CHAPTER 44 : HOW THEY KNOW?
BOOMM!!
KRAANG!!
SSSH....
Satu kawasan yang telah hancur akibat akibat peperangan yang telah baru sahaja tamat,semua prajurit terkorban dengan puluhan kereta kebal yang rosak. Seseorang sedang duduk di atas serpihan jentera perang,sambil menghisap rokok dan puntungnya dijentik.
"Haa... Semua tempat ada sahaja peperangan...." kata lelaki itu dan Wild Gunz berada di situ,menyandar pada kapal besar yang terhempas.
"Peperangan hanya mendatangkan kesengsaraan,kesedihan,korban nyawa tidak berdosa... Ah! Kenapa begitu malang sekali nasib dunia ini?!" tambah lelaki itu bagaikan berpidato di atas pentas.
"Oi kau nak berdrama jangan kat sini...." sapa satu suara dan lelaki itu serta Wild Gunz segera menoleh.
Seorang perempuan berambut hitam panjang,berjalan ke arah mereka dengan riak wajah yang serius. Lelaki itu yang bersama Wild Gunz,hanya tersengih selamba memerhatikan perempuan itu menghampiri mereka.
"Ouh sayangku Mariana,awak sungguh cantik bila marah..." kata lelaki itu menghulurkan tangannya.
Perempuan dipanggil Mariana hanya memerhatikan tangan dihulurkan oleh lelaki itu,Wild Gunz sekadar menyembunyikan wajah dengan turunkan sedikit topinya. Mariana tersenyum sinis dan mencapai tangan lelaki itu,manakala lelaki tersebut tersengih girang apabila tangannya disambut.
"Kau pernah rasa kena banting?" soal Mariana.
"Huh?" lelaki itu kehairanan sebelum dia terasa dirinya,melambung ke udara dan terhempas ke tanah manakala Mariana hanya menyisir rambutnya.
"Uuu... That's must be hurt..." Wild Gunz berseloroh.
"Lambungan yang cantik! Sememangnya Mariana The Valkryie!!" lelaki itu bangkit dengan megah,biarpun kepalanya keluar darah memancut.
Mariana mendecih kegeraman dan menghunuskan pedangnya,ke arah lelaki tersebut dengan renungan tajam. Mata Mariana bertembung dengan mata lelaki itu,mereka berbalas renungan dan Mariana dengan reaksi serius manakala lelaki itu pula tersengih langsung tidak tergugat.
"Said that words once more,I'll cut your head..." ujar Mariana.
"You can try,if you can..." ujar lelaki itu pula.
"Joker....Mariana..that's enough.." Meteora muncul mendarat dengan tiba-tiba.
Mariana dan lelaki dipanggil Joker sekadar berbalas pandangan,kemudian Mariana menyimpan pedangnya dan beredar. Joker pula sekadar tersengih sambil mengangkat bahu,Meteora hanya menggelengkan kepala dan menoleh ke arah Wild Gunz.
"Found anything?" soal Meteora dan Wild Gunz yang menghembus asap rokok cerut,sekadar mencampakkan satu benda dan disambut oleh Meteora.
Sebuah bola kristal berwarna ungu bersinar diperhatikan oleh Meteora,Joker hanya bermain daun terup. Mariana pula hanya menyandar di tepi batu besar,tidak tahu apa yang difikirkan oleh perempuan itu.
"Apa benda ni?" soal Meteora.
"Kristal ungu tu adalah kurungan bagi Puak Naga,tidak kira sekuat mana pun..." ujar Wild Gunz dan Meteora hanya mengangguk kemudian kembali memerhatikan bebola kristal itu.
"Betul ke?"
Satu suara menegur dan mereka berempat tersentak Joker pula sekadar tersengih dan Wild Gunz tangan sedia pada pistol di sisi pinggangnya serta Meteora pula sekadar mendiamkan diri matanya meliar,mereka memandang sekitar kawasan kemudian Mariana menghunus pedangnya dan berjaga-jaga.
"Hmm... Boleh tahan pedang kamu ni ya? Hasil tempaan yang terbaik..." Ikhwan entah dari mana muncul,memerhatikan bilah pedang milik Mariana.
