CHAPTER 50 : IS HE OKAY?
"Jual beli dada?" soal Qatariz sebelum kepalanya ditampar oleh Ikhwan.
"Aduh! Apahal?" soal Qatariz kehairanan.
"D. A. D. A. H... DADAH bukan DADA,otak tu jangan nak kuning sangat.." ujar Ikhwan muka blur kemudian kembali memerhatikan keadaan di hadapan,Qatariz pula hanya dapat tersengih sahaja.
"Tapi tak sangka ada juga benda macam tu di sini ya?" soal Qatariz mengusap kepalanya.
Seketika kemudian dua buah kereta mewah,muncul dan berhenti di hadapan dua orang pemuda tersebut. Ikhwan menunggu untuk mengetahui siapakah pengedar dadah di negara Mentar,Qatariz merasai perasaan marah Ikhwan dan tersengih.
"This gonna fun..." ujar Qatariz.
Qatariz memandang ke hadapan dan beberapa orang berpakaian serba hitam,keluar dari kenderaan dan seorang lagi lelaki berpakaian serba hitam juga tetapi berbeza sedikit dari yang lain. Lelaki itu memerhatikan keadaan sekeliling,kemudian berjalan ke arah dua orang pemuda itu.
"Tuan Bakriel..." ujar salah seorang pemuda itu.
"Duit tu ada bawa?" soal lelaki bernama Bakriel itu,dua pemuda itu mengangguk dan menghulur sebungkus sampul kertas tebal.
"Bagus...kamu bawakan barang tu.." ujar Bakriel ke arah salah seorang pengikutnya.
"Baik tuan!" pengikutnya mengangguk,seorang lagi mencapai sampul kertas.
"Terima kasih tuan!" ujar pemuda itu sebaik diberikan bekalan dadahnya.
"Sekarang Qatariz!" Ikhwan terus melompat keluar.
"Selepas kau.." kata Qatariz kemudian turut menyusul.
Ikhwan mendarat di belakang Bakriel dan pengikutnya,dua pemuda itu cuba melarikan diri namun Qatariz pula mendarat di hadapan mereka. Senyuman sinisnya mendatangkan perasaan takut pada mereka,Qatariz terus menghasilkan rantai dari api merah darah dan mengikat mereka.
"Tak sangka pula saya ada kunjungan pihak diraja semasa melakukan pekerjaan..." ujar Bakriel.
"Ini kau kata kerja? Merosakkan generasi muda?" soal Ikhwan
"Jangan la macam tu tuan putera.. Mereka cuma nak keseronokan..." balas Bakriel.
"Keseronokan? Apa yang aku nampak hanyalah kesengsaraan kemudian..." bidas Ikhwan.
"Rasanya tuan putera nampaknya tidak akan lepaskan kami ya?" soal Bakriel
"Kau akan aku sumbatkan ke dalam gerigi besi.." ujar Ikhwan kemudian salah satu pengikut Bakriel melancarkan kuasa dan bulatan magis muncul di bawah Ikhwan.
"Ikhwan!" Qatariz mula risau.
"Maaflah tuan putera... Kami tidak akan ikut kamu dengan mudah..." ujar Bakriel kemudian muncul rantai keluar,lalu mengikat Ikhwan dengan ketat namun wajah Ikhwan hanya tenang.
"Hehehe..." Ikhwan hanya ketawa sinis,Bakriel kehairanan.
"Kau nak kalahkan aku dengan cara ni?" soal Ikhwan dan petikan jari dibuat.
KRAANG!!
Bulatan dan rantai yang mengikat Ikhwan hancur sekelip mata,Qatariz hanya tersengih kerana dia tahu apa yang bakal berlaku. Ikhwan hanya tenang dan Bakriel pula terkejut,pengikutnya juga sama dan mereka terus meluru ke arah Ikhwan.
"Bad choice..." ujar Ikhwan.
Sekelip mata pengikut Bakriel ditumpaskan dengan mudah,Ikhwan berdiri di tengah-tengah pengikut Bakriel yang rebah. Nafas Ikhwan menghela nafas kesal,dia melirikkan jelingan tajam pada Bakriel.
"Jadi kau sedia?" soal Ikhwan dan melangkah ke arahnya dengan tenang,tangannya diangkat ke atas langit dan bebola api gergasi terhasil.
"Harap badan kau boleh tahan ini..."
Bakriel terkedu kemudian dia terduduk,mulutnya hilang kata-kata dan kedengaran jeritan di kawasan sunyi. Bakriel pengsan dan dengan mulutnya berbuih,Ikhwan pula hanya mendesah panjang. Qatariz hanya menghela nafas pendek,dia memandang ke arah dua pemuda di hadapannya.
"Kamu tak sayangkan diri sendiri ke?" soal Qatariz menggelengkan kepala.
"Ibu bapa kami kerap bergaduh..." ujar pemuda itu.
"Jadi?" soal Qatariz.
"Ini sahaja cara kami untuk lari dari masalah.." ujar salah seorang daripada mereka.
"Dengan berkhayal,masukkan bahan terlarang ke dalam badan?" soal Qatariz sambil menyilangkan tangan pada bawah dada.
"Sudah Qatariz,kita akan uruskan lagi bila kita dah hantar mereka ke hospital..." Ikhwan mencelah.
"H-hospital?!" soal seorang lagi pemuda.
"T-tapi kenapa?" soal pemuda itu.
"Dadah itu mengandungi racun,ia tak tunjukkan efek secara terus... Tapi memberi kesan yang teruk... Malah boleh buatkan hilang nyawa..." jelas Ikhwan lagi dan dua orang pemuda itu tergamam,Qatariz hanya diam dan Ikhwan mengeluh.
"Nak hidup atau nak mati... Terpulang..tapi aku tetap akan selamatkan korang..." ujar Ikhwan kemudian mengikat Bakriel dengan pengikutnya.
"Jangan risau... Mulut dia puaka...tapi dia hatinya baik..." jelas Qatariz tersengih.
SEMINGGU KEMUDIAN
Aurora akhirnya telah dibenarkan keluar dari wad,Nurul mengesahkan penyembuhan Aurora amat cepat. Mungkin sebabkan kuasa di dalam tubuhnya,Alif pula membawanya ke istana.
"Tidak apa ke kita masuk macam tu je?" soal Aurora risau.
"Jangan risau,ada orang dalam tengah tunggu.." balas Alif tersengih.
"Orang dalam?" soal Aurora.
"Sana tu.." Alif menuding jari telunjuk ke satu arah,Aurora menoleh dan kelihatan Siddiq melambai tangan ke arah mereka.
"Yo bro,lama tak jumpa.." sapa Siddiq sambil bersalaman dengan Alif.
"Haha,merantau tanpa hala tuju biasa la..." balas Alif tersengih.
"Lupa,kau memang tak ada masa depan..." sindir Siddiq tersengih.
"Siol kau,nak kena hentak ke?" kata Alif tersengih kerana tahu Siddiq suka bergurau kasar.
"Oya..? Who is this cute girl?" soal Siddiq memandang Aurora.
"Pardon for my rudeness... I'm Aurora Mikaela..." Aurora memberi pengenalan diri.
"Same too me,I'm Siddiq Al'Lee.. I'm Alif's related.." jelas Siddiq.
"Yeah I know,Alif talk about you too..." balas Aurora tersenyum menyengetkan kepalanya ke kanan.
"I see... Are you single? Urgh!!" kepala Alif diketuk tongkat emas,Alif melakukan perbuatan tersebut dengan muka blur.
"Oi apa masalah kau ha?" soal Siddiq tidak berpuas hati.
"Kau dah ada bini kan?" Alif menyoal sambil menjulurkan tongkat pada hadapan muka Siddiq.
"Bertenang sayang,err tuan Siddiq.. Now I'm in relationship with Alif Haikal..." ujar Aurora sambil memeluk lengan kiri Alif.
"Eh? Eh?! EH?!!!!" Siddiq tergamam kemudian jeritannya kedengaran jelas di kawasan istana.
"Ni apahal bising-bising ni?" satu suara menyampuk dan Azryan yang diam sahaja,menoleh bersama yang lain terus terkejut.
"Professor Zahari!?" Azryan terkejut dengan kehadiran Zahari Al'Dariuz,ataupun guru kepada Azryan.
"Haa... Azryan,kamu bila balik?" soal Zahari menyimpan tangan bersilang belakang badan.
"Prof..lama dah,dalam seminggu lepas tapi maaf la kawan saya kena tahan wad..." ujar Azryan berjalan ke arah Zahari.
"Bagus,free tak ni?" soal Zahari.
"Boleh la.. Kenapa prof?" soal Azryan pula.
"Temankan saya minum petang..." jelas Zahari dan Azryan hanya mengangguk kemudian menoleh ke arah Alif yang sedang memerhatikannya.
"Hey bro,aku lepak dengan cikgu aku... Kau boleh kan dengan Aurora sekali Raisyah..?" soal Azryan.
"Uh-huh,saya follow awak..." Raisyah terus melangkah ke arah Azryan.
"Macam mana cikgu?" soal Azryan.
"Sure... More is merrier..." ujar Zahari dan beredar,Azryan menyusul dan Raisyah mengekorinya dari belakang.
Siddiq pula masih dalam keadaan terkejut dengan berita yang diterima,sepanjang pengenalan dia dengan Alif tidak pernah dia dengar saudaranya dalam perhubungan.
"Kau okay tak ni? Jadi statue ni dah kenapa?" soal Alif dan Aurora tersenyum kelat.
"Dia okay tak?"
Akhirnya CK 3 AS (panggilan pendek bagi title novel) cecah 50 chapter,terima kasih atas sokongan reader dan silent reader. Sila berikan vote dan comments di bawah iaitu ruangan yang disediakan,boringlah tengok tak ada komen...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top