CHAPTER 53 : SECRET DISC & THE TOMB


Azryan memasukkan disc itu ke dalam pemain video dan ditemani Alif serta Aurora,Alif hanya mendiamkan diri memerhatikan Azryan menaip papan kekunci dengan laju. Raisyah pula sekadar duduk di tepi,menghirup minuman ice vanilla blender.

"Ayah kau mesti seorang yang cermat,dia letak kata kunci pada setiap fail..." ujar Azryan tersenyum kelat.

"Untuk berjaga-jaga kalau disc itu dicuri..." jelas Aurora dan Alif berfikir sejenak.

"Keyword..." Alif berkata pendek dan semua menoleh ke arahnya.

"Kenapa Lif?" soal Azryan.

"Biar aku cuba teka kata kunci boleh?" ujar Alif tersengih dan semua kehairanan.

Alif segera duduk sebaik Azryan bangun dari kerusi kemudian Alif menarik nafas pendek,dia terus berdehem lalu menaip kata kunci dengan pantas. Akhirnya fail yang ada di dalam disc itu,berjaya dibuka dan Azryan terkejut. Aurora terkebil-kebil kerana tidak percaya,dia kemudian hanya tersenyum sahaja.

"Macam mana kau boleh bukak?" soal Azryan dan Alif menoleh ke arahnya.

"Nama ayah dan ibu aku gabungkan,sekali dengan tarikh lahir mereka..." ujar Alif tersengih.

"Pergh... Hebat la kau..." ujar Azryan memuji kagum.

"Tak la.. Aku tibai je tadi.." balas Alif selamba dan semua terus terjatuh termasuk Raisyah.

Azryan hanya terbaring tidak percaya dengan kata-kata kawannya,Aurora pula hanya ketawa kecil kerana dia sudah tahu akan perangai Alif. Raisyah pula hanya mampu tersengih sahaja,Alif pula hanya ketawa kecil sambil menggaru pipi.

Alif dan Aurora membaca maklumat yang ada pada disc itu,Azryan membuka satu demi satu dan mereka perasan satu video yang berada di dalam satu fail.

"Human Biology...." ujar Azryan dan Alif serta Aurora berpandangan.

"Bagaimana bro?" soal Azryan kepada Alif.

"Mainkan..." arah Alif dan Azryan hanya mengganguk sahaja,Aurora dan Raisyah diam tidak bersuara.

Sebaik video dimainkan kelihatan seseorang berdiri memerhatikan balang gergasi,malah balang itu ada sesuatu di dalamnya atau lebih tepat seorang manusia. Alif hanya memerhatikan sahaja sehingga lelaki itu memalingkan badannya,ke arah kamera dan mendesah.

"Apa khabar semua? Jika sesiapa yang menemui video ini,maka kamu tahu saya sudah tiada.." ujar lelaki berpakaian kot makmal,tetapi ulangan video itu kurang jelas jadi wajahnya tidak dapat dilihat dengan baik oleh Alif.

"Mukanya tak jelas...."

"Apa maksudnya?" soal Aurora kehairanan dan Azryan hanya meletakkan jari telunjuk pada bibir.

"Nama saya ialah professor Hans,Issac Hans... Antara salah satu daripada 4 orang yang bertanggungjawab mencipta formula untuk manusia biology..." ujar professor itu.

"Manusia Biologi adalah manusia eksperimen bagi mencipta satu senjata hidup,tetapi eksperimen ini dikatakan berbahaya kerana melibatkan manusia yang tidak bersalah..." ujar professor Hans dan mereka berempat hanya mendengar dengan teliti.

"Saya telah melakukan dosa yang besar,iaitu menganiaya nyawa orang yang tidak bersalah..semua kerana organisasi digelar Skull Wing.." sambung professor Hans dan mereka terkejut lalu memandang ke arah Aurora.

"Tetapi ini bukan berkenaan human biology.. Ia berkenaan rancangan Skull Wing untuk masa akan datang..." jelas professor itu dan Alif hanya menunggu jawapan professor Hans.

