CHAPTER 51 : GOLDIE TROUBLE
"Ha...." Siddiq menyandar pada kusyen mengeluh,Laila pula muncul sambil menghidangkan minuman.
"Abang ni kenapa?" soal Laila duduk di sebelah suaminya.
"Dia terkejut aku ada girlfriend.." balas Alif menuding jari pada Aurora.
"Ouh.. Ah,saya Laila Al'Hazmad.. Salam perkenalan.." ujar Laila.
"Ah.. Saya Aurora Mikaela...selamat berkenalan.." kata Aurora membalas pengenalan diri Laila.
Suasana menjadi janggal kemudian sebaik dua gadis itu,berkenalan dan Alif serta Siddiq pula berbalas pandangan. Aura dingin mereka berlaga ketika mereka berbalas renungan,namun pada masa yang tepat telinga mereka dipiat oleh Aurora dan Laila.
"Aduh!" Alif mendecih.
"Adoi! Sakit yang..." Siddiq mengalirkan air mata.
"Nak bertarung di sini? Jangan nak rosakkan rumah sendiri.." jelas Laila.
Alif hanya menghela nafas pendek,telinganya digosok untuk hilangkan rasa sakit. Sedang dia perhatikan Siddiq dinasihati isterinya,matanya terpandang ke arah bingkai gambar keluarga. Dia terkedu kerana itu gambar ayah dan ibunya,bersama ibu dan ayah Siddiq.
"Alif?" Aurora kehairanan.
"Nampaknya uncle Lee simpan lagi gambar parents aku?" soal Alif dan Siddiq menoleh ke arah bingkai gambar tersebut.
"Ah... Yup,gambar tu ayah aku bagi.. Dia ada salinan original..." ujar Siddiq tersenyum kelat.
"Well tu namanya saudara,biarpun sudah lama tiada mereka tetap diingati..." ujar Alif.
"Kau pasti ke ibu kau dah meninggal?" soalan Siddiq membuatkan Alif terdiam.
Suasana menjadi tegang dan Aurora serta Laila hanya diam,memerhatikan dua orang saudara itu berdiam diri. Tidak lama Alif diamkan diri akhirnya dia mengeluh panjang,Siddiq kehairanan kerana air muka Alif tidak nampak seperti dalam keadaan tertekan.
"Sejujurnya Sid,aku dah lama cari ibu aku.. Tapi hampa,seluruh pelusuk dunia aku cari.. Tapi seolah-olah ibu aku tak bagi aku cari dia..." jelas Alif bangun kemudiannya menghampiri gambar tersebut.
"Alif..." Aurora hanya memerhatikan Alif dari tempat dia sedang duduk.
"Jangan putus asa la bro,mungkin ada tempat yang kau belum sampai..." jelas Siddiq tersenyum menyedapkan hati Alif.
"Mungkin..." balas Alif pasrah.
"Aku fikirkan kau marah ibu kau.." duga Siddiq dan Alif menjelingnya.
"Awalnya aku benci dan marah,tetapi walau bagaimanapun dia adalah ibu aku... Aku nak penjelasan kenapa dia tinggalkan aku macam tu je?" Alif berkata tulus daripada hatinya.
Siddiq tidak membalas kata-kata Alif,dia tahu saudaranya itu rindukan ibunya. Laila hanya memerhatikan mereka berdua,kemudian dia dan Aurora berpandangan selepas berbalas senyuman.
"Saya harap awak jangan tinggalkan Alif..." ujar Laila dan Aurora mulanya terkejut dengan kata-kata Laila,tersenyum sambil mengangguk.
"Bagaimana ayah kau? Sihat?" soal Alif.
"Sihat la,kalau tak kenapa dia merayau luar negara?" ujar Siddiq tidak puas hati.
"Masih merantau? Aku dengar auntie Lana dah kembali,tak terserempak pula..?" soal Alif.
"Lepas Sixth selamatkan dia,ibu aku jarang keluar dan hanya duduk di pejabat dalam istana je kalau masa kerja..." ujar Siddiq.
Alif hanya termangu-mangu mendengar penjelasan Siddiq,Aurora hanya diam kerana dia tidak faham dan tidak boleh masuk dengan apa yang dibualkan oleh dua orang pemuda itu.
"Ah.. Sebelum aku terlupa,maklumat pasal Skull Wing kau mintak..." ujar Siddiq mengingati sesuatu.
Alif hanya mencekak pinggang sahaja,melihat Siddiq berlalu pergi menuju ke arah meja antik. Laci ditarik dan sekeling micro disc dikeluarkan,Siddiq berjalan menghampiri Alif yang kehairanan.
"Sebenarnya uncle Azahar,ayah kau ada tinggalkan maklumat mengenai Skull Wing...." jelas Siddiq dan Alif terkejut.
Alif memerhatikan disc mini yang baru sahaja diterima oleh Siddiq,dia tertanya-tanya apakah kandungan dalam disc tersebut?
Disket dalam genggamannya dipegang erat,Alif hanya diam sahaja. Aurora yang memerhatikan tindak-tanduk Alif,sekadar menghela nafas pendek kemudian disc dalam genggaman Alif diambil.
"Aurora?" soal Alif terkejut dengan tindakan Aurora.
"Apa kata kita tengok sahaja,pertanyaan demi pertanyaan tidak akan selesai betul?" Aurora berkata sambil menggoyangkan disket itu.
Alif yang mulanya diam kemudian menghela nafas pendek,dia tersenyum dan melangkah ke arah Aurora lalu mengambil semula disket tersebut. Aurora hanya tersenyum memandang Alif,pemuda itu tersengih dan menjelingnya.
