CHAPTER 45 : NOW WE'RE EVEN


Aurora tergamam dan Raisyah hanya mengecilkan matanya,hatinya sakit dan marah bercampur baur apa sahaja perasaan ada. Agnez hanya mampu menghela nafas pendek,dia ternyata kecewa manakala Azryan pula menoleh ke arah Alif dan Rachel.

"Tempat ni bukan ke kem tentera?" soal Alif memerhatikan satu kawasan seperti pangkalan musnah teruk.

Alif kali ini sudah beredar dari negara Sakura,mereka yang berada di dalam kapal pesawat terkejut kerana menemui satu kawasan yang hancur. Pesawat hitam kekal terapung di udara,Alif segera beredar menuju ke ruang kargo. Pintu belakang pesawat di turunkan,Aurora menyusul mengekori Alif.

"Awak nak ke mana?" soal Aurora sebaik menghampiri Alif yang menunggu pintu kargo dinaikkan.

"Turun bawah,buat siasatan..." ujar Alif tidak memandangnya.

"Tapi dah tak ada apa di bawah..." jelas Aurora.

"Pangkalan tentera ni pernah bantu saya Aurora....saya tak boleh biarkan macam ni sahaja.." kata Alif sebelum terus terjun ke bawah.

Aurora hanya memejamkan matanya,dia mendecih dan terus melompat keluar dari pesawat itu. Alif mendarat dengan selamat dan memerhatikan keadaan sekeliling,dia menoleh ke belakang sebaik Aurora turut sama mendarat.

"Aurora?" Alif kehairanan.

"I'm not gonna let you going alone.." ujar Aurora menyilangkan tangannya pada bawah dada.

"Awak buat macam tu,makin nampak seksi pulak..." ujar Alif tersengih sumbing melihat dada Aurora terangkat sedikit ke atas apabila tangannya disilangkan bawah dada.

Aurora sedar perkara itu terus diturunkan tangannya,mukanya merah padam menahan malu. Alif tersentak apabila lembing dihunuskan tepat pada kepalanya,Aurora memegang sebelah tangan dan sebelah lagi tangannya melindungi dadanya.

"Okay... Fine..." kata Alif dan berpaling dari Aurora.

Alif berjalan meninggalkannya sambil diperhatikan oleh Aurora,lembingnya dilenyapkan dan dia mendesah kemudian mengekori Alif. Pada masa yang sama juga seseorang berdiri di tempat tersembunyi memerhatikan Alif dan Aurora dari jauh.

"Its okay just leave them alone?" soal Azryan memerhatikan Alif dari skrin pesawat.

"Don't worry,its settle..." balas Rachel sambil menggeliat dan beredar,Raisyah memerhatikannya tanda penuh curiga.

"Can we trust her?" soal Raisyah dan Azryan serta Agnez mengangkat bahu serentak.

Alif berjalan di dalam bangunan yang ditinggalkan,kesan serangan masih lagi baru dan Alif sekadar mendiamkan diri sambil memerhatikan keadaan bangunan tersebut. Aurora pula mula terasa tidak sedap hati,dia merasai aura yang amat dikenalinya.

"Siapa yang serang tempat ni? Tergamak mereka...." ujar Alif sendirian namun tiada kelihatan mayat atau askar yang berada di situ.

Pada masa yang sama Ikhwan yang membaca laporan pada tablet,Luqman dan Aminudden menunggu berdiri di hadapan meja Ikhwan. Ia adalah laporan mengenai markas yang baru sahaja diserang,markas di mana Alif berada sekarang ini.

"Markas Sapphire kena serang,bila ia berlaku?" soal Ikhwan.

"Area 1 jam lepas uncle.." jawab Luqman dan Ikhwan mengerutkan dahi.

"Sejam lepas? Siapa yang menyerang?" soal Ikhwan lagi.

"Dari maklumat yang kami dapat,kamera pada markas tu ada rakam ini..." ujar Aminudden sambil menyerahkan sekeping gambar.

Ikhwan mencapai gambar tersebut,dia memerhatikan gambar itu dengan tenang dan memandang dua beradik itu. Luqman dan Aminudden mengangguk,Ikhwan pula mendesah dan menghela nafas pendek.

"Qatariz,Alif kau dapat kesan?" soal Ikhwan sebaik mendail satu nombor.

"Ada,mereka berada di markas Seraphim yang aku baru hantar..." jelas suara pada talian,Qatariz.

"Mereka dalam bahaya.." kata memandang ke arah Luqman dan Aminudden.

"Nak aku patah balik ke arah mereka ke?..." soal Qatariz.

"Tak perlu,kau ada misi lain... Fokus pada misi tu..." jawab Ikhwan dan Qatariz hanya mengangguk tanpa membantah.

"Luqman! Aminudden!" Ikhwan berkata memandang dua beradik itu.

"Ya uncle!?" jawab Luqman dan Aminudden serentak.

"Aku ada misi untuk kamu berdua.." ujar Ikhwan tersenyum sinis,Luqman dan Aminudden berpandangan.

KRAANG!!

Alif terkejut apabila celling bangunan runtuh dan Aurora segera mengeluarkan lembingnya,pada masa yang sama juga satu serangan hendap dilakukan ke atas pesawat Azryan berada.