"Projek itu dinamakan Zero Human Plan..." jelas professor Hans dan semua terkejut.

"Jika dia nak hancurkan umat manusia,bagaimana dia nak lakukan? Bumi ini besar..." Azryan kehairanan berfikir.

"Saya harap sesiapa yang rakaman ini tidak jatuh ke tangan orang yang salah...di sini saya sertakan corak bulatan magis gelap yang dimaksudkan.." gambar di mana bulatan magis terpapar.

"Corak magis ini hanyalah rujukan,yang sebenar begitu besar... Mereka melakar di tengah bumi... Pusat di mana semua bermula..." jelas professor itu lagi.

"Apa yang kita boleh buat? Kita kena beritahu Putera Ikhwan..." ujar Azryan.

"Jika magis diaktifkan,masa tidak akan ada lagi..." sambung professor Hans dengan renungan tajam.

Alif hanya mampu mendiamkan diri,Aurora pula tidak mampu nak berkata apa-apa. Azryan menyandar pada kerusi,Raisyah pula hanya duduk lalu mengeluarkan smartphone.

"Kecuali satu..." semua menoleh ke arah professor Hans.

"Hanya Golden Light sahaja mampu melawan dark magis tersebut..." sebaik mendengar perkataan itu mereka semua terkedu.

💠💠💠💠💠💠

Pada masa yang sama di tempat lain,Ikhwan dan Aizat berjalan di satu lorong gelap. Claire dan Eva serta Farhan turut bersama mereka,api di jari telunjuk Ikhwan untuk menyuluh kegelapan di dalam gua tersebut.

"Apa yang kau cari di sini Wan?" soal Aizat.

"Sesuatu yang tidak patut wujud di dunia..." jelas Ikhwan kekal berjalan.

"Bunyi macam benda menakutkan... Apa pendapat kau Claire?" soal Farhan menjeling ke arah Claire.

"Macam mana aku nak tahu? Tempat ini bagaikan di dunia lain!" jelas Claire.

"Sudah tentu... Bukan begitu? Eva?" soal Ikhwan pada Eva.

"Ya betul,terasa aura yang amat kuat dan gelap di sini..." ujar Eva mengusap bahunya.

Akhirnya mereka berhenti di hadapan pintu gergasi yang amat besar,saiz seekor naga dewasa dan Farhan bersiul sambil mengangkat keningnya.

"Lost Tomb of Dragon..." ujar Ikhwan.

"Los tomb apa?" soal Aizat.

"Sedih la kau Aizat,English berapa kau dapat?" sindir Claire.

"Apa kau kata budak kecik?" soal Aizat geram.

"Apa kau panggil aku?" Claire mula merenung tajam ke arahnya.

"Cukup... Aku bawa korang ke sini bukan untuk bertekak..." ujar Ikhwan.

"Dia mulakan dulu!" ujar Aizat dan Claire menuding jari antara sama lain.

"Aku cakap... Cukup..." ujar Ikhwan dengan renungan membunuh.

"Baik...."

Ikhwan hanya menoleh semula ke hadapan,tapak tangannya dihalakan ke arah pintu gergasi tersebut. Ikhwan terus menyentuh dengan tapak tangannya pada pintu itu,suasana sunyi-sepi dan Farhan memerhatikan keadaan sekeliling. Corak pada pintu gergasi itu semua,bersinar dan gegaran terhasil kemudian pintu tersebut perlahan-lahan terbuka. Tanpa membuang masa segera Ikhwan melangkah masuk bersama yang lain,Claire dan Eva meninjau sekitar kawasan.

"Tempat ni penuh dengan aura negatif.." ujar Farhan.

"Setuju..." Aizat membalas.

Ikhwan akhirnya berhenti dari terus melangkah,Farhan dan Aizat yang turut berhenti terus terkejut. Claire dan Eva juga sama,Ikhwan dan lain memerhatikan sebuah bongkah ais yang amat besar.

"Naga yang dibeku..." ujar Ikhwan memandang bongkah ais di dalamnya ada seekor bangkai naga.












Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top