Mereka semua terkejut termasuk Mariana dan Ikhwan kekal memerhatikan pedang milik perempuan tersebut,suasana menjadi tegang dan Ikhwan hanya selamba mengetuk beberapa kali sebelum dilibas oleh Mariana.
"Wooo... Careful lady,if that thing hit me.. I'm gonna hurt!" Ikhwan berkata selamba.
"Who the hell are you?!" soal Mariana dan Meteora menghampirinya,Wild Gunz terus menarik picu dan tembakan dilepaskan.
Ikhwan hanya melihat pergerakan peluru menuju ke arahnya,tembakan Wild Gunz ditangkis dengan mudah. Ikhwan sudah menghasilkan pelindung lutsinar di sekelilingnya,Wild Gunz terkejut melihat keadaan itu.
"Sorry gentlemen,peluru kau tidak akan mampu mencederakan aku..." kata Ikhwan tersenyum.
Wild Gunz mendecih dan menarik senapang,Meteora pula melepaskan gelombang potongan angin. Ikhwan sekadar selamba dan Joker pula muncul di atas kepalanya,Joker tersenyum sinis dan menghayunkan senjata jenis pisau. Namun Ikhwan ke belakang sedikit,Joker terkejut dan lengannya direntap oleh Ikhwan.
"Kau serang aku dengan jarak dekat,aku rasa kau dah lama hidup bukan?" soal Ikhwan mengepalkan penumbuknya,api biru menyala pada penumbuk.
"Blue Flame? Semua berundur!" Wild Gunz berkata dengan cemas.
"Huh?" Mariana kehairanan begitu juga Meteora.
"Dah terlambat... DRAGON RUSH!!" Ikhwan menujah penumbuknya yang diselubungi api biru tepat mengenai perut Joker.
DUSSHHH!!
BRAAMMM!!
Joker tercampak dan terpelanting ke arah tiga orang rakannya,Mariana dan Meteora mengelak manakala Joker hanya mampu tersenyum kelat lalu merempuh serpihan kereta kebal yang bertimbun. Mariana terus meluru ke arah Ikhwan dengan menyeret pedang pada tanah,Meteora pula mengurung Ikhwan dalam ribut taufan.
"Korang dengar tak cakap aku ke tak? Berundur!!" Wild Gunz mula bengang.
Meteora tidak mengendahkan Wild Gunz begitu juga Mariana,Ikhwan yang dikurung oleh ribut taufan hanya menghela nafas pendek sebelum menyalakan api merah namun terpadam.
"Its no use,this wind is Meteora domain.." kata Mariana muncul di udara dan menghayunkan pedangnya.
TANG!!!
Mariana terkejut apabila hayunannya ditahan dengan kepitan dua batang jari oleh Ikhwan,Wild Gunz menelan air liur mendecih dan cerutnya dibuang serta Meteora turut terkejut. Mariana menarik semula pedangnya,kemudian kembali melibas pedangnya. Ikhwan pula menyalakan api di antara jari telunjuk dan jari hantu,lalu berbalas tangkisan pedang dengan Mariana.
"Not bad Valkryie girl.." ujar Ikhwan tersenyum.
"I'm gonna kill you!!" Mariana berteriak geram.
"Hanya dengan jari sahaja?" Meteora terkedu manakala Wild Gunz menoleh ke arah tempat Joker terjatuh.
"THIS GONNA BE FUN!!" Joker dalam keadaan terbaring menjerit teruja.
Joker pula bangkit dan meluru ke arah Mariana berada,dia tersenyum sinis dan membaling pisau kecil seperti kunai ke arah Ikhwan.
"Get lost Joker,his my prey..!" Mariana memberi amaran.
"Heh! Not a chances!!" Joker tetap degil dengan amaran Mariana.
Namun saat dia hampir menyerang Ikhwan,seseorang muncul dan menahan hayunan pisaunya. Farhan dengan muka dingin menyertai pertarungan,Wild Gunz dan Meteora sekali lagi terkejut sebelum seorang lagi muncul dari udara dengan tukul gergasi.
"Meteora! Watch out!!"
Sebaik mendengar amaran Wild Gunz,satu hempasan tukul terjadi menyebabkan Meteora terpaksa mengelak. Rekahan besar akibat hentaman tukul itu,Khaizo munculkan diri dengan gaya drastik iaitu menghentak tukulnya pada tanah.