PADA masa yang sama Ozmandiyas yang berada di tempat markas rahsia Skull Wing,berpeluk tubuh memerhatikan skrin di mana pengkalan askar negara Sapphire yang hancur.

"Apa arahan kau Oz?" soal Wild Gunz dan Mariana,Joker,Meteora serta Altera yang dikawal sekadar mendiamkan diri.

"Tunggu arahan aku..." ujar Ozmandiyas.

"Tapi...." Meteora pula mencelah.

"Jangan risau,Rowan ada di sana..." kata Ozmandiyas.

Pesawat hitam itu diserang dengan deras dan membuatkan Azryan segera duduk pada kokpit,mengelak serangan mengejut itu tadi dan terbang.

"ADA MUSUH KE?" Soal Raisyah terkejut.

"Aku tak tahu!!" jawab Azryan mengawal kemudi pesawat,tembakan tidak henti-henti menyerang pelindung pesawat itu.

"Mereka dah mula lakukan serangan..." ujar Rachel berpaut pada palang dinding.

Alif mengeluarkan tongkatnya dan seseorang berada di hadapan mereka berdua,Aurora pula memegang erat lembingnya habuk dan debu mula lenyap lalu seseorang kelihatan.

"Yo Aurora!..." seorang pemuda berambut hitam tersenyum menyapa Aurora.

"Rowan..." Aurora menelan air liur memegang erat batang lembingnya.

"Aku tak sangka kau sanggup khianat kami semua..." ujar lelaki yang berkata sambil tersenyum.

"Saya tak nak membunuh lagi Rowan... Jangan paksa saya lagi..." jelas Aurora.

"Tak nak membunuh? Kau buat lawak ke? Lantaklah,apa aku peduli..?" jelas Rowan tersengih dan menarik pedang bilahnya melengkung umpama sabit.

"Aku cuma nak membunuh pengkhianat sahaja..." ujar Rowan dan bilahnya bersinar lalu meluru ke arah Alif serta Aurora.

TANG!!

KTANG!!

Alif dan Aurora menangkis mainan libasan dua pedang Rowan,setiap pergerakan daripada Rowan amat tangkas dan jitu. Rowan tersengih dan mengetuk tongkat Alif,perut Alif ditumbuk menggunakan hulu pedang.

"Urgh!" Alif terasa senak sebelum mukanya diberikan sepakan.

DUUUSSH!!

"ALIF!!" Aurora terkejut melihat Alif tercampak jauh,dia segera mendapatkan Alif yang terbaring selepas merempuh dinding.

"ALIF! Awak okay?" Aurora membantu Alif bangun,senak masih lagi terasa pada perut Alif.

"Cough! Cough! Saya okay,that guy is really real!" ujar Alif bangkit dan mereka berdua menoleh ke arah Rowan yang gelak besar.

"HAHAHA!! LEMAH!!" Rowan ketawa tanpa henti dan menghayunkan gelombang libasan.

"AURORA!!" Alif menarik Aurora keluar merempuh tingkap,bangunan itu hancur akibat dari serangan Rowan.

"Itu Alif dan Aurora!" ujar Raisyah sebaik menyedari Alif bersama Aurora keluar dari bangunan yang hancur.

"Mereka pun diserang juga.." kata Azryan mengemudi kapal mengelak tembakan.

"Fokus pada ni,mereka pasti boleh uruskan sendiri..." Agnez memberi peringatan dan Azryan mengangguk sahaja.

"Alif!" Aurora menunjukkan keadaan rakannya yang lain.

Alif mendarat dengan mendukung Aurora,dia menoleh ke belakang dan Rowan keluar dari runtuhan bangunan dengan ketawa yang kuat. Lelaki itu meluru ke arah mereka,Alif melompat sambil mendukung Aurora dan mengelak dari serangan Rowan.

"Huh?" Rowan terkejut sedikit dan menoleh ke belakang,Alif mendarat dan pada masa yang sama perutnya masih terasa bisa.

"Alif!" Aurora segera menyambut Alif apabila pemuda itu hampir terjatuh,sebaik turunkan Aurora dari dukungannya.

"Nampaknya pukulan aku berikan impak yang kuat huh?" soal Rowan menyeringai sinis.

"Rowan..." Aurora merenungnya dengan giginya diketap.

"Apahal dengan muka tu? Marah? Marilah belasah aku..!" Rowan melakukan provokasi.

"Aurora! Jangan,dia sengaja nak apikan awak supaya marah.." kata Alif menarik lengan Aurora.

"Dia cederakan awak Alif!" Aurora berkata tidak puas hati.

"Ia boleh sembuh...tapi kalau kehilangan awak,saya tidak sanggup!" kata Alif terkial-kial bangun.

"Ouh sungguh berdrama... Kau memang tak serik ya?" soal Rowan mencelah.

"Diam.." ujar Alif perlahan.

"Hah? URGH!!!" Rowan terpelanting jauh apabila Alif memanjangkan tongkatnya dan menujah perut Rowan.

Rowan tercampak dan merempuh dua bangunan,Alif pula mengubah kembali bentuk dan menarik semula tongkatnya. Bangunan runtuh akibat dirempuh oleh Rowan,kemudian suasana sunyi seketika dan Rowan bangkit sambil menjerit kemarahan.

"Now we're even..." kata Alif.

"You bastard..." Rowan berkata geram sambil tersengih timbul urat pada pipi.









Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top