CHAPTER 54 : EVERYTHING IS COMPLICATED
OZMANDIYAS berdiri memerhatikan sebuah balang gergasi,berisi susuk tubuh manusia? Namun tidak jelas kerana dihalang kegelapan,Ozmandiyas berada di sebuah bilik makmal yang gelap. Matanya merenung dingin ke arah balang kapsul gergasi itu,Meteora mengintai dari luar bilik makmal dengan perasaan cemburu.
Meteora tidak tahan dan segera beredar dari situ,dia terserempak Altera dan mereka berbalas renungan. Meteora mengetap gigi dan mendecih,lantas dia terus melangkah pergi sambil diperhatikan Altera.
Ozmandiyas hanya memerhatikan tubuh di dalam balang gergasi itu,dari bentuk tubuh badan itu adalah susuk tubuh seorang gadis. Tapak tangannya dilekap pada dinding balang tersebut,wajah gadis yang memejamkan mata tidak menunjukkan reaksi ditatap lama oleh dia.
"Ianya tidak lama,bersabarlah..." ujar Ozmandiyas.
Apakah yang dirancangkan oleh Ozmandiyas?
Siapakah perempuan yang berada di dalam balang kapsul gergasi itu?
❄️❄️❄️❄️❄️
Alif hanya menghela nafas pendek,dia memandang ke luar tingkap. Mereka berempat sekarang duduk di sebuah rumah milik keluarga Alif,biarpun sudah lama ditinggalkan tetapi keadaan rumah itu seakan dijaga.
"Saya puji rumah ini baru seperti dijaga rapi..." ujar Aurora dan Azryan menjeling ke arah Alif.
"Rumah ni dijaga oleh pihak istana,Siddiq kata arahan Sixth..." jelas Alif memandang ke arah mereka.
"Kenapa pula?" soal Raisyah ingin tahu.
"Negara Mentari menjaga kebajikan para rakyat dan kesatria mereka... Jadi tak hairan jika kita dengar macam tu..." jelas Azryan.
"I see...." Raisyah berkata sambil jarinya diletakkan pada pipi kirinya.
"Lupakan pasal tu,jadi apa rancangan kau Alif?" soal Azryan menoleh ke arah rakannya.
"Kita tak boleh lama di sini,silap-silap mereka akan serang sini..." ujar Alif bangun dari duduknya.
"Apa salahnya mereka serang sini..." satu suara menegur dan pintu rumah terbuka.
Ikhwan muncul bersama Alisa,Farhan serta Khaizo menyusul. Alif dan Azryan serta yang lain terdiam melihat kehadiran mereka,Aurora dan Raisyah memandang Alisa.
"Sixth... Apa yang tuan buat di sini?" soal Alif.
"Aku saja nak jumpa kamu semua,dengar dah nak gerak...?" soal Ikhwan tersenyum.
"Ya..kami tak tahu bila Skull Wing akan datang lagi.." jelas Azryan.
"Biarkan mereka datang,negara Mentari bukan sembarangan..." Farhan mencelah.
"Tapi... Ini masalah kami..." ujar Alif pula.
"Ia dah jadi masalah semua negara dan satu dunia..kami dapat tahu Skull Wing ingin hancurkan semua manusia..." jelas Ikhwan.
"Bagaimana tuan tahu?" soal Raisyah tidak percaya.
"Jangan pandang rendah pada skill penyiasatan kami..." Khaizo menyampuk dari tepi.
Alif hanya menghela nafas pendek,dia menekup mukanya kemudian tersenyum kelat. Dia memandang ke arah Ikhwan yang sedang tersengih,Alif tahu jika dia berdusta sekalipun tidak mungkin dapat menyingkirkan Ikhwan dari hal mereka.
"Nampaknya kita tak boleh buat apa... Jika kita lari senyap-senyap pun.. Mereka akan dapat kejar.." Alif berkata sambil tersengih.
"Kalau kau faham baguslah... Qatariz sekarang masih menyiasat,jika kamu semua ingin bertolak sekarang juga tiada masalah rasanya...." jelas Farhan memeriksa telefon pintar visual miliknya.
"Tuan Qatariz?" Alif terkejut.
"Ya.. Dia lakukan penyiasatan lagi..." jawab Farhan pula.
"Jadi tuan dan puan ada maklumat yang berguna...?" soal Azryan mencelah dengan tiba-tiba.
"Ya sudah tentu..." Khaizo berkata sambil tersenyum.
"Ah tuan! Kamu ada di sini?" soal Azryan.
"Ha.. Aku ingat kamu berdua,bukankah kamu berdua datang ke rumah hantar surat dari malaun ni?" soal Khaizo sambil menuding jari ke arah Ikhwan.
"Malaun?" Alif menahan ketawa dan Ikhwan terus menangkap jari telunjuk Khaizo lalu menolak jari tersebut.