"Hello boleh temankan aku bermain?"
Mariana mendecih dan mengetap gigi menyerang Ikhwan manakala Joker berlaga pisau dengan Farhan,Khaizo pula meletakkan batang tukul pada bahu kanannya sambil berbalas renungan dengan Meteora dan Wild Gunz.
"Baiklah,mana dulu antara korang nak tumbang dulu?" soal Khaizo tersengih.
"Jangan nak berlagak!!" Meteora mengangkat tangan ke udara,kemudian ditepuk ke bawah tanah.
Ribut taufan berlaku dengan pantas,Khaizo memerhatikan sekeliling kawasan sambil bersiul.
"Boleh tahan..." ujar Khaizo mencebik sambil mengangguk kepala.
"Jangan pandang rendah pada Skull Wing Assassin!!" Meteora melepaskan gelombang memotong ke arah Khaizo.
"Hmmph!!" Wild Gunz pula mengeluarkan pistol berkembar dan menembak tanpa henti.
"Ouh..? Serang serentak?" soal Khaizo terkejut kagum,kemudian dia melenyapkan tukulnya.
"AKU KAGUM!!"
KRAANG!!!
PRAAKK
KRARAAKKK!!
BRAAM!!
Tanah yang dihentak oleh Khaizo,meletus dengan dahsyat dan merekah lalu terhasil timbunan keluar dari dalam tanah. Serangan Wild Gunz dan Meteora berjaya ditahan oleh Khaizo,Meteora terkejut kemudian sedar Khaizo tersengih seakan mengejeknya.
Pada masa yang sama Farhan yang bertempur dengan Joker,sedar akan reaksi Khaizo dan dia menghela nafas pendek.
"Oi,kau jangan tengok tempat lain!!" Joker menghayunkan pisaunya.
TANG!!
Farhan menahan kemudian seiring dengan menolak ke tepi pisau tersebut,Joker tergamam kemudian dia mula tersengih teruja dan terus berpusing badan lalu meluru ke arah Farhan.
"Hmm.. Menarik..." ujar Farhan pula melihat gaya serangan Joker.
"Jangan berlagak!!" Meteora pula pada masa yang sama meluru ke arah Khaizo dan menarik keluar senjata dari sisip pinggangnya.
BERHENTI!
Satu suara tanpa pemilik menghentikan Meteora dari terus mara,Khaizo pula kehairanan kerana hanya Meteora dan rakannya sahaja dapat mendengar.
"Tuan Oz?" Mariana kenal akan suara tersebut.
BERUNDUR,MEREKA BUKAN LAWAN KAMU.....
"Tapi..." Meteora cuba bersuara.
KAU BERANI INGKAR ARAHAN AKU?
Sebaik mendengar kata-kata suara itu lagi,Mariana dan Joker segera berundur dari terus bertarung. Ikhwan hanya mendiamkan diri,Farhan pula memusingkan pedangnya dan menyarung semula. Meteora dan Wild Gunz turut berbuat benda yang sama,Khaizo pula memandang ke arah Ikhwan. Sekadar gelengan kepala daripada Raja Naga dan Farhan pula hanya menghelakan nafas pendek. Mereka berempat berkumpul bersama,bulatan magis warna ungu hitam terhasil di bawah tapak kaki mereka.
"Itu...." Ikhwan seperti tahu corak magis tersebut sebelum pihak musuh lenyap daripada pandangan.
"Wan simbol pada corak magis tu..." Farhan menduga.
"Kita kena jaga-jaga..." Khaizo mencelah sebaik mendekati mereka.
"Kau dapat benda tu Wan?" soal Farhan menoleh ke arah Ikhwan.
"Yeah..." jawab Ikhwan pendek sambil menunjukkan bebola kristal warna ungu.
"Kau memang suka main-main..." ujar Khaizo sambil menggelengkan kepala.
Ikhwan hanya tersenyum sinis sambil mengingati rupa corak magis itu,warna pada corak magis itu adalah kepunyaan Marvus Raphael. Ikhwan mula tertanya-tanya bagaimana pihak Skull Wing tahu mengenainya,bulatan magis jenis teleportasi terhasil di bawah kaki mereka dan terus menelan mereka bertiga dengan sekelip mata.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top