CHAPTER 46 : FATE IS A GOD SECRET
Pesawat hitam terbang sambil mengelak tembakan dari pihak musuh,Skull Wing dan mereka juga menyerang balas. Tetapi bukan mudah kerana Skull Wing turut menyerang mereka di kawasan udara dengan menggunakan jet drone,Azryan mengemudi kapal dengan kepakaran yang dia ada. Agnez dan Raisyah masing-masing berpaut,Rachel juga sama di bahagian berbeza.
"MEREKA TAK HABIS-HABIS!!" Azryan berkata sambil mengemudi kapal.
Serangan tembakan laser dari pihak musuh berterusan tanpa henti,pesawat hitam itu tidak mungkin boleh terus terbang kerana tenaga kuasa semakin berkurangan. Azryan mendesah dan memikirkan cara untuk menghapuskan musuh sekaligus,pada masa yang sama seseorang terapung di atas langit dengan kilat ungu pada tangannya mengangkat halakan ke arah awan.
"THUNDER BLADE..."
GRUUMM!
KZZT!!!!
Serangan kilat dari awan di atas langit,menyambar musuh yang menyerang Azryan dan lain. Azryan,Agnez dan Raisyah menyaksikan keadaan itu tanpa berkerdip kerana mereka terkejut. Siapa yang membantu mereka?
"Kilat ungu?" Ozmandiyas terkejut melihat daru skrin rahsia,sebelum skrinnya terus terpadam.
Luqman dari tempat tersembunyi tersenyum sinis,dia dan Aminudden berbalas renungan kemudian mengangguk dan Aminudden terus hilang daripada pandangan.
"Ada bantuan lain?!" Meteora mula cemas dan Mariana pula mendecih.
"Apa tindakan kau Oz?" soal Wild Gunz.
"Salah seorang daripada kamu bertiga,pergi bantu Rowan..." Ozmandiyas memberi arahan.
Alif yang sedang bertarung dengan Rowan terhenti,kerana melihat kilat yang tidak dikenalinya menyambar semua musuh berhampiran. Rowan juga tidak terkecuali dari tidak terkejut,dia mendecih dengan muka menjengkelkan dan mengukir bulatan pada tanah.
"ALIF HALANG DIA!!" Aurora tahu akan apa yang ingin dilakukan oleh Rowan.
Alif terus meluru ke arah Rowan dan terus cuba menghentamnya,namun gagal kerana ada pelindung yang melindungi Rowan. Malah ia pelindung yang amat kuat dan sukar untuk dihancurkan,Rowan tersengih dan corak magis gelap yang amat besar terbentuk di sekitar kawasan. Alif segera melompat ke belakang,menjauhkan dirinya dari tindakan Rowan
"Kuasa Kegelapan yang memberikan aku kekuatan...." Rowan mula membaca kata-kata keramat.
"Berikan aku kekuatan mengawal si mati yang terkorban,agar dapat ku hapuskan musuh dihadapanku...."
Seluruh kawasan bersinar dan tanah mula mereka serta bergegar seakan gempa bumi,Alif mendecih dan menggenggam erat tongkatnya serta bersiap sedia apa sahaja kemungkinan. Tangan hitam keluar menjengah dan Alif mengetap gigi terkejut,setiap tempat keluar benda yang sama dan makhluk itu seperti zombi.
"What? The world of apocalypse? Zombi everywhere? Seriously,author did you have to do this?" keluh Alif menahan geram.
"Alif,who do you talk to...?" soal Aurora kehairanan.
"Ah...forget it.." balas Alif.
Askar mayat hidup bangkit dan keluar dari rekahan tanah,membuatkan Alif seriau satu badan dan mayat hidup itu semua meluru ke arah mereka dengan berlari laju.
"Saat ni la terasa cam badan aku ada bulu!!" kata Alif menghentak askar zombi itu.
TANG!!
KRAANG!!
Rowan meluru ke arah Aurora dan senjata mereka berlaga,Alif tidak dapat membantu kerana askar mayat hidup itu semua menghalang jalannya. Aurora dan Rowan berbalas libasan senjata,percikan api terhasil setiap kali mereka bertembung senjata.
TANG!
ZTANG!!
TUNG!!
"OI! OI! KAU MAKIN LEMAH APA NI HA?!!" Rowan mengasak Aurora tanpa henti,berang kerana Aurora cuma bertahan.
"SAYA DAH KATA TAK MAHU MEMBUNUH LAGI!" Aurora menahan dan bertahan.
"WEAK!!!"
TANG!!!
Aurora terseret jauh ke belakang dan Rowan bergerak pantas di hadapannya,lalu libasan dihayunkan dan Aurora tercampak merempuh dinding sehingga gadis itu mengerang kesakitan.
"AURORA!!" Alif cuba mara namun dihalang.
"Tengok kekasih kau mati perlahan-lahan..." ujar Rowan menghasilkan aura hitam keunguan pada kedua-dua bilah pedangnya.
"JANGAN KAU BERANI SENTUH DIA!!"
Rowan tidak gentar dengan amaran Alif,lalu dia terus melompat lalu menujah pedangnya ke arah Aurora dengan kepantasan luar biasa. Alif mula risau dan Aurora tidak mampu bergerak,adakah harapan untuk Aurora hidup sebagai manusia normal hanyalah mimpi di siang hari?
DUSHHH!!