"ADOI! SAKIT LA!!" Khaizo mengusap jari telunjuknya.
"Itu yang kau dapat sebab panggil aku macam tu.. Scar face.." ujar Ikhwan dengan muka selamba.
Alif dan Aurora sekadar berpandangan,Raisyah pula hanya mendiamkan diri. Alisa menyedari sikap Raisyah dan mendekatinya,Raisyah kehairanan dengan tindakan wanita tersebut.
"Gadis muda,siapa nama kamu?" soal Alisa.
"Raisyah..." ujar Raisyah.
"Okay Raisyah,saya Alisa Darweez... Selamat berkenalan..." ujar Alisa tersenyum manis dan Raisyah tersenyum kelat.
"Alisa Darweez,kamu adalah cpu-biology yang membunuh ribuan insan tidak berdosa..awak masih boleh lagi tersenyum? Saya cemburukan awak.." ujar Raisyah mengetap giginya.
"Awak tahu tentang saya?" soal Alisa.
"Ya... Saya tahu kisah silam awak...cuma saya tak sangka senjata hidup yang dulunya cuma tahu membunuh menjadi orang penting pada Raja Naga.." kata Raisyah lagi menjeling ke arah Ikhwan.
Suasana menjadi tegang dan Ikhwan hanya diam manakala Alisa hanya menggelengkan kepala tanda jangan masuk campur,Ikhwan sekadar menghela nafas pendek kemudian mengeluarkan telefon pintar miliknya.
"Saya tahu dulu saya seorang pembunuh..." ujar Alisa dan Raisyah memandangnya.
"Saya tak nafikannya... Tetapi itu kisah lama,saya lakukan apa yang termampu untuk tebus kesalahan saya... Sebab itu saya berada di sini,berdiri bersama insan yang saya kasihi..." jelas Alisa lagi dan Raisyah tersenyum sinis.
"Berlagak menjadi penegak keadilan,saya tak tahu awak dan Aurora berlakon atau tak... Tetapi saya rasa Raja Naga dan Alif seorang yang bodoh kerana percayak-.."
PANG!!
Sebelum sempat Raisyah menghabiskan ayat,satu tamparan kuat dengan tiba-tiba singgah ke pipinya. Alisa si pelakunya dengan muka yang menahan marah,tindakan Alisa membuatkan semua yang berada di situ terkejut kecuali Ikhwan.
"Jangan hina suami saya...atau nyawa awak saya cabut..." Alisa memberi amaran dan Ikhwan menghampiri isterinya.
"That's enough Alisa..." ujar Ikhwan memegang tangan Alisa.
"But she..." ujar Alisa dan Ikhwan menggelengkan kepala tanda jangan panjangkan hal ini lagi.
"Aku rasa kita patut beredar...." jelas Farhan dan Ikhwan memandang sepupunya,dia mengangguk tanda bersetuju.
Ikhwan mengusap kepala Alisa kemudian beredar sambil disusuli oleh Farhan,Khaizo membiarkan mereka sahaja sebelum memandang ke arah Raisyah ketika itu sedang menekup pipinya yang terkena tamparan Alisa.
"Mungkin perempuan tu senjata hidup,tetapi jangan lupa dia seorang manusia dan seorang perempuan.." ujar Khaizo.
"Dia layak mendapat kebahagiaan...dan dia cuba berubah..." jelas Khaizo lagi dan terus melangkah pergi.
Alif tidak dapat memberikan kata-kata,dia hanya menoleh ke arah Aurora. Gadis blonde itu sedar Alif memandangnya,Aurora tidak faham maksud tindakan Alif.
"Apa yang awak tengok?" soal Aurora kehairanan sambil menutupi bahagian dadanya.
"Bukan itulah.. Haish..." ujar Alif menghampiri Aurora.
"Alif?" Aurora kehairanan apabila tangannya dipegang lembut oleh Alif.
"Awak adalah manusia,bukan senjata perang.." ujar Alif dan Aurora terkedu.
"Ehem!" Azryan berdehem dan mereka berdua tersentak lalu Aurora menolak Alif sehingga pemuda itu terjatuh.
"Maafkan saya! Awak okay?"
Azryan hanya memerhatikan Aurora membantu Alif bangun,dia menjeling ke arah Raisyah yang masih menekup pipinya. Dia terkejut melihat Raisyah mengalirkan air mata,Raisyah sedar dia diperhatikan oleh Azryan lalu beredar menuju ke tingkat atas sebelum sempat Azryan halang.
"Raisyah...." Azryan hanya mampu menggosok rambutnya sahaja.
"HELLO GUYS I'M HOME!!" Rachel muncul dengan wajah ceria,sebelum kehairanan dengan atmosfera dalam rumah itu.
"Something happen?"
ALIF HAIKAL AL'AZAHAR
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top