gadis dari puak Hunimal.

"Menakutkan bukan?" satu suara menyapa,mereka berdua menoleh ke arah suara itu.

Z berdiri dengan kerudungnya menutupi wajahnya,dia memerhatikan wajah dua orang tersebut.

"Siapa kau?!" soal Raisyah dan Falco mengacukan pistol miliknya.

"Mereka dari Mentari,mereka adalah ahli Ghost Squad... Aku rasa kamu assassin semua tahu nama skuad itu bukan?" soal Z selamba tidak menjawab soalan Raisyah.

"Ghost Squad?!" Falco terkejut.

Pintu bangunan itu dikuak lembut,Falco dan Raisyah menoleh manakala Z hanya tersenyum. Kaki mula kelihatan melangkah masuk,dan susuk tubuh mula kelihatan. Muka yang amat dikenali satu dunia dan Raisyah menelan air liur,Falco pula terkejut dengan kehadirannya.

"Ikhwan Syah Al'Solleh..."











Hai korang,wanzeneth di sini dan aku lelaki (kena ingat,jangan salah anggap.. Pantang okay)

Ini update untuk minggu kali ini,harap korang berpuas hati.

Idea untuk Alif beraksi tiada,kerana Skull Wing belum melakukan tindakan.

Tolong tinggalkan komen anda serta vote anda pada ruangan yang disediakan.

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top