Muka Rowan terkena sepakan dan itu Aurora terselamat,Alif tergamam kerana kehadiran penyelamat misteri. Manakala awan mulai gelap dan kilat menyambar semua tentera askar Rowan,malah ia menyambar pada pengikut Skull Wing yang menyerang pesawat hitam itu.
"KURANG AJAR!! SIAPA YANG BIADAB MASUK CAMP-URGGHH!!!" Belum sempat Rowan menghabiskan ayat,mukanya ditekup kuat oleh orang itu dan dihempas ke tanah.
BRAAMM!!
KRAAKKK!!
Alif terkejut kerana orang yang menyelamatkan Aurora,serta menyerang Rowan dengan mudah adalah Aminudden. Api biru dinyalakan dan diletupkan pada muka Rowan,letusan yang dahsyat berlaku seiring dengan gegaran kuat.
Aminudden cuba menyusulkan satu lagi serangan,tetapi ada seseorang muncul dari atas dan dia adalah Wild Gunz. Pistol diacukan kedua-duanya dan tembakan bertalu-talu,Aminudden terpaksa mengelak secara mengundur ke belakang dan melepaskan Rowan. Wild Gunz mendarat dan terus menembak Aminudden,tujuannya adalah jauhkan Aminudden seberapa yang boleh dan Meteora muncul di hadapan Wild Gunz.
"Me-teora..." Aurora yang dalam keadaan cedera,sedar kehadiran Meteora dan Wild Gunz.
"Kita kena berundur..." Meteora menghasilkan puting beliung.
Aminudden mula berang dan terus melibas tangannya sekuat hati,angin kencang terus lenyap bersama mereka. Alif tergamam dengan keadaan itu tetapi dia harus mendapatkan Aurora,Luqman muncul bagaikan kilat di sebelah Aminudden.
"Aurora!" Alif segera mendukung Aurora,kapal pesawat mendarat sebaik tiada lagi bahaya.
"Muncul kejap je,alih-alih musuh lari.. Tahu uncle ni mati aku..." kata Aminudden mengeluh.
"Bukan kau sorang,aku pun sama kena 'sembelih' nanti..." kata Luqman dan dua beradik berpandangan,kemudian mereka menghela nafas kesal serentak
"Asimilasi yang cantik.." ujar Azryan sendirian sebaik sahaja sampai di tempat Alif berada.
"Siapa mereka yang serang korang semua?" soal Luqman dan Aminudden pula memeriksa setiap pengikut Skull Wing yang tidak sedarkan diri.
"Mereka dipanggil Skull Wing...." ujar Aurora dalam dukungan Alif.
"Aurora awak okay?" soal Alif risau.
"Saya okay.. Terima kasih.." balas Aurora.
"Kenapa Skull Wing tiba-tiba sahaja menyerang?" soal Azryan kehairanan.
"Simple je... Mungkin itu adalah amaran mereka..." Rachel mencelah.
"AMARAN?" Alif,Azryan dan Raisyah terkejut,mereka sedar sudah terlibat dengan kes berkaitan Skull Wing.
"Sebabkan miss Aurora kita tidak mahu menjadi pembunuh,dan mengkhianati Skull Wing juga heret Alif serta yang lain.." jelas Raisyah tanpa selindung.
"Hey Raisyah!" Azryan mencuit bahu Raisyah,Aurora menundukkan wajahnya terasa bersalah.
"Apa? Betul la kan,Aurora... Huh?" Raisyah kehairanan apabila Aminudden menghalakan tapak tangan ke arahnya.
"Lebih baik miss Raisyah,diam..dari terus menyakiti perasaan seseorang.." jelas Luqman setuju dengan tindakan adiknya.
"Aurora punca semua ini,kalau tak kerana dia menyibuk dalam kumpulan Alif.. Semua ini tidak akan terjadi!" Raisyah memberi fakta dari analisisnya.
"Apa jaminan kau jika aku dan Aurora tak berjumpa,semua ini tidak akan terjadi? Kau siapa? Tuhan?" soal Alif masih mendukung Aurora,semua terdiam mendengar kata-kata Alif kecuali Luqman,Aminudden dan Rachel yang tersenyum.
"Sudah,lebih baik kita beredar dari sini.. Aku tak nak hadap zombi-zombi tu semua lagi..." jelas Alif berpaling dari mereka,dan melangkah ke arah pesawat sambil disusuli oleh Rachel.
Langkah Alif terhenti dan Aurora kehairanan,Raisyah juga sama dan Azryan serta Agnez berpandangan. Rachel pula hanya memerhatikan sahaja,Alif menarik nafas panjang lalu dihelakan dengan pendek.
"Fate is a God SECRET..." Sebaik habis berkata-kata,Alif menyambung langkahnya.
Aurora memerhatikan Alif yang mendukung dia tanpa berkerdip,dia mengalirkan air matanya dan terus memeluk Alif dengan lebih erat. Alif sekadar diam dan Raisyah terkedu,dia terasa bersalah dan Agnez sekadar mendiamkan diri sahaja.
"Miss Agnez..." Luqman menghampiri Agnez.
"Avalon? Tak,master baru dia..." ujar Agnez dalam hatinya,manakala Avalon yang berada di dalam tubuh Luqman tidak berkata apa-apa.
"Ya putera..? Ada apa yang saya boleh bantu?" soal Agnez.
"Uncle saya,Ikhwan Syah Al'Solleh meminta awak berjumpa dengannya.." sebaik Luqman habis berkata,Agnez hanya menghela nafas pendek.
"Saya akan ke sana..."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top