"Awak betul,kita buka dan tengok apa isi di dalam..."
Sebelum sempat Alif ingin beredar,letupan kuat berlaku di hadapannya. Aurora terasa aura yang dia kenal,asap dari letupan mula lenyap dan sebilah pisau kecil terbang meluru ke arah mereka. Alif terus menepis dengan menggunakan tongkatnya,Aurora pula menyeru lembing miliknya.
"Auw!! Auww!!" kelihatan Aizat keluar dari kepulan asap tebal,sambil memegang kepalanya yang benjol itu.
Alif dan Aurora terkebil-kebil memerhatikan keadaan itu,Aizat mengibas bajunya yang berasap dan sedikit api membakar rambutnya. Aizat yang sedang terkial-kial membersihkan debu,terhenti apabila menyedari pasangan kekasih itu memandangnya.
"Eh korang,apa khabar? Sihat ya?" soal Aizat sambil menolak benjol masuk semula ke dalam kepala.
"Mister Aizat! Awak okay ke?" soal Aurora pula.
"Apahal dengan awak uncle Goldie? Tiba-tiba je menjunam terhempas di depan kitorang?" soal Alif pula menggaru kepalanya.
"Ah... Pasal tu..." ujar Aizat dan letusan berlaku sebaik seseorang mendarat tidak jauh di hadapannya.
"ARIEF AIZAT AL'SHAHARUL!!" Seorang wanita menjerit nama Aizat dengan penuh,muncul dengan senjata jenis gatling di tangan.
"Hehe,Elis... Calm down honey.." Aizat cuba menenangkan wanita tersebut.
"GO TO HELL WITH YOUR CALM DOWN!!" Wanita bernama Elis mengacukan senjatanya ke arah mereka bertiga.
"Dia nak tembak!!" Aurora memberi amaran dan Aizat hanya mampu tersenyum kelat.
Tembakan bertalu-talu dilepaskan ke arah mereka tetapi Alif dan Aizat serta Aurora,berjaya mengelak kemudian segera menyelamatkan diri. Elis mengetap gigi geram dan terus mengejar mereka,kali ini keluar pula senjata jenis peluru berpandu ke arah mereka.
BOOMM!!
BOOMM!!
"Apa uncle Goldie buat?" soal Alif dengan muka tidak berperasaan.
"Ah... Salah faham sikit..." kata Aizat tersengih.
"Sikit apanya kalau sampai tembak menembak ni?!" soal Aurora pula sambil membelah peluru berpandu.
BOOMM!!
"Girlfriend kau tak boleh diam ke?" soal Aizat mengetap gigi.
"Jangan salahkan dia,kami kena kejar semua salah kamu uncle Goldie.." ujar Alif merenungnya.
"AIZAT!! JANGAN LARI,AWAK RAMPAS CIUMAN PERTAMA SAYA!!"
"APA?!" Alif dan Aurora tercengang.
"ITS WAS ACCIDENT!!" Aizat membalas dan sedar renungan membunuh daripada Alif serta Aurora.
"Ia salah faham,aku tengah berbincang dan tiba-tiba tergelincir... Aku jatuh ke arah dia!! Lalu tercium.…." kata Aizat masih mengelak dari tembakan Elis.
Alif dan Aurora berpandangan kemudian Elis,terus menyeru puluhan bulatan magis. Semuanya jenis magis berkuasa tinggi,Alif mula risau dan Aurora sedar seseorang melepasinya dengan laju.
"SIXTH?!" Alif dan Aurora terkejut,Aizat juga tidak terkecuali.
"Ikhwan...."
Ikhwan terus meluru dan petikan jari dilakukan,sekelip mata bulatan magis itu terus lenyap. Elis geram kerana tekniknya dibatalkan dengan mudah,kemudian dia cuba melancarkan satu lagi serangan.
"Please sleep miss..." ujar Ikhwan sepantas kilat berada di belakangnya,Elis terus rebah dengan mudah dan ditangkap oleh Ikhwan.
"Sixth..." Alif dan Aurora terus mendarat,mereka segera meluru ke arah Ikhwan yang meletakkan Elis di kerusi awam.
"Korang okay?" soal Ikhwan dan pasangan itu hanya mengangguk.
"Ya... Tapi keadaan bangunan...." Aurora berkata dan Alif menggosok kepalanya,Ikhwan hanya diam dan perhatikan kerosakan sekitar bangunan.
"Wan,kau penyelamat...!" ujar Aizat segera mendarat di belakang Ikhwan.
"Tak ada apa la,perkara kecil je..." ujar Ikhwan pula tersenyum manis,Aizat pula hanya tersengih.
"Terima kasih bro,kau memang sahabat.." kata Aizat memuji Ikhwan.
"Ya.. Ya.. Ya... Aku tak kisah dengan tu... Tapi.." ujar Ikhwan senyumannya,terukis sinis dan Alif serta Aurora sedar akan perkara itu.
"Tapi apa?" soal Aizat menelan air liur.
"Sebabkan kau,habis rosak bangunan kota negara aku... Kau ada alasan untuk semua ini?" soal Ikhwan meregangkan tulang jari-jemarinya,senyuman menakutkan mula terukir.
"Eh Wan...?" Aizat tersengih melihat sepasang mata biru Ikhwan bersinar di sebalik kegelapan.
"AKU HARAP KAU SIAP SEDIA!!"
"ARGGGHHHH!!!!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top