CHAPTER 55 : MAD EAGLE
Kapal pesawat hitam berada di landasan lapangan terbang,Ikhwan dan Farhan memantau dari dalam bilik kawalan. Azryan menekan suis penting satu persatu,Alif turut membantu dan Aurora pula membaca bacaan angin. Raisyah hanya sekadar mendiamkan diri,memegang pipinya yang terkena tamparan daripada Alisa.
"Sakit lagi ke?" soal Alif.
"Jangan menyibuk la!" Raisyah memberi amaran,Ikhwan hanya menghela nafas pendek.
"Kuat betul awak tampar budak tu.." ujar Ikhwan menoleh ke arah Alisa.
"Maaf,saya tak suka orang mengata seseorang yang penting dalam hidup saya..." ujar Alisa dengan tegas.
Ikhwan tidak berkata apa-apa dan menggelengkan kepala,dia memerhatikan pesawat hitam yang ingin berlepas. Manakala dia memandang ke arah dua buah pesawat yang sama,cuma berlainan warna sahaja iaitu putih dan perak. Luqman dan Aila berada di dalam pesawat berwarna perak,Qatariz pula bersama Mirana dan tiga ahli skuad Ghost iaitu Milja,Noir serta Aria.
"Uncle ada ambil ahli baru dalam skuad Ghost?" soal Aminudden yang turut berada di sebelah Ikhwan.
"Heh..." Ikhwan sekadar tersengih.
Alif sempat menoleh ke arah satu tempat duduk,dia memerhatikan seorang puak demi-animal ataupun dipanggil Hunimal. Seorang hunimal musang berambut putih dan merah,manakala ekornya juga berwarna putih dan merah sedikit.
"Hey Alif,kau pasti biarkan Hunimal sertai kita?" soal Azryan.
"Arahan Putera Ikhwan,kau nak bantah?" soal Alif dan Azryan mendecih.
Pintu garaj gergasi terbuka dan platform kedua-dua kapal itu mula dipusingkan,landasan mula disediakan dengan kemas dan siapa perekanya kalau bukan Akif yang sedang tersengih memerhatikan rekaannya. Sikap dan gelagatnya diperhatikan oleh Ikhwan dari pusat kawalan,dia menghela nafas pendek.
"Sesiapa uruskan dia..." ujar Ikhwan dan Aminudden sekadar tersenyum kelat.
"Uncle kenapa tidak benarkan saya sertai?" soal Aminudden dan Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Sabar Aminudden,belum tiba masanya lagi..." ujar Ikhwan lagi dan Aminudden hanya mengangguk lemah.
"Kau rehat dahulu,kita punya bahagian wanzeneth belum beritahu..." jelas raja naga itu.
"Apasal orang tua tu lambat sangat beritahu?" soal Aminudden tidak puas hati.
"Who's know? Kau pergi iringi kapal tu kalau bosan sangat..." ujar Ikhwan sambil menjeling ke arahnya.
Aminudden tersengih teruja dan berlari laju keluar dari pusat kawalan pelepasan,tindakannya hanya membuatkan semua kesatria yang bertugas terpegun dan Alisa hanya ketawa kecil. Kapal-kapal pesawat itu mula bergerak perlahan,memasuki landasan yang ditetapkan. Luqman dan Azryan mengawal dengan berhati-hati,Luqman menggaru kepala sambil mengeluh.
"Enjin okay,alat kawalan okay...kita boleh memecut sekarang..." ujar Milja dan Luqman menggaru kepalanya sekali lagi.
"Baiklah..semua pegang kuat-kuat.." arah Luqman dan Aila serta yang lain mengangguk.
"Aku akan mula menambahkan kelajuan..." jelas Azryan dan Alif serta lain mengangguk sahaja.
"BERLEPAS!" Azryan dan Luqman berkata serentak.
Dua buah pesawat itu mula menambahkan kelajuan,manakala Aminudden pula terus berlari lalu terbang kelajuan yang sama dengan kapal itu. Luqman menyedari kehadiran Aminudden,dia hanya tersengih manakala Azryan pula terkejut kerana tindakan Aminudden.
"This is awesome!" ujar Aminudden tersengih.
"Si bodoh tu..." Luqman hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
Kapal pesawat itu terus memecut laju di atas ruang udara,Azryan turut menambahkan kelajuan serta menyusul dari belakang. Aminudden turut terbang dengan kelajuan yang sama,udara dirempuh dan Aminudden sudah memakai cermin mata hitam.
"Apa yang Aminudden nak buat?" soal Aila tersenyum kelat.
"Apa yang dia nak buat? Apa lagi,untuk keseronokan la tu..." jelas Luqman.
"Biar betul? Kapal ini dah cecah kelajuan maksimum?!" Azryan bagaikan tidak percaya melihat kelajuan Aminudden.
"Wow... Kapal yang direka oleh Akif,sememangnya dahsyat...jika berguna..." kata Aminudden memuji.
"Kapal ni memang pantas..." ujar Luqman dan Milja menoleh ke arahnya.
"Tetapi...." Aminudden berkata perlahan,dan Luqman menghela nafas pendek.
"Aminudden boleh lebih pantas dari ini..." jelas Ikhwan tersengih.
Aminudden terus menambahkan kelajuan penerbangannya,lalu memecut meninggalkan dua kapal itu dan Azryan tergamam. Alif hanya mampu terkejut kemudian dia tersenyum,Raisyah dan Aurora berpandangan.
"MANUSIA KE APA TADI?!"
Aminudden memecut laju kerana ada sesuatu di hadapan,ia adalah puluhan kapal pesawat milik lanun langit. Aminudden menyedari dia sudah melebih ruang udara negara Mentari,Aminudden berhenti mengejut di hadapan puluhan kapal.
"Tuan! Ada tetamu!" salah satu krew lanun udara terkejut dengan kehadiran Aminudden.
"Hmm... Ada tiga puluh kapal..." ujar Aminudden dan menghubungi pusat kawalan.
"Uncle? Hello uncle? Aminudden kepada uncle..."
Ikhwan menyedari suara Aminudden dalam talian komunikasi,salah satu kesatria memandang Ikhwan dan sang raja naga mengangguk.
"Uncle kepada Aminudden,ada apa Am?" soal Ikhwan.
"Uncle ada tiga puluh kapal lanun udara di sempadan udara negara Mentari... Nampaknya kalau abang Luqman dengan lain akan hadapi diorang jika mereka semua lepasi sempadan ini.." ujar Aminudden menyentuh alat kecil,iaitu penanda sempadan udara negara mereka.
Semua kesatria yang bertugas di situ terkejut kemudian berpandangan antara satu sama lain,Alisa pula hanya menjeling ke arah suaminya iaitu Ikhwan yang membuat muka selamba.
"HOI BUDAK KAU NAK CARI NAHAS KE HA?!" Ikhwan agak terkejut mendengar dari alat komunikasi.
"Ah.. Dah mula..." jelas Aminudden dengan muka selamba..
"KAMI ADALAH SKY PIRATE! BERUNDUR ATAU HADAPI KESUKARAN!!" lanun itu menggelar diri mereka Sky Pirate,manakala orang yang memberi amaran adalah ketua lanun itu sendiri.
"Errr...." Aminudden dan Ikhwan hanya diam terkebil-kebil.
"KAMI INGIN MENGUASAI NEGARA MENTARI,JIKA KAU ADALAH PIHAK NEGARA ITU...KAMI AKAN LAKUKAN TEMBAK!!" Penjelasan ketua lanun itu membuatkan Ikhwan dan Aminudden timbul urat dahi.
"Tuan,dia buat tak tahu je la!" kata salah seorang daripada krew Sky pirate.
"Tembak dia dengan peluru berpandu!" ketua lanun berkata tersengih.
"TEMBAK!!"
Salah satu kapal menembak peluru berpandu,peluru itu laju ke arah Aminudden. Tetapi Aminudden hanya menarik sesuatu dengan pantas,peluru berpandu itu terbelah sekelip mata dan meletup.
"Apa?!!" jerit ketua lanun itu terkejut.
"Uncle....saya dah meluat..." jelas Aminudden dan Ikhwan pula tersengih.
"Dibenarkan untuk menggila..." ujar Ikhwan selamba dan Aminudden menghunuskan pedang bilah biru.
"Boss... Dia belah peluru tu dengan pedang..." ujar salah seorang krew.
"Apa? S-siapa budak tu?!" soal ketua lanun itu.
"Dia adalah Putera negara Mentari,anak kedua Raja negara Mentari... Aminudden Al'Reezal... Dia lebih dikenali 7 Warlord Mentari Nation..." jelas salah satu ahli lanunnya.
"Dia tu *Mad Eagle?"
Mad Eagle adalah gelaran Aminudden kerana gaya pertarungannya yang menggila.
"Maksudnya kita..." ketua lanun itu tersengih menggigil.
"Ya... Kita akan mati.." jawab ahli krew lanun semua sekali,Aminudden pula mendepakan tangan yang tidak memegang pedang.
Ribuan pedang muncul secara melintang dihalakan ke arah puluhan kapal itu,aura Aminudden yang menyelubungi tubuhnya semakin lama semakin membesar. Aminudden mengetap gigi dan memecut ke arah kapal lanun itu semua,disusuli oleh ribuan pedangnya.
"MAMPUS LAH KORANG!!"
Setelah sekian lama aku update siri ini,sayang la kalau biarkan bukan
Nanti korang lupa jalan cerita semua,adeh hahahah..
Vote and comment please
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top