CHAPTER 48 : I DON'T WANNA END LIKE THIS
Pandangan yang gelap mulai terang,perlahan-lahan kelopak matanya dibuka dan memandang siling serta lampu. Aurora terkebil-kebil melihat ke kanan,dia menoleh ke arah kiri terkejut. Alif yang sedang lena tangannya bersilang bawah dada,sambil menyandar kerusi dan kepalanya tunduk ke bawah.
"Alif?" Aurora yang masih terbaring,kehairanan kenapa dia boleh berada di sini?
Aurora yang masih kebingungan dikejutkan oleh pintu terbuka,seorang jururawat muncul dan terkejut sebaik memandangnya. Jururawat itu segera berlari beredar,Aurora kehairanan kerana sedar dia berada di dalam hospital.
"Hospital? Ah... Baru teringat..." katanya sendirian dan Aurora mengingati kejadian dipukul oleh Rowan sehingga merempuh dinding.
Aurora sedar dirinya masih lemah,untuk bangun pun dia tidak bangun. Aurora menoleh ke arah Alif yang sedang lena,adakah Alif yang menjaganya sepanjang dia tidak sedarkan diri?
"Aurora..." kedengaran suara lembut menegur,Aurora memandang ke arah empunya suara.
"Azryan.... Raisyah..." ujar Aurora cuba bangun dan cepat-cepat Raisyah membantunya.
"Jangan paksa diri,kau masih lemah lagi..." kata Raisyah dan Azryan pula menongkat pada palang katil.
"Terima kasih..aku hargainya,apa jadi sebenarnya? Aku di mana?" soal Aurora dan Azryan yang tersenyum menoleh ke arah pintu sliding terbuka.
Nurul muncul menuju ke arah Aurora,bersama Laila atau lebih tepat isteri kepada Siddiq yang dikenali saudara kepada Alif. Raisyah memberi laluan pada Nurul memeriksa keadaan Aurora,pada masa yang sama Alif yang baru sedar ketika itu terkejut.
"AURORA!! ARGH!!" Alif menjerit sebelum dibaling sarung tangan getah.
"Diam boleh,sini hospital.." kata Nurul dengan renungan menakutkan.
"Err.... Baik...." balas Alif dan Aurora hanya tersenyum kelat memandangnya.
Sebaik sahaja selesai membuat pemeriksaan,Nurul dan Laila berbincang sesuatu sebelum beredar. Alif memerhatikan mereka berdua beredar meninggalkan bilik wad,Rachel pula muncul kemudiannya dan menuju ke arah Alif.
"Aurora,kamu okay? Auntie baru terserempak doktor Nurul tadi.." soal Rachel cemas.
"Saya okay,jangan risau..." balas Aurora tersenyum.
"Baguslah... Alif..lepas ni pastikan lindungi Aurora betul-betul..." ujar Rachel menjeling Alif.
"Saya tahu la... Tak perlu nak ingatkan..." balas Alif sebelum kepalanya diketuk oleh Rachel.
"That's hurt,what was that for?" soal Alif memegang kepalanya menahan sakit.
"When somebody reminding you something important,just say 'yes' or 'alright' got it...?" soal Rachel dan Alif mencebik.
"Yeah.. Yeah... Whatever..." balas Alif pula mengangkat tangan tanda malas nak melayan.
"This kid...." Rachel dahinya timbul urat.
"Miss Rachel,can you just calm down..." ujar Ikhwan sebaik masuk ke dalam bilik wad
"My Lord..." Rachel terkejut dengan kehadiran Ikhwan begitu juga dengan yang lain.
"Why you guys so surprise?" soal Ikhwan melihat reaksi air muka semua.
"How do you know she's awake?" soal Rachel.
"Hmm,in short doctor Nurul is my cousin..." ujar Ikhwan dan Rachel hanya mengangguk faham.
"I see.... Like that...and its my honor to meet the legend..." Raisyah berkata sambil menunduk hormat,Ikhwan menjeling pada lambang yang digantung bersama kalungnya.
"Assassin,The Order of Saviour... Is your leader fine?" soal Ikhwan tersenyum.
"Yeah,Lord Darren send his regard..." balas Raisyah mengangguk,Ikhwan sekadar tersenyum sahaja kemudian memandang ke arah Aurora.
"Baiklah miss Aurora,awak dah okay?" soal Ikhwan dan Aurora hanya mengangguk.
"Saya baru sahaja check up pada profil maklumat mengenai Ozmandiyas... Agak menakjubkan dan sayang orang seperti dia,jatuh ke lubang kegelapan.." ujar Ikhwan panjang dan Aurora hanya mampu terkebil-kebil.
"Apa yang tuan dapat tahu?" soal Alif mencelah.
"Ozmandiyas asalnya adalah pahlawan negara Crystal...dia dikatakan sebagai pahlawan yang setia,sumpah setia bersama diraja negara Crystal dia dikatakan telah dimulakan turun-temurun dari nenek moyangnya..." jelas Ikhwan.
"Negara Crystal?" soal Alif terkejut.
"Ya Alif,kamu dah banyak kali merantau.. Sudah tentu tahu mengenai negara ni bukan?" soal Ikhwan dan memandang Alif serta Azryan.
"Ya,sudah tentu... Negara tu dikatakan negara yang dipenuhi kristal.. Atau lebih tepat kristal di situ berkualiti tinggi,kukuhnya kristal itu sehingga dibuat perisai...untuk tujuan mempertahankan negara..." jelas Alif.
"Kira negara tu paling kaya la...?" soal Rachel.
"Tak,negara Mentari nombor satu jika dalam golongan negara tidak bersekutu..." jelas Azryan pula.
"Jadi apa sebab Ozmandiyas ni inginkan manusia pupus?" soal Alif dan Aurora menoleh ke arahnya.
"Saya tak boleh terima,jika dia ingin menghapuskan kaum manusia..." ujar Alif menggenggam penumbuk sekuat hati.
"Alif..." Aurora merasai kemarahan Alif,dia tidak mampu berkata apa-apa kerana dia juga pernah sebahagian dari plan Ozmandiyas.
Ikhwan tidak berkata apa-apa dan merenung anak muda itu,kemudian dia tersengih dan menepuk tangannya. Perbuatan Ikhwan membuatkan semua kehairanan,termasuk Rachel yang tidak faham apa fikiran putera itu.
"Menarik,kau juga tidak mahu semua ini tamat begitu sahaja..." ujar Ikhwan tersengih sambil ketawa kecil.
"Sixth?" Alif kehairanan.
"Baik kau siap sedia,lepas ni akan ada perlawanan yang besar...." ujar Ikhwan lagi dan beredar.
Alif dan yang lain tidak faham maksud Ikhwan,melihat raja naga pergi begitu sahaja membuatkan mereka bertanyakan seribu satu soalan.
ISTANA MENTARI
Reezal berjalan laju sambil diekori Yusri dan Raffie,mereka bertiga seperti mengejar sesuatu tetapi apakah ia rasanya?
Reezal ternampak dari jauh kelibat Ikhwan,adiknya berdiri memeriksa sesuatu pada tablet. Reezal segera menghampiri Ikhwan,menyedari kehadiran abangnya lantas Ikhwan menyimpan tablet tersebut.
"Bagaimana laporan? Ada berita tentang Skull Wing..?" soal Reezal.
"Takkan nak berbincang di sini?..." kata Ikhwan pula dan Reezal hanya menarik nafas panjang,kemudian dihelakan pendek.
Reezal terus melangkah pergi dan Yusri serta Raffie sekadar menyusul,Ikhwan hanya tersenyum sambil mengangkat kedua-dua bahunya. Lantas dia terus mengekori mereka tanpa banyak soal,akhirnya mereka tiba di bilik kerja Reezal.
"Okay boleh teruskan?" soal Reezal.
"Nah...." ujar Ikhwan meletakkan tablet di atas meja dan Reezal mencapainya.
"Apa yang ada tertera dalam maklumat,mengatakan Skull Wing ingin menjalankan satu projek yang bakal menghapuskan umat manusia...." jelas Ikhwan sambil Reezal pula membaca maklumat tersebut.
"Hapuskan manusia? Satu dunia?" soal Raffie.
"Ini dah melampau..." kata Yusri pula.
"Melampau huh?" soal Ikhwan menongkat dagu sambil berfikir sesuatu.
"Kau ada cara ke?" soal Reezal memandang ke arah Ikhwan.
"Buat masa ni tak ada... Baiklah,segala maklumat ada dalam tablet tu... Tak ada masa aku nak repeat apa yang aku dah baca... Blah dulu..." ujar Ikhwan bingkas bangun dan beredar.
"Ek eleh..." Yusri tersengih mendengar kata-kata Ikhwan.
Reezal,Yusri dan Raffie memerhatikan Ikhwan beredar keluar. Sebaik pintu ditutup semula,Reezal kembali membaca maklumat yang telah ditulis dalam tablet itu. Yusri pula memberikan bahasa isyarat pada Raffie,tanda mengajaknya beredar pergi dari situ.
"Bang,kitorang gerak dulu.." ujar Raffie dan Reezal hanya menjeling kemudian mengangguk sahaja.
"Apa-apa hal mesej kitorang..." Yusri berkata sebelum keluar dari bilik kerja Reezal.
Reezal tidak membalas dan terus menatap skrin tablet,dia hanya menghela nafas pendek kemudian sandar pada kusyen kerusinya.
"Kita tak boleh biarkan ia terjadi... Perang bakal tercetus jika diketahui umum..